WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Thursday 4 April 2013

Senyuman Jannah 11


        Pukul 6 pagi Jannah terjaga dari tidur sebaik saja azan dari surau berkumandang. Hari ini adik-adiknya pergi sekolah dan suaminya juga. Kelakar pula ayat tu, suami aku pergi sekolah... Pagi-pagi dah senyum-senyum apahal ni Jannah? Mereng ke?

         Hakim yang masih terlena atas katil dikerling sekilas.  Jannah berhati-hati mengambil pakaiannya dan tuala dan masuk ke dalam bilik air. Lepas dah bersihkan diri dan menyalin baju, dia bergerak ke katil.

         “Hakim... bangun.. solat Subuh.” Lelaki itu masih tidak respon. Jannah mengigit bibir dan mencapai kayu baseballnya. Dengan mengguna hujung kayu baseball itu dia mencucuk lengan Hakim.

         “Hakim bangun!” Hakim bergerak sedikit pantas Jannah menyorok kayu baseball dibelakangnya. Hakim mencelikkan mata dan memandang Jannah.

          “Bangun. Hari sekolah kan?” Jannah berdiri tegak ditepi katil. Hakim mendengus dan bangun. Lelaki itu duduk dibirai katil dan menggeliat sebelum berjalan ke bilik air. Selepas Hakim hilang ke dalam bilik air, Jannah tersenyum-senyum sambil berlengah-lengah memakai telekung.

         Dalam hati dia mengira... 3...2......1. Pintu bilik air kedengaran dibuka. Jannah tidak menoleh sebab dia tahu apa Hakim nak.

         “Weyh, toothpaste mana?” serak suara orang bangun tidur.

        “ Ada kat kabinet atas tu,” jawab Jannah tanpa menoleh.

         “Yang simpan kat dalam kabinet tu kenapa? Hisy menyusahkan betul,” rungut Hakim dan menghempas pintu bilik air. Jannah menahan ketawa. Bagus juga idea Yana ni. Aku cakap 5 patah, dia jawab sampai 10 patah. Yana yang suruh sorokkan benda yang Hakim nak guna. Menurut kajian, lelaki susah nak cari benda yang hilang. So bila dah tak jumpa, kena bertanya. Kahkahkah...


             Bila dia keluar dari bilik air, Jannah tiada dalam bilik. Katil sudah dikemas dan baju sekolahnya telah disediakan oleh Jannah. ‘Hmmm rajin pulak perempuan tu tolong gosokkan baju sekolah aku,’ bisik hatinya.

          Selesai solat Subuh, eh segangster-gangster aku pon, solat tetap jaga,  Hakim menuruni anak tangga. Skrin phone dikerling. 6.50 pagi. Awalnya, dia dah siap. Selalunya kat rumah mama, pukul 7.10 baru nak makan. 7.30 baru nak gerak. Dan pukul 7.35 sampai sekolah. Dan kena denda dengan ketua pengawas. Sufi.

          Sufi berada di ruang tamu sedang membaca sesuatu. Surah Yassin? Kenapa baca surah yassin? Bukan ke malam Khamis saja di baca? Tak pon ketika tahlil. Dia abaikan saja persoalan itu. Di dapur kelihatan Jannah sedang membancuh air di dalam mug.

        Hakim bersandar pada muka pintu sambil memerhatikan Jannah yang lincah buat kerja. Rambut Jannah masih diikat style orang nak bersalin. Rimas juga dia menengok rambut Jannah yang tidak diikat kemas.

           “ Eh Hakim Adrian!” terkejut punya pasal sebut terus nama penuh. Nampaknya tabiat Jannah waktu kecil masih ada. Hakim mengangkat kening membalas renungan Jannah. Kelihatan gadis itu menghela nafas lega. Apa lah yang perempuan ni berangankan sampai nampak aku pun terkejut macam nampak hantu.

           “Err... duduklah makan,” pelawa Jannah, sikit gugup. Hakim duduk di meja dapur. Jannah menghidangkan roti disapu dengan jem strawberi dan air milo. Hakim membaca doa dan makan roti itu. Kerusi bertentangan dengannya ditarik, Sufi duduk.

             “ Kak, tolong bekalkan nasi goreng untuk Sufi,” pinta Sufi yang sedang mengunyah roti.

             “Akak tak masak nasi goreng hari ni. Sempat goreng nugget and karipap je,” ujar Jannah rasa bersalah. Adik-adiknya memang suka bawa bekal dari rumah terutamanya Sufi. Katanya tak sempat nak beli kat kantin. Kasihan..

             “Hmm... boleh lah. Asalkan ada bekal. Oh and akak... nanti waktu rehat akak bawakkan nasi goreng ke apa eh? Hari ni ada meeting pengawas, orang tak balik tengah hari,” pinta Sufi. Hakim tak masuk campur, dia dengar saja kerenah isterinya dengan ketua pengawas sekolah.

            “Eiii... manjanya adik akak ni,” Jannah mencebik. Sufi ketawa kecil.

            “ Eh biarlah, kakak orang kan,” balas Sufi.

            “Memanglah kakak orang. Takkan kakak monyet kot,” sampuk Syifa’ yang baru muncul, siap berpakaian sekolah.

             “Syifa’ lah yang monyet tu,” ejek Sufi. Syifa’ yang duduk sebelah Sufi tarik muncung.

            “Kalau Syifa’ monyet, abang Sufi babun, dan kakak pulak gorilla, kahkah!” kuat Syifa’ gelak. Sufi ikut gelak. Jannah yang menyandar pada kitchen kaunter sambil berpeluk tubuh mengetap bibir. Kurang asam tahi hidung masin punya adik. Selamba je kata aku gorilla.

             “ Alamak, Syifa’.... abang rasa King Kong dah naik angin lah,” sakat Sufi. Syifa’ dan Sufi menjeling ke arah Jannah yang terkebil-kebil dipanggil King Kong.

             “Ni apa ni muka cemberut semua ni?” Puan Diana muncul di ruang dapur. Jannah pantas memaniskan muka sambil tersenyum kepada umi. Sufi dan Syifa’ sambung makan.

              “Umi nak pergi jenguk gallery ke?” tanya Jannah melihat pemakaian uminya yang lawa semacam. Puan Diana mengangguk.

              “ Ada buyer dari Jepun datang ke gallery hari ni. Umi rasa petang baru umi balik. Jannah tolong tengok-tengokkan adik-adik ni eh?” jelas Puan Diana. Jannah mengangguk. Bukan adik aku je yang aku kena jaga, tu... suami aku pun sekali.

             “Hakim.... pergi sekolah dengan Jannah ke?” tanya Puan Diana sambil memegang bahu Hakim. Hakim memandang wajah umi.

             “ Jannah banyak kerja nak buat. Kesian dia. Hakim tumpang Sufi je lah umi,” balas Hakim lembut. Dalam hati Jannah mencebik. ‘ Eleh reti pulak cakap baik-baik. Dengan aku kasar je memanjang. Alasan tak nak aku hantarkan dia pergi sekolah lah tu. Bila masa pulak aku kata aku banyak kerja? Semua assignment aku dah siap,’ rungut hati Jannah. Lagipun dia malas nak hantar Hakim, nanti dalam kereta bergaduh je. Last-last dia yang sakit hati.

            “Umi dengan walid pergi dulu eh,” kata Puan Diana.

            “Eh, umi dengan walid tak sarapan dulu ke?” halang Jannah. Dia menyambut huluran tangan Puan Diana tapi tak mencium tangan uminya lagi. Tunggu jawapan dulu.

            “Umi breakfast kat gallery nanti. Jannah tolong bekalkan apa-apa kat walid. Walid dah lambat dah ni. Takut traffic jam,” pinta Puan Diana. Jannah pantas mengambil tupperware dan mengisinya dengan nugget dan karipap. Flask dicapai lalu menuang air teh panas ke dalamnya. Walid suka minum teh. Dan sifat itu turun kepada Sufi yang hantu teh. Lebih-lebih lagi teh strawberi.

         Tupperware itu diberi kepada Puan Diana.

          “Jannah, nanti tengah hari masak untuk you all je. Walid tak balik tengah hari,” celah Tuan Raihan yang terjengul dimuka pintu dapur. Jannah mengangguk.

           “Syifa’ pon tak balik. Ada kelas tambahan,” sampuk Syifa’ cepat-cepat. Jannah mengurut dahinya perlahan.

         “Leerr, yang semua orang tak balik tengah hari ni kenapa? Jannah tak payah masaklah. Jannah makan kat luar boleh walid?” tanya Jannah. Dia tahu Hakim sudah tentunya tak akan balik rumah sehingga pukul 6 petang. Bella yang cerita.

          “Yang tu kena mintak izin suamimu. Bukan walid,” Tuan Raihan tersengih-sengih. Jannah menampar dahi sendiri. Ha’ah la aku lupa pula. Aisy... susahnya hidup macam ni...

           “Erm... boleh tak?” Jannah tanya Hakim. Tanya macam tak nak tanya je... takde permulaan ayat tiba-tiba... boleh tak?

           “Boleh,” jawab Hakim lembut sambil tersenyum. Jannah dah meremang bulu roma. Tak payah berlakon sampai macam tu. Senyum-senyum bagai.

           “ Keluar makan dengan Yana boleh?” soal Jannah lagi. Takkan nak makan sorang-sorang, bosan! Hakim mengangguk. Jannah menarik nafas lega. Nak bercakap dengan Hakim rasa separuh mati.

          “Umi dan walid gerak dulu. Belajar rajin-rajin kat sekolah. Jannah jaga Hakim baik-baik tau,” pesan Puan Diana. Jannah tersenyum kelat. Jaga mamat ni?? Oh, aku rasa dia tak perlukan aku, lagi selamat kalau aku takde dekat-dekat dengan dia.

          “Eh korang tak nak pergi sekolah ke? Dah pukul 7 dah!” tegur Jannah baru menyedari kehadiran jam didinding dapur. Sufi menggelabah. Air teh diteguk rakus sampai tersedak-sedak.

           “Lailahaillallah, bertuah punya budak! Minum tiga kali teguk lah!” marah Jannah.

           “ Hakim jomlah kalau kau nak tumpang aku. Aku dah lambat dah ni,” ajak Sufi lalu bingkas bangun. Tangan Jannah disalam lalu Jannah menghulurkan bekal kepadanya.

             “Kakak... nanti kakak hantarkan nasi goreng untuk Syifa’ juga eh?” Syifa’ tersengih-sengih lalu menyalam tangan Jannah.

              “Ye, ye nanti akak bawak satu kuali nasi goreng ye?” perli Jannah. Bekal diberi kepada Syifa’ juga. Adik-adiknya sudah bergegas ke luar rumah untuk pakai kasut. Tinggal Hakim saja yang masih berada di meja makan. Jannah rasa awkward. Ruang dapur itu rasa sunyi balik.

             “Aku tak balik tengah hari. Kau nak pergi mana-mana pergi lah, aku izinkan,” sarkastik aje bunyinya. Jannah mencebik dalam hati. Sabar Jannah. Nak saja dia cakap ‘ Ada aku kisah kau balik ke tak?’ tapi macam kurang ajar je.

            “Thanks,” jawab Jannah, sarkastik balik. Lelaki itu menjelingnya tajam. Jannah jadi gugup. Aisy.. ni yang tak suka ni. Asal mamat ni jeling aje aku jadi takut. Be strong Jannah.

            “Hakim!!! Cepatlah!” teriak Sufi dari luar.

             “Kakak!!! Orang nak pergi sekolah ni! Sudah-sudah lah berasmaradana dengan abang Hakim tu!” pekik Syifa’. Tak pasal-pasal menyirap darah Jannah ke muka, menahan malu. Mulut adik aku ni memang nak kena stapler agaknya. Berasmaradana amendenya? Punyalah jauh jarak antara aku dengan Hakim. Huh!

        Dia pandang saja belakang Hakim yang melangkah keluar dapur tanpa berkata apa-apa. Aisy.. malunya. Jannah mengekori Hakim perlahan, menghantar pemergian adik-adiknya dan suaminya.


          Loceng rehat berbunyi. Pelajar kelas 5Sci1  bergerak keluar dari kelas. Si ketua pengawas rehatnya 10 minit lebih awal. Hakim tunggu sehingga kelas kosong baru dia keluar. Jalan pon sengaja lambat-lambat. Takde mood langsung.

      Pagi tadi sewaktu Sufi menumpangkannya dengan motor, dia menyuruh Sufi berhenti jauh dari kawasan sekolah dan dia jalan kaki je. Sufi pon setuju aje. Mana boleh ketua pengawas dan ketua gangster datang sekolah sama-sama. Jadi isu lah nanti.

     Farid dan Kamal tak sama kelas dengannya. Dia malas nak cari kawan-kawannya itu. Keadaan diri Hakim tak terurus dengan rambut yang serabai, baju kemeja putih lengan panjang dilipat hingga ke siku, mujur baju dimasuk dalam seluar dan kasut yang hitam kotor. Tali leher pula longgar, gangter habis lah. Pelajar yang lalu lalang pun takut nak memandang ke arahnya. Ganster-gangster tapi muka tetap hensem. Biar perangai buruk tapi baik rupa. Pfftt... peribahasa mana kau sauk ni?

         Sejak pagi tadi dia sakit hati dengan Jannah. Dekat Sufi dan Syifa’  perempuan tu sediakan bekal, dekat aku ni? Biasanya mama bagi duit belanja, ni langsung tak bagi! Dah lah aku takde duit! Nak makan apa macam ni! Nak jalankan tanggungjawab sebagai isteri konon, habis tu yang bagi aku kebuluran sorang-sorang ni apehal?!

         Tak habis-habis Hakim menyumpah seranah Jannah dalam hati sampai tak perasan Bella muncul depannya.

           “Apesal tayang muka orang kehilangan isteri ni abang? Ke merajuk dengan Kak Jannah,” usik Bella. Hakim menjeling adiknya itu. Menambahkan sakit hatinya aje. Mentang-mentanglah dah tak duduk sebumbung, makin galak adiknya menyakatnya.

           “ Bella nak apa? Jangan kacau abang boleh tak? Suara tu perlahankan sikit. Nak satu sekolah ni dengar ke?” sindir Hakim. Bella tersengih memanjang.

           “Abang tak turun pergi kantin ke?” tanya Bella.

           “Malas,” jawab Hakim pendek.

           “Makan pun malas?” provoke Bella. Tak normal ke?

           “ Dah kenyang,” bidas Hakim.

            “Oh ye ke? Alaa... penat-penat je Kak Jannah hantar nasi goreng untuk abang. Kalau abang dah kenyang, biar Bella je lah yang habiskan. Nampak macam sedap je nasi goreng ni,” sengaja Bella menayang tupperware berisi nasi goreng dihadapan abangnya. Siap bukak lagi tudung tupperware untuk ambil bau. Sengaja mem-provoke Hakim.

           Perut Hakim berbunyi tatkala aroma nasi goreng itu menusuk hidung. Hmm... enak, lazat, yummy, delicious, so good finger licking.. ZAP! Bella menutup balik penutup itu dan berura-ura nak beredar. Hakim mengepal tangannya disisi. Rasanya dia tak sanggup melihat Bella bawa lari nasi goreng masakan isterinya yang tercinta. Eh bila masa pulak aku tabal perempuan tu jadi isteri tercinta? Uwekk! Tapi nasi goreng...

       “Bella!” Hakim menyaingi langkah adiknya. Bella terkejut apabila Hakim menghalang laluannya.

        “Ada apa?”

        “ Bak sini nasi goreng tu. Tu abang punya,” Hakim meminta tupperware itu. Bella tayang muka tak puas hati.

         “Eleh buruk siku lah abang ni. Tadi kata dah kenyang!” bentak Bella. Sengaja nak mencabar kesabaran abangnya. Dia tahu abangnya  itu lapar. Hakim menjegilkan mata.

          “Bagi kat abang. Kak Jannah buatkan untuk abang,” Hakim tak nak mengalah. Bella mendengus.

         “ Ye lah, yelah. Orang nak rasa masakan isteri dia pun kedekut,” gumam Bella perlahan. Hakim menjeling.

            “Nah,” tupperware bertukar tangan. Hakim tersenyum menang.

            “ macam tak pernah jumpa makanan je. Jangan abang terangaukan Kak Jannah dalam kelas sudah,” kata Bella. Hakim mengerutkan dahinya. Buat apa aku nak angaukan perempuan tu? Lebih baik aku angaukan kerbau Pak Sawi kat kampung lagi best.

            “ Orang kata, air tangan seorang isteri boleh buat suami jatuh cinta dan makin sayang. Abang cover-cover lah sikit kat dalam kelas nanti ye,” tambah Bella lalu ketawa meninggalkan Hakim yang berwajah kelat.

           Dia memandang nasi goreng itu. Sia-sia je dia mengutuk Jannah tadi. Rupanya-rupanya Jannah tetap jalankan tanggungjawab cuma bukan secara terang-terang. Kata-kata Bella terngiang-ngiang. Betul ke kalau aku makan ni nanti aku... Hisy mustahil. Bella tu banyak sangat baca novel cinta tu yang dia saja ugut aku macam tu. Hakim kembali semula ke dalam kelas dan makan dimejanya. Tiada pengawas yang berani halau ketua gangster kecuali ketua pengawas.

          Dan nampaknya Sufi terlalu sibuk sampai tak tawaf kawasan kelas hari ini. Aman sikit dunianya tanpa teguran Sufi. Duduk sebumbung dengan Sufi pun dia rasa tertekan. Rasa seperti pergerakannya diawasi oleh Sufi. Setegas-tegas Sufi pun, boleh tahan juga manja ketua pengawas itu. Teringat agenda pagi tadi antara adik-beradik Jannah. Berani mereka kenakan Jannah. Dia tahan saja ketawanya apabila Jannah digelar gorilla.


No comments:

Post a Comment