WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Wednesday 1 May 2013

A Thousand More ...1


4 tahun kemudian....

“AFIYA!!!!!” Jangan panik, itu hanya sekadar bunyi ‘ alarm bergerak’ yang mengejutkan satu kawasan perumahan itu bangun pagi. Frekuensi suara Kak Imah terlalu tinggi, mujur saja gegendang telinganya tidak pecah.

          “Urgh.... bisinglah Kak Imah. Orang nak tidur,” gumam Iman Afiya dari bawah bantal.

          “Bangun!!!!!” sekali lagi nada suara Kak Imah naik beroktaf-oktaf. Iman Afiya mengangkat tangan tanpa membuka mata,

          “ 5 minit,” pinta Iman Afiya. Sekali gus dia terasa selimut dan bantal ditarik. Kesejukan pagi menjalar ke tubuh Iman Afiya. ‘Sejuknya...’

           “Tak ada, tak ada! Lima minit kang jadi 2 jam. Bangunlah Afiya! Lambat ke sekolah kang!” jerit Kak Imah. Iman Afiya mencelikkan sedikit matanya untuk melihat kakak tirinya itu bercekak pinggang. Huisy! Nenek kebayan rupanya.... Lantas Iman Afiya memejamkan matanya semula.

          Kak Imah geram melihat Iman Afiya tidur balik.

          “ Bangun!” Kak Imah menolak sekuat hati tubuh Iman Afiya sehingga jatuh dari katil.

          KEDEBUK!

          “Auwwww..” Iman Afiya mengerang perlahan.

          “Dah. Pergi mandi. Jangan lupa solat Subuh,” pesan Kak Imah sebelum berlalu keluar dari bilik. Iman Afiya yang terkulai dikarpet, bangun juga. Setiap pagi dia ditolak jatuh katil. Lama-lama boleh tumbuh bisul kat punggung aku ini.

           Kak Imah a.k.a Fatimah Az-Zahra kakak tirinya pertama yang berumur 28 tahun. Kak Imah baik orangnya, tinggi lampai dan cantik tetapi garang nak mampus. Patutlah kena reject jadi cikgu, tidak pasal-pasal terkencing-kencing anak orang dibuatnya. Kakaknya itu seorang fashion designer. Memang padanlah dengan Kak Imah yang suka melaram. Bayangkanlah.. nak pergi makan kat gerai mamak tepi jalan pon kakaknya itu pakai cantik-cantik. Itu belum lagi pergi majlis formal.  Dia seorang yang menonjol mengalahkan bidadari Planet  Marikh. Nasib baik nak masuk tandas kakaknya itu tak bermake-up segala, hanya bertempek bedak sejuk. Mungkin nak takutkan setan-setan yang duduk dalam tandas agaknya.

           “Alamak! Dah 6.30 pagi ??” Iman Afiya terjerit kecil tatkala terpandangkan jam dinding. Jauhnya dia termenung tadi. Tuala dicapai dan dia berlari masuk ke dalam bilik air. Dia mandi takat simbah air ke kepala dan badan, gosok gigi dan ambil air wudhu’.

           Baju sekolah disarung ke badan kemudian dia memakai telekung. Usai solat Subuh, tudung sekolah disarung ke kepala. Beg sandang dicapai lalu dia terkocoh-kocoh turun ke bawah.

          “ Afiya meh makan,” panggil Puan Naeimah a.k.a ummi. Ummi kepada Kak Imah merangkap ibu tiri kepada Iman Afiya. Iman Afiya yang baru hendak membuka pintu rumah, menoleh kepada ummi yang berada di meja makan.

           Dahi Iman Afiya berkerut-kerut.

           “ Mana Salman, ummi?” tanya Iman Afiya tentang ‘kembar’nya itu.

           “ Salman ada kat luar. Dia belum pergi sekolah lagi. Meh makan dulu. Kang lapar kat sekolah tak boleh belajar,” kata ummi lembut. Iman Afiya meletak jari telunjuknya didagu.

             “Emm.. baiklah. Saya rasa tak salah sekiranya saya sarapan dahulu memandangkan perut saya sudah berlagu,” kata Iman Afiya. Dia duduk dimeja makan.

             “Terima kasih ummi,” ucapnya dengan senyuman manis sambil menyambut huluran sekeping roti. Roti disapu dengan mentega dan gula. Roti ekspress. Laju dia mengunyah roti sambil-sambil itu matanya memandang ke luar tingkap rumah.

           Bunyi enjin motor dihidupkan kemudian terlihat Salman keluar rumah menaiki motor, membuat Iman Afiya menggelabah. Disumbat terus baki roti yang tinggal suku itu ke dalam mulutnya.

            “Afiya, perlahan-lahanlah makan tu. Tercekik karang,” tegur ummi.

            “Tak boleh. Salman dah gerak pergi sekolah. Maknanya saya bakal lambat ke sekolah,” kata Iman Afiya dengan mulut yang penuh. Terasa susah pula makanan itu hendak menurun oesophagusnya. Matanya terpandangkan jus oren dalam gelas yang berada di hujung meja. Tanpa mempedulikan milik siapa jus oren itu, dia lantas meneguknya.

             Beg sandang digalas pada bahu, tangan ummi dicium dan pantas Iman Afiya berlari ke pintu rumah.

              “Bye ummi. Assalamualaikum. Saya pergi dulu,” laung Iman Afiya sampai di muka pintu. Dia duduk untuk menyarung kasut sekolah.

               Pada saat itu, Kak Imah turun ke meja makan. Dia seperti tercari-cari sesuatu.

               “Ummi, mana air jus oren Imah yang Imah letak di meja tadi?” tanya Kak Imah. Ummi memandang wajah anaknya seketika.

               “Afiya dah habiskan.”

               “Hah?!” nyaring pekikan Kak Imah.

               “Kenapa?” Ummi mengerut dahi.

               “Air itu Imah taruk julap dalamnya!”

               “Hah?!” ummi pula terkejut mengalahkan beruk dalam hutan. Pada masa itu juga kelihatan Iman Afiya berlari naik ke tingkat atas. Kak Imah dan ummi berpandangan selama dua saat sebelum mengejar Iman Afiya ke tingkat atas.

                Iman Afiya sudah berada di dalam bilik air. Dari luar Kak Imah dan ummi dengar Iman Afiya mengerang sakit perut. Dua-dua merisaukan keadaan Iman Afiya yang duduk dalam bilik air  selama 15 minit tak keluar-keluar dari tadi.

                “Afiya sayang... Afiya okey tak?” tanya ummmi lembut.

               “Taaakkk...” Iman Afiya balas, bunyi macam sakit je. Ummi berwajah simpati. Kak Imah dah terduduk di tepi pintu bilik air  menunggu adik tirinya itu berjuang.

              “Ummii.... kenapa saya rasa asyik nak terbuang air besar ni? Saya rasa saya diarrhea...” kata Iman Afiya dari dalam bilik air.

              “Er... air jus oren yang Afiya minum tu air akak,” kata Kak Imah rasa bersalah.

               “So...?”

               “ Dalam tu ada julap,” balas Kak Imah nak tak nak.

                “Urgh.... apesal lah Kak Imah minum julap pagi-pagi macam ni????” kalau ikutkan hati sudah naik beroktaf-oktaf frekuensi gelombang suaranya. Tetapi dengan keadaannya yang terseksa, dia hanya mampu merengek. Julap membantu mencuci perut. Jadi pengambilan julap akan memberi kesan kepada si pengambil iaitu kerap membuang air besar sehingga perut dah bersih.

                “ Yang Afiya minum air akak tu siapa suruh?”

                “ Dah orang rasa tercekik, orang bantai sajalah ambil air yang orang nampak!”

                 Kak Imah mengeluh. Nak buat macam mana, perkara dah berlaku...

               Selama setengah jam berhempas pulas di dalam bilik air, baru Iman Afiya berasa lega. Dia mandi sekali lagi kemudian baru ke sekolah. Kak Imah dan ummi melarangnya pergi ke sekolah tetapi dia berkeras juga. Apabila perangai kepala keras dah bertandang, tiada sesiapa yang boleh menghalau.


               Iman Afiya mengayuh basikalnya dengan laju. Papa ada membelikannya sebuah motor, namun Iman Afiya tidak mahu menerima apa-apa daripada papanya. Basikal kesayangan yang dibeli oleh Abang Afrie yang menjadi penemannya ke sekolah.

            VROOM!

            “Argh!”

            KEDEBUK! Iman Afiya terjatuh dari basikalnya demi mengelak air lopak yang hampir menyimbahnya. Motor yang melintasinya dengan laju langsung tidak berhenti untuk menolongnya. Afiya menghafal nombor plat motor itu.

           “Tak guna! Dah langgar anak orang, tak reti mintak maaf ke hah?!” pekik Iman Afiya kepada si penunggang motor yang sudah jauh. Berbakul-bakul sumpah seranah dilempar kepada si penunggang motor yang tidak bertauliah itu. Seandainya aku bertembung sekali lagi dengan mamat rabun ‘saiz’ itu akan aku sepak dia laju-laju. Kemudian aku pijak-pijak motornya sampai lunyai. Hurgh!! Geramnya aku!

           Iman Afiya mengayuh basikalnya hingga ke pintu sekolah. Sampai sahaja, ketua pengawas dan konco-konconya sudah terpacak di pintu pagar seperti penjaga istana yang turun dari kayangan.

            “ Hah mak cik! Apehal lambat? Tak reti tengok jam?” perli si ketua pengawas. Iman Afiya menjeling tajam Salman yang tersengih. Salman merupakan ketua pengawas di sekolah. Mestilah di sekolah, takkan di tandas pula. Namun tiada sesiapa yang tahu mereka berdua itu adik-beradik tiri. Tiada sesiapa yang akan syak mereka adik-beradik memandangkan muka mereka tidak iras langsung. Iman Afiya berkacukan Jepun, manakala Salman berkacukan Arab. Jauh kan tu...

         Salman Al-Farisi kembar tiri dari bapa yang sama, ibu berlainan tetapi lahir tahun dan hari yang sama. Iman Afiya tua 8 jam daripada Salman. Salman merupakan adik kandung Kak Imah. Di sekolah Salman boleh bajet macho tetapi dirumah dia lah orang yang selalu dibuli terutama dibuli oleh Iman Afiya. Ada saja benda yang hendak dikenakan Salman.

           “ Aku diarrhea lah tadi,” balas Iman Afiya. Dia nampak pengawas lelaki disebelah Salman,  menahan senyuman. Mana ada orang dengan muka tak tahu malu, selamba cakap dia cirit-birit. Lebih-lebih lagi depan lelaki.

            “Tu lah kau, makan lagi buah limau pagi-pagi. Kan dah cirit-birit,” sindir Salman sambil menulis nama Iman Afiya dalam buku pelajar datang lambat.

           Iman Afiya mencebik. Salman ni macam tahu-tahu saja aku minum julap tadi.

           “ Teori mana kau pakai? Limau tu bagus untuk kecantikan okey,” bidas Iman Afiya.

           “Sepatutnya aku yang tanya kau, teori kecantikan mana yang kau pakai? Tomato yang bagus untuk kecantikan. Limau mengandungi vitamin C untuk mengelakkan scurvy,” kata Salman.

              “Betullah apa yang aku cakap. Elakkan scurvy, wajah berseri-seri. Petua kecantikan tu,” Iman Afiya tidak mahu mengalah dengan ‘kembar’nya itu. Salman mengeluh dan menggeleng kepala. Bertekak dengan kembarnya sampai petang belum tentu minah itu mahu mengaku kalah. Ada saja yang hendak dibalas.

               “Dah lah.  Datang lambat banyak cakap pula. Lari padang 5 pusingan,” arah Salman, tegas. Iman Afiya mencebik menyampah.

              “ Eh mentang-mentang aku pakai kain, kau pandang aku tanpa contact lens pula. Aku boleh lari 10 pusingan dengan kain sekolah sebelum waktu pertama tamat,” kata Iman Afiya dengan angkuh. Salman tersenyum sinis. Dah faham sangat dengan perangai kembarnya yang pantang dicabar. Syakir yang jadi pendengar sejak tadi turut tersenyum sinis.

              “Baiklah. Aku cabar kau.”

              “Dan aku terima cabaran kau,” ujar Iman Afiya dengan tenang.



         Nazrul Hakimi keluar dari pejabat sekolah, ditangannya jadual waktu kelas 5 Sci2. Dia mengerling Syakir yang bersandar pada dinding menunggunya.

        “Bila kau sampai Malaysia?” soal Syakir. Nazrul menggaru kepalanya sambil wajahnya berkerut cuba mengingati.

        “ Entah lah... aku tertidur dalam flight, pagi ni aku sedar-sedar saja aku dah ada kat dalam bilik,” jawab Nazrul. Syakir menepuk dahinya sendiri. Ni lah padahnya berkawan dengan seorang pelupa, dahinya kerap menjadi mangsa tamparan sendiri.

         “ Papa kau macam mana? dah okey?” soal Syakir sambil itu mereka berdua menuju ke kelas.

        “Okey. Dah boleh bercakap semula,” jawab Nazrul perlahan. Syakir tidak bertanya lagi. Tatkala itu mereka bertembung dengan Salman yang menaiki tangga.

        “Eh Nazrul, bila kau balik?” tegur Salman lalu berjabat tangan dengan Nazrul.

        “Lebih baik kau tak payah tahu jawapan dia, tak pasal-pasal merah dahi kau,” Syakir memberi amaran. Salman mengerutkan dahi tidak faham. Dia memandang Nazrul meminta jawapan.

           “Aku tak ingat,” keluh Nazrul lemah. Sekaligus Salman tertampar dahi sendiri, spontan.

        “Kan aku dah kata,” sindir Syakir. Nazrul tersengih. Salman menggosok dahinya yang merah.

         “ Kau kelas apa?” tanya Salman. Nazrul menunjuk jadual kelas di tangannya. Salman mengangguk membaca nama kelas yang tertulis dikertas itu.

          “Sama kelas dengan Syakir,” gumam Salman. Nazrul menjeling kertas ditangannya kemudian memandang Salman.

           “Kau kelas apa?”

           “Sebelah kelas kau.”

         Sewaktu berada di tingkat satu, mata Nazrul menangkap kelibat seorang gadis di padang sekolah. Dia tersenyum menahan gelak. Kelakar melihat gadis itu bermarathon dengan kain sekolah. Dah mereng ke apa perempuan tu?

         Sampai di hadapan kelas 5 Sci2, Salman berlalu ke kelas sebelah, kelas 5 Sci1. Nazrul mencebik melihat Salman yang menjongketkan kedua-dua kening kepadanya.

        ‘Nak bajet pandai lah tu,’ cebik hati Nazrul.

 Semua mata pelajar 5Sci 2 tertumpu kepada Nazrul yang selamba masuk ke dalam kelas.

          Nazrul berdiri dihadapan Puan Humaira yang sarat mengandung. Wanita itu melemparkan senyuman selamat pulang ke tanah air. Nazrul membalas dengan senyuman kecil.

          “ Welcome back Nazrul,” ucap Puan Humaira. Apabila mendengar nama Nazrul disebut, seisi kelas itu mula berbisik. Barangkali berbisik mengenai kepulangan Nazrul setelah empat tahun merantau ke  luar negara.

          “Thanks,” ucap Nazrul perlahan. Nazrul bergerak menuju ke tempat duduk disebelah Syakir. Tempat duduknya memang selalu sebelah Syakir. Dua orang kawan itu memang tidak boleh dipisahkan sejak dulu lagi.

        Puan Humaira sambung mengajar. Syakir disebelahnya menulis nota di dalam buku. Nazrul mendengar saja apa yang cikgu ajar dihadapan. Loceng waktu pertama berbunyi. Pelajar-pelajar yang mengantuk serta-merta terjaga dan duduk tegak. Tatkala itu Nazrul terpandangkan gadis marathon tadi lalu dihadapan kelasnya.

       “Siapa tu?” tanya Nazrul kepada Syakir yang sibuk menulis. Kawannya itu mengangkat muka dan memandang ke arah yang sama. Senyuman terbit dibibir Syakir.

          “ Ketua pengawas pusat sumber,” jawab Syakir. Memang bersumber pon Iman Afiya tu. Ada saja fakta yang dikeluarkan oleh Iman Afiya.

          “ Kenapa dia lari padang?”tanya Nazrul.

           “ Sebab datang lambat. Dan nampaknya dia sudah berjaya menegakkan maruahnya,” kata Syakir selamba. Nazrul tak faham.

           “ Dia berjaya lari 10 pusingan padang dalam masa 21 minit . Aku dah buat analisa. Aku lari satu pusingan padang mengambil masa 2 minit sebab aku lelaki. Maknanya aku dapat menghabiskan dalam 20 minit. Bagi perempuan mungkin 25 minit. Dan perempuan itu memiliki kekuatan luar biasa bagi seorang perempuan yang pendek.” Jawapan Syakir  membuat Nazrul tersenyum sinis. She sounds like a person who likes to be challenged.


         20 minit 30 saat. Afiya menulis dalam buku rekod lariannya. Dia menamatkan lariannya dalam masa 20  minit 30 saat. Kemudian dia menukar baju kurungnya yang basah lencun. Mujur dia membawa baju kurung sekolah,dan tudung sekolah spare dalam begnya. Usai salin baju, dia naik ke kelas.

No comments:

Post a Comment