WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Thursday 4 April 2013

Senyuman Jannah 10


        Hakim melangkah ke wardrobe untuk mengambil T-shirt dan skinny jeans. Trend budak zaman sekarang. Dia menggeliat sedikit sebelum menyarung baju ke tubuh. Sambil-sambil itu dia perhatikan susun atur bilik Jannah. Bilik Jannah besarnya lebih kurang besar biliknya.

        Namun yang membuat Hakim terpempan sewaktu pertama kali menjejak masuknya ialah susunan di dalam bilik itu. Ada rak buku yang besar kedabak. Meja study yang kemas. Kiranya itu ruang study Jannah. Dekat-dekat dengan bilik air ruang dapur pula. Yes. Ulang sekali lagi... dalam bilik Jannah ada ruang dapur. Memang pelikbagi Hakim. Ada peti ais kecil, microwave, stove kecil, kettle dan kabinet yang penuh dengan biskut Julie’s dan air kotak milo dan strawberry dutchlady.

         Merepek gila! Boleh pula ada meja kecil di ruang dapur itu. What?? Lagi tak masuk akal wardrobe ada sampai 3. Dah lah bapak punya besar. Satu wardrobe Jannah, satu wardrobe untuknya dan satu lagi entah wardrobe apa. Tetapi wardrobe misteri itu sentiasa dikunci. Dipintu wardrobe misteri terdapat lukisan corak bunga.

          ‘Mesti perempuan tu yang lukis,’ gumam hati Hakim. Disebabkan ruang study dan ruang dapur diwujudkan dalam bilik, hanya muat singlebed saja. Hakim rasa kagum + ridiculous dengan gaya pemikiran Jannah yang gila-gila. Tu belum lagi bilik air. Bilik air ada tempat shower yang ditutup dengan shower sliding screen, ada bathtub (entah guna ke tak), ada tempat khas untuk wudhuk (sangat Islamic), benda alah toilet pula jauh daripada ruang wudhuk.

          Hakim mencapai Xperia Znya. On Facebook. Farid post something kat wall Hakim semalam.

Farid: Bro asal x angkat, aku call? X lepak ke malam ni?

          Ada pula orang menyibuk komen. Delaila Fariz a.k.a Laila . Humph! Minah ni memang tak reti duk diam. Menyibuk je kerjanya.

 Laila: Adrian... I miss u sayang muuah

        Hakim separuh terjatuh rahangnya. Erg! Geli sih dengan minah ni. “I miss u?? Please... bukannya kita bercouple pon. Besides I’m married,” Hakim bermonolog sendirian. Dia ketawa kecil. Agak-agak meletup tak sekolah kalau tahu aku ni dah kahwin? Oh tidak, pasti Laila akan datang bunuh aku. Hakim memandang ke langit.

Imaginasi Hakim....

       “ Hakim Adrian!!! Sampai hati you kahwin dengan perempuan lain! Tergamak you menduakan cinta I!” Laila jerit seperti orang histeria. Kepala Laila berasap-asap. Dan asap merah keluar dari hidung Laila setiap hembusan marah. pergh! Marah yang amat tu.

         Hakim Adrian berdiri sambil berpeluk tubuh dan tersenyum sinis kepada Laila.

         “Aku tak pernah cintakan kau lah kucing miang!” selamba Hakim menyakitkan hati gadis itu. Tak pasal-pasal Laila keluarkan parang dan pancung kepalanya.

         PUFSH! Hakim tersedar dari lamunannya. Lehernya dipegang seakan-akan Laila telah memancung kepalanya. “Auch,” gumam Hakim perlahan. Laila tu memang gila. Perempuan kucing miang tu tak gentar untuk melakukan sesuatu diluar jangkaan.

           Pintu bilik dibuka dari luar. Jannah menapak masuk tanpa bertudung. Rambut gadis itu diikat seperti orang baru bersalin. Tak kemas. Hakim memandang Jannah tanpa berkelip.


          Jannah berfikir 21 kali sebelum memulas tombol pintu biliknya. Nak masuk bilik sendiri pon takut. Dia nampak Hakim duduk di kerusi ruang study sambil melayan phone. Kaki dihayun ke bilik airnya. Nak buat spotcheck. Biasanya sebelum mandi dia akan cuci tandas. Tetapi Hakim yang mengguna bilik air itu. Dia pula terpaksa guna bilik air Syifa’. Salin baju pon di bilik Syifa’.

          ‘Okey, tandas tak kotor. Petang karang aku cucilah,’ detik hatinya. Kaki dibasuh sebelum keluar dari bilik air. Dia mula rasa tidak selesa dengan kehadiran Hakim disitu. Dan berada di dalam biliknya, dia terasa asing. Mana tak rasa begitu kalau Hakim merenungnya tajam tanpa berkelip. Gerun Jannah.

         ‘Kenapa mamat ni pandang aku semacam?’ dia mengerling pemakaiannya yang normal. T-shirt lengan panjang dan seluar track cotton. Okey je pemakaiannya.

         “Hakim,” panggil Jannah perlahan, berhati-hati. Tiada respons.

          “Hakim Adrian!” kuat sikit suaranya. Hakim kelihatan tersentak. ‘Ya Allah, pagi-pagi dah berangan.’

     Lelaki itu membelek phone ditangan, nak cover line lah tu. kantoi berangan. Hehe...

             “Err... jom lah turun breakfast. Yang lain semua dah tunggu,” ujar Jannah tanpa memandang Hakim. Jannah mengemas katilnya sambil menunggu respon Hakim. Namun senyap saja.

           ‘Aik, mamat ni dengar ke tak apa aku cakap tadi?’ Jannah menoleh kepada Hakim dan mengangkat kening seolah-olah bertanya, ‘ Nak breakfast ke tak?’

         Lelaki itu bangun dari kerusi. Phone di letak atas meja study Jannah kemudian keluar dari bilik. Jannah melepaskan keluhan halus. ‘Wahai iman, kau kena bersabar dengan perangai dingin + kerek suami kau ni. Assobrul minaliiman...  sabar Jannah. Fighting azza!’ dalam bersorak dalam hati, kakinya mengekori Hakim turun ke ruang bawah.

       Dia mengambil tempat bertentangan dengan Hakim. Awal-awal pagi tadi, dia rancangan suruh Sufi duduk sebelah Hakim. Ketua pengawas vs ketua gangster. Amacam? Meletup tak agaknya rumah itu kalau Puan Diana dan Tuan Raihan tiada??

       Walid menyuruh Sufi baca doa makan. Kemudian mereka menjamah mihun goreng yang dimasak Jannah tadi. Perut Jannah dah berkeroncong. Terliur melihat masakannya sendiri. Ceh masuk lif tekan sendiri. Baru dia nak suap mihun ke mulut, puan Diana berdehem.

       Jannah menoleh. Puan Diana menyenduk mihun goreng ke pinggan Tuan Raihan. Tekak Jannah rasa kelat tiba-tiba. Tak selera nak makan dah. Dia faham apa maksud perbuatan umminya itu. Umi suruh dia sendukkan mihun goreng ke pinggan Hakim.

          Kalau ikutkan hati memang dia nak buat begitu tapi dia ingat kata-kata Hakim semalam. Jangan layannya seperti budak kecik. Macam budak kecik nak kena sendukkan bagai. Dia takut Hakim tak suka. Jannah memandang uminya meminta pengecualian. Banyaklah kau punya kecuali-kecuali. Sempat pula Puan Diana membulatkan mata, kasi amaran. Nak tak nak, Jannah akur jua.

          Dia menyenduk mihun goreng ke pinggan Hakim. Pelik. Hakim tak pula membantah ke apa. Lelaki itu muka selamba. Yang membuat Jannah hampir heart attack bila Hakim ringan saja tersenyum kepadanya dan mengucap terima kasih. Dah mereng ke apa mamat ni? Semalam punyalah angin satu badan aku treat macam budak kecik. Aku jalankan tanggungjawab sebagai isteri pon dia dah naik kematu. Pagi ni kena sawan senyum pula.

         Jannah berdehem perlahan, menghilangkan rasa heart attacknya tadi. Mungkin Hakim bersandiwara saja tadi. Sengaja Jannah menyedapkan hati. Now.. time to eat.. aaaa. Jannah membuka mulut untuk menjamah mihun gorengnya.

         “Jannah, tuangkan air untuk Hakim tu,” suara Tuan Raihan pula. Hampir sikit saja lagi mihun goreng nak masuk mulutnya. Jannah tak jadi makan sekali lagi. Kali ni dia terus buat apa yang walid suruh. Ditangguh-tangguh kang dia pula yang mati kebuluran kat tengah-tengah meja makan tu. Jannah terus menuang air milo panas ke dalam cawan Hakim.

         Sekarang boleh sambung suapan yang tergendala tadi. Jannah buka mulut. Aaaa...

          “Untuk abang Hakim je? Kita orang?” sembur Syifa’ kuat tak puas hati. Jannah terhenti sekali lagi. Empat pasang mata memandangnya kecuali Hakim Adrian yang relaks dan tenang menjamah mihun goreng yang nampak lazat itu.

           “Errr...” Jannah rasa nak pelangkung saja kepala Syifa’ dengan kerusi meja ni. Manja betullah. Mentang-mentang dia jarang balik rumah. Bila dah balik, semua nak bermanja dengannya. ERGHHH! Susah betul cuti aku ni. Jannah menuang juga untuk yang lain.

           Kali ni dia menyambar garfu dipinggannya dan menjamah mihun goreng itu. YESS!! Dapat jugak akhirnya aku merasai mihun goreng aku yang sedap, enak lagi lazat ini...

           “Jannah makan duduklah!” marah Puan Diana. Apa kena gelojoh sangat anak sulungnya itu sampai makan berdiri. Semua matanya memandang Jannah yang malu teramat tahap nak sorok dalam kasut boot polis bapak mentuanya.

             “Er... hehe” Jannah tersengih. Dia ternampak Hakim tersenyum sambil makan. Jannah mengetap bibir, garfu ditangan digenggam sekuat hati. Kurang asam punya laki. Berani dia gelakkan aku! orang lain takde pon nak gelak, mamat ni je yang gelak.

         
          Jannah duduk termangu di ruang dapur biliknya. Dah ada dapur dalam bilik buat apa nak bazir tenaga turun bawah ye tak. Otaknya gelisah, hatinya resah, kepalanya pening, dengan sikap Hakim yang dingin. Hebat tak pantun empat kerat tu?

       Satu keluhan halus dilepaskan. Wajahnya diraup. Sejak pagi tadi Hakim pergi jogging dan sampai sekarang hampir nak masuk Zuhur lelaki itu tak balik-balik. Ke mana mamat tu pergi.

- Kau sure ke dia pergi jogging?

+ Dah dia pakai baju jogging takkan nak pergi buang hajat kot!

- Mana tau dia lari ke?

+ Buat apa dia nak lari dari rumah?

- Maybe dia stress, terpaksa mengakhiri zaman solonya awal.

+ Macam orang perempuan je nak lari bagai. Hanya pengecut yang lari daripada masalah

- Then dia tu jambu.

+ Jambu? Mamat sotong?

- Gangster sotong!

+ Huisy! Astaghfirullah! Tak baik cakap macam tu. Dia tu suami aku. Hakim bukan jambu atau sotong. Dia lelaki. Manusia! Jahatnya aku sangka buruk dengan dia. Isteri solehah apa macam niiii.. huaaaa

       Jannah menggeleng kepalanya. Teruknya aku. astaghfirullah, astaghfirullah..

       “ Apa yang astaghfirullah?”

       “Astaghfirullahalazim, amma, appa!” hah, kan dah terkeluar bahasa india tu. Ni pasti kena tempias daripada Yana yang suka tengok cerita Hindustan ni.

          “ Bhahaha!!! Kenapa dengan kau ni Jannah? Tengok aku macam nampak hantu jembalang je siang-siang buta ni,” terguling-guling Yana bantai gelakkan Jannah yang terkejut sampai melatah hindustan.

          “Yish! Kau ni tak reti ketuk pintu ke sebelum terjah masuk bilik aku?” marah Jannah. Geram digelakkan satu, geram sahabatnya sesuka hati mengganggu ketenteraman jiwanya.

           “Kau tak tahu ke ni bilik aku dan Hakim?” tambah Jannah. Yana berhenti ketawa serta-merta. Keningnya berkerut.

           “Hah? Bilik kau dan Hakim?” ulang Yana pelik. Dia melihat-lihat sekeliling bilik itu.

          “ Yes.”

          “Really? Tapi asal tadi aku nampak dia keluar masuk rumah parents dia?” soal Yana. Dalam perjalanan ke rumah Jannah, Yana ternampak kelibat Hakim yang keluar dari  rumah Tuan Furqan. Tu yang buat dia pelik. Jannah terpinga-pinga mendengar soalan kawannya itu. Dalam masa yang sama lega mendapat tahu Hakim berada di rumah mama dan abah.

            “Jannah? Kau okey?” tanya Yana perlahan. Dia melihat Jannah seperti mengelamun. Macam orang susah hati pon ada.

            “Jom lah lepak kat dalam bilik Syifa’.” Jannah menarik Yana keluar dari biliknya dan menuju ke bilik Syifa’. Hilang kang seri bilik pengantin tu. ceh seri apanya?

          “Mana Syifa’?” soal Yana dan duduk di meja study Syifa’.

         “Dia pergi binding kerja folio kat kedai buku,” ujar Jannah. Dia mengambil tempat atas lantai sambil bersandar pada katil Syifa’. Yana menatap wajah Jannah yang seolah-olah tertulis SAYA ADA MASALAH kat dahinya. Lantas dia melabuhkan punggung di lantai sebelah Jannah .

           “Hey, kau kenapa? Ada masalah ke?” tanya Yana lembut. Jannah memandang lantai saja.

            “Aku buntu lah weyh Yana. Aku rasa stress tau tak? Lebih stress daripada menghadapi SPM,” Jannah mula mukadimahnya. Yana mengerutkan dahi. Lebih stress daripada SPM? Dahsyat tu.

            “ Apa yang buat kau stress?” ceh ada gaya pakar psychology tak? Cita-cita Yana memang nak jadi pakar psychology.

              “Hakim yang buat aku stress!” nada suaranya sedikit keras. Memang gaya orang stress habis. Cuma tak tarik rambut saja. Jannah meraup wajahnya.

              “ Dia buat apa kat kau?” Yana dah risau. Kalau mamat tu berani apa-apakan kawan baik aku ni, aku cincang-cincang daging mamat tu, lepas tu aku bungkus daging tu dan campak ke laut. Biar padan dengan muka dia tu...

             “Dia tak buat apa-apa,” jawab Jannah lemah.

             “ Dia tak buat apa-apa?”

            “Tak.”

             “ So apa yang kau nak stress-stress ni?”

             “ Dia lah yang buat aku stress!”

             “ Kau kata dia tak buat apa-apa!”

              “Disebabkan dia tak buat apa-apa lah aku jadi stress macam ni!” Hah kan, complicated sungguh masalah Jannah ni. Yana rasa nak sepak saja Jannah yang main tarik tali dengannya.

              “Kau ni boleh tak cerita kat aku dari A sampai Z dan bukan dari H sampai J? Aku tak faham tau!” marah Yana. Dia pula yang stress. H sampai J? Hakim sampai Jannah? Bhahaha buat lawak bodoh pula Yana ni.

              “ Yana... kalau kau bercakap dengan orang, tapi orang tu tak balas. Kau buat apa?” soal Jannah. Yana memegang dagu sambil berfikir.

              “Aku kasi penampar Jepun je, elok terus dia landing kat Hiroshima tu,” kata Yana separuh berlawak. Jannah menjeling tajam.

               “Okey, okey. Maksud kau Hakim?” teka Yana. Jannah mengangguk.

              “ Dia tak bercakap dengan kau?”

               Jannah menggeleng.

              “ Langsung tak. Kecuali malam tadi, kita orang debate pasal sejuk ke tak sejuk dan pagi tadi dia cakap terima kasih sebab dia tengah berlakon depan parents aku. Pastu dia nak keluar, dia tak bagitahu aku dia nak ke mana. Aku risau kat rumah ni tau tak, dia tak balik-balik dari tadi. Aku dah mula buat andaian bukan-bukan,” luah Jannah. Yana tiba-tiab tersenyum.

              “Kau buat andaian apa? Dia pergi jumpa awek, pastu lari ke sempadan Thailand dan kahwin dengan awek dia?” sempat Yana nak mengusik kawan tu.

         “Erk.. advanced nye imaginasi kau. Mana ada aku fikir tu.”

          “Dah tu kau fikir apa?” perli Yana siap angkat kening.

          “Er... aku fikir dia lari sebab tak boleh handle masalah ni...”

          “ Dan kau fikir dia tu jambu? Sotong? Haha.. kau ni asal orang lari dari masalah je, kau kata pengecut. Lagi teruk suami kau, kau kata jambu? Aku tengok Hakim tu tak lah jambu. Macho je. Hensem pulak tu. Eh kau perasan tak muka dia macam ada mix? Time majlis akad nikah korang semalam, aku usha sikit muka dia. Pendapat aku, dia tu ada mix korean eh? Cuma dia tu taklah seputih melepak macam Luke Fahrain. Korean hangus agaknya laki kau....” Yana dah mula melalut ke topik lain. Jannah rasa kalau boleh nak saja dia humban Yana ke luar tingkap. Korean hangus?? Taulah kulit Hakim tu gelap sikit sebab berjemuran tengah-tengah padang, sesedap dia je label orang korean hangus. Habis tu orang negro tu apa? Mat salleh hangus.

          “Kau ni nak tolong aku ke nak puji-puji mamat tu?” marah Jannah. Berani pula Yana mengaku usha suami orang. Humph!

         “Eleh kau ni. Aku puji sikit suami dia dah angin satu badan. Kau cemburu eh?”

         Jannah buat muka. “Takde maknanya aku nak cemburu. Aku tak kisah pon kau nak cakp dia hensem ke apa. Buat apa nak cemburu, bukannya ada feeling apa-apa pon dengan mamat tu,” balas Jannah, dengan muka selamba.

        “Ye lah tu, kau jangan cakap tak suka dia, alih-alih kau pula yang terhegeh-hegehkan dia nanti. Tapi bagus juga kalau kau dah tertangkap lengkuk dengan suami kau. Tak sabar aku nak menengok muka angau kau. Wahh! Seronoknya!” terkeluar aksi gediks Yana tatkala terbayangkan Jannah yang hati beku ni tercair dengan Hakim. Wah!! Tak sabar sungguh...

       “Kau ni panjangnya membebel kalah nenek kau!” menyampah dia dengan harapna Yana yang impossible. Ye lah, dengan sikap Hakim yang selalu dingin, nak cair apa? Cair telinga ada lah mendengar ayat-ayat pedas dan sangat menyakitkan hati.

        “Yelah, yelah. Aku nak tolong kau lah ni,” balas Yana tak puas hati. Jannah menyiku pinggang Yana, geram.

         “Aku tau macam mana cara nak buat dia bercakap dengan kau,” ujar Yana sambil tersenyum-senyum. Jannah memasang telinga mendengar idea bernas shabat baiknya itu.


No comments:

Post a Comment