WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Tuesday 7 May 2013

A Thousand More...6


Fatimah Az-Zahra mencebik meluat dari kerusi yang disediakan di kawasan lapangan terbang itu. Dari tadi orang ramai asyik mengerumuni seorang lelaki yang baru tiba. Siap dengan pihak media dan wartawan lagi.

      Jam tangan Esprit dikerling. Sudah 10 minit keadaan begitu. Ini press conference kah? Ada ke press conference diadakan dilapangan terbang? Ada... tu...

     Kak Imah merengus lemah. Dia masih banyak kerja dibutik dan sekarang dia membazirkan masa menunggu ‘press conference’ selesai. Ini semua salah Aakif Danial yang menelefonnya awal-awal pagi...

       “Kak Imah, Angah nak minta jasa baik Kak Imah yang cantik lagi bergaya ni, boleh tak?” kedengaran suara Angah baru bangun tidur pada jam 4. 20 pagi!! Ikutkan hati memang Kak Imah tak mahu jawab panggilan telefon daripada adik tirinya itu. Tetapi selagi dia tidak menjawab selagi itulah Angah tak reti-reti duduk senyap.

          “Angah kau mengigau ke apa pagi-pagi buta begini? Cuba kau lihat pukul berapa sekarang?” tempik Kak Imah dengan suara serak juga.

          “ Tahu... sekarang pukul 4. 22 pagi.. tapi kalau Angah tunggu pukul 7 pagi nanti Angah lupa,” jawab Angah. Kak Imah melekapkan telefon ke telinga kiri sambil matanya separuh tertutup. Ngantuk beb.

            “Kak Imah... hello? Hello? Dah tidur ke? Kak Imah!!! Jangan tidur!!!” teriak Angah.

            “Angah kau memang nak kakak kau ni bangun esok pagi dengan panda eyes kan? Akak nak tidur lah. Mesej sajalah!” balun Kak Imah bengang.

           “Tunggu! Jangan matikan talian!”

          “Cepatlah cakap apa kau nak cakap!” marah Kak Imah. Mujur frekuensi gelombang suaranya tidak mencecah tahap dua. Kalau tidak mahu terjaga seisi rumah itu.

            “Esok pagi pukul 11 pagi, tolong ambil Alang kat airport. Angah ada shooting esok pagi, jadi tak boleh nak jemput Alang. Kak Imah sudi tak ‘turun padang’?”

            “Turun padang kepala hotak hang!” Tahulah dia Angah perlinya. Bukannya Angah tidak tahu kawasan lapangan terbanglah satu-satunya tempat yang paling tidak sukai oleh kakak tirinya itu. Katanya nanti terserempak dengan manusia yang tidak reti berfesyen. Satu sikap Kak Imah yang gila adalah suka membetulkan cara orang berpakaian. Jika seseorang memakai seluar warna kuning cerah dengan baju merah menyala, Kak Imah akan berkata begini ,’ Warna kuning cerah tidak padan dengan warna merah menyala kerana cik akan nampak seperti badut sesat tengah-tengah bandar. Contohnya PakCik McDonald itu.’

            “Jadi Kak Imah sudi atau tak?” tanya Angah. Kak Imah mendengus.

             “Ye lah, yelah. Esok pukul 11 pagi, kat lapangan terbang,” ulang Kak Imah.

         Itulah antara perbualannya dengan adik tirinya pagi tadi ditelefon. Dia menjeling seorang lelaki berwajah kacukan cina-jepun yang sedang mengenakan kaca  mata hitam sambil tersenyum ke arah kamera dan wartawan. Peminat-peminat yang tidak cukup kipas angin itu sedang tergedik-gedik sambil curi-curi menangkap gambar superstar.

         Iphone 4S dikeluarkan, nombor seseorang dicari. Telefon dilekap pada telinga sambil-sambil itu dia membetulkan hujung tudungnya. Selepas beberapa saat talian disambut.

         “Hello?” sambut suara dihujung talian.

         “Bila nak habis press conference kau tu?” sindir Kak Imah. Dilihat celah-celah orang ramai, lelaki itu menjawab panggilan sambil kepala terteleng ke kiri dan ke kanan.

            “Tak payah toleh kiri kanan, akak kat depan ni pun kau tak nampak?” herdik Kak Imah.
             “Oh, alang nampak dah, Kak Imah pakai baju lain daripada orang lain 
kan? Kak Imah melaram cantik-cantik kenapa? Nak tackle juruterbang ke?” usik Alang, sempat lagi. Dia mematikan talian lalu meminta laluan kepada peminatnya dan pihak wartawan. Amir dan Siti dikiri kanannya selaku bodyguard yang menghalang peminat daripada menyerang superstar itu.

            “Amir, Siti... kakak Imah aku dah sampai. Aku balik rumah dengan dia saja. Apa-apa hal jangan lupa call atau mesej aku,” ujar Alang kepada pembantunya itu. Amir dan Siti saling berpandangan.

             “Jangan risau kakak aku tu ada power yang boleh menghalau peminat-peminat dan pihak media menjauhi aku. Tu kakak kesayangan aku tu,” ujar Alang meredakan kegusaran pembantunya. Alang berjalan menghampiri Kak Imah yang memakai kaca mata hitam sambil berposing ditengah-tengah laluan orang ramai.

             “Kak Imah!” panggil Alang dengan ceria. Kakak tirinya itu hanya diam berdiri tegak. Alang mengerutkan dahi. Pelik kenapa kakak tirinya diam saja. Perlahan-lahan Alang menoleh ke belakang. Oh patutlah, wartawan mengejarnya dari belakang. Begitu juga dengan peminatnya. Inilah susahnya jadi superstar. Ke mana saja pergi pasti ada paparazi tak bertauliah.

           “Hilal Afrie, bagaimanakah sesi penggambaran di Scotland?”

           “Afrie, siapa tu? Kekasih kamu ke?”

            “ Dengar khabar, kamu akan berlakon dalam filem terbaru Tuan Pengarah Shahid. Apakah watak kamu dalam filem tersebut?”

            Dalam satu masa semua orang hendak bertanya. Alang tak tahu hendak menjawab yang mana satu dahulu. Yang paling membuat telinganya berdesing apabila seorang wartawan perempuan bertanya kepada Kak Imah,

            “Cik ni, pemilik Butik Az-Zahra kan? Apakah hubungan Cik Fatimah Az-Zahra dengan Hilal Afrie?”

          Ketika itu Alang rasa hendak pitam disitu. Walaupun berkaca mata hitam, orang tetap mengecam Kak Imah sebagai pemilik butik yang terkenal ditanah air. Mana tidaknya,didahi Kak Imah sudah bercop ‘Saya seorang pereka fesyen merangkap pemilik Butik Az-Zahra.’ Dah kakak tirinya itu mengenakan pakaian jenama butik Az-Zahra, sudah terang lagi bersuluh lah.

             Alang diam. Kak Imah juga diam. Kesunyian yang dicipta oleh Fatimah Az-Zahra membuat semua orang terdiam juga. Kemudian Kak Imah senyum. Lebih kepada senyum kambing.

           “Terima kasih, saya fikir kamu semua sudah ditukar jadi burung murai yang tak reti diam,” selamba badak saja Kak Imah berkata begitu sedangkan kamera sedang berjalan. Alang menahan gelak dalam hati.

           “Kamu semua ni tak ada perasaan simpati ke? Orang baru balik dari luar negara, duduk terperap selama 14 jam dalam kapal terbang, dan kamu terus serbu orang yang kelesuan ni. Tak nampak ke Ala- maksud saya Hilal Afrie ni letih? Tak ada adab dan tidak berperikemanusiaan langsung. Humph! Sekiranya adik saya ni pengsan sebab sesak dengan kamu semua, saya tidak akan teragak-agak menyaman kamu semua. Dan saya tidak benarkan mana-mana peguam membela nasib kamu. Biar kamu semua duduk dalam lokap lagi aman dunia ini,” bertalu-talu tembakan peluru gajah dilepaskan.

         Wartawan itu semua terdiam dan berwajah kelat. Takut dengan ugutan dan kutukan Kak Imah.

        “Ye saya kakak Hilal Afrie. Jika saya tahu kamu tak habis-habis mengganggu hidup adik saya, bersedialah untuk duduk dalam lokap. Apa tunggu lagi? Pergilah dari sini! Saya kira sampai tiga. Satu..dua...,” ugut Kak Imah. Alang memeluk tubuh sambil tersenyum saja. Bangga mempunyai kakak yang gagah perkasa seperti Kak Imah ni. Dalam sekelip mata wartawan-wartawan dan kamera man lesap.



         “Bhahaha!” Rumah teres dua tingkat itu bergema dengan ketawa Iman Afiya dan Aakif Danial. Dua adik-beradik tiri itu tergelak guling-guling dikarpet setelah menyaksikan berita di televisyen pada malam itu. Kelakar tayangan yang berlaku diairport pagi tadi. Muka Kak Imah tak boleh blah sewaktu mengugut wartawan itu.

          “Alang aku rasa, Kak Imah sesuai jadi bodyguard kau!” ketawa Angah beriya-iya sampai merah muka. Alang menayang muka selamba sambil berbaring disofa. Kak Imah yang sedang melipat kain baju di karpet terus mencapai kusyen dan dibaling ke arah Angah.

         “Ni semua salah kau lah Angah. Kalau kau yang pergi jemput Alang, tak adanya satu Malaysia ni hendak digemparkan dengan berita begini1” marah Kak Imah. Geram. Kini satu malaysia sudah diuar-uarkan mengenai Hilal Afrie dan Fatimah Az-Zahra adik-beradik. Selama ini tiada sesiapa yang tahu latar belakang mereka. sepopular mana pun, tiada pihak yang mengetahui latar belakang Alang mahupun Kak Imah. Begitu juga dengan Angah.

        Hilal Afrie a.k.a Alang berumur 20 tahun dan merupakan seorang pelakon merangkap penyanyi tanah air yang terkenal. Malah satu dunia kenal Hilal Afrie namun tidak tahu siapa sebenarnya Hilal Afrie. Alang merupakan abang kandung Iman Afiya. Selepas menamatkan SPM, Alang menyambung degree dan master. Kiranya Alalng ini genius.Umur 16 tahun Alang menduduki SPM, habiskan degree dan master dalam masa 4 tahun sahaja. Kini digelar superstar berdegree dan bermaster. Yang menjadi masalahnya ialah dgree dan master itu dalam bidang arkitek tapi kerjayanya superstar. Tak ke haru jadinya.

         “Agak-agak kalau pihak media tahu kita semua adik-beradik mahu setiap masa rumah ummi ni diserbu paparazi dan peminat gila,” kata Iman Afiya.

         “Nasib baik kita dikurniakan dengan jiran-jiran yang baik dan tidak mulut tempayan. Kalau tidak sudah lama rahsia kita dibongkarkan,” tambah Alang. Susah sekiranya kakak pemilik butik popular, abang pula photographer terkenal dan superstar.

         “Salah Kak Imah juga,” kata Angah. Kak Imah mencerlung tajam mata memandang Angah.

          “Apa pulak salah akak?”

           “ Yang Kak Imah melaram pergi jemput Alang kenapa? Menarik perhatian tahu tak?” kata Angah.

            “Ha’ah... kalau hendak pergi jemput Alang lain kali pakai pakaian selekeh dan buruk supaya tiada sesiapa kenal. Setakat cermin mata hitam tu, tak akan membantu,” sampuk Alang, setuju dengan kata-kata Angah.

            “Eh pergi-jemput-Alang tak termasuk dalam senarai perkara-yang-perlu-dibuat- hari-ni akak okay. Tiada lain kali. Ini kali pertama dan terakhir akak jemput superstar dari airport,” tukas Kak Imah.

         “Alaa akak tak nak pakai baju selekeh-selekeh kan sebab tu akak tak nak jemput Alang dah, kan?” perangkap Alang sambil tersengih sinis. Kak Imah menjeling. Tak mahu mengaku. Angah dan Alang ketawa mengekek-kekek.  

         Iman Afiya tidak mahu masuk campur, nanti tidak pasal-pasal Kak Imah menjerit guna super soundsonicnya. Boleh pekak telinganya. Matanya ditala pada skrin Tv namun fikirannya melayang ke pertandingan drama yang bakal berlangsung 10 bulan akan datang. Iaitu dua minggu selepas peperiksaan SPM pada bulan Disember kelak.

          “Tapi bagaimana nak cari pelakon sekiranya skrip pun tak ada?” Iman Afiya bermonolog sendirian. Dahinya ditepuk spontan.

           “Pelakon apa Fiya?” tanya Alang yang terdengar keluhan adiknya itu. Iman Afiya terpinga-pinga memandang abang dan kakaknya yang memerhatikannya.

             “Err.. ni,” Iman Afiya menghulurkan keratan akhbar kepada Alang. Namun belum sempat Alang menyambut tiba-tiba keratan itu dirampas.

           “Ha! Ini pun keratan yang hilang. Kau rupanya pengambil tanpa kebenaran ni Fiya. Aku nak baca artikel ‘Diet Seimbang’ pon tak boleh sebab separuh lagi hilang,” ujar Salman. Iman Afiya tersengih bersalah. Alang dan Angah diam saja. Kak Imah khusyuk menonton TV Al-Hijrah.

             “Kau nak masuk pertandingan ni?” Salman terjegil mata membaca tajuk keratan itu. Dia memandang Iman Afiya yang berwajah selamba.

            “Pertandingan apa?” Alang merampas keratan itu pula. Dahinya berkerut.

             “Apa dia Alang?” soal Angah pula.

              “Pertandingan drama,” jawab Alang. Angah cuma mengangguk.

              “Bukan pertandingan drama biasa saja. Ini drama luar biasa. Skrip perlu direka sendiri, costume dan props semua sendiri buat, dan dramanya perlu dilakonkan dalam masa 40 minit,” terang Salman. Alang dan Angah serentak memandang Iman Afiya.

          “ Apa? Tak mustahil.”

          “Dari mana nak dapat duit untuk costume dan props?” soal Angah. Belum sempat Iman Afiya jawab Alang terlebih dahulu memotong.

           “Dah ada pelakon-pelakonnya?”

            “ Skrip dah ada?” Salman pula menyerang. Iman Afiya menggaru kepalanya yang gatal.

             “Soal duit tu.. Saya tahu macam mana nak urus. Jangan risau saya tak pinjam kat along. Soal pelakonnya.. dalam proses. Dan masalahnya sekarang ialah skrip,” ujar Iman Afiya dengan yakin.

              “Afiya, kalau skrip tak ada, lupakan saja pasal pelakon dan duit tu. senang cerita lupakan pertandingan merepek ni,” bidas Salman. Serius. Iman Afiya mengetap bibir. Berdesing telinganya.

                “ Adakah kau suruh aku putus asa tanpa berusaha sedikit pun?Aku belum mula lagi dan kau sewenang-wenangnya suruh aku batalkannya?”

                 “Uh-oh,” gumam Salman, Alang dan Angah serentak. Sekarang bermulanya program motivasi kita daripada Dr. Iman Afiya pakar motivasi. Tajuk kita pada hari ini ialah ‘Jangan sesekali mengalah dan berputus asa.’

               “ Mungkin saya belum ada skrip dan saya sedang berusaha cari idea. Duit tu pula boleh dicari... saya perlukan bantuan. Angah selalu cakap ‘Apabila kita ada azam yang tinggi, kita kena berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkan apa yang kita nak’. Alang pula selalu cakap, ‘ If you can dream it, then you can do it.’ Kau pula Salman, ‘ Jangan mengaku kalah depan musuh.’ Dan musuh aku sekarang ialah cabaran drama ni. Dan kamu semua dengan senang menyuruh saya menyerah kalah dengan cabaran ni. Impian saya ialah menang pertandingan drama ni dan pecahkan rekod sekolah.”

              “Tapi kenapa semua orang tak mahu tolong saya?” lirih Iman Afiya. Semua diam. Iman Afiya menelan air liur, menahan sedih. Sedih kerana semua orang berkata mustahil kepadanya. Tiada yang mahu membantunya mengatasi mustahil itu. Dia bangun dari sofa lantas mendaki tangga ke biliknya. Meninggalkan adik-beradiknya terpinga-pinga.

           Ummi melepaskan keluhan lemah. Dia kasihan pada Iman Afiya yang selalu bersemangat untuk melakukan sesuatu tetapi alih-alih abang dan kakaknya menjatuhkan semangatnya. Ummi menurun ke ruang tamu bawah. Suasana senyap dan dingin. Wanita itu mengambil tempat disifa kecil.

            “ummi...” lirih anak-anaknya itu. Ummi tersenyum lembut.


            Iman Afiya mengenakan tudung lalu keluar dari tingkap bilik dan duduk di atas bumbung. Langit malam itu tiada bintang. Bintang-bintang juga seakan tidak mahu beri bantuan kepadanya.

            “Seandainya Kak Wiyah ada di sini , mesti Kak Wiyah akan memberi sokongan,” bisik Iman Afiya. Dia memeluk kedua-dua lututnya lalu menopang dagu diatas lengannya.

           “Afiya,” suara Kak Imah. Iman Afiya diam. Kakaknya itu melabuh punggung di sebelahnya. Kak Imah memakai cardigan hitam dan skirt labuh serta tudung pashmina dililit kemas. Kan dah kata, nak duduk atas bumbung malam-malam pun perlu berfesyen.

              “ Sebenarnya impian Afiya bukan untuk menang pertandingan ni kan?” teka Kak Imah. Iman Afiya tersentak namun didiamkan saja. Mestilah impiannya bukan itu. Sambil menyelam minum air. Itu impian keduanya.

              “Afiya buat drama ni untuk anak-anak yatim kat rumah Taman Raudhah tu kan?” Kak Imah masih mencuba. Perlahan-lahan Iman Afiya  mengangguk.  Dia melepaskan keluhan halus.

               “Saya nak buat anak-anak yatim tu gembira dan ceria. Mereka suka benda-benda drama macam ni. Saya ingat lagi tahun lepas saya ajak mereka semua berlakon dalam sketsa sempena hari lahir Mama Wani dan Ibu Qia. Budak-budak itu semua gembira dan seronok berlakon. Jadi saya terfikir, jika saya dan kawan-kawan lain menyertai pertandingan drama ni, saya nak jemput anak-anak yatim datang menonton drama kami. Pasti mereka suka,” terang Iman Afiya. Kak Imah menatap wajah bersih Iman Afiya. Dia tahu niat adiknya itu baik.

          “Kalau Kak Wiyah ada disini, Afiya tahu tak apa Kak Wiyah akan kata?” Kak Imah memancing Iman Afiya. Adiknya itu menoleh.

         “Apa?”

         Kak Imah senyum lantas duduk tegak dan tangan dicantumkan persis seorang ustazah dan berkata, “Tahu tak, Allah sayang orang yang menggembirakan hati anak-anak yatim. Dan Allah sayang orang yang kasih akan anak-anak yatim.”

          Iman Afiya tergelak kecil melihat Kak Imah memimik Kak Wiyah. Tersedak-sedak Kak Wiyah di Mesir itu. Kak Imah turut ketawa kecil.

         “Jadi tentang costume itu... nak akak tolong?”

          Iman Afiya menoleh kepada Kak Imah. Kakaknya itu tersenyum manis kepadanya. Iman Afiya mengangguk laju.

         “Kak Imah tak kisah? Tak mengganggu kerja Kak Imah ke?” Iman Afiya rasa bersalah.

           “Kalau demi anak-anak yatim tu, akak pon nak Allah sayangkan akak. Jadi kita buat ni ikhlas kerana Allah,” hujah Kak Imah. Iman Afiya tersenyum.

           “ Ni Kak Imah ke Kak Wiyah? Bila masa Kak Wiyah terbang balik sini?” usik Iman Afiya. Kedua-dua gadis itu tergelak geli hati.

            “Weyh orang sebelah, diam lah! Orang nak tidur! Memekak saja!” jerit jiran sebelah. Suara Faris Ryan jiran sebelah bertempik. Faris Ryan musuh utama Kak Imah, mereka berdua tidak pernah sebulu. Si Ryan sebenarnya suka pada Kak Imah, cuma dia tidak reti berjiwang karat, jadi dia guna taktik menyakitkan hati Kak Imah. Asalkan Kak Imah bercakap dengannya. Kak Imah pula buta sampai tak nampak cinta Ryan yang tidak bersambut.

           “ Weyh katak! Kau tahu tak suara kau tu sumbang melalak tengah-tengah malam. Kau nak hujan turun ke hah?!” balas Kak Imah. Tak nak kalah. Seketika kemudian, kedengaran tingkap rumah sebelah dibuka. Wajah seorang lelaki muncul disitu. Faris Ryan tersenyum sinis kepada Kak Imah. Iman Afiya hanya jadi penonton. Drama benci-benci lama-lama jadi cinta.

              “Kalau aku katak, kau jadi puteri yang kiss aku dan tukar aku jadi prince charming. Jadi... wahai tuan puteri Fatimah Az-Zahra sudikah menghadiahkan sebuah ciuman pada seekor katak yang terkena sihir ini?” usik Ryan sambil tersenyum menggoda. Kalau dah benci sangat tu, kekacakan Faris Ryan yang ala-ala Tom Cruise versi muda pun Kak Imah tak nampak.

             “Wahai katak yang hodoh, simpang malaikat 44 beta akan buat perkara haram tu. Lu mau heret gwua masuk neraka sekali ke?” ambik kau sebijik Ryan! Sampai terkeluar longhat cina pelat Kak Imah. Iman Afiya menahan ketawa.

            “Kalau begitu, jomlah kita kahwin, menghalalkan hubungan kita supaya tuan puteri boleh tukar hamba jadi putera yang kacak dan sama-sama masuk syurga” Ryan serius dalam mengusik. Iman Afiya terbuntang mata. Sudah terang-terang Ryan melamar Kak Imah cuma menggunakan lawak bodohnya itu.

           “ Tak mahu! Pergilah main jauh-jauh wahai katak.” Kak Imah bangun dan masuk ke dalam bilik Iman Afiya ikut tingkap. Iman Afiya menghela nafas berat. Dia menoleh kepada Ryan yang duduk di tingkap ddan bersandaran pada bingkai tingkap itu.

          “Jangan risaulah. Lama-lama nanti Kak Imah nampaklah yang awak bukannya katak tapi puteranya yang telah lama hilang,” pujuk Iman Afiya. Ryan tersenyum. Kadang-kadang Iman Afiya kelakar dengan perangai Ryan yang persis kanak-kanak ribena padahal umur dah 30 tahun.  

         “Harap- harap cepatlah Fatimah Az-Zahra mencelikkan matanya sebelum si katak hodoh ni berjauh hati dengan tuan puteri tu,” lirih Ryan. Iman Afiya ketawa kecil.

          “Tak payahlah nak berduka lara malam-malam begini. Nanti betul-betul hujan kang. Saya nak masuk. Selamat malam,” sakat Iman Afiya. Dia melambai tangan kepada BAKAL abang iparnya itu. Ryan membalas.
               

No comments:

Post a Comment