WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Sunday 14 October 2012

Seindah Autumn- Bab 3



     Sebaik saja Afiya keluar dari kereta Audi R8 milik Afrie, berpasang-pasang mata menjelingnya. Afiya membetulkan cermin mata hitamnya sebelum masuk ke kawasan sekolah. Ramai yang memandangnya pelik. Ada ke pagi-pagi buta pakai sunglasses. Matahari belum keluar lagi.

      “Ehem, tolong tanggalkan sunglasses tu,” tegur satu suara. Afiya mengeluh perlahan. Siapa lagi yang suka cari kesalahannya kalau tak Si Harimau Juling a.k.a Yuliana. Timbalan ketua pengawas sekolah. Huisy dengar pangkat pun dah gerun. Tengok orangnya lagi gerun.

        “I’m sorry, were you talking to me?” Afiya sengaja buat-buat tak dengar. Yuliana bertambah bengis wajahnya.

         “Yes, I was,” Yuliana mengetap bibir. Sejak tingkatan satu lagi Yuliana menganggap Afiya sebagai musuh ketat. Tapi Afiya tidak pernah bermusuh dengan Yuliana cuma suka main-main, sakitkan hati Yuliana.

         “Oh, ye ke? Lain kali bagi salam lah dulu ye. Kita ni kan orang Malaysia yang berbudi bahasa. Budi bahasa budaya kita,” seloroh Afiya sambil tersenyum mengejek. Yuliana rasa sakit hati diperli sedemikian.

        “ Tanggalkan lah cermin mata tu,” arah Yuliana geram. Matanya menikam wajah Afiya yang selamba.

         “my sunglasses? Let me think...err...no.” Afiya enggan mendengar perintah daripada Yuliana yang berlagak bagus itu.

          “ Mana boleh pakai sunglasses kat sekolah. It’s against the rules,” bentak Yuliana.

          “Rules are made to be broken my friend,” selamba je minah sorang ni bertutur.

           “Nurul Iman Afiya!” satu suara garau dari belakangnya. Afiya tersentak. Ni apa kes ni main sergah-sergah orang dari belakang. Nak kena penampar selipar jamban ke? Afiya menoleh. Hek eleh ketua pengawas rupanya. Aku fikir cikgu disiplin mana lah yang kerek semacam.

         “Hei, Hazim. Lama tak jumpa bro, apa khabar?” tegur Afiya dengan ceria. Hazim pulak menjongketkan bahu dan tersenyum.

         “well, you know me,SP. Aku masih normal,” balas Hazim. Yuliana dah melopong besar. Aku tengah panas ni boleh pulak dia orang buat jejak kasih kat sini?

         “ Bagus kalau kau masih normal. Aku dah cuak kalau-kalau kau jadi skema semacam sampai segala peraturan diikut,” ujar Afiya. Kata-kata terakhir itu dituju kepada Yuliana yang makin bengang. Hazim tergelak besar namun berhenti tatkala menyedari renungan tajam Yuliana.

         “ Ehem, no lah. Yang kau pakai sunglasses awal-awal pagi ni kenapa?” tanya Hazim, pelik.

          “Mata aku sakit. Kang kalau aku tak pakai shield ni habis satu sekolah kena infection mata,” Afiya berkias-kias. Tak tipu okey. Mata memang sakit. Nanti semua orang boleh dapat infection ni sebab kena penumbuk aku. penumbuk tu untuk orang yang akan gelakkan aku lah.

        Hazim mengangguk faham. Matanya menjeling Yuliana, mengisyaratkan kepada gadis itu untuk meninggalkan mereka. Yuliana tetap berkeras di situ. Eleh bukannya aku tak tahu kenapa kau nak suruh aku blah sebab kau nak berdua-duaan dengan Si Afiya ni kan?

       Yuliana cemburu dengan Afiya. Ramai lelaki yang menaruh minat terhadap Afiya. Sampaikan budak junior pun nak sukakan Afiya. Pada pandangan Yuliana, tiada apa-apa yang menarik kat Afiya. Kalau nak dibandingkan, dia lagi cantik daripada Afiya. Mungkin dari segi IQ itu Afiya menang.

       “Okey lah Hazim, aku nak masuk kelas. Kang terlepas pulak apa yang cikgu ajar,” ujar Afiya. Dia melambai kecil sebelum berlalu. Hazim mengangguk lalu melepaskan keluhan. Dia sebenarnya yang terlepas. Terlepas nak tackle Afiya. Walau hakikatnya dia tahu Afiya bukan gadis yang mudah untuk di-tackle. Hati batu.



         “So....have you got any ideas on how to overcome Cikgu Burn’s challenge?” tanya Firdaus yang berpusing menghadap Afiya. Afiya menggigit bibirnya sebelum menggeleng. Mana sempat nak fikir , dah semalam bergusti je kerja.

      “ Aku ada. Tapi tak sure lah kau suka ke tak dengan idea aku yang brilliant ni,” ujar Firdaus. Afiya mengangkat kening.

       “Apa idea kau?”

        “Kau lemah fiziks... jadi... kau kena faham dulu konsep fiziks,” ujar Firdaus.

       “Aku tahu lah aku lemah fiziks. Dah banyak kali aku baca buku rujukan tu sampai nak hancur buku aku tu,” Afiya sedikit geram. Tu bukan bagi idea tu sengaja nak kritik aku tu.

        “Aku cakap kau kena faham konsep. Takat baca tapi tak faham konsep memang lah tak faham. Kau dengar lah dulu idea aku sampai habis,” Firdaus pulak yang naik marah. Afiya diam. Cermin mata hitamnya masih tidak ditanggalkan sejak pagi tadi.

        “Kita kena berguru dengan orang yang betul-betul faham konsep-konsep fiziks ni.”

       “Kau nak cakap Cikgu Burn tak faham konsep lah jugak?” Afiya blur.

       “I didn’t say that. What I meant was.... you need a tutor,” mata Firdaus meratah wajah Afiya yang mula berubah. Afiya tidak pernah tuisyen dan dia tidak pernah suka tuisyen. Bagi Afiya tuisyen membazir duit mama dan abahnya.

        “Aku tak na...”

        “For free. Tutor for free,” Firdaus cepat-cepat tambah. Afiya terkebil-kebil. Free? Zaman sekarang mana ada orang yang terlebih ikhlas mengajar anak orang secara percuma. Semuanya perlukan duit.

       “ Seriously? Free?” ulang Afiya. Firdaus mengangguk.

        “Siapa tutornya?”

        “Adalah orangnya. Hari Sabtu ni aku bawak kau pergi jumpa dia,” Firdaus tersenyum-senyum. Afiya curiga pula.

          “Aku sorang je ke?”

          “Tak. Aku, Yuki, Zuko and Laila,” jawab Firdaus. Afiya mengangguk faham.


        Afiya duduk dijendela biliknya. Dagunya ditongkat dengan lengan yang berada atas bingkai tingkap yang terbuka luas. Angin petang menampar lembut wajahnya. Selepas solat Asar tadi dia terus berteleku di situ.

       “Fiya, nanti kawan angah datang. Fiya tolong buatkan air eh. Akak nak pergi beli kuih,” pesan Afrina yang tercegat dimuka pintu bilik Afiya. Gadis itu mengangguk faham.

       Kedengaran deruan enjin yang keluar dari perkarangan rumah. Afiya menukar baju setelah Afrina hilang ke kedai. Baju berlengan panjang dan seluar track hitamnya disarung. Tudung labuh menutupi dada disarung ke kepala.

       Perlahan-lahan Afiya menuruni anak tangga. Sunyinya rumah. Mana Afrie dan Afiq. Selalunya waktu-waktu begini dua orang anak teruna itu melantak depan TV. Afiya keluar ke halaman rumah.

     SPLASH! Satu belon air pecah berhampiran dengan kakinya. Sedikit air terpecik ke wajahnya. Afiya menjeling Afiq yang tersengih-sengih kambing.

        “Game on!” Afiya mencapai stok belon air yang berisi air ditepi paip air lalu dikejar adiknya itu sekeliling halaman rumah. Langkahnya laju mengejar Afiq ke belakang rumah. Halaman belakang rumah terdapat taman bunga yang luas. Taman bunga itu ikhtiar Puan Sri Syakira. Mamanya itu memang sukakan bunga.

       

No comments:

Post a Comment