WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Wednesday 1 May 2013

Senyuman Jannah ending


Bilik yang didiami oleh Jannah dihospital itu senyap dan murung. Hanya kedengaran mesin disebelah Jannah berbunyi beep..beep... menandakan Jannah masih ada. Suasana yang senyap itu mencengkam hati Hakim Adrian yang duduk di kerusi disisi katil hospital itu. Tangannya menggenggam lembut tangan Jannah yang kaku.

         Wajah milik Jannah yang pucat direnung semahu-mahunya. Dia sangat mengharapkan Jannah akan membuka mata dan senyuman kepadanya. Namun peluang itu sangat tipis. Jannah berada dalam koma sejak semalam. Dia tahu Jannah hanya mendengar.

         “Jannah..” Hakim separuh berbisik. Dia diam sementara menyusun ayat.

         “Semalam waktu kita tengah makan, Jannah cakap Jannah nak beritahu abang sesuatu.... abang tahu apa Jannah nak cakap,” Hakim bersuara perlahan. Semalam doktor yang merawat Jannah memberitahunya berkenaan penyakit yang Jannah hidap selama ini. Puan Diana dan Tuan Raihan turut memberitahu bahawa mereka berpindah 10 tahun yang lalu disebabkan sakit Jannah yang perlu dirawat dengan segera. Namun kuasa Allah dan kehendak Allah mengatasi segalanya.

          “Abang tahu kenapa Jannah pindah ke sini. Abang faham kenapa Jannah tak beritahu abang awal-awal. Sebab Jannah tak nak abang sedih kan?” Hakim tidak dapat menahan air matanya. Dia sungguh sebak dan terharu dalam keadaan sakit-sakit pun Jannah masih menjaga perasaannya. Dia menggenggam tangan kanan Jannah dengan kedua-dua belaha tangan. Mencari kekuatan.

          “Abang tahu kenapa setiap malam abang selalu dengar Jannah nangis, kenapa Jannah selalu sakit kepala... abang dah tahu,” masih terngiang-ngiang tangisan Jannah yang selalu bangun bertahajud setiap malam. Kadang-kadang tangisan Jannah kedengaran dalam tidur. Sekarang baru dia tahu kesakitan yang ditanggung oleh Jannah.

          “ Abang minta maaf sebab abang tak jaga Jannah dengan baik. Abang tak ambil tahu kenapa Jannah sedih. Abang minta maaf sangat-sangat. Abang sayangkan Jannah. Always and forever until jannah,” luah Hakim. Selama ini dia tidak pernah cakap dia sayang Jannah dan hari ini mungkin peluang terakhirnya. Tatkala itu dia terlihat air mata mengalir dari mata Jannah yang terpejam. Dia tahu Jannah mendengar. Itu pun sudah cukup membuatnya rasa lega.

        “ Abang tahu Jannah telah banyak menderita di dunia ni. Hanya kesakitan saja dunia ni mampu beri. Abang tak sanggup tengok Jannah menderita lagi. Ya Allah aku redha sekiranya Kau mengambil semula Jannah daripada aku. Aku redha ya Allah. Tapi beri aku sedikit peluang untuk memberitahu Jannah sesuatu,” Hakim menangis teresak-esak disisi Jannah. Dia membenamkan wajahnya dilengan Jannah. Lelaki itu menangis merelakan Jannah pergi.

          Tangisan Hakim berhenti tatkala terasa kepalanya disentuh lembut. Pantas dia mengangkat muka. Dia terpegun dua saat. Hanya Tuhan saja tahu betapa gembira hatinya melihat Jannah yang menyedarkan diri. Jannah yang mengusap lembut kepalanya tadi.

          “Jannah dah sedar,” Hakim mengucapkan kesyukuran yang teramat kepada Ilahi. Air mata Jannah mengalir sambil tersenyuman kepadanya.  Hakim menggenggam tangan Jannah.

          “Abang panggil doktor ye,” Hakim baru bangun namun Jannah menggenggam tangannya lalu menggeleng tidak membenarkan dia pergi. Hakim duduk perlahan-lahan. Mulut Jannah kelihatan bergerak. Lantas Hakim mendekatkan diri kepada Jannah.

            “Abang ada di sini. Jangan risau. Abang tak ke mana-mana,” bisik Hakim. Mata Jannah redup memandangnya. Seolah-olah ingin menyampaikan sesuatu.

            “Jannah minta maaf. Jannah tak dapat jadi isteri yang baik untuk abang,” bisik Jannah. Seakan terseksa untuk bercakap. Hakim menggeleng.

            “Don’t say that. Jannah seorang isteri yang baik and no one can take your place. Abang bersyukur sebab Allah ketemukan abang dengan seorang isteri macam Jannah. Abang nak Jannah tahu yang abang sayangkan Jannah.”

        Air mata Jannah mengalir lagi. Hakim menyeka air mata itu.

           “I love you too.”

             “ Promise me one thing,” pinta Jannah.

              “Anything.”

              “ No matter what happens, promise you’ll continue with your life. Be a good person to everyone,” rayu Jannah. Hakim pula yang mengalirkan air mata merenung anak mata Jannah. Sayu hatinya mendengar permintaan itu. Dia mengangguk jua.

              “ I promise.”

              “Thank you,” Jannah tersenyum kepadanya. Hakim membalas. Tangan Jannah terasa sejuk seperti tiada darah mengalir. Jannah memandang siling sambil mulutnya bergerak. Hakim mendekatkan bibirnya ke telinga Jannah dan membisik kalimah Allah. Tangan Jannah terlepas dari genggaman dan terkulai di atas katil.

            Hakim memeluk tubuh kaku Jannah dan dia menangis atas pemergian isterinya merangkap kawan baiknya sejak kecil dan musuh sementaranya.




         Surat yang diberi oleh Yana sebentar tadi direnung lama tulisan yang berangkai itu. Tulisan Jannah. Menurut Yana, Jannah mengamanahkan surat itu diberi kepada Hakim apabila Jannah sudah tiada lagi. Nampaknya memang Jannah sudah tahu dia akan pergi selama-lamanya dan menulis surat untuknya.

         Dengan nafas panjang dan dalam serta bismillah, Hakim membuka surat itu dan menatap tulisan di atas kertas tersebut.


Kepada Hakim Adrian yang ku sayang,

       Ketika abang membaca surat ni, Jannah sudah pulang ke rahmatullah. Jannah tulis surat ini selepas doktor mengesahkan Jannah menghidap barah otak yang kritikal. Jannah mungkin hanya mampu bertahan 6 bulan. Jannah tak sanggup beritahu abang perkara ni, memandangkan abang akan mengahdapi SPM tak lama lagi. Jannah tak nak abang stress.

        Jannah nak ucapkan terima kasih sebab izinkan Jannah jadi isteri abang dan mengalami jatuh cinta pertama kali. Haha... cinta pertama dan terakhir Nurul Jannah ialah Hakim Adrian. Abang jangan terlalu sedih kalau Jannah pergi. Dan Jannah mohon ingat Jannah dalam setiap doa abang. Doakan Jannah bahagia nanti. Dan doakan supaya kita dapat berjumpa kembali di Jannatulfirdausi nanti. Tengok sedapkan nama Jannah tu. Maksudnya syurga.

           Abang kena ingat untuk teruskan kehidupan dan jangan stay single sahaja. Kena lah hidup berpasangan. Jannah pun nak abang bahagia tahu. Abang mencari yang lain bukan bermaknanya abang melupakan Jannah. Kerana Jannah sentiasa ada dengan abang. Itu saja Jannah nak pesan. Assalamualaikum. * senyum *

Sayang Jannah...



        Hakim menangis sekali lagi membaca surat itu. Dia tersenyum melihat satu lukisan yang Jannah lukis dibawah surat itu. Lukisan Hakim mendukung Jannah ketika kaki Jannah terseliuh. Ditepi lukisan itu Jannah tulis ~ Saat aku jatuh cinta buat pertama kali~

        Hakim tersenyum.

        “Jannah, aku jatuh cinta dengan kau sewaktu kau tendang bola kena kepala aku kat padang dulu,” bisik hati Hakim sendirian. Itu pertama kali dia jatuh cinta dengan Jannah cuma perasaan bencinya mengatasi segalanya dan menyembunyikan perasaan cinta itu.

         Hakim baru perasan di dalam sampul surat itu terdapat dua keping gambar. Satu gambar ketika mereka berdua berada dalam bilik media a.k.a wayang buatan idea Jannah. Dan satu lagi gambar ketika mereka semua meraikan kemerdekaan SPM di kafe Pai Epal. Di belakang gambar Jannah tulis.

P.S~ Sufi dan Syifa’ punya kerja. Kerja sebagai photographer tidak berbayar.

               Hakim tergelak kecil. Hantu punya Sufi. Hakim merenung bahagia gambar Jannah sedang tersenyum. Seolah-olah Jannah senyum khas untuknya. ‘Hmm senyuman Jannah..’

           
THE END.....

3 comments:

  1. kepada cik writer,
    saya dah baca semua bab dalam senyuman jannah.memang best.melalui cerita ni saya faham bahawa semua nyawa di dunia ni akan kembali kepada pencipta-Nya juga.good job! cerita ni sedih tapi best sangat!semoga cik writer dapat menghasilkan nukilan yang lebih mantop satu hari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih wahai cik anonymous yang sudi membaca :D haha saya menulis ni sekadar hobi dan buang perasaan bosan tengah tunggu result SPM.. apa2 pon terima kasih mendoakn. insha-Allah :)

      Delete