WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Wednesday 1 May 2013

A Thousand More...3



Sampai di kelas, telinganya menangkap suara pelajar-pelajar yang berbisik. Keningnya berkerut mendengar nama itu lagi. Kenapa semua orang berbualkan lelaki itu hari ini? Tiada topik yang lebih menyeronokkan ke selain lelaki bernama Nazrul Hakimi?? Ikutkan hati mahu saja Iman Afiya tengking itu kepada pelajar perempuan yang sedang khusyuk bergossip.


           Iman Afiya melabuhkan punggung bersama-sama keluhan lemah. Nur disebelah, mengangkat muka menoleh kepadanya. Dilihatnya wajah Iman Afiya berkerut-kerut. Apabila Iman Afiya menayang muka begitu maknanya gadis itu sedang menghadapi masalah yang besar.

            “Kenapa?” soal Nur. Iman Afiya menoleh menatap wajah Nur 
kemudian menggigit bibir tepi. Iman Afiya menggeleng lalu memandang papan putih dihadapan pula.

            “ Kau ni... ada masalah cerita lah kat aku. Kongsi lah. Mana tahu aku boleh tolong meringankan beban kau,” ujar Nur. Iman Afiya memicit dahinya sambil memejam mata. Nur mula risau melihat Iman Afiya begitu.

            “ Iman Afiya, kau okey tak? Kepala kau sakit?” Nur menyentuh bahu Iman Afiya. Kawannya itu menggeleng. Iman Afiya menongkat dagunya dengan kedua-dua belah tangan, cara orang berfikir. Nur terdengar keluhan yang terbit di bibir Iman Afiya. Selama dia berkawan dengan Iman Afiya, kawannya itu jarang mengeluh kecuali ada sesuatu benar-benar mengganggu otaknya.

           “Nur... siapa Nazrul Hakimi?” tanya Iman Afiya perlahan-lahan menoleh kepada Nur. Syafirah Nursanaa terkedu mendengar soalan itu. Sejak pagi tadi dia sudah dengar khabar angin mengenai kepulangan lelaki itu dari luar negara. Namun dia tidak sangka Iman Afiya akan bertanya.

           “Er... kau...kau tak ingat dia ke?” Iman Afiya sekolah di sini sejak tingkatan 1, sama dengan Nazrul. Tak akan Iman Afiya tidak ingat.

           Iman Afiya menggeleng. “ Kenapa kau bercakap seolah-olah aku kenal dia sebelum ni? Perlu ke aku ingat dia?”

          Nur memandang wajah Iman Afiya dalam otak menyusun ayat untuk describe siapakah Nazrul Hakimi.

           “ Dulu Nazrul Hakimi pernah sekolah sini. Dia satu kelas dengan kita orang sewaktu di tingkatan 1. Lepas tu... dia pindah ke luar negara,” terang Nur.

          “Sebab apa?”

          “Entah.. aku dengar papa dia sakit. Tak tahu lah sakit apa,” jawab Nur. Dia pandang Iman Afiya yang sekadar mengangguk kepala.

          “Kau langsung tak ingat dia?” Iman Afiya memicit dahi sekali lagi. Dia menggeleng kepala.

          “Aku rasa macam pernah dengar namanya tapi aku tak jumpa memori aku tentang dia, “ Iman Afiya keluh lemah. Kepalanya yang terasa sakit direhatkan atas meja berbantalkan lengannya.

          “ Aku tak tahu kenapa, tetapi aku dengar saja nama Nazrul Hakimi tu, automatik aku rasa tak suka kat dia. Kenapa hah?” luah Iman Afiya matanya memandang Nur.

           “Kau tu memang. Anti-lelaki. Asal nama saja lelaki, mula lah kau punya perasaan negatif itu,” cebik Nur. Iman Afiya hanya senyum saja. Fakta itu memang dia tidak boleh menafikan.

           “Apa yang hebat sangat lelaki tu sehingga semua orang bercakap pasalnya sekarang?” keluh Iman Afiya.

           “ Nazrul Hakimi ialah anak kepada pemilik Empayar Luthman merangkap bakal pewaris empayar tersebut. Dia satu-satunya anak golongan elite yang bersekolah di sekolah kita. Sekolah kita banyak mendapat tajaan daripada Empayar Luthman. Segala kos pembiyaan sekolah, Empayar Luthman yang tanggung,” terang Nur, tak ubah seperti sebuah komputer yang membaca profil seseorang. Iman Afiya mengangkat kepala lalu mengurut dagunya.

           “Hmm...maknanya sekolah ini dia buat seperti sekolah bapak dia? Sangat klise, duit boleh membeli sekolah sekaligus pelajar-pelajarnya,” Iman Afiya mengomel.

           “ Hmm.. itu pendapat kau lah Iman Afiya. Tetapi pelajar lain tak fikir begitu,” ujar Nur.

           “Kenapa?” Iman Afiya menoleh dengan dahi berkerut.

           “ Waktu aku mula-mula tahu siapa Nazrul Hakimi, aku pun berpendapat macam kau. Tapi bila aku jumpa dia secara face-to-face, dia tak nampak pun seperti bakal pewaris Empayar Luthman. Dia tak pernah berlagak dengan duitnya. Dia tak guna kuasanya untuk mempengaruhi aktiviti sekolah. Senang cerita dia sangat-sangat low profile,” jelas Nur. Iman Afiya hanya diam, mencerna maklumat yang di beri oleh Nur.

            “Tapi aku tertanya-tanya, kenapa dia datang balik?” soal Nur dengan kening berkerut.

             “Kenapa kau tanya aku? Tanya lah dia,” jawab Iman Afiya acuh tak acuh. Nur mengeluh.

             “Kenapa dia balik sini?” ulang Nur sendirian. Iman Afiya mengikut Nur mengeluh.

            “Aku tak tahu... Mungkin dia balik untuk ambil SPM kot,” teka Iman Afiya. Kemudian dahinya berkerut.

             “Apa masalah kau kalau dia balik sini?”

            “Oh, aku tak ada masalah dengan dia. Aku cuma takut dia akan timbul masalah saja. Jadi sebelum apa-apa terjadi, aku nasihatkan kau jauhkan diri daripada dia,” Nur berkata dengan serius. Iman Afiya hanya merenung wajah Nur yang kelat.

          ‘Dari cara Nur bercakap seolah-olah Nazrul Hakimi itu seorang pembawa bala. Agak-agaknya bala apa lah yang bakal menimpa sekolah ini?’ Iman Afiya bermonolog sendirian.

          “kau kata dia low profile. Kenapa pula dia akan timbulkan masalah?” soal Iman Afiya kebingungan. Nur mengerutkan kening sambil bibir terheret ke tepi.

          “ Kau nampak saja dia low profile. Aku takut kau cari pasal dengan dia. Seandainya begitu, kau solat hajat banyak-banyak, baca doa banyak-banyak, kalau boleh kau baca segala manderam di jauhkan bala. Dengan Nazrul Hakimi sekali dia kata bala, billion, trillion bala datang menimpa kau,” ujar Nur dengan gaya buat orang saspens. Iman Afiya tak berkelip mendengar cerita mengarut Nur itu. Mana mungkin manusia biasa seperti Nazrul Hakimi boleh mendatangkan bala kepadanya. Nak baca manderam segala bagai. Merepek. Nur dah mabuk agaknya.

          “Karutlah kau. Kalau dia berani nak ‘bala’ kan aku, aku ‘bala’ lah dia balik,” jawab Iman Afiya dengan angkuh. Giliran  Nur pula terkebil-kebil melihat Iman Afiya berdiri sambil bercekak pinggang lagak seperti Wonder woman.

         “Bala apa yang kau merepek pula ni?” balun Nur.

         “Nur, kau ni amnesia ke apa? Kau yang mengarut dengan hantu bala tadi,” tukas Iman Afiya.

          “Bala tu maksud aku kau tertangkap lentok dengan dia,” bidas Nur. Iman Afiya terpinga-pinga. Tangkap lentok? Keningnya bercantum dan perlahan-lahan dia duduk kembali.

           “Tangkap lentok?” ulang Iman Afiya bingung.

          “Ye, tangkap lentok. Maksudnya kau terjatuh suka kat dia. Lebih parah lagi kalau kau terjatuh cinta dengan Nazrul Hakimi tu. Tu yang aku maksudkan dengan bala tadi,” jelas Nur. Iman Afiya menampar dahi sendiri. SLAP!

          “Ouch..” Iman Afiya mengerang perlahan.  Dahinya digosok sedikit. Nur ni kalau bercakap suka sangat belok-belok.

            “Asal kau tak cakap guna shortcut saja tadi? Tak adalah aku fikir mamat tu jin batu putih yang datang nak kasi bala kat kepala aku!” marah Iman Afiya. Nur tersengih.

             “Hehehe.. saja aku nak berkias. Tak sangka kau betul-betul anggap bala itu bala,” sengih Nur.

            “Yelah. Habis tu kau anggap bala itu gula-gula lolipop?” perli Iman Afiya seraya menjeling kawannya itu.

           “Dan tak ada maknanya aku nak tertangkap lentok dengan mamat tu,” sambung Iman Afiya dengan yakin. Nur menjuihkan bibir.

          “Kau jangan berlagak hati beku. Kang kau tercair meleleh dengan dia baru kau tahu. Kau tak tahu daya penarikan cinta lelaki itu kuat semacam. Sampaikan sekali saja dia senyum, pasti semua perempuan pengsan. Tak pun masuk tanjung rambutan dek kerana gila. Gila bayang,” Nur memberi amaran.

          “Eleh gula je lebih cerita kau tu. Habis tu apasal kau tak cair meleleh?”

          “Sebab aku ada manderam tolak bala,” kata Nur selamba.Iman Afiya mencebik meluat.

           “Apa manderamnya?”

           “Mana boleh bagi tahu kat orang berhati beku macam kau ni. Nanti bertambah meleleh kau.” Pulak. Manderam sakai apa itu?



        Iman Afiya mengeluh lemah sebaik saja keluar dari bilik guru. Tidak sangka Puan Saras sekejam itu. Borang yang diberi oleh Puan Saraswati digenggam kuat, geram. Mahu saja dia koyak-koyak kertas itu tetapi kena tunggu sampai di rumah dulu. Kalau tidak mahu tersentap cikgu sejarahnya itu.

        Kawasan sekolah sudah lengang. Para pelajar beransur-ansur pulang ke rumah. Senyap saja kawasan sekolah tanpa pelajar. Hanya kedengaran suara cik kerani dipejabat sekolah berbual dengan guru-guru yang mungkin ada urusan di pejabat.

         “URGH! Kenapa dalam banyak-banyak benda, benda alah ni juga yang cikgu nak paksa aku masuk?” Iman Afiya mengomel sendirian sambil mengorak langkah ke tempat basikal.

        “Tak ada sukan lain ke? Boleh saja suruh aku masuk bowling atau badminton tak pun tennis,” Iman Afiya terus membebel. Tangannya menyeluk poket baju kurung sekolah setelah berdiri disisi basikalnya.

       Hah? Kosong? Poketnya kosong. Dia meraba-raba poket beg sekolahnya pula. Tak ada.

       “Oh tidak, mana kunci basikal aku?!” Iman Afiya separuh menjerit. Dia menunduk mencari kunci basikal di dalam begnya. ‘Tidak, tolong jangan cakap aku tercicir kunci itu. Bagaimana nak balik kalau basikal dah terkunci di sini?’

     Basikal dipandang seraya mengurut keningnya perlahan. Keluhan dilepaskan. ‘Salman ni pun satu. Kenapa balik awal pula hari ni? Kalau tidak boleh aku tumpang motornya. Macam tahu-tahu saja bala akan menimpa aku.’

        Tak pasal-pasal Salman Al-Farisi diheret ke dalam masalahnya. Haisy memang ‘kembar’ sejati. Iman Afiya bercangkung di hadapan basikalnya itu lalu menghela nafas panjang. Kepalanya yang tidak gatal digaru. ‘Mana aku tercicir kunci tu?!’ teriak hatinya.

        “Kau cari ni ke?” tegur satu suara dibelakangnya. Iman Afiya tengah bercangkung itu pantas bangun dan berpusing menghadap gerangan yang menegurnya. Sebuah senyuman tersungging di bibir lelaki itu dan kunci basikal Iman Afiya dipegang dengan dua jari.

          “Kunci aku! Mana kau dapat?” tanya Iman Afiya, kening diangkat. Syakir mengetap bibir dan memeluk tubuh.

          “Jangan nak tuduh aku sembarangan,” ujar Syakir dengan dagu yang sengaja ditinggikan. Iman Afiya pula memeluk tubuh dan mengerling Syakir dari atas hingga ke bawah dengan pandangan innocent.

          “ Aku tak tuduh kau apa-apa pun,” sangkal Iman Afiya. Syakir masih berpeluk tubuh berjalan menghampiri gadis yang berlagak selamba itu. Iman Afiya terpaksa mendongak memandang wajah Syakir yang tinggi itu.

          “Tapi dalam otak kau fikir aku mencuri kan?” sindir Syakir. Iman Afiya menjuling mata 360 darjah sambil melepaskan keluhan menyampah.

          “Sejak bila kau jadi ahli nujum sesat? Aku tak kata dan tak terfikir pun kau mencuri. Aku hanya tanya dari mana kau dapat kunci aku, bijak! Kau tu yang menuduh aku sembarangan,” balun Iman Afiya, sesedap mulut. Dia merenung tajam wajah Syakir yang tiba-tiba tersenyum mengejek.

           “Terima kasih, aku memang bijak pon,” perli Syakir. Iman Afiya mencebik menyampah.

            “Huh! Perasan,” gumam Iman Afiya menyampah. Senyuman bermain di bibir Syakir, terserlah lesung pipit dikedua-dua belah pipi Syakir. Syakir a.k.a King Sprinter. Seorang jejaka yang tampan, segak, memiliki personaliti yang menarik bak kata Nur gentleman, dan sangat hebat dalam lari pecut. Masalah Iman Afiya dengan King Sprinter ini, dia hanya nampak kehebatan lelaki ini lari pecut sahaja. Ketampanan dan gentleman Syakir dia tidak nampak. Kalau dah anti itu memang anti lah selama-lamanya.

             “ Bak sini kunci,” Iman Afiya menghulur tangan meminta kuncinya. Syakir menghulur kunci itu namun pantas di tarik balik. Iman Afiya menarik muka.

             “ Kau nak kunci ni cakap terima kasih kat aku dulu,” ujar Syakir selamba. Sengaja nak main-mainkan gadis itu. Selama 17 tahun dia hidup, tidak pernah dia jumpa gadis seperti Iman Afiya. Seorang yang tidak minat dengan lelaki. Kadang-kadang dia rasa terhina juga apabila Iman Afiya langsung tidak minat dengannya sedangkan dia perfect package.

            “Buat apa aku nak ucap terima kasih kat kau?” Iman Afiya tidak puas hati.

            “Sebab aku dah tolong pulangkan kunci kau.”

            “ Jangan nak mimpi!” Iman Afiya pantas cuba merampas kunci dari tangan Syakir namun Syakir laju mengelak. Kunci itu sengaja diangkat tinggi-tinggi. Iman Afiya melompat untuk mencapainya.

            Seronok menyakat Iman Afiya yang rendah darinya. Wajah Iman Afiya merah menahan matahari yang terik dan amarahnya yang meluap-luap.

            “Cakap terima kasih dulu. Baru aku bagi,” senyuman sinis dilempar kepada gadis yang tengah bengang tahap gaban.

           “Tak nak!” sekaligus Iman Afiya menyepak ‘nyawa’ Syakir. Kunci itu terlepas dari tangan Syakir dan Iman Afiya pantas menangkapnya.

           “Argh! Damn it lady!” Syakir mengerang kesakitan. Iman Afiya menayang muka tak bersalah kepada Syakir yang terbongkok menahan sakit.

           “ Tu lah lain kali aku minta elok-elok, bagi elok-elok. Jangan nak sampai aku sepak bawah tu baru nak meraung 100 hari,” ejek Iman Afiya. Syakir tak kuasa untuk membalas. Nyawa nya dalam keadaan kritikal. Sakit sehingga tak terkata.

           “ Syakir!” panggil satu suara garau yang menghampiri tempat letak basikal dan motor itu. Iman Afiya mempamer wajah tidak bersalah lalu menoleh melihat gerangan yang muncul. Seorang lelaki tinggi lampai menghampiri Syakir.

            “.... kau kenapa?” tanya lelaki berwajah putih dan kelihatan segak itu. Iman Afiya mengerling sekilas saja wajah lelaki itu. Langsung tidak menarik hati perempuannya walau setampan mana pun. Padlock basikal dibuka dengan kuncinya.

            “Tak ada apa-apa. Aku okey,” gumam Syakir dalam kepayahan. Dia menjeling Iman Afiya yang tersenyum sambil bercangkung ditepi tayar basikal. Pasti gadis itu mengejeknya dalam hati. Giginya diketap menahan geram.

            “Kau dah selesai urusan dengan coach?” soal Syakir menukar topik sambil cuba berdiri tegak perlahan-lahan. Nazrul mengerling sekilas Syakir yang berada dalam posisi pelik kemudian mengambil helmet dari motornya.

             “Dah. Jom balik,” ujar Nazrul.

             “Kau pemilik motor tu?” Iman Afiya menjeling Nazrul dan motor kawasaki Ninja 300 berwarna putih itu. Nazrul mengerling Iman Afiya dengan dahi berkerut.

             “Kalau ye aku pemilik motor ini kenapa?” balas Nazrul dengan kening diangkat. Dia memandang gadis itu menapak ke arahnya dengan muka yang dimaniskan. Iman Afiya berdiri 30 cm dari Nazrul.

            “ Kalau ye..” Iman Afiya menggenggam penumbuk disisi, geram. Dan dengan separuh kudrat yang disimpan, dia menghayun penumbuk ke pipi Nazrul.

       DUSH! Nazrul tersungkur ke lantai. Syakir terbuntang mata menyaksikan WWE one-sided yang berlaku sebentar tadi.

         “Ni sebagai balasan pagi tadi. Lain kalau dah buat salah kat orang, reti-reti kan lah diri untuk minta maaf. Satu lagi, bila lalu tepi penunggang basikal yang comel macam aku ni, jangan bawa motor laju-laju. Nasib baik aku tak terjatuh dalam longkang, kalau tak aku humban kau dengan motor kau dalam lori sampah DBKL tu,” balun Iman Afiya. Nazrul masih dilantai mendongak memandang gadis bertudung itu.

          Tanpa menunggu balasan, Iman Afiya berpusing mendapatkan basikalnya dan beredar dengan muka selamba. Syakir tercengang menghantar kelibat Iman Afiya. Nazrul berdiri dan mengerling basikal Iman Afiya yang berwarna pink itu.

No comments:

Post a Comment