WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Sunday 24 March 2013

Senyuman Jannah 7


         “Jannah, umi dengan walid nak pergi rumah Aunti Kal. Jannah tolong tengok-tengokkan adik-adik ye,” pesan Puan Diana. Jannah mengangguk dan menghantar umi dan walid ke pintu rumah.

          “Umi... kirim salam kat Aunti Kal, Uncle Furqan, Nek Ecah dan Bella,” kata Jannah.  Tuan Raihan dan Puan Diana saling tersenyum.

         “Kat Hakim tak nak kirim salam?” usik Tuan Raihan. Senyuman Jannah terus mati. Dia tersenyum kelat. Dadanya berdebar-debar setiap kali nama Hakim disebut. Yish, merepek je lah kau ni Jannah. Hakim tu budak sekolah, takkan kau ada feelings kat gangster tu.

          “Umi dengan walid pergi mana?” tanya Syifa’ apabila kelibat kereta Toyota Camry Tuan Raihan hilang. Jannah menutup pintu rumah dan bergerak ke ruang tamu.

             “ Rumah Aunti Kal,” jawab Jannah. Dia melabuh punggung di coffee table. Di atas meja itu segala assignment Jannah bersepah. Pensel bertabur sana. Mug strawberry shortcake dari Subuh tadi masih berada di situ, tidak berbasuh. Sebelum Subuh lagi Jannah dah bangun. Dia bersolat tahajjud dan membaca Al-Quran sebelum menyiapkan assignmentnya yang berlambak. Dia berhenti untuk solat Subuh berjemaah. Kemudian sambung balik.

            “Buat apa mereka ke sana?” soal Syifa’ ingin mengetahui. Budak ni semua benda dia nak tahu. Jannah kembali menatap assignmentnya.

             “ I don’t know Syifa’,” keluh Jannah. Adiknya itu berbaring disofa panjang sambil membaca novel The Hobbits. Syifa’ hantu novel inggeris. Jannah membiarkan adiknya itu. Dia menyambung kerjanya.


 Di rumah banglo Tuan Furqan dan Puan Kalsom.....

           Suasana dalam bilik Nenek Aishah senyap meskipun terdapat dua buah keluarga di dalamnya. Tuan Furqan, Puan Kalsom, Tuan Raihan dan Puan Diana duduk mengelilingi katil Nenek Aishah. Masing-masing memikirkan cadangan Nenek Aishah. Tuan Raihan dan Puan Diana saling berpandangan seolah-olah berbicara melalui mata.

         Puan Kalsom menggenggam tangan Tuan Furqan, di dalam hati mengharap kawan lamanya itu bersetuju. Tuan Furqan berwajah serius tetapi dalam hati juga seperti isterinya. Mereka bukan mementingkan diri sendiri atau hendak membebankan Tuan Raihan sekeluarga. Namun ini mungkin yang terbaik untuk kedua-dua pihak.

         Nenek Aishah yang terbaring hanya menanti jawapan Tuan Raihan dengan tenang. Tiga hari berturut dia melakukan solat istikharah dan solat hajat memohon petunjuk Allah jalan yang terbaik. Dan dia sudah mendapat jawapannya.

         “ Ehem..” Tuan Raihan berdehem setelah habis mesyuarat mata dengan Puan Diana. Puan Diana menggenggam tangan suaminya, memberi kekuatan. Semua memasang telinga bagi mendengar kata putus Tuan Raihan.

           “ Kami faham situasi Furqan dan Kal. Dan kami faham mengapa keadaan Hakim begitu... Tapi.. setuju ke Hakim dan Jannah? Don’t get me wrong. Kami tak ada masalah dengan rancangan ni, in fact, kami setuju dan sokong cadangan Nek Ecah... but just for the sake of these two.. dia orang nak ke?” Tuan Raihan bersuara. Puan Kalsom berpandangan dengan Tuan Furqan, giliran mereka pula buat mesyuarat mata.

             “They have to...” Nenek Aishah bersuara pula. Empat pasang mata tertumpu pada wanita tua itu.

              “Ini permintaan arwah Sarah. Arwah yang hendak Jannah dan Hakim disatukan,” sambung Nenek Aishah. Arwah Sarah merupakan nenek kepada Jannah dan ibu kepada Puan Diana merangkap kawan baik Nenek Aishah. Banyak betul talian silaturrahim antara dua buah keluarga ini.

          Puan Diana tidak dapat menyangkal fakta itu. Sewaktu arwah Sarah masih hidup, ibunya itu pernah menyatakan hasrat untuk menyatukan Jannah dan Hakim memandangkan dua orang budak itu rapat.

           “Hakim masih sekolah. Tak ke nanti dia membantah?” tanya Puan Diana. Tuan Raihan dan Puan Diana berat untuk melepaskan anak sulung mereka kepada lelaki yang baru berumur 17 tahun. Siapa yang berani??

            “Kita boleh tunggu sehingga Hakim dah dewasa sikit,” Puan Kalsom seperti setuju dengan cadangan Puan Diana. Tuan Furqan rasa seperti hendak menembak cadangan itu jauh-jauh.

            “Dan sementara tu kita tengok Hakim membesar dengan perangai pelesit dia tu?” perli Tuan Furqan. Puan Kalsom dan Puan Diana jadi serba salah. Tuan Raihan menghela nafas panjang. Dia memahami perasaan Tuan Furqan sebagai seorang ayah yang mahu melihat anak lelakinya menjadi lelaki yang berguna dan.. er.. perangai elok.

           “Makin lama kita tunggu, takut Hakim sebati dengan perangai sedemikian. Hanya Jannah saja yang boleh menolong Hakim berubah,”Tuan Raihan bersuara. Nenek Aishah dan Tuan Furqan lega mendengar hujah Tuan Raihan.

           “Baiklah, Di setuju,” Puan Diana bersetuju. Begitu juga dengan Puan Kalsom.


      Jannah terduduk dibirai katil di biliknya. Dunianya rasa berkecai dengan permintaan umi dan walid. Dia tak kisah untuk menunaikan apa-apa permintaan umi dan walid tetapi untuk berkahwin dengan si gangster itu... tidak mungkin. Lelaki itu tiada langsung ciri-ciri lelaki idamannya. 10 tahun dahulu mungkin dia akan pertimbangkan lagi permintaan ini, tetapi sekarang...

         “Umi.... I can’t marry him... dia tu masih budak sekolah menengah... he’s 17 and I’m 21.... beza antara umur kami jauh... I’m too young to get married.. Hakim .... dia terlalu muda, umi,” hujah Jannah perlahan menunduk. Puan Diana melirik Jannah yang bangun dan bergerak ke tingkap.

          “ Jannah tak boleh, umi..” lirih Jannah sayu, takut dia hendak melihat wajah kecewa uminya. Dia merenung ke luar tingkap. Melihat anak jiran sebelah bermain basikal dijalan raya. Puan Diana menghampiri anak gadisnya itu. Dia memeluk bahu Jannah.

          “Perbezaan umur bukan halangan dan Hakim terlalu muda juga bukan halangan untuk berkahwin.  Rasulullah dan Saidatina Khadijah juga mempunyai perbezaan umur yang besar, tetapi bahagia je hingga ke akhir hayat. Jika sesuatu perkahwinan itu, perkahwinan yang direstui oleh ibu bapa maka Allah merestuinya juga. Dan Allah akan memberikan kebahagiaan,” hujah Puan Diana pula.

           Jannah senyap. Puan Diana memusingkan Jannah menghadapnya.

          “ Jannah bukan tak boleh kahwin dengan Hakim ... tapi sebab Jannah tak nak dengan Hakim ,kan?” ujar Puan Diana, nak psycho gadis itu. Jannah memejamkan matanya dan mengangguk perlahan. Terpaksa mengaku.

            “Jannah tak nak.. sebab Jannah... takut umi... Jannah takut Hakim tak dapat terima Jannah,” bisik Jannah memandang lantai. Puan Diana tersenyum kecil.

            “Hakim kan baik, lambat laun dia akan terima Jannah,” pujuk Puan Diana. Jannah menahan air mata daripada mengalir. Sebak dadanya mendengar umi berkata begitu. Dia tidak dapat menahan air matanya. Lantas Jannah terduduk melutut di lantai. Puan Diana terkejut.

            “It’s all my fault umi...Hakim jadi macam tu disebabkan Jannah. I didn’t keep the promise I made to him.. Hakim dah tak percayakan Jannah dah, umi... I should have never made the promise... kalau Jannah tak janji dengan dia, none of this would ever happen,” luah Jannah separuh berbisik. Puan Diana melutut dihadapan gadis itu. Jarinya menyeka air mata Jannah dari pipi.

           “Bukan salah Jannah. Allah dah tetapkan semua ni berlaku. Seandainya Jannah tak buat janji tu dan kita tak berpindah, Hakim tak akan berubah sampai macam ni... dan tak mungkin kami meminta Jannah dan Hakim berkahwin. Insha-Allah dengan berkahwin, hubungan Jannah dan Hakim akan pulih semula dan tika itu Jannah akan nampak hikmah disebalik semua perancangan Allah. Allah tak akan membebankan hamba-Nya. Percayalah Jannah.

             Umi dan walid tak paksa Jannah untuk terima Hakim. Jannah berhak memilih. Tapi sebelum Jannah buat keputusan, Jannah minta lah petunjuk daripada Allah. Minta Allah menunjukkan pilihan yang mendekatkan Jannah dengan rahmat-Nya dan keredhaan-Nya,” pesan Puan Diana. Jannah menyembamkan wajah ke bahu Puan Diana dan menangis tanpa bersuara.


Reaksi Hakim Adrian....

          “Abah nak Hakim kahwin dengan Jannah,” Tuan Furqan bersuara tegas dan berwajah serius. Abah kalau bercakap straight to the point. Takde singgah-singgah mana-mana. Hakim yang duduk di sofa ruang tamu itu terpinga-pinga. Betul ke tidak apa yang aku dengar tadi?

            “Pardon?” Mencerlung mata Tuan Furqan menikam wajah Hakim yang berwajah selamba.

             “Abah nak Hakim kahwin dengan Jannah,” ulang Tuan Furqan. Hakim tiba-tiba tergelak kuat. Tuan Furqan dan Puan Kalsom saling berpandangan dengan dahi berkerut. Apa kena dengan budak ni. Orang cakap hal serius ,dia bantai gelak.

              “That’s funny abah, I thought you said you wanted me to marr..ry...” Hakim yang tadi seronok gelak mematikan ketawanya apabila mama dan abah tidak ketawa. Dan nampak serius.

               “Wait.. are you serious?” tanya Hakim.

               “Do I look like I’m joking?” perli Tuan Furqan. Hakim menelan air liur dan melarikan pandangan.

                “You want me to marry her? I mean.. ME??” soal Hakim betul-betul, menekan suara pada perkataan me. Tuan Furqan dan Puan Kalsom mengangguk.

              “sure bukan along?” mana tahu mama dan abah sebenarnya nak kahwinkan Luke dengan Jannah tapi tercakap Hakim pula. Kalau betul mama dan abah hendak mengahwinkan Luke dengan Jannah, Hakim pula jadi tak sedap hati.

 Abah dan mama angguk. Okey... rasa lega sikit.

               “Hakim?” jari telunjuk ditunjuk pada dadanya.

Abah dan mama angguk.

               “Kahwin dengan perempuan tu?” sengaja dia menekankan suara pada perkataan perempuan tu.

               “Kahwin dengan Nurul Jannah, ya,” Puan Kalsom membetulkannya. Hakim pantas berdiri. Mama dan abah memang tidak bergurau. Ni bukan cobaan tapi betul-betul.

                “Ma.. abah..you guys can’t be serious. I’m still in school in case if you haven’t noticed that. I don’t want to get married at this age. Besides, I can’t marry her,” bantah Hakim, sekeras-kerasnya. Seandainya Nurul Jannah satu-satunya perempuan yang tinggal di permukaan bumi ini, belum tentu lagi dia akan kahwin dengan perempuan itu. Dia sanggup terbang ke Mars atau Neptune dan kahwin dengan alien kat sana.

               Tuan Furqan bingkas bangun. Matanya menikam wajah anaknya. Berani budak ni melawan cakap aku, desis hati Tuan Furqan. Hakim langsung tidak takut dengan wajah bengis abahnnya. Dah jemu dia dengan pandangan maut itu.

                “Hakim setuju atau tidak, suka atau tidak, Hakim tetap akan kahwin dengan Jannah. Muktamad. No kompromi!” bergema suara Tuan Furqan satu banglo itu. Puan Kalsom berdiri di samping suaminya dan menarik lengan Tuan Furqan menyuruh bertenang.

                 Hakim bertentang mata dengan abahnya. Bibir diketap. Suasana tegang dan senyap.

                “No. Hakim tak nak. Sampai bila-bila pun Hakim tak nak kahwin dengan perempuan tu,” kata  Hakim tegas lalu berlari naik ke atas.

                “Hakim-,” Puan Kalsom cuba mengejar Hakim namun ditahan Tuan Furqan.

                 “Biarkan dia dulu. Bagi dia masa untuk fikirkan tentang hal ni.” Puan Kalsom akur. Tuan Furqa lelaki, sudah tentu dia lebih memahami perasaan anak terunanya itu. Kalau dia ditempat Hakim, dia juga hendak bersendirian.


No comments:

Post a Comment