WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Tuesday 19 March 2013

Senyuman Jannah 3


           “Did you know 85% of plant life is found in the ocean?” soal Jannah kepada Hayley bukan Hayley Williams tetapi Hayley Abdullah. Hayley Abdullah merupakan dua pupu Jannah merangkap anak angkat Mak Teh. Sejak kecil Jannah dan Hayley berkawan rapat nak dikata rapat seperti adik-beradik kandung pun boleh. Hayley asalnya dari Russia tetapi ibu bapa kandung Hayley menjual Hayley kepada Mak Teh yang tidak mempunyai zuriat.

             “Really? I didn’t know that. That’s amazing,” balas Hayley, teruja. Atas daratan hanya mempunya 15% tumbuhan. Mereka berdua berjalan sekeliling tasik berdekatan dengan kawasan perumahan Jannah. Peluh membasahi muka dan badan setelah berjogging tadi.

               “I guess it’s my turn now.. erm.. did you know rabbits like licorice?” soal Hayley. Sejak dulu mereka suka bermain did-you-know- games. Seseorang memberitahu fakta yang tidak semua orang tahu, sekiranya si kawan tahu tentang fakta itu, orang yang tanya soalan itu kena cari fakta lain. Kalau si kawan tak tahu, giliran si kawan pula bertanya.

               “Rabbits eat licorice??” Jannah mengerutkan dahi. Hayley tergelak halus, excited.

                “Yes they do. They don’t eat vegetables only like some people think,” kata Hayley.

                “And they eat cheese too,” Jannah berlawak. Dalam cerita Wallace& Gromit, arnabnya suka makan keju. Hayley tergelak. Jannah menghela nafas sambil mencari fakta lain dalam otaknya.

                “Did you know most lipsticks contain fish scales?”

                “No! Oh my gosh! That’s gross, euwww,” muka Hayley bercemberut mengenangkan lipstick yang dia tenyeh setiap hari mengandungi sisik ikan. Yuck!

                “That’s why you don’t have lipsticks?” soal Hayley. Jannah ketawa halus. Dia tak beli lipstick sebab dia malas nak pakai.

                  “Okay, my turn. Er... “ Hayley memerah otak. Lama pulak tu. Jannah dah naik bosan menunggu sambil itu dia menikmati bunga-bunga di tepi tasik itu. Penduduk di situ rajin berjogging, well... warga tua lah yang rajin berjalan. Yang muda-muda mungkin dekat padang bola.

                  “Hayley.. are you out of facts?” soal Jannah.

                  “No, I’m not. Give me a sec.. I’ve got one!” teriak Hayley seronok. Jannah menjeling sekilas lalu seorang wanita tua yang terkejut dengan jeritan tak semengah Hayley tadi. Atau mungkin wanita itu pelik melihat Hayley yang seperti lelaki itu. Rambut Hayley sengaja dipotong seperti rambut lelaki Korea yang menutup dahi itu. Pakaian jogging Hayley macam lelaki. Dan badan Hayley macam papan.

                 “Did you know, unless food is mixed with saliva, you can’t taste it?” Jannah menjulingkan mata ke atas.

                  “Yeah I knew that,” balas Jannah sarkastik. Hayley menggigit bibir. Dia terlupa Jannah belajar biologi. Dan pelajar perubatan. Duh.. of course lah dia tahu.

               “Er.. o..key.. erm.. did you know ostrich’s eye is bigger than it’s brain?” Hayley pantas bertanya. Jannah mengangguk. Kakinya dah mula rasa letih bertawaf tasik itu lebih 10 kali sejak tadi. Lebih 10 kali jugalah dia melewati wanita tua tadi.

                  “Gosh! Why is it that you know everything?” bising Hayley, frust giler.

                  “Did you know lemons contain more sugar than strawberry?” Jannah tersenyum. Dia teringat Yana dan Imran pernah buat eksperimen sendiri nak tahu buah mana mempunyai gula yang banyak.

                  “Yup, did you know that you’ve asked more than 3 questions in a row which means, you’re out of did-you-know-facts?” sindir Jannah. Hayley mendengus frust. Tak syok kalau setiap kali main game ni dia asyik kalah dengan Jannah.

                  “Fine.. you win, Ms. Know-It-All,” balas Hayley, geram. Jannah ketawa lantas memeluk bahu Hayley.

                 “Oh no.. someone’s got a frown on her face, shall we go to the circus to turn that frown upside down?” usik Jannah. Hayley menahan senyuman mendengar usikan tah pahapa sepupunya itu. Pergi circus nak suruh badut buat dia tergelak lah.

                 “Or maybe... I should just... push you into the lake,” Jannah acah-acah mengheret Hayley ke tepi tasik. Hayley berteriak.

                “No! Jannah!!” Jannah ketawa saja. Muka Hayley merah padam tergelak. Jannah perasan mata wanita tua yang duduk dibangku di tepi tasik itu asyik memandang ke arah mereka.

               “Jannah I think we should leave. That old lady keeps on glancing at us,” bisik Hayley, dia juga perasan wanita itu. Mana orang tak pandang melihat dua orang gadis itu seperti pasangan kekasih. Dah lah Jannah pakai tudung, siap peluk-peluk lagi Hayley. Rambang mata yang menengok.Jannah mengangguk cepat dan kedua-dua gadis itu pantas berlari-lari anak ke kereta mini cooper milik Hayley.

              
             Hakim mengelap peluh dengan tuala kecil, baju yang dipakai basah lencun dengan peluh. Air mineral dalam botol diteguk sambil berdiri. Tak mengikut sunnah Rasulullah.

            “Hakim, kita orang nak singgah SevenEleven kat sana. Kau nak apa-apa tak?” soal Farid. Hakim menggeleng dan menutup penutup botol itu. Farid dan Kamal berjalan ke kedai seveneleven di seberang padang bola. Ahli pasukan lain bersurai. Luke Fahrain turut meninggalkan padang itu. Siapa yang nak duduk kat padang dengan matahari tegak atas kepala.

            Mujur tepi-tepi padang ada pokok-pokok yang rendang. Hakim meletak beg kecilnya di atas bangku yang terdapat di bawah pokok yang besar itu. Redup kat bawah pokok. Matanya menangkap kelibat seorang gadis yang keluar dari kereta mini cooper bersama-sama seorang lelaki. Hakim perhatikan gadis bertudung itu senyum-senyum dan bercakap dengan lelaki rambut style korea itu sebelum masuk ke dalam seveneleven.

             Tu perempuan yang sepak bola kena kepala aku hari tu. ceh, nampak aje alim-alim tapi couple juga, kutuk Hakim dalam hati. Sesuka tahi hidung masin dia je berburuk sangka dengan orang.

             Bola ditimbang-timbang dengan kakinya sambil menunggu Farid dan Kamal. Dua orang budak tu pergi beli air macam pergi shopping barang dapur aje. Ketawa halus menyapa gegendang telinga Hakim. Pantas dia menoleh kepada gadis tadi yang keluar. Bukan gadis itu yang gelak tetapi si pakwenya. Naik kening Hakim. Aik?? Bapok ke apa mamat tu?

            Berbulu mata Hakim apabila mamat bapok itu tiba-tiba memeluk bahu gadis itu. Aiseh, buat drama korea pula kat depan aku. entah kenapa Hakim rasa geram si bapok itu perlakukan gadis itu begitu. Spontan Hakim menyepak bola ke arah dua merpati itu.

           CRASH! Tingkap kereta mini cooper pecah berderai.

           GASP! Semua menoleh kepadanya. Hakim menayang muka selamba dan tak bersalah. Wajah gadis itu berubah apabila mata mereka bertembung. Si bapok itu merenung tajam kepada Hakim. Lantas si gadis menghalang si bapok daripada mara ke hadapan. Si gadis berkata sesuatu kepada si bapok, dan si bapok kembali tenang.

            Jannah mengutip bola itu. Dia memberi isyarat mata kepada Hayley untuk temannya. Hayley mengekori Jannah untuk memulangkan bola itu. Ikutkan hati tadi mahu saja Hayley sepak lelaki sengal itu laju-laju. Tak nampak ke itu kereta dan bukan tiang gol atau referee?? Namun Jannah melarang keras dan memberitahunya lelaki sengal itu gangster dan budak sekolah. Kalau budak sekolah dia lepaskan aje. Mana boleh sentuh budak sekolah, nak kena terajang dengan mak bapak dia orang? Nauzubillah..

             “ Did you do that on purpose?” soal Jannah , kening diangkat. Hakim menayang muka blur dan dinginnya. Jannah berdiri 3 meter dari lelaki itu, langkah keselamatan. Bola masih di tangannya.

              “ So.. what if I did?” balas Hakim, sinis. Jannah rasa sakit hati. Lelaki itu membalas dendam kerana peristiwa tempoh hari.

            “Kalau nak revenge pon agak-agaklah.  That’s not my car, it’s my cousin’s,” Jannah menunjuk kepada Hayley disebelahnya. Hakim mengerling Hayley, terkedu dia seketika. Perempuan?!! What the hell?? Apa nak jadi dengan dunia ni? Perempuan jadi lelaki, lelaki jadi perempuan. Tak bersyukur langsung.

         Dicelah hatinya yang keras, Hakim rasa lega itu bukan bapok atau lelaki. Memang perempuan. Maknanya perempuan ni package alim-alim dan si kawannya pula package tomboy.  ‘Pfft... kalau orang lain mesti fikir dia orang ni lesbian ke apa, peluk-peluk macam tu tadi,’ gumam hati Hakim.

           “ As if I care? Kau dengan dia kan, boleh lah tu,” pedas kata-kata Hakim. Jannah sedaya upaya menahan marah. chill Jannah, he’s just a kid.

            “Oh yes, saya lupa pula awak  jenis yang tak pedulikan perasaan orang. You’re just a kid that only knows how to have fun and always get what you want. You don’t care about other people, do you?” Jannah psycho lelaki itu. Hakim mengetap bibir, sakit hati dipanggil ‘kid’. Kid merujuk kepada budak kecil yang tak reti apa-apa berbanding dengan orang yang dewasa. Itu penghinaan namanya.

              “ Yeah.. I’m just a kid, so I act like one. But kau... apa kurangnya? Nampak macam budak 15 tahun and perangai pun tak lebih tak kurang,” sindir Hakim balik. Jannah mengetap bibir. Eii.. mamat ni. Aku tahu lah aku kecik, tak payah cakap kat muka aku!

            “Well at least saya reti mintak maaf bila dah buat salah, yang awak ni dah rosakkan harta orang tak reti mintak maaf?” perli Jannah, geram. Hayley berpeluk tubuh dan jadi pemerhati saja. Seronok melihat budak dua orang bergaduh. Entah dia rasa kelakar tengok Jannah gaduh dengan budak sekolah.

             Lelaki itu menaikkan kening saja. Bertambah sakit hati Jannah. Orang cakap, dia buat dunno pula. Tak makan saman betullah!

             “Hmm.. agaknya saya bercakap dengan tiang kot. Bazir air liur je,” Jannah bersarkastik. Tatkala itu Hakim tanpa bagi warning menanggalkan baju dari tubuh badan. Terjegil mata Jannah melihat badan Hakim. Jannah terjerit kecil lantas menyembunyikan wajah disebalik bola yang dipegangnya.

              “Are you insane?!” Jannah separuh menjerit. Hayley menahan senyuman. Cuci mata pagi-pagi dengan melihat badan sasa lelaki itu. Gila! Hakim pura-pura tak faham.

               “What?” sengaja Hakim menapak satu per satu ke arah Jannah yang dah tak keruan. Mamat ni terencat akal ke? Dah lah kita orang kat public, boleh pula buat perangai miang dia. Hakim tersenyum nakal, sengaja nak mengusik.

               “Pakai lah balik baju tadi,” marah Jannah masih tak sanggup melihat ke arah Hakim. Tahu lah body tu cantik erm.. apa perkataan tu.. muscular? Sibuk nak tayang kat orang.

                  “Why? Aku nak salin baju. Baju tadi busuk, kang kau complain aku busuk pulak,” makin galak Hakim mengusik.

                  “Don’t come any closer!” Jannah memberi amaran tatkala menyedari jarak antaranya dengan Hakim tinggal 2 meter. Sumpah  mamat ni dah gila. Tak payah datang dekat-dekat denagn aku!!

                 Hakim ketawa sinis, “Kaki aku, suka hati aku lah nak datang dekat ke, nak pergi jauh ke.”

                   “Take one more step and I’ll...er..” Jannah berhenti untuk memikirkan apa tindakan dia akan buat. Hakim tersenyum sinis melihat Jannah berkerut dahi berfikir. Nak kasi aku warning tapi tak tahu nak warning aku dengan apa.. cliche.

                  “You’ll what?” tanya Hakim sengaja mem-provoke. Jannah dah tak betah tercegat disitu lagi. Pantas dia baling bola itu kuat ke arah dada Hakim.

              PAP! Bunyi hentakan bola terkena pada dada Hakim sangat kuat. Dan dengar macam sakit je. Jannah mengambil peluang itu untuk melarikan diri. Tangan Hayley ditarik ke kereta. Hayley cepat-cepat start enjin dan tekan minyak meninggalkan kawasan itu. Dalam kereta baru Jannah menarik nafas lega. Hayley tergelak-gelak di tempat pemandu.

               “Seriously, Jan, how many times have I told you. You can’t stop in the middle of threatening someone. It’’ll ruin the... er.. threat,” ujar Hayley. Jannah memang tak reti ugut orang.

              Mini Cooper itu dipandang hingga hilang dari pandangan. Tangannya memegang dada yang masih terasa pedih-pedih. Asal aku jumpa perempuan tu mesti badan aku sakit-sakit. Baju bersih dari beg kecilnya dikeluarkan dan disarung pada tubuh badan. Bola itu disumbat ke dalam beg.

            “Eh, kau nak balik dah?” tegur Kamal yang baru muncul bersama-sama Farid.

           “Hmm.. korang lama sangat beli air kenapa?” soal Hakim. Beli sorang sebotol je tapi pergi lama sampai berjanggut aku menunggu.

            “ Tadi Laila cari kau. Kitaorang terpaksa bawak dia jalan-jalan pergi tempat lain. Kau buat apa kat dia bro , bengang giler Laila tadi,” kata Farid. Hakim terdiam. Malas betul dia nak layan Laila yang tak faham-faham bahasa. Dia tak pernah pun couple dengan minah gigi besi tu, tetiba satu sekolah bergossip tentang dia dengan si gigi besi tu. memandai je spread rumours.

               “Hmm.. thanks anyway. Aku letih lah, aku balik dulu,” pinta Hakim. Takut sekiranya bertembung dengan Laila. Cukup Jannah sakitkan dadanya, jangan ditambah dengan Laila menyakitkan otaknya pula.

No comments:

Post a Comment