WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Sunday 17 March 2013

Senyuman Jannah 2


           Hakim Adrian terbaring atas katil dengan bungkusan ais diletak pada dahinya. Benjol dahinya akibat perbuatan perempuan tadi. Eii geram aku. Tengoklah apa aku akan buat kalau aku jumpa lagi dengan perempuan tu...

+ you wouldn’t hurt a girl would you?

-  depends.. dah perempuan tu yang cederakan aku. takkan aku tak boleh balas?

+ tak gentleman langsung

-  aku bukan gentleman.. aku gangster...

+ but she said sorry..and she bought you the ice pack..

           Hakim berperang dengan hatinya. Separuh dirinya hendak balas dendam, separuh lagi kata jangan. Gadis itu berkali-kali mohon maaf dan membelikan ice pack untuk diletak pada dahinya. She already make it up to me.

          Tok! Tok!

         Hakim memandang pintu yang ditutup rapat. Bantal diambil lalu menutup wajahnya. Ice pack disorok bawah bantal. Kedengaran pintu bilik dibuka dari luar.

           “Hakim... kenapa ni?” tanya Puan Kalsom dengan lembut. Dia melabuhkan punggung disisi anaknya itu. Hakim berbaring di atas katil tanpa berbaju, hanya berseluar pendek. Wajah ditutup dengan bantal. Macam orang gila je nampak.

             “I’m fine ma,” balas Hakim dari bawah bantal. Dia kan bapak gangster, mana boleh nampak lemah. Dia tak perlukan simpati orang lain. ‘Pasti along cerita kat mama pasal petang tadi. Tak guna!’

              “Hakim... look at me,” pujuk Puan Kalsom. Dia tak mahu menengok bantal busuk Hakim, dia nak lihat wajah anaknya. Hakim tidak memberi respons. Puan Kalsom mengetap bibir. Anaknya yang sorang ni keras kepala.

             “Hakim, kalau Hakim sayang mama, pandang muka mama,” tegas suara Puan Kalsom mengugut. Perlahan-lahan Hakim mengalihkan bantal dari muka dan menatap wajah mamanya. Puan Kalsom tersenyum dalam hati. Gangster- gangster pun hati tetap lembut.

            “There, baru mama nampak anak mama yang hensem ni,” usik Puan Kalsom, tergelak kecil. Sengaja dia layan Hakim seperti budak kecil. Hakim tersenyum kecil. Kalau dengan mama dia tak boleh nak berlagak gangster atau tough macam Captain America.

              “Meh sini mama tengok dahi tu. Teruk sangat ke sampai tak mau turun makan?” Puan Kalsom menarik lengan sasa Hakim untuk duduk. Hakim akur, dia bangun dari pembaringan.

             Tangan Puan Kalsom mengusap lembut benjol pada dahi Hakim. Kecik saja benjolnya. Nampak kemerahan sedikit.

             “ Tak teruk sangat pun kepala Hakim. Meh mama tuam. Esok-esok hilanglah benjol tu,” kata Puan Kalsom. Dia menuam benjol itu dengan kain yang dibasah dengan air suam. Hakim membiarkan saja. Rasa best bila dimanjakan oleh mama. Ceh gangster manja.

             “Ma... nasi ada lagi tak?” sejak petang tadi dia tak menjamah apa-apa. Balik dari main bola tadi, dia mandi dan terus memerap dalam bilik. Perutnya dah mula berkeroncong.

              “Kenapa? Lapar? Tu la, buat lagi perangai ego tu. Mama suruh turun makan, degil. Perut masuk angin kang susah,” bebel Puan Kalsom. Anaknya itu kena diajar. Dah besar-besar pon tak reti nak cari makanan.

                “Ma.. Hakim lapar lah. Ada ke tak nasi?” rengek Hakim. Bukan dia tak nak turun makan. Tapi dia malu dengan along.

                “Ada.. mama simpan untuk Hakim. Pakai baju.. pergi turun makan kat bawah,” arah Puan Kalsom. Dia membawa kain dan mangkuk berisi air suam yang dah sejuk itu turun ke bawah. Hakim membetulkan rambutnya. Baju disarung ke tubuh badan. Kemudian dia turun ke dapur.

                Tatkala melintasi ruang tamu bawah, adiknya, Bella Qaliesya sedang menonton TV. Drama Sehangat Asmara. Dah kepingin sangat nak bercintalah tu. Adiknya yang berumur 15 tahun itu tidak dihiraukan. Dia terus melangkah ke dapur.

               Puan Kalsom menghidang nasi berlauk ikan pari masak asam pedas dan lauk sayuran. Mmmm... smells good. Perutnya berkeroncong meminta diisi cepat-cepat. Air liurnya seakan-akan terasa lauk-lauk itu.

                 “ Smells good, ma,” tangan dibasuh lalu dia menarik kerusi dimeja makan. Terliur dia melihat makanan yang terhidang itu. Tak sabar nak isi perut. Nasi disenduk ke dalam pinggan, lauk-pauk dihumban distepi nasi.

                 “Baca doalah abang,” tegur Bella yang masuk ruang dapur. Hakim yang baru nak menyuap nasi ke mulut mencebik. Namun dia hanya membaca bismillah dalam hati lalu menyuap nasi ke dalam mulut. Belle mencebikkan bibir.

                “Ego,” gumam Bella kemudian berlalu ke peti ais untuk mengambil oren jus. Hakim memekakkan telinganya. Malas nak bertekak dengan adiknya yang kadang-kadang mulut laser.

                   “Mama... Nenek panggil,” beritahu Bella kepada Puan Kalsom yang duduk menemankan Hakim makan. Puan Kalsom menepuk lembut bahu Hakim, meminta diri.

                 “Nenek ada minta apa-apa tak?” tanya Puan Kalsom kepada Bella yang menuang oren jus ke dalam 2 gelas. Satu gelas untuknya. Satu gelas lagi untuk Hakim.

                  “Takde, nenek panggil mama je,” kata Bella. Selepas Puan Kalsom menghilang dari dapur, Bella mengambil tempat bertentangan dengan Hakim. Gelas diletak di sebelah pinggan Hakim.

                    “Thanks,” ucap Hakim. Dengan adiknya, mama dan nenek saja dia tidak buat perangai gangster. Dia selalunya gangster dengan lelaki saja. Dengan perempuan biasanya dia gentleman. Gentle lah sangat.

                    “Taklah benjol sangat kepala abang,” kata Bella, matanya menggamit dahi Hakim. Dia tak faham kenapa abangnya tu malu sangat dengan kepala benjol sampai tak mahu turun makan sekali. Mujur abah belum balik. Kalau tak, mampus Hakim kena ceramah dengan abah. Abah, Tuan Furqan, garang orangnya. Almaklumlah ketua polis negara. Abah jeling sekali rasanya sekali-sekali dengan dunia ni terbalik. Tu belum lagi bila darah abah menggelegak sampai ke kepala. Ribut taufan segala tsunami melanda rumah itu.

             “Not everything is as it seems. Nampak saja ok tapi kepala abang sebenarnya tak ok,” bidas Hakim tanpa mengangkat muka. Bella berkerut dahi. Nampak ok tapi tak ok? Fius tercabut atau otak abangnya dah tertinggal kat padang bola.

              “Abang pening lagi tak?” tanya Bella, prihatin. Dia rapat dengan Hakim sejak kecil lagi berbanding dengan Luke. Luke lebih banyak menghabiskan masa di asrama sewaktu sekolah dulu. Sekarang Luke jarang balik ke rumah. Balik pun ketika cuti sem.

                “Not anymore. Oh yeah, I almost forgot. Congratulation on winning the fashion designing contest. Second place was it?” usik Hakim. Sedangkan dia tahu Bella menang tempat pertama dalam pertandingan mereka baju gown. Pagi tadi dia nampak Bella naik pentas mengambil hadiahnya. Pertandingan itu pertandingan terbuka. Mahasiswi dan mahasiswa turut menyertai pertandingan itu. Nampaknya tahap kreativiti Bella lebih tinggi daripada pelajar universiti yang memandang rendah kepada budak 15 tahun itu.

                “I won first place actually,” ucap Bella. Dia menarik muncung nak merajuk dengan abangnya. Sampai hati abangnya tu pandang rendah padanya. Hakim sudah habis makan, ketawa melihat muncung sedepa Bella.

                  “Haha, bila masa mama bela anak itik ni?” sakat Hakim. Bertambah muncung mulut Bella. Kuat Hakim menggelakkan adiknya.

                 “Abang ni... tak nak kawan,” Bella merajuk, dia baru nak bangun Hakim dah menarik tangannya supaya duduk.

                  “Janganlah merajuk abang gurau je. Abang tahu Bella dapat first place. Bella dapat sijil, dapat trophy and RM 2000,” pujuk Hakim. Bella naik kening. Terlebih detail pula.

               “Mana abang tahu Bella dapat semua tu?” duga Bella. Hakim tersengih.

               “Sebab abang orang pertama dekat line denda sebelah pentas tu,” tadi pagi dia datang lambat ke sekolah, sudah tentu kena denda. Barisan orang datang lambat pula sebelah pentas aje. Bangga juga bila nama Bella naik mengharumkan nama sekolah.

              “Abang ni... abang drive kereta pergi sekolah pun boleh lambat ka?” sindir Bella. Hakim tersenyum menampakkan lesung pipit dikedua-dua belah pipinya.

               “Disebabkan abang drive keretalah abang sengaja datang lambat. Kereta ada, buat apa pergi sekolah awal-awal?” Bella hanya menggelengkan kepala. Bila lah abang aku ni nak berubah. Ya Allah Kau bagilah hidayah-Mu kepada abang aku yang sorang ni supaya dia jadi gentleman, anak soleh, abang soleh, suami soleh... erk suami soleh? Masukkan je lah sekali. Dan Kau ketemukanlah abang Hakim dengan seorang perempuan yang baik dan solehah.. Aamiin.. Entah kenapa dia doakan sekali abangnya tu cepat jumpa jodoh.

2 comments:

  1. Rainbow (a.k.a balqis)17 March 2013 at 23:43

    Just love it! Looking forward for the continuos storyyyy

    ReplyDelete
  2. thanx balqis ^.^ komen bnyk2 tau haha.. klau nk bg idea pun xpe

    ReplyDelete