WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Wednesday 9 July 2014

STA 2

Bab 2

     Gossip mengenai Syara dan Camillia tersebar satu sekolah dengan pantas. Pelajar dari First Year hingga ke Fifth Year kenal nama Syara dan Camillia. Entah apa yang menarik pasal pagi tadi pon Syara tak tahu. Setakat exchange of words je kot.

     Syara baru selesai solat Asar di surau sekolah. Di situ lah ramai kakak-kakak senior yang nak berkenalan dengannya.

     “Tahniah. Never thought we’d meet another Trisya Adam.” Okay.... apa maksud tu?

     “Betul-betul. Seriously, STA needs more people like Trisya Adam and Syara. Dah tiba masanya untuk menyedarkan orang seperti Camillia Amir daripada dunia fantasi mereka.”

      “Aku baru jumpa si Camillia tu semalam dan aku dah telan 5 biji panadol sebab dia buat aku migrain.”

      “Harap-harap dia tak terpilih jadi Ketua Pelajar waktu senior year dia nanti. Gerun aku nak bayangkan nasib batch mereka kalau dia dapat jawatan tu.”

     Syara hanya duduk bersandar pada dinding surau, mendengar perbualan kakak-kakak senior.

      ‘Hesy, si kakak-kakak senior ni, agak-agak lah pon kalau nak mengumpat orang. Ni surau kot, hormat please,’ desis hatinya.

      “Kawan-kawan, tolong jangan gossip dalam surau dan tolong perlahan suara kamu tu, ada yang tengah solat,” tegur seorang kakak yang masih bertelekung. Raut wajah kakak itu tenang saja.

      “Sorry, KP,” ujar geng gossip tadi dengan menunduk hormat. KP? Ketua Pelajar?

       Geng gossip tadi dah keluar dari surau. Hanya tinggal beberapa pelajar yang sedang solat dan ada yang membaca Al-Quran. Ada juga yang duduk termenung seperti Syara.

       Surau STA besar seperti masjid. Bahagian perempuan diasingkan daripada lelaki dengan langsir berwarna hijau lembut. Keadaan surau itu ber air-cond memberi kesejukan yang sederhana.

      “Awak Syarafana?” tegur KP. Syara mengangguk tidak, menggeleng pon tak. Terkelu lidah, takut nak jawab. Kalau jawab ye nanti mesti kena gasak dengan soalan-soalan yang tidak mahu dia jawab.

      “Jangan risau akak bukan ‘gossip girl’. Akak tak nak tanya pasal rumours yang merepek tu,” gadis itu senyum lalu duduk disebelah Syara.

       “Dania Arman, you can call me Dania or KP like everyone else, mana-mana yang awak selesa,” kata Dania.

       “You can call me Syara, kak,” balas Syara dengan senyuman manis. Dania gelak sopan. Di STA, junior tak reti-reti panggil senior kak or kakak, hanya seorang saja yang pernah....

       “ Memang betul apa orang cakap. Awak sebiji macam Trisya Adam.” Syara mula curious, dari tadi semua orang asyik sebut nama Trisya. Kenapa Trisya popular sangat ni? Dia tak tahu pon kawannya tu popular. Trisy pon tak cakap apa-apa.

       “Kenapa semua orang cakap macam tu?”

       “Trisya Adam, pelajar Second Year. Waktu first year dia orang pertama yang stand up against Trio Hotshot,” Dania memperlahankan suaranya.

       “Trio Hotshot?” ulang Syara.

       Syara ketawa dalam hati. Lucu dengar nama tu. Siapa lah yang perasan sangat sampai tahap gaban bagi nama kumpulan sendiri macam tu?

       “Trio Hotshot, pelajar Third Year. Trio Hotshot ni kumpulan yang wujud sejak sekolah ditubuhkan.”

        Syara diam, tanda menyuruh Dania sambung.

        “Setiap tahun semua pelajar lelaki First Year will go through a test, to see if they have what it takes to be the Trio Hotshot. It became a tradition for our school. Akak tak tahu test tu macam mana hanya pelajar lelaki yang tahu. Pelajar perempuan dilarang untuk masuk campur. Ramai yang teka, test tu mungkin berdasarkan ciri-ciri setiap ahli Trio Hotshot. Contohlah, member pertama maybe kena ada sifat berkarisma. Member kedua maybe sifat quick thinking ke. Member ketiga maybe bersifat athletic. Entah lah, tu tekaan kami perempuan je. Tapi yang penting ketiga-tiga member kena... well, hensem lah atau bak kata fanatik club diorang.. hot.”

     “So maknanya setiap batch ada Trio Hotshot?” soal Syara, keliru.

     Dania geleng kepala.

     “Tak semesti setiap batch memenuhi kriteria Trio Hotshot. Sejak Trio Hotshot yang pertama ditubuhkan 60 tahun yang lalu, baru ada 3 Trio Hotshot. Setakat ni tak pernah ada dua kumpulan Trio Hotshot pada masa yang sama. Selalunya satu saja kumpulan. Semua orang predict the next Trio Hotshot akan muncul selepas Trio Hotshot sekarang graduate,” Dania menjongketkan bahu tanda dia tak kisah apa pelajar-pelajar lain predict. Syara diam saja masih memproses info yang baru diterima.

______________________________________________________________

      Pintu kayu Dinner Hall itu ditolak. Perutnya lapar walaupun tengah hari tadi dah makan dua pinggan nasi. Jamah kuih-muih pun takpe asalkan perut diisi.

     Sebaik saja, kaki mencecah Dinner Hall, semua perhatian tertumpu pada gadis yang berpakaian casual. Jeans, baju hoodie dan pashmina. Memandangkan sekarang waktu petang dan habis waktu pembelajaran, semua pelajar dibenarkan memakai pakaian casual.

      ‘Hesy, menyesal pula turun makan sekarang,’ rungut hati Syara. Tak selesa orang berbisik pasalnya, ada juga yang pandang-pandang, ada juga yang senyum bangga padanya. Jangan terkejut, ada juga yang menjelingnya dengan penuh kebencian. Siapa lagi kalau bukan Camillia dan konco-konconya.

     Keluhan dilepaskan, kepala ditunduk pandang lantai sambil berjalan ke kaunter yang menghidang kek. Dia tidak menghiraukan orang sekelilingnya. Malas nak layan.

     “Hai,” tegur Syara pada wanita yang menjaga bahagian kek itu. Marissa, tertulis pada name tag. Marissa senyum balik.

      “Nak satu slice Black Chocolate Cherry and some of those Petit Four,” ujar Syara.  Marissa mengangguk lalu menghulurkan pesanan Syara.

      “Terima kasih.”

       “Sama-sama.”

        Syara scan Dinner Hall yang boleh menampung 500 pelajar. Setiap batch ada 100 orang. Dari first year sampai ke fifith year, semuanya ada 500 pelajar. Matanya menangkap kelibat Trisya yang duduk sorang-sorang di meja tepi tingkap, baca buku.

       Tanpa bersuara Syara mengambil tempat bertentangan dengan kawannya itu dan menjamah makanannya dengan senyap.Trisya meletak buku atas meja bersama-sama senyuman mengusik di bibir.

      “Hai orang popular,” usik Trisya.

      “Diam lah Trisy,” gumam Syara dengan mulut penuh. Bila makanan depan mata, semua dah tak penting. Hanya ada dia dan... makanan. I love food!!!

      “Aku nak tanya..” Trisya tidak menghiraukan mood Syara yang tengah syok menikmati kek tersebut.

      “Kau pergi mana lunch tadi?” celah Syara, tak nak dengar soalan Trisya.

      “Huh? Oh library, siapkan assignmnet sejarah.”

      Syara mengangguk lalu menghirup teh panas. Lunch tadi Syara makan dengan Qaisara kawan dari kelas Geografi. Dia tak nampak Trisya waktu lunch tadi.

      Kening Trisya berkerut, pandang tangan Syara.

      “hmm.. peliknya..”

      “Apa yang pelik?”

      “Kenapa tangan kau tak luka?”

      Syara pandang belakang tangannya.

     “ Kenapa pulak nak kena luka?” Dia menghirup tehnya lagi.

      “Bukan ke kau wrestling dengan si minah Camel tu?”

     PUFFFFTTHHH!!!!! Tersembur keluar air teh. Tersedak-sedak Syara. Trisya menghulurkan tisu.

      “What?! Siapa kata aku wrestling dengan minah tu?” faham sangat minah Unta itu merujuk kepada siapa. Camillia. Trisya memandai je bagi nickname pada Camillia.

      Trisya memusing anak matanya, duh.

      “Kau tak dengar ke rumours yang disebar oleh pembawa gossip dalam sekolah ni?”

      “Rumours...” bisik Syara pada diri sendiri. “ Apa yang kau dengar?”

      Trisya menjongketkan bahu. “Kau bertumbuk dengan Si Camel sebab gaduh bapak siapa lagi kaya. Jadi kau tarik tak rambut minah tu? Kau buat tak gaya Kofi Kingston? Tak pon buat smackdown macam Undertaker,” tanya Trisya dengan muka penuh minat.

      Syara tercengang mendengar nama-nama asing itu tapi dia mengagak semua itu nama peserta WWE. Rancangan kegemaran Trisya.

      “What! Itu benda paling merepek aku pernah dengar!” Syara mengepal penumbuk. Kalau Syara jumpa si penyebar gossip, dia akan tarik rambut orang malang itu sampai botak. Sebar fitnah je keje dia.

       “So... it’s not true?”

       “No!”

       “Damn, I knew it was too good to be true,” rungut Trisya.

      “So.. apa sebenarnya yang berlaku?” Syara mencerita balik apa yang berlaku pagi tadi.

       “ Siapa punya idea bernas yang reka cerita mengarut tu pasal aku? Nama baik aku dah tercemar. Baru je hari pertama...” rintih Syara. Ni tak termasuk dalam plan dia. Musnah plan yang dirangka untuk stay low profile.

       “Alaa kau jangan risau. Esok gossip baru akan ganti gossip hari ni,” pujuk Trisya.

       “Maksud kau?”

       “Sri Tunas Academy tak pernah berhenti daripada gossip. Life is full of gossips.”

       “Life is full of drama lah,” Syara membetulkan kawannya.

      “Lagipon,” Trisya merendahkan suara dan mendekatkan badan pada meja. Syara turut melakukan yang sama.

      “Esok the Trio Hotshot balik sini,” Trisya menyebut dua perkataan itu dengan penuh kebencian.

       Kening Syara terangkat. Baru teringat.

      “ Speaking of them, kenapa kau tak pernah sebut pon pasal diorang kat aku sebelum ni? Dan kenapa hari ni dah lebih sepuluh kali aku dengar orang compare aku dengan kau? Kenapa kau tak cerita kat aku yang kau ni orang pop-“ Tangan Trisya menekup mulut Syara, memaksanya diam. Mujur tak tercekik air liur.

       “Tak perlu nak kasi aku soalan bertubi-tubi, tu kerja paparazi.” Trisya melepaskan tangan dari mulut Syara.

       “Jadi, kau tunggu apa lagi? Cepatlah cerita history kau,” desak Syara lalu memeluk tubuh sambil bersandar pada kerusi.

       Trisya menghela nafas dan mengeluh, tanda dia tak nak cerita tapi kena juga.

       “Tak ade apa yang nak diceritakan pon, apa yang kau dengar daripada orang mungkin versi yang ditokok tambah. Tahun lepas, time aku baru masuk sekolah ni, aku digelar nerd sebab aku suka study. Aku tak pernah kacau hidup orang lain.

      Tapi satu hari, aku tengah elok-elok jalan nak ke library, tetiba ada manusia yang berkepala besar dengan egonya, main langgar je aku sampai semua barang aku berterabur. Bukannya dia nak mintak maaf ke apa, tak pon tolong aku ke, ni dia mengutuk aku. Dasar lelaki tak sedar diri. Aku tak tahan tengok muka dia, aku hentam lah dia habis-habisan. Sejak haritu, aku dan dia secara langsungnya diisytiharkan musuh. End of story.”

      Syara diam dua saat.

      “Jadi, orang yang langgar kau tu Trio Hotshot?”

      “Nak lebih specific, nama orang yang langgar dan kutuk aku tu ialah Amir Syahmi,” celah Trisya.

       “Dan bila kau cakap kau hentam diorang, maksud kau, kau wrestling dengan diorang?” teka Syara. Trisya senyum bangga.

       “One of my proudest moments. Habis bengkak knuckles aku,” komen Trisya selamba.

       “Dan kau tak kena buang sekolah?”

       “Aku pon tak tahu kenapa aku tak dibuang sekolah sedangkan aku tumbuk muka anak Raja Iskandar sampai hitam matanya. Aku kena panggil menghadap principal, parents aku dipanggil dan akukena denda cuci pond kat luar selama setahun.”

       “Siapa sebenarnya Trio Hotshot ni?”

       “Ada tiga orang lelaki yang tak guna yang fikir dia orang lebih bagus daripada 
semua orang di muka bumi ini. Ketuanya Firas Affendy, dia tu taklah jerk sangat. Boleh tahan muka dan perangai. Dia jenis yang senyap. Kalau jalan pon gaya tangan masuk poket seluar.

     Then Raja Bazil, anak Principal. Aku masih rasa bersalah sebab belasah dia. Antara tiga orang tu Raja Bazil yang paling baik walaupun casanova. Dia selalu senyum.

     Yang paling teruk antara tiga-tiga manusia tu Amir Syahmi. He’s the most arrogant prat ever to roam the surface of the world. Sangat berlagak dengan kekayaan dan ke- yuck I can’t beleive I’m saying this- kehensemannya. Mulutnya tu lah senjata kebanggaannya. Ada dua fungsi mulut dia tu; untuk sweet talk orang perempuan dan mengutuk orang nerd macam aku,” Trisya dengan semangat kutuk tiga manusia itu.

        “ Personaliti mereka bertiga berbeza tapi they have three things in common; one they think highly of themselves, that they’re better than everybody in the whole school. Two they are a walking disaster. Dia orang dilahirkan untuk membuat hidup orang macam kita ni merana. Three, I hate to admit this, seteruk-teruk perangai dia orang pon, dia orang lah pelajar cemerlang STA.” Trisya mengahbiskan ceritanya dengan muka menyampah.

      “So dia orang ni ala-ala F4 dalam cerita Hana Yori Dango?” teka Syara.

      “Hana Yori Dango? Maksud kau Boys Over Flower?”

     Syara melambaikan tangan ke tepi tanda lupakan saja. “ Hana Yori Dango tu version Jepun. Yang kau tengok tu version Korea.”

      “Hmm.. F4 tu buli orang dan dia control semua orang dalam sekolah. Trio Hotshot tak control semua orang dalam STA, ramai yang tak suka dia orang atas sebab perangai buruk dia orang. Ada tiga group kat STA, satu; group fanatik Trio Hotshot, dua; group anti Trio Hotshot, tiga; group neutral.”

       “Why do I get the feeling that you are the leader of anti Trio Hotshot?” Syara menyuarakan fikirannya. Trisya sengih kambing, tanda ye.

____________________________________________________________

       Lepas tea time, Syara menukar pakaiannya. Seluar track cotton, baju lengan panjang dan tudung bawal hitam disarung. Trisya menghilang ke library untuk study. Waktu petang-petang memang otak Syara malas nak study.

      Kakinya melangkah ke padang sekolah untuk jogging. Namun on the way ke pintu besar bangunan sekolah, gym hall yang terbuka luas pintunya menarik perhatian Syara.

      Ada sebuah bola keranjang di tengah-tengah gym hall yang kosong itu. Bola dicapai lalu dilantunkan beberapa kali ke lantai. Matanya tajam tertumpu pada hoop lalu bersama-sama bola dilantun menghampiri hoop. Dan dilontar masuk hoop. Beberapa lagi aksi dilakukan untuk shoot bola masuk hoop.

    Tanpa disedari ada dua pasang mata sedang memperhatikannya dari bench. Sorang ternganga mulut, seorang senyum lebar.

      “Half court!” salah seorang bersuara. Syara yang tengah dribble bola terus terhenti.

        Matanya jatuh pada dua orang lelaki. Lelaki daripada kelasnya.

       “Excuse me?” tanya Syara dengan muka tak beriak. Ashraff Farhan si Anti-Perempuan berdiri dan turun dari bench, ditangan lelaki itu ada sebatang mop.

       “Aku cabar kau shoot half court,” senyuman sinis dilempar kepada gadis itu. Syara mengerling belakang lelaki itu. Daniell Arman Si Penggemar Epal hanya senyum saja seolah-olah memberi galakkan pada Syara untuk terima cabaran itu.

     “Okay, fine. Kalau aku berjaya shoot, apa balasannya?” kening diangkat.

     Lelaki itu berpura berfikir, “ Kalau kau boleh shoot, aku takkan kacau kau.”

     Cet...mentang-mentang tak suka perempuan nak dijadikan alasan untuk buli orang pulak.

      “Tak nak. Kalau aku berjaya shoot, kau kena berbaik dengan semua perempuan. Cakap elok-elok. No more Mister Gay,” kata Syara tanpa berselindung. Wajah lelaki itu merah apabila dilabel gay.

       “I'm not gay, woman!”

       Syara buat bodoh je dengan tengkingan itu, menunggu lelaki itu setuju.

       “Fine, kalau kau tak berjaya shoot, kau orang pertama aku buat hidup kau miserable.”

      Syara senyum sinis. “Fair enough.”

       Dia berdiri ditengah-tengah court sambil melantunkan bola ke lantai. Matanya menjeling lelaki Anti- Perempuan dan senyum sinis sekali lagi.

       “Bersedialah untuk menjilat balik ludah hang,” bisik Syara sebelum melontar bola ke arah hoop.

        Senyuman sinis Ashraff Farhan terus lesap tatkala bola itu masuk dalam hoop. Daniell Arman di belakang menepuk tangan.

       “Pay up, Mister Gay!” balas Syara dengan ceria, seronok dapat usik lelaki itu.

       “Congrats Syara. Dalam sehari je kau dah berjaya smack down dua orang ego besar,” puji Daniell Arman dengan ketawa.

       “Auch!” Terasa kebas punggungnya dipukul oleh Ashraff Farhan dengan mop.

       “Hoi, main kasar!” Daniell Arman menampar belakang kepala kawan sorang tu.

       “Bagus jugak kau buat deal macam tu Syara. Memandangkan kau kena rendahkan ego kau tu Acap, apa kata kau start dengan berkawan dengan Syara?” cadang Daniell Arman. Syara tersengih dengan perangai dua orang lelaki itu.

       “Meh aku start, aku Daniell, panggil Niall,” Niall mimik cara Syara memperkenalkan diri dalam kelas pagi tadi.

       “Syara.”

       “Acap, turn kau perkenalkan diri,” kata Niall apabila Acap hanya pasang muka dingin tak puas hati kalah bet.

       Acap menjeling tajam Syara sebelum keluar gym hall dengan keadaan bengang. Niall menjongketkan bahu sebelum pandang muka Syara.

       “Macam mana korang berdua boleh kenal?” tanya Syara. Niall memegang batang mop lalu dicelup dalam besin penuh air pencuci lantai.

       “Dia roommate aku. Dan aku baru kenal dia. All thanks to detention.”

       “Detention?” hari pertama dah kena denda. Dahsyat mamat ni.

       “Aku tertumpah air cat atas kepala si Camel time seni tadi,” jawab Niall dengan selamba lalu mengemop lantai gym hall.

      Syara tercengang.

      “Tanpa disengajakan,” tambah Niall apabila terpandang muka Syara.

      “Nama dia Camillia,” Syara membetulkannya.

       Niall hanya menjongketkan sebelah bahu.

      “Yang si Acap tu pulak kenapa?”

      “ Dia pakai sneakers waktu pembelajaran, cikgu disiplin tangkap dia,” jawab Niall.

       Syara menggigit tepi bibir, rasa bersalah.

       “ He’s supposed to clean this place with you?” teka Syara. Niall hanya ketawa halus.

       “Kau akan report kat cikgu disiplin ke yang Acap larikan diri?” tanya Syara.

       “Nope.”

       “Why?”

       “Kawan tak makan kawan. We’re supposed to look out for each other.”

       “Whoa what are you doing?” tanya Niall terpandang Syara yang mencelup mop dalam besin.

        “What does it look like I’m doing?”

        “Aku nampak kau tengah mop lantai.”

        “Silap, aku tengah tolong kau mop lantai.”

        “Why?”

        “Isn’t that what friends do? Saling menolong tak kira susah atau senang?” balas Syara tanpa pandang muka Niall. Lelaki itu tersenyum.


         “Hmm.. you know Syara, ni first time aku jumpa perempuan pelik macam kau. Kau tak kisah dengan status parents, kau tak kisah apa orang fikir pasal kau, kau tak kisah buat kerja.... hamba macam ni.” Syara hanya gelak. Hamba amendenya?

No comments:

Post a Comment