WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Friday 4 July 2014

STA 1



        “Jangan bergerak. Stay still,” rungut Sofia, penjaganya a.k.a nanny.

     “Lenguh lah dari tadi asyik stay still,” gumam Syara perlahan. Dah dekat 8 minit dia duduk statik menunggu Sofia melilit pashmina kemas. Dahlah kena paksa pakai gaun biru glitter dan cardigan putih disarung atasnya. Mujur tak payah pakai high heels, pakai flip flop pon dah cukup terseksa.

     “Ye lah, dah event besar, kena lah pakai cantik-cantik dan high class. Everybody will be there tonight. And you need to look representable. The place will be swarming with the press and paparazi,” keluh Sofia. Kadang-kadang terasa Sofia ni seperti personal assistant pula.

     Syara melepaskan keluhan halus. Susah betul jadi anak jutawan yang terkenal diseluruh dunia. Selama 12 tahun, Syara tak pernah di- expose pada pihak media mahupun dunia. Tiada sesiapa tahu identiti Tengku Syarafana Tengku Rifqi.

     Selama 12 tahun itu juga Syara hanya disekolahkan dirumah. Dunianya hanya rumah mansion milik keluarga Tengku Rifqi dan Hotel Empire. Dia bersosial pon dengan maid-maid, butler-butler, pekerja-pekerja hotel dan tutor-tutornya. Tak pernah pon dia menghadiri majlis yang dianjurkan papanya.

     Dan dia sangat bersyukur dia tak pernah hadir, tak payah menyusahkan diri nak dress up bagai. Sungguh letih tau tak. Sebab papanya tak dedahkannya pada dunia luar... satu; dia anak Tengku Rifqi, The Billionaire, takut kena kidnap ke apa. Dua; papanya tak mahu dia terikut spoiled seperti anak orang kaya. Tiga; Syara satu-satunya pewaris harta Tengku Rifqi.

      Tapi entah kenapa tahun ni, dia kena hadirkan diri pada malam itu. The Yearly Grand Dinner Event. Title pon dah cukup gah.

      “Okay, siap,” kata Sofia yang berumur 26 tahun. Dia memusingkan tubuh gadis berumur 12 tahun untuk menghadap cermin. Syara menelek dirinya dengan muka bosan. Sungguh dia tak minat nak lihat dirinya.

      “How about we put some make up?” cadang Sofia dengan ceria.

      Huh?? Syara pandang nanny itu seolah-olah Sofia dah gila.

      “No way. Tak nak!” Syara pantas protes lalu melompat katil ala-ala ninja style menjauhkan diri dari Sofia. Dia paling tak suka make up. Dia selalu nampak Sofia menempek benda alah itu kat muka setiap kali ada event, dan selalu je Syara terbersin dengan bau benda alah tu.

      “Okay, okay, I won’t put it on you,” Sofia mengalah. Keluh dilepaskan. Kadang-kadang dia hairan dengan perangai remaja 12 tahun itu, sekejap perangai ayu sekejap perangai taiko. Oh well, at least tak perangai gedik.

      Knock! Knock! Pintu diketuk.

      “Dah ready dah?” Tengku Rifqi, jutawan berumur 35 tahun merangkap pemilik Hotel Empire, muncul dengan senyuman. Syara turut tersenyum. Senyuman papanya tu sangat contagious. Dah berumur 3 dekad pon masih charming.

      “Masya Allah, cantiknya anak papa,” puji Tengku Rifqi menghampiri Syara.

      “Masya Allah, hensemnya my dad,” usik Syara. Tengku Rifqi ketawa halus. Sofia entah mana lesapnya.

      “How are you feeling?”

      “Sick... because of nervous,” jawab Syara. Ye lah dah first time dia akan attend grand dinner yang famous itu. Mana tak nervousnya.

      “You’ll be fine,” Tengku Rifqi sebenarnya takut untuk expose Syara pada pihak media namun dah tiba masanya untuk memperkenalkan pewarisnya pada dunia.

      “Tengku, event akan mula dalam masa 15 minit,” tetiba personal assistant Tengku Rifqi, Jeff muncul dari pintu. Tengku Rifqi mengangguk tanda dia dengar.

       “Jom.”

       Biasanya event yang dianjurkan oleh Tengku Rifqi akan bermula selepas solat Isya’ berjemaah di surau Hotel Empire. Dan dia pastikan pihak lelaki diasingkan dari pihak wanita apabila berada dalam majlis tersebut.

       “Dad,” panggil Syara. Ketika itu mereka berdua dan Sofia berada dalam elevator dari penthouse ke tingkat 3, ballroom.

        “Yes Syara?”

        “I like my life as it is now. Does everybody needs to know who I am?”

        “You don’t want them to know you?”

        “I just want to be... me. I want people to look at me and recognize me for who I am.. not because I’m the daughter of a billionaire,” luah Syara. Tengku Rifqi speechless. Sofia ternganga namun dia tetap bangga dengan Syara. Tak sia-sia dia mendidik Syara.

      Tengku Rifqi senyum lalu menyentuh bahu Syara untuk menghadapnya. Dia membongkokkan sedikit badan supaya sama level dengan mata Syara.

      “If that’s what you want then the world can wait,” ujar Tengku Rifqi.

      “Really?”

       “Yep. They’ll find out once you’re ready Syara... in your own time,” pujuk Tengku Rifqi. Senyuman manis terbit di bibir gadis itu.

       “Thanks dad.”

       “You’re so much like your mother,” gumam Tengku Rifqi dengan senyuman, teringat pada arwah isterinya yang meninggal 5 tahun yang lalu.

        “Like mother like daughter,” tambah Syara, bergurau. Dia menggenggam tangan papanya. Tengku Rifqi membalas.

        Sepanjang majlis itu, Syara dan Sofia duduk di meja belakang dekat dengan korner. Bukannya dia beri perhatian pon pada majlis itu. Syara sibuk dengan Iphone, menonton drama jepun- Gokusen 2. Sungguh dia suka tengok cerita jepun sejak umur 9 tahun. Bila fikirkan balik dia start tengok sebab tu salah satu cara untuk distract dirinya daripada memikirkan pemergian mamanya.

        Sofia sibuk dengan Ipad menguruskan entah apa benda yang dia selalu buat. Syara mencuit lengan penjaganya. Sofia menoleh dengan kening terangkat.

       “Bila boleh makan?” bisik Syara. Sofia hampir melepaskan ketawanya. Sejak pemergian Sharifah Amani, tugas menjaga Syara diletak pada Sofia. Lima tahun menjaga, dia kenal perangai Syara yang tak pernah kisah apa orang fikir pasalnya. Kalau dia nakkan sesuatu dia akan cari jalan untuk dapatkannya. Sekarang ni Syara dengan muka tak tahu malu nak makan sebelum ucapan habis.

      “Kena tunggu satu lagi ucapan daripada Tan Sri Khaliq, lepas tu kita makan,” bisik Sofia. Syara melepaskan keluhan. Sungguh perutnya lapar sekarang. Orang tua-tua ni pon satu, speech tu kasi pendek sudah. Bukannya orang dengar pon.

      Syara mengerling Sofia yang dah hilang dalam dunia Ipad. Keluhan dilepaskan sekali lagi. Iphone dikeluarkan lagu memain Temple Run bagi hilangkan kebosanan. Lepas bosan main Temple Run, tukar main game racing.

      “Syara, dah boleh makan. Syara nak apa? Akak tolong ambilkan,” pelawa Sofia. Syara menggeleng kepala.

      “Syara ambil sendiri,” lalu mengikut Sofia ke meja yang terhidang makanan. Rambang matanya melihat kepelbagaian makanan. Yum, yum, yum. Syara meminta Sofia meletakkan steak, pasta dan salad atas pinggannya.

       “Thank you.” Sofia berpusing untuk mengambil makanan untuk diri sendiri pula.

       Mata Syara tertancap pada....

GASP! Oh my sweet French crepes!!!! Tu memang kegemarannya sejak Cook, chef dari France bekerja dengan papanya sebagai tukang masak di rumah. Semua benda french di masak.

     Tangan Syara pantas meluru ke arah deligtful French Crepes yang tinggal satu.

     “Oops.” Tangannya berlaga dengan tangan seseorang yang turut menginginkan French Crepes itu. Syara mengangkat mata memandang ‘saingannya’.

     Gadis berjubah moden dan shawl yang dililit kemas menampakkan keayuan gadis itu.

      “Sorry, you can have it,” kata gadis itu dengan senyuman. Syara membalas senyuman. Entah kenapa dia rasa tertarik pada gadis itu. Bukan tertarik yang jatuh cinta tu. Nuazubillah! Dia bukan les- okay. Tetapi tarikan persahabatan.

       “How about we share it?” cadang Syara.

      “Trisya Adam,” Trisya memperkenalkan diri lalu menghulur tangan.

      “Syarafana.. panggil Syara,” tangan berjabat.

      “Well, Syara looks like we got one thing in common....makanan kegemaran aku dan kau; French Crepe,” sengih Trisya.

       Mereka berdua duduk satu meja bersama-sama Sofia yang layan balik kerja di Ipad selepas makan. Dua orang remaja itu berborak sakan tanpa mempedulikan orang sekeliling.

       Trisya Adam; anak kepada Doktor Adam dan Doktor Irdina, kedua-dua pakar bedah di hospital milik keluarga mereka. Trisya berumur 13 tahun, tua setahun dari Syara. Bersekolah di Sri Tunas Academy.

        Sebuah sekolah untuk anak-anak golongan elit. Bak kata Sofia, Syara akan bermula bersekolah situ pada bulan Januari akan datang. Yeay, penuh dengan sarkastik.

       At least ada Trisya. Syara agak terkejut apabila dia mula borak dengan gadis itu. Trisya nampak je ayu tapi bila dah kenal mak aihh macam taiko je. Cakap beraku-kau. Ketawa tak pandang kiri kanan. Syara suka perangai carefree Trisya yang tak kisah apa orang cakap pasalnya asalkan dia bahagia.

      Sejak itu bermulalah persahabatan gilanya dengan Trisya Adam. Hanya kerana French Crepes....

______________________________________________________________

      Jam Bonia dipergelangan kirinya dikerling. 7.15 pagi. Hari pertama sekolah dia dah lambat untuk breakfast kat Dinner Hall. Mujur Trisya satu rumah dorm dengannya.

      Uniform sekolah pon sangat pelik. Kebaratan style uniformnya. Bagi lelaki seluar jeans hitam, kemeja putih, blazer hitam berlogo sekolah dan tie yang berwarna mengikut rumah dorm masing-masing. Bagi perempuan pon sama macam pakaian lelaki. No skirts allowed. Cuma bagi yang bertudung kena pashmina hitam. Kasut warna hitam, asalkan bukan sneakers.

       Syara mengikat tie pada leher kemudian pakai pashmina. Blazer disarung pada badan dan dibutang kemas. Sungguh dia rasa pelik. Bukan ke sekolah selalunya pakai baju kurung ke?

      Haiih...ni bukan sekolah biasa... sekolah private. Sekolah milik Raja Iskandar. Jadi peraturan tetap peraturan walaupun merepek. Bertambah pelik; kelas start pukul 8 pagi. Pukul 7 pagi semua pelajar wajib berada di Dinner Hall untuk breakfast dan mendengar pengumuman kalau ada.

       Seperti sekolah asrama, Sri Tunas Academy ada 4 rumah dorm. Jangan terkejut mendengar. Prada (biru), Armani (merah), Gucci (hijau) dan Chanel (kuning). Syara senak perut ketawa semalam apabila Trisya memberitahunya.

      Seriously?? Tak boleh lagi kreatif ke? Nama brand mahal pulak diambilnya.

      Syara mencapai beg sandangnya dan berlari keluar dari rumah dorm Prada. Bangunan Sri Tunas Academy sebenarnya berasal daripada sebuah istana, kemudian di modernkan supaya nampak seperti Buckingham Palace. Dalamnya sangat besar.

      Nasib baik dia ingat selok belok bangunan tersebut memandangkan semalam seharian Trisya mengheretnya merayap satu bangunan itu. Tapi mereka tidak berani menjejak kaki ke kawasan rumah dorm lain. Prada berada di South Tower, Armani di North Tower, Gucci di West Wing, Chanel di East Wing.

     Sampai saja dihadpaan Dinner Hall, Syara mengambil nafas untuk menenangkan pernafasannya setelah berlari tak pandang kiri kanan. Pintu kayu itu ditolak. Sarapan pagi dihidang buffet ala-ala hotel.

      Kelihatan Trisya dimeja 2 seater di tepi tingkap sedang membaca buku. Syara melabuhkan punggung bertentangan dengan gadis itu.

      “Aku tolong ambilkan makanan untuk kau. Budak-budak kat sini, walaupun posh tapi makanan cepat habis. Especially breakfast,” ujar Trisya. Syara terbeliak mata melihat pinggan mangkuk atas meja mereka. penuh! Ni boleh buat pesta sarapan pagi.

      “Kau nak aku makan semua ni?”

       “Aku tak tahu kau mengidam apa pagi ni. So aku ambik semua menu. Dengan lafaz bismillah sila makan,” pelawa Trisya bernada gurau.

      Syara beriak blur.

      “Mengidam kepala batu kau. Siapa yang mengidam sebenarnya, kau ke aku?” perli Syara.

      “Hesy kau ni. Takkan kau makan sorang. Aku pon nak makan. Jom makan,” kata Trisya lagi. Baru Syara senyum puas hati. Mereka berdua makan dengan senyap.

     “Kau kelas apa hari ni?” tanya Trisya.

     “ Maths, English, Geografi, Science and BM.” Syara mengerling Bonia dipergelangan tangan.

      “7.50?” cepatnya masa berlalu.

      “Aku ada kelas Sejarah first subjek. Aku gerak dulu. Bye Syara,” Trisya mencapai beg sandang dan berlari keluar dari Dinner Hall. Syara menghabiskan rotinya sebelum bergerak ke kelas Maths.

     Dia mengambil tempat duduk bahagian belakang. Dia dah plan untuk stay low profile. Tiada siapa akan tahu dia anak Tengku Rifqi. Semua akan kenalnya sebagai Syara sahaja. Trisya pon tak tahu identitinya.

     Seorang lelaki berumur 30-an masuk.

     “Tolong senyap.”

 Hek eleh masuk-masuk je suruh orang senyap. Salam pon tak. Syara mengangkat mukanya dari novel A Series of Unfortunate Event. Wajah cikgunya itu ala-ala Aaron Aziz dengan senyuman manis.

      Okay... so cikgu maths; tegas tapi baik. Boleh tahan.

      “Apa kata kita mulakan kelas dengan ice breaking?”

     Dua puluh kepala mengangguk.

       “Okay, let’s start with the back.”

       Crap. Mata Sir Kamal pandang tepat pada Syara. Nak tak nak dia kena bangun ke hadapan kelas. Baru je nak bangun, suara manja di hadapan kelas bersuara.

       “Sir, I want to go first.”

      Syara melepaskan keluhan lega lalu duduk balik.

      Gadis berambut hitam keperangan lurus itu berdiri di hadapan dengan senyuman ceria.

        “Hai. I’m Camillia Amir. My family owns Megah Holdings...” Camillia merepek lagi pasal business mak ayahnya. Syara rasa bosan nak dengar. Namun nama Camillia Amir terasa sangat familiar. Tak nak menyesakkan otak dia sambung baca bukunya tadi.

        Minah Camillia tu merapu 20 minit, itu pon nasib baik Sir Kamal mencelah memintanya berhenti. Rasanya kalau boleh nak disambung lagi biografi hidupnya. Jangan terkejut kalau-kalau terjumpa buku bertajuk Biografi Camillia Amir di MPH atau Popular ke.

        “Hai saya Hakim Ryan......” orang kedua tak merapu berjela-jela. Nasib baik lelaki berwajah ala-ala Shahid Kapoor itu hanya sebut nama, pekerjaan mak ayah dan hobinya. Syara terus blok pendengarannya, hanya fokus pada penulisan Lemony Snicket.

        Tetiba kerusi berdekatan berbunyi bergesel dengan lantai tanda orang meja depannya bangun. Syara mengangkat muka. Huh! Cepatnya dah sampai ke belakang. Matanya pandang muka lelaki yang nampak smart. Lelaki itu berwajah kacukan Russia. Mata berwarna biru coklat.

        “Hai, I’m Daniell Arman. Err... aku suka makan epal?”

        Satu kelas ketawa. Syara senyum menahan gelak. Orang lain cakap pasal background diri dan keluarga, lelaki tu merepek topik favourite fruit. Tapi still dalam tajuk ‘memperkenalkan diri’.

       Hmmm... interesting. Syara menutup buku, berminat untuk mendengar perkenalan orang lain. Bila sorang mula merepek, yang lain juga merepek.

       “Saya Rose Fakhri,” gadis berpashmina dan berwajah Arab, “ and... I like roses.”

       “Aku Wan Khairul Azman. Aku suka football.” Cliche lelaki rambut pacak ala-ala Christiano Ronaldo suka main bola.

       Seorang lelaki berambut selekeh dan tie yang kelihatan selekeh berjalan gaya lelaki Jepun dengan sebelah tangan dalam poket. Lelaki itu berkacukan Inggeris.

          “Aku Ashraff Farhan. Aku tak suka... perempuan.”

       Krik, krik, krik. Satu kelas tersenyap. Tetiba ada yang terbatuk tersedak air kosong atau air liur.

        Syara perhatikan lelaki itu kembali duduk dimeja sebelahnya. Lelaki itu langsung tak pandang jiran sebelah iaitu Syara. Gay ke apa mamat ni? Keningnya berkerut. Logik ke anti perempuan? Habis tu camne dia berkomunikasi dengan mak atau kakak atau adik perempuannya?

       ‘Hah, ni mesti species lelaki ego tinggi. Yang suka pandang remeh kat perempuan,’ desis hati Syara. Matanya menjeling lelaki itu yang duduk dimeja sebelahnya. Riak wajah lelaki itu dingin dan langsung tak pandang jiran sebelahnya iaitu Syara.

        Syara bangun lalu berjalan ke hadapan kelas. Dua puluh pasang mata tertumpu padanya memandangkan dia orang terakhir.

        “Err.... Hai. Aku Syarafana..... panggil Syara,” dengan itu dia terus kembali ke tempatnya. Ramai yang terjatuh rahang dengan perkenalan simple je.

       Sir Kamal pon terkilan lalu mencari senarai nama dari dalam fail. Syarafana... Sir Kamal ternganga sedikit. 

       ‘So ni anak Tengku Rifqi,’ bisik hati Sir Kamal, tak percaya.

        “ That’s it?” suara Camillia yang high pitch bernada tak puas hati. Syara berhenti separuh jalan lalu menoleh ke arah Camillia dan angkat kening.
       
       “Yeah that’s it. What else do you want?,” balas Syara dengan muka tak beriak.

        “That was hardly an introduction,” balas Camillia, bunyi annoyed.

        Syara berpusing badannya menghadap gadis yang annoying tu.

        “We were asked to introduce ourselves, not talk about our parents work. My name is Syarafana, you can call me Syara. Tu cara untuk perkenalkan diri,” balas Syara dengan nada sarkastik. Muka Camillia merah padam menahan malu dan marah.

       “At least bagitahu nama your dad,” bentak Camillia. Entah kenapa minah ni taksub sangat nak tahu nama bapak orang. Agaknya nak compare kot bapak siapa lagi better, business siapa lagi gah, siapa yang lagi kaya.

      Baru dia teringat kenapa nama Camillia Amir sangat familiar. Nama dan muka yang terpampang di Google, Twitter dan Youtube yang menjadi bahan gossip di Internet.

       “Ada certain benda yang kita kena rahsiakan daripada orang, bukan spill everything to public. I don’t know about you, but I like to keep my life private instead of bragging about your pathetic life on the Internet. Tak semua orang berminat nak tahu every detail about you,” bidas Syara.

       Kelas tersebut bising dengan bisikan-bisikan daripada kawan-kawan yang lain yang seolah-olah setuju dengan kata-kata Syara, Nampaknya bukan Syara sorang yang rasa meluat dengan Camillia malah satu kelas tu. Sir Kamal pon tersenyum puas hati.

       “How dare you! You takde hak untuk bercakap macam tu kat I. You tau tak I ni siapa?” protes Camillia, muka merah gila. Cuma takde asap keluar dari telinga.

       Syara menahan diri daripada melempang kepala Camillia yang besar dengan ego.

        “Actually, I do have the rights to say anything I want. Sebab ni mulut aku, hak milik badan aku. Secondly, aku tahu siapa kau. Satu dunia ni tahu siapa kau. Camillia Amir anak kepada Dato’ Tan Sri Amir, CEO Megah Holdings dan datin Puan Sri Aida, pemilik butik Gorgeous. Kau tak perlu nak bongkak dengan kekayaan mak ayah kau. It’s not going to help you in akhirat,” berdas-das peluru meriam dilepaskan. Syara senyum kecil sebelum mengambil tempat duduk.

       Tatkala itu Syara dapat rasa beberapa pasang mata tertumpu padanya namun dipedulikan. Bermula saat itu Camillia Amir mengisytiharkan World War III dengan Syarafana.

        Sir Kamal mula mengajar matematik dan semua orang menumpukan perhatian pada cikgu tersebut.

1 comment:

  1. Best sangat <3 kenapa cerpen ni sampai STA 4 ja huhuhu..sambung la

    ReplyDelete