WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Wednesday 17 October 2012

Seindah Autumn- Bab 6




       Telinganya menangkap sayup-sayup suara orang berbisik. Perlahan-lahan Afiya membuka matanya. Dia merenung siling putih itu. Aku kat mana ni? Matanya berkalih pula sekeliling bilik itu. Allah, bilik siapa lah pulak ni?

       “Eh Fiya dah bangun. Fiya kau macam mana?” tanya Laila yang datang duduk disisi katil. Afiya terkelip-kelip pandang sahabatnya itu. Aku macam mana dia tanya? Macam mana lagi, macam ni lah.

       “Fiya say something,” ujar Yuki pula yang berdiri dibelakang Laila.

       “ Kau orang ni tak pass jadi doktor tau. Ada ke patut orang baru bangun kau serbu tanya soalan macam tu?” laila dan Yuki menarik senyuman lega. Kalau minah sorang tu boleh loyar buruk, maknanya okey lah tu.

         “Aku kat mana?” Afiya cuba bangun dari pembaringan.

         “Bilik Puan Sri,” jawab Yuki. Afiya memandang sekeliling. Hanya Yuki dan Laila yang ada bersama-samanya. Hmmm... nasib baik dua orang mamat lagi tu tak ada sekali.

         Pintu bilik itu dibuka dari luar. pUan Sri Kairina masuk sambil membawa segelas strawberi milkshake. Yummy . Macam tau-tau je itu kegemaran aku. Ni pasti Firdaus yang beritahu.

        “Fiya dah sedar dah. Ni minum ni biar dapat glucose.” Lantas Afiya mencapai milkshake tersebut.

          “Thank you auntie.”

          “Ni kenapa boleh pengsan pulak?” Afiya hampir nak tersembur namun cepat ditelan airnya. Auntie ni agak-agaklah nak tanya soalan cepumas tu. salah timing.

          “Tak cukup oksigen tadi. Nak ditambah lagi kepala pening terhantuk kat tembok,” jawab Afiya. Sengaja disebut tembok. Kalau cakap aku terlanggar anak terunanya mau heart attack orang tua ni. Ye lah mana ada orang langgar orang terus pengsan. Kalau tembok tu logiklah sikit.

          “Tembok? Bukan ke...” Laila baru hendak bersuara terus diam apabila Afiya menjegilkan mata.

          “Bukan ke apa?” tanya auntie Kai apabila Laila tak sambung.

         “Err.”

         “Tiang. Fiya langgar tiang. Tiang tu tinggi,” sampuk Yuki. Afiya tersenyum lega. Pandai kau coverkan untuk aku.

           “Tiang?” ulang auntie Kia. Mana ada tiang kat library tu. mana munculnya tiang pulak ni? Auntie Kai berkerut-kerut dahinya.

          “Can we come in?” tanya Firdaus yang berada dimuka pintu. Auntie Kai mengangguk.

          “Hah, Fiya. Dah hidup balik?” perli Firdaus. Kang ada jugak aku sumbat bantal dalam mulut tu kang. Nasib baik umminya ada kat situ.

         “Firdaus, apa cakap macam tu?” marah auntie Kai. Ambik kau sebijik. Firdaus tersengih dan berdiri dihujung katil.

           Afiya tidak membalas sebaliknya tersenyum mengejek sebelum menghirup milkshakenya. Tetiba Amar Syakir masuk ke dalam bilik itu dengan muka dinginnya. Afiya dek kerana terkejut terus tersembur air. Terkena kat muka Firdaus.

          “Agak-agaklah SP. Habis muka aku yang hensem ni,” bebel Firdaus. Dia keluar dari bilik untuk menukar baju dan bersihkan diri. Semua mata memandangnya. Afiya kecut perut. Cepat cari ayat cover.

          “Err... baru teringat. Dah pukul berapa ni?” tanya Afiya. Kononnya dia tersembur tadi sebab teringat masa.

          “Baru pukul 10 pagi,” jawab Zuko. Maknanya Afiya pengsan  selama 10 minit.

          “Jomlah kita start belajar. Daripada bazir masa,” ajak Afiya sambil melompat turun dari katil. woah.. tak seimbang. Pantas Afiya berpaut pada bahu Laila. Laila memimpin Afiya keluar dari bilik. Afiya langsung tidak menoleh pada Syakir sewaktu berselisih dimuka pintu.


         Sepanjang dua jam abang Firdaus mengajar mereka Fizik, Afiya rasa terseksa diam-diam. Dua jam belajar subjek yang dia tidak gemar, memang lah terseksa batin dan zahir. Syakir tenang mengajar mereka. Afiya hanya memandang buku nota yang terbuka diatas meja. Pen ditangan diketuk perlahan atas buku.

        “Nurul Iman Afiya, pay attention please,” tegur Syakir. Siap sebut nama penuh lagi. Afiya terus mendongak, matanya melekat pada papan putih yang diconeteng oleh Syakir. Entah apa yang mamat tu ajar dia pun tak faham.

      Matanya memandang whiteboard tetapi otaknya ligat mengingat fakta-fakta biologi. ‘Umbilical artery carries deoxygenated blood and waste substances from foetus to mother. Umbilical vein carries oxygenated blood and nutrients from mother to foetus. Kenapa blood circulation baby terpisah daripada blood circulation mak?’

         “Nurul Iman Afiya,” panggil Syakir. Afiya menoleh dengan wajah blur apabila Yuki menyiku sisinya.

         “Yes...sir?” sahut Afiya.

        “I asked you a question. Tell me the answer,” ulang Syakir dan berpeluk tubuh.

        “ Because... agglutination could occur if the baby’s blood group is different from the mother’s blood group,” jawab Afiya lancar dalam satu nafas. Erk.. itu jawapan untuk soalan kau lah Fiya. Bukan jawapan mamat tu. Apa soalannya?

         Laila dan Yuki menahan gelak. Zuko dan firdaus bantai gelak kuat-kuat. Afiya menahan malu. Mukanya berona merah. Anak mata yang coklat kebiruan itu menikam tajam wajah Afiya.

         “I believe that’s not the answer I’m looking for. If you haven’t notice, I’m teaching Physics right now not biology, Nurul Iman Afiya,” perli Syakir. Suka sangat sebut nama penuh gadis itu. Afiya menelan air liur. Aduh, hari pertama dah silap langkah.

           Afiya menundukkan kepala. Tak tahu nak balas apa. Lagipun lelaki itu cikgunya mana boleh biadap, tak berkat dunia akhirat.

          “Rasanya setakat ni je lah hari ni. Ada orang tu dah jammed otaknya. Sambung Selasa minggu depan. Kelas kita setiap Selasa, Khamis dan Sabtu,” ujar Syakir. Sempat perli-perli orang. Afiya mengetap bibir. Dia kena ingat lelaki itu bukan mamat biasa-biasa yang dia boleh kutuk sesuka hati tetapi lelaki itu ialah cikgunya. Ulang sekali lagi C.I.K.G.U.

         
        Laila, Yuki dan Zuko sudah lama pulang ke rumah masing-masing. Tinggal Afiya yang terconggok di pondok dihalaman rumah Firdaus. Pondok itu dihias dengan pasu-pasu bunga kecil dan comel yang digantung sekeliling. Di pondok itu terdapat kerusi dan meja. Mungkin di situ tempat keluarga Firdaus berkumpul pada waktu petang untuk minum petang.

       Mesti mama suka kalau mama tengok. Afiya pun sering belajar dipondok itu bersama-sama Firdaus. Mini air terjun dihalaman rumah itu lagi mententeramkan jiwa dan mindanya. Afiya memejamkan matanya. Dia menahan rasa ngantuk yang menyelubungi dirinya. Biasanya selepas solat Zuhur dia akan melelapkan mata sejam.

       “Dah sampai ke kayangan ke Tuan Putri?” usik Firdaus. Afiya lantas membuka matanya. Firdaus menayang giginya. Kelakar dari tadi dia perhatikan gadis itu pejam mata.

       “Tak sempat nak sampai sebab ada burung gagak menghalang,” sindir Afiya selamba. Firdaus melabuhkan punggung dikerusi bertentangan dengan Afiya. Keadaan sepi dibiarkan antara mereka. Masing-masing melayan fikiran sendiri.

         “I don’t think your plan is working,” Afiya memecahkan suasana hening. Firdaus menoleh kepada Afiya yang menongkat dagu pada lengan di atas meja.

          “Apa? Pasal tutor ni ke?”

         Afiya mengangguk lemah.

         “Fiya, ni baru first time. You just have to get used to it. Lama-lama nanti Insya-Allah, kau boleh ikut,” pujuk Firdaus.

         “Sampai bila Fir? Aku tak faham fiziks sejak form 4 lagi. And I only have 5 months- silap, 4 months and 16 days left till trial. What am I gonna do?” Afiya membenamkan wajahnya ke lengan. Firdaus terdiam. Terdiam dengan sikap Afiya yang seperti putus asa. Dia kenal Afiya. Afiya bukan seorang yang mudah mengeluh apabila masalah datang. Afiya seorang yang tabah.

         “Fiya, stop letting yourself down. Stop feeling sorry for yourself. Just stop with what your doing right now. This is not you, Fiya. Aku yakin kau boleh buat,” Firdaus bertutur. Afiya masih tidak mengangkat muka.

     “ A wise person once said, ‘I asked Allah for strength and Allah gave me difficulties to make me strong. Maybe I received nothing I wanted, but I received everything I needed – Alhamdulillah,” ucap Firdaus dengan penuh syahdu.

        Perlahan-lahan Afiya mengangkat muka memandang Firdaus.

      “And that wise person is you, Fiya. You said that,” sambung Firdaus lalu tersenyum kecil, memberi semangat kepada sahabatnya itu. Afiya yang seakan terasa ditampar tersedar. Senyuman kecil dibalas.

         “Ehem,” dehem seseorang. Pantas Afiya dan Firdaus menoleh ke tepi pondok. Berderau darah Afiya tatkala matanya menyapa sesusuk tubuh yang bersandar pada tiang pondok sambil berpeluk tubuh.

          “I’m staying at my friend’s house tonight. I’ll come back tomorrow. Your in charge. So... jaga ummi dengan papa while I’m gone,” pesan Syakir kepada Firdaus. Firdaus mengangguk. Tatkala renungan tajam Syakir menghinggap pada wajah Afiya, gadis itu pantas memaling muka ke arah lain.

          Enjin kereta Nissan GTR kedengaran dan kereta itu keluar dari perkarangan Villa Cayman. Afiya menarik nafas lega setelah Syakir pergi. Freedom.

        “Aku ngantuk. Aku nak tidur. Kalau kau nak tidur kat bilik tetamu, tidurlah,” ujar Firdaus. Wajah Afiya bercahaya dengar pelawa itu. Firdaus mencebik. Macamlah tak pernah tidur kat rumah aku.


No comments:

Post a Comment