WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Wednesday 1 May 2013

A Thousand More...2


“Iman Afiya! Kenapa lambat?” soal Puan Saraswati dengan frekuensi yang tinggi. Puan Saraswati ni boleh dibuat geng dengan Kak Imah. Geng gelombang suara berfrekuensi tinggi. Iman Afiya terkulat-kulat dimuka pintu. Takut menghadap cikgu sejarah yang paling garang dimuka bumi.

          “ Saya cirit-birit pagi tadi sebab terminum julap,” serentak dengan itu satu kelas ketawa. Iman Afiya menarik muka tak puas hati.

           “Betullah...” Iman Afiya berkata. Puan Saraswati mencerlung tajam memandangnya sambil bercekak pinggang. Iman Afiya menelan air liur. Yish, silap langkahlah dey. Patutnya aku cakap saja aku kena langgar dengan mat rempit dari planet Marikh.

          “Quiet!!!!!” bergema satu sekolah itu sampai kelas-kelas lain turut senyap. Power tak suara merdu cikgu berjambul depan ini. Iman Afiya menahan nafas, mujur saja tak terkencing disitu.

          “ Iman Afiya, see me after school,” putus Puan Saraswati, tegas. Iman Afiya mengangguk faham.

          “Masuk! Duduk di tempat kamu!” arah Puan Saraswati. Iman Afiya melangkah masuk dan berlalu ke tempat duduknya dibelakang kelas. Sempat dia memandang Salman seolah-olah berkata, bagaimana larian aku hebat tak? Salman menjongketkan kening menandakan, not bad. Suara Puan Saraswati mula sambung mengajar subjek Sejarah.

           “Betul ke kau cirit-birit?” bisik Nur yang duduk sebelahnya merangkap sahabat baiknya dunia dan akhirat. Sahabat sejati.

          Syafirah Nursanaa a.k.a Nur. Kawan baiknya sejak sekolah rendah. Seorang yang peramah, gila-gila sikit, gila K-pop dan J-pop, kadang-kadang blur dan tidak pernah mengkhianati kawannya. Janji harus ditepati. Kawan tidak makan kawan. Itu prinsip hidup Nur.

            “Betullah. Kau ingat aku ni kaki penipu?” balas Iman Afiya, geram. Nur mencebik bibir.

             “Mana tahu kau kena buasir ke pastu cover line  guna cirit-birit,” kutuk Nur  selamba. Ni lah kawan kann... Iman Afiya menjeling Nur yang tersengih. Satu lagi perangai buruk Nur... cakap main lepas tak tengok kiri kanan, main langgar saja lampu isyarat. Kalau boleh sekali-sekali dengan pejalan kaki pun dia hendak sodok.

           Nur memandang kawannya itu dari atas hingga ke bawah. Iman Afiya membalas pandangan kawannya itu serupa. Puan Saraswati yang memang perasan kelakuan kedua-dua gadis itu mengetap bibir dan menggenggam kapur ditangan hingga terpatah dua kapur itu.

          “Iman Afiya dan Syafirah Nursanaa, kamu berdua lesbian ke?!” pekik Puan Saraswati dengan lantang. Hah? Iman Afiya dan Nur menahan malu apabila berpasang-pasang mata terhala kepada mereka. Ada yang menahan gelak, ada yang tersengih, ada yang menjeling mungkin kerana geram kelas diganggu. Adey... pagi-pagi Puan Saras ni dah bersangka buruk. Ini semua salah Nur yang meng-scan-nya dari atas hingga ke bawah.

          “Apahal kau pandang aku macam tu?” bisik Iman Afiya setelah Puan Saraswati pandang papan putih.

            “Tak ada peluh,” kata Nur. Baru Iman Afiya faham maksud Nur. Selalunya dia masuk lambat ke kelas bajunya berpeluh dan bau peluh tetapi hari ini dia bau wangi, bau haruman sabun Downy.

             “Aku bawa baju spare. Aku dah agak, Salman pasti akan suruh aku tawaf padang,” bisik Iman Afiya sambil-sambil itu mata memerhatikan belakang Puan Saraswati. Nur mengangguk sambil mulutnya membentuk O.

             “Berapa pusingan kali ni?” bisik Nur.

              “10 pusingan.”

              “10?!” Nur hampir terjerit namun pantas Iman Afiya menekup mulut Nur. Fuh! Line clear. Puan Saraswati tidak syak apa-apa.

              “ Yes, ten. Masa terpantas yang pernah aku buat, 20 minit 30 saat. Masih belum dapat kalahkan Syakir,” bisik Iman Afiya. Syakir athlete sprinter sekolah bagi lelaki a.k.a King Sprinter. Sejak dulu lagi tiada sesiapa yang boleh mengalahkan Syakir. Seandainya Nur tidak kenal Iman Afiya, sudah tentu dia tidak mempercayai Iman Afiya hampir  menendang Syakir ke nombor dua. Walaupun Iman Afiya lewat 30 saat saja.

         Dia kenal Iman Afiya, seorang yang gigih dan berani. Apa yang dia nak, mesti dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Dan paling penting, Iman Afiya tidak sekali-kali mengaku kalah dengan lelaki.

          “ Nampaknya aku naib King Sprinter,” ujar Iman Afiya sambil tersenyum kepada Nur. Kawannya itu menggeleng. Puan Saraswati menjegilkan matanya lantas dia membaling kapur yang tinggal separuh itu dan kena tepat pada dahi Iman Afiya.

          “ IMAN AFIYA!!!!” Aisy, kena lagi...



         “ Jadi mamat yang gelek kau dengan motor itu langsung tak berhenti untuk menolong atau meminta maaf?” Nur ingin kepastian. Ketika itu mereka berdua duduk dibangku kantin.

          “Bukan gelek tapi hampir langgar. Kalau gelek sudah tentu aku landing di hospital dan bukan sedap hentam mihun tomyam dengan kau di kantin,” balas Iman Afiya sarkastik. Nur tersengih. Saja nak kasi saspens sikit.

          “Aku tidak sangka masih ada manusia yang tidak reti bawa motor sampai penunggang basikal yang tidak bersalah dan comel seperti aku ini pun hendak dilanggarnya. Agak-agaknya dia makhluk asing yang baru turun dari planet Pluto dan baru belajar menunggang motor. Bukan saja tidak pandai menunggang motor bahkan tidak bersivik. Dah buat salah tidak reti-reti minta maaf. Sekurang-kurangnya dia berhenti dan buat tanda peace, aku cool lah sikit. Tapi ini tidak, selamba badak dia je merempit tinggalkan aku di situ. Huh!” Iman Afiya sudah merungut tidak puas hati.

           “ Kau ingat nombor plate makhluk asing yang tak pernah bawak motor itu?” tanya Nur.

           “BKL 129,” laju mulutnya melafaz nombor plate itu.

          “Basikal kau okey?” Ni lah kawan, soal basikal dia tanya, tapi aku tuan basikal tidak pula tanya okey ke tak. Yish!

           “Basika- Alamak! Aku lupa nak kunci basikal aku!” Iman Afiya terus bangun dan berlari ke tempat letak basikal dan motor pelajar. Ada je cikgu naik basikal. Contohnya Puan Pengetua sekolah yang sangat baik hati, sangat peramah, sangat zuhud, sangat alim, sangat.. dey berapa banyak sangat lah? Senang cakap pengetua idaman setiap sekolah.

         Dia tersenyum apabila basikalnya yang berwarna pink flower itu masih ada disitu. Basikal dikunci dengan padlock. Tatkala dia hendak meninggalkan kawasan itu sebuah motor yang diparking tidak jauh dari basikalnya menarik perhatiannya. Iman Afiya menghampiri motor itu dan melihat nombor plate itu.

        “Hah?! BKL 129!?”



        Sewaktu Iman Afiya berjalan menuju ke kelas, ramai pelajar yang berkerumun di notis board sekolah. Berita tergempar apa pula kali ni? Fikir Iman Afiya. Notis board itu dikuasai oleh Persatuan Buletin Sekolah a.k.a Nazeera and the Gediks.

        Kumpulan Gediks yang meluluskan berita yang boleh ditampal pada notis board itu. Kadang-kadang berita yang tiada kaitan dengan pendidikan pun ditempek disitu. Pengetua pun biarkan saja kerana dia sudah malas hendak tegur dan memarahi Kumpulan Gediks.

         Pengetua SMK Raja Alam itu fasih dalam semua bahasa. Dan berkali-kali dia tegur Kumpulan Gediks, semua bahasa dia gunakan. Malangnya Kumpulan Gediks bukan dari bumi tetapi dari Planet Mercury yang datang untuk menjajah notis board sekolah dengan berita-berita yang tidak masuk akal. Bak kata orang, tak faham-faham bahasa!

        “Oh my gosh! Status Queen of Colony tahun ni dipegang oleh Nazeera!” kata salah seorang pelajar perempuan. Iman Afiya bersandar pada dinding, berpeluk tubuh sambil mendengar berita-berita sensasi yang bakal dibaca oleh peminat fanatik. Tatkala nama Nazeera disebut, Iman Afiya membuat muka meluat.

           ‘Ceh, setakat Si Stapler tu jadi Queen of Colony aku tak kisah lah, memang sesuai dengan bentuk badannya macam kerengga. Layaklah tu jadi mak segala kerengga,’Iman Afiya mengutuk dalam hati.

       Gelaran Si Stapler diberi kerana Nazeera ke hulur ke hilir membawa stapler. Agak-agaknya mudah untuknya menampal sebarang kertas di mana-mana saja asalkan bukan pada dahi orang sudah. Atau pun stapler itu sebagai senjata pertahankan diri daripada lelaki yang tergila-gilakan dia. Tembak orang guna bullet stapler.

      Syarat kelayakan Queen of Colony:

- Cantik seperti Miss Universe (uwekk, pada pendapat aku Si Stapler tu perasan cantik saja)

- Bergaya (Si Stapler memang bergaya, datang sekolah pakai high heels 5 inci tak ke gila! Tapi memang padan dengan muka Si Stapler terjelopok semasa menurun tangga dengan kasut bala itu. Kahkahkah!)

- Kaya (Oh sudah tentu kaya. Entah apa yang dia banggakan sangat dengan duit banyak. Padahal duit mak bapaknya)

- Berkarisma (no komen. Bab bercakap mak cik stapler itu saja yang nak menang)

    ...dan ada banyak lagi kelayakannya tetapi cuma empat itu saja menjadi keutamaan.

    Sebenarnya Nazeera tidak menepati syarat-syarat tersebut. Tiada sesiapa di sekolah itu layak. Nak kata Nazeera anak jutawan memang taklah. Kerana sekolah itu sekolah untuk orang yang sederhana dan ada juga orang yang miskin. Tiada anak golongan elite bersekolah di SMK Raja Alam. Tetapi bapa Nazeera merupakan pengerusi kelab PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru). Jadi itu membuatkan status Nazeera lebih tinggi.

        “Aku dengar dari budak-budak kelas 5Sci2, Nazrul Hakimi dah balik,” ujar satu suara. Iman Afiya mengerutkan dahinya. Hah? Siapa Nazrul Hakimi?

        “A’ar, aku pun dengar. Dan dia orang cakap dia makin hensem!” suara lain.

        “Nazrul Hakimi?” sampuk suara lain. Yang lain mengiyakan. Iman Afiya keseorangan terpinga-pinga disitu. Pelajar perempuan beriya-iya bercakap tentang Nazrul Hakimi sehingga Iman Afiya naik bosan terpacak di tepi dinding mendengar semua perkara karut itu.

         “hahhh... semua berita ini sungguh membosankan,” keluh Iman Afiya. Dia melangkah pergi.

         “Tunggu! King Sprinter!” dengar nama itu, langkah Iman Afiya terhenti. Pantas dia berpusing semula menanti maklumat seterusnya. Jantungnya berdebar-debar.

          “Akan diadakan satu pertandingan lari pecut bagi pemilihan wakil sekolah. Terbuka kepada lelaki dan perempuan yang berminat. Apa makna semua ini? Cikgu hendak menghantar wakil baru dan bukan Syakir bagi mewakili sekolah kita?” kata perempuan bergigi besi itu, ada nada tidak puas hati.

          “Syakir nak tarik diri ke? Tapi kenapa?” soal Jihan pula. Iman Afiya menggigit tepi bibir, berfikir. Tidak mungkin Syakir dengan mudah saja menarik diri. Setahunya lari pecut merupakan kehidupan Syakir. Bak kata Syakir, I was born to run and sprint. Memang agak annoying bagi sesiapa yang mendengarnya tetapi itulah kenyataan.

          Tidak pernah-pernah pihak sekolah membuka peluang kepada pelajar lain bagi menyertai sukan ini, kenapa tiba-tiba? Mesti ada sesuatu yang amat mencurigakan yang telah berlaku. Tapi apa?Iman Afiya melurut batang hidungnya dengan jari telunjuknya. Hmm... perkara ini perlu disiasat.

          Tanpa mengendahkan berita yang lain, Iman Afiya mengorak langkah menuju ke kelas. Otaknya masih sedang menyiasat kes King Sprinter itu. Dalam mengelamun sambil menaiki tangga, Iman Afiya terlanggar dengan seseorang yang sedang turun.

          “oops.. sorry,” ujar suara itu. Mujur Iman Afiya sempat berpaut pada pemegang tangga. Kalau tidak satu dunia ini bakal menyaksikan drama durian runtuh di tangga. Iman Afiya masih dalam keadaan mamai-mamai. Dia hanya melambaikan tangan tanda tidak mengapa dan meneruskan langkah menaiki tangga.

           “Hey.. wait! You dropped...” lelaki itu mengutip sesuatu dilantai dan apabila dia berpaling Iman Afiya sudah hilang kelibatnya.

          “...this,” lelaki itu sambung saja ayatnya yang tergantung tadi. Huh! Cepat sungguh minah itu larikan diri. Barang Iman Afiya disimpan dalam poket seluarnya dengan senyuman dibibir. Pandai-pandailah Iman Afiya cari dia nanti.
         

No comments:

Post a Comment