WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Tuesday 23 April 2013

Senyuman Jannah 18


        Hakim Adrian masih tertanya-tanya apakah penyakit yang dihidap Jannah. Dia tahu Jannah menyembunyikan sesuatu daripadanya. Tapi apa? Wardrobe misteri di dalam bilik Jannah itu sudah dia ketahui apa yang misteri di dalamnya. Dia terjumpa kunci wardrobe itu di dalam sebuah kotak kecil yang berisi barang-barang sekolah Jannah.


      Kunci yang berada di tangannya dipandang. Hatinya berbelah bahagi.
       Pada asalnya dia memang tak mahu mencerobohi privasi Jannah tetapi ada sesuatu yang mendesaknya untuk melihat kandungan wardrobe itu.

       ‘Kalau aku terjah hak kemanusiaan Jannah, dia marah tak?’ detik hati Hakim. Dia tahu Jannah pasti mengamuk sakan sekiranya gadis itu tahu.

       ‘Tapi aku suami dia. Rahsia dia, rahsia aku juga,’ senyuman kemenangan mekar dibibir Hakim. Kunci dimasuk ke dalam lubang kunci lalu dia memulas kunci tersebut.

     KLIK. Pintu wardrobe itu ditarik buka perlahan-lahan. Tidak berkelip Hakim menatap wardrobe itu. Satu perasaan rindu menerjah dadanya. Rindu zaman kecik-kecik dahulu.

       Di dalam wardrobe itu terdapat banyak lukisan yang tertampal di dinding wardrobe tersebut. Semuanya lukisan dua orang budak. Lukisan kenangan mereka berdua sewaktu kecil. Terharu kerana Jannah masih mengingati dan menyimpan kenangan itu.

     Hujung jari Hakim menyentuh sebuah lukisan dia dan Jannah sedang Ultraman VS Power Rangers. Permainan yang pelik-pelik yang menjadi penyunting keceriaan mereka sewaktu kecil. Hakim sudah tentu Ultraman. Jannah pula Power Rangers.

      “Hahaha,” Hakim ketawa kecil tatkala teringat dia selalu merajuk apabila Jannah yang asyik menang permainan apa-apa. Permainan polis sentri, Jannah menang. Permainan batu seremban, Jannah menang. Permainan anak ayam, geng-geng Jannah menang. Permainan ice-water, sudah tentu Jannah yang menang kerana kaki Jannah lebih panjang daripada kakinya yang baru berumur 8 tahun. Semua Jannah yang conquer kecuali permainan hide-and-seek. Permainan sorok-sorok, Hakim selalu menang. Satu kelemahan Jannah ialah Jannah tidak reti menyorok.

        Mata Hakim terpandang sebuah kotak kecil di lantai wardrobe itu. Dahinya berkerut. Jannah memang suka simpan kotak ke? Dia bercangkung di hadapan kota itu. Penutup kotak dibuka. Terdapat sampul surat. Ada 10 sampul surat! Dan kesemuanya beralamatkan rumah lama Hakim.

       Surat 2003... Hakim membuka surat itu lalu membacanya. Suratnya sangat ringkas.


     Hakim... aku minta maaf sangat, sangat kat kau. Sepatutnya aku beritahu kau awal-awal. Aku tak terfikir untuk tinggalkan kau. Aku tak akan lupakan kau.


Surat 2004 sehingga 2011... isinya lebih kurang sama. Jannah bercerita tentang aktiviti sekolah dan pencapaiannya dalam PMR dan SPM. Tentang kejayaannya masuk universiti. Tetapi ayat terakhir Jannah dalam surat itu...

     Aku minta maaf sebab tak beritahu kau awal-awal. Aku nak sangat kau tahu tapi aku tak bersedia lagi.


      ‘Beritahu apa? Bersedia untuk apa? Luahkan perasaan cinta? Luahkan sakit hati dia?’ Hakim berteka-teki. Dia tidak faham maksud Jannah.

Surat 2012, surat terakhir... Hakim menghela nafas dalam lalu menghembuskannya. Jarinya membuka sampul surat itu.


       Dear Hakim,
      Dah lama kita tak jumpa. Saya tertanya-tanya bagaimana rupa awak sekarang. Adakah awak sudah hensem, bergaya, segak, tinggi lampai? Atau masih comot, berhingus, pendek lagi? Haha. Awak masih nakal ke macam dulu? Atau sekarang awak dah matang?
       Saya nak tanya satu soalan, walaupun saya tahu saya tak akan dapat jawapannya sebab surat ini hanya akan disimpan dalam wardrobe khas untuk awak. Haha. Awak masih marahkan saya ke? Saya tak pernah mungkir janji saya. Saya tak pernah tinggalkan awak kerana awak sentiasa dalam hati saya. Agak-agaknya kalau saya cakap ayat ni kat awak, awak lari jauh-jauh tak? Bunyi macam saya dah angau saja.
       Semalam saya pergi hospital dan saya tak tahu nak cakap apa.... benda ni terlalu berat untuk saya tanggung dan saya takut apa reaksi awak sekiranya awak tahu saya pindah disebabkan perkara ini. Saya cuma mengharap Allah kabulkan doa saya untuk diketemukan lagi dengan awak suatu hari nanti. Dan mungkin ini surat terakhir saya untuk awak dan wardrobe ini hehe.
        Seandainya satu hari kita jumpa balik, ada sesuatu yang saya nak beritahu. Tak tahulah sempat atau tidak. Saya minta maaf sangat-sangat.


        Hakim terbalikkan kertas itu, kot-kot ada lagi yang Jannah tulis. Namun belakang kertas itu kosong. Hanya itu saja yang Jannah tulis. Dan dia masih tidak faham. Perkataan hospital itu yang membuat hatinya resah dan gelisah.


       Bunyi guruh diluar menyentakkannya dari lamunan. Hakim menoleh merenung ke luar tingkap. Gelap cuaca di luar. Angin malam yang dingin menyerbu masuk melalui pintu balkoni yang terbuka.

       Hakim bangun dari meja study lalu menutup sliding door balkoni itu. Sudahlah dia tidak tahan sejuk, mahu satu malam dia selesema.

      Tinggal lagi sebulan sebelum tibanya Ramadhan. Selepas cuti raya Aidilfitri, peperiksaan percubaan SPM bermula. Gila! Nak enjoy raya pun tak ada mood. Otaknya sudah naik biul agaknya asyik study saja. Sekarang dia kurang main game dan kurang bergusti di Tyler’s Gym. Dia menghabiskan masa di dalam bilik. Kalau dia bosan, dia ringan punggung untuk melawat Bella.

       Jannah rajin pulang ke rumah setiap hujung minggu. Jadi tidaklah dia mati kebosanan. Sekurang-kurangnya ada Jannah untuk dibuat teman bergaduh, paling tidak teman dibuli. Jannah pun layan sajalah.

       Kakinya mengorak menuruni anak tangga. Niatnya mencari Jannah tercapai apabila terpandangkan Jannah yang sedang bermanja dengan ummi. ‘ Macam budak-budak je isteri aku ni,’ rungut hati Hakim melihat Jannah merehatkan kepala di atas riba ummi. Tangan Puan Diana mengusap lembut rambut Jannah yang mengurai.

         “ Ummi... sejak bila ummi suka tengok cerita taiwan?” tanya Jannah sambil matanya melekat pada skrin Tv yang sedang menayang Alice in Wonder City. Tak pernah-pernah umminya itu menontot drama selain drama melayu. Ni apa kes tiba-tiba ubah angin?

        “Bukan ummi yang bukak channel ni, tu hah Syifa’ yang beriya-iya nak tengok sangat Aaron Yan tu,” ujar Puan Diana, mempertahankan diri. Ikutkan hati tidak mahu dia menonton drama berbahasa taiwan itu. Tak faham sepatah haram.

        Jannah tersenyum. Syifa’ tu memang. Asal ada watak hero hensem, setia lah dia dengan drama itu hingga ke episod terakhir. Kalau watak heroin pula rupa tak berapa lawa, langsung tak nak tengok drama itu. Cerewet betul. Nak tengok drama pun bagai nak memilih calon menantu saja lagaknya. Huh.

         “ Tukarlah ummi. Bukannya Syifa’ tengok pon. Dia tengah tidur tu,” ujar Jannah merujuk kepada adiknya yang sudah terkulai di sofa dengan tudung dikepala. Aurat dengan abang ipar. Puan Diana mencapai remote lalu menukar ke siaran Al-Hijrah. Ahhh ni baru me-relaks-kan...

          “Rugi Syifa’ tidur,” gumam Jannah. Puan Diana mengerutkan dahi.

          “Kenapa pula?” tanya ummi.

          “Tu ustaz kesayangan merangkap suami idamannya itu keluar TV,” Jannah tersenyum-senyum melihat Ustaz Don Daniyal sedang menyampaikan dakwah di TV. Syifa’ peminat nombor satu Ustaz Don. Tak tahulah sama ada yang diminatnya itu rupa ustaz yang kacak atau ilmu yang manfaat ustaz itu.

          “Ustaz Don tu? Wahhh boleh tahan juga rupanya. Tak sangka mata keranjang juga Syifa’ ni,” sakat ummi tersengih. Kedua-dua anak-beranak itu ketawa halus sambil menjeling Syifa’ yang nyenyak dibuai mimpi.

          “Bukan Syifa’ saja yang minat, kawan-kawan Jannah pon ramai...” Jannah terhenti separuh ayat. Matanya dipejam menahan sakit kepala yang bertandang secara tiba-tiba. Tangannya memicit perlahan dahinya.

           “Kenapa Jannah? Sakit kepala?” Puan Diana risau melihat anaknya itu. Tangannya mengurut kepala Jannah sambil berselawat.

            “Sakit....” gumam Jannah perlahan. Otaknya dirasakan seperti dicucuk-cucuk. Sakit sangat. Tangannya digenggam penumbuk respon spontan menahan sakit.

            “Banyak berfikirlah ni. Kan ummi dah pesan jangan fikir benda yang stress-stress. Pening kepala,” Puan Diana berkata lalu melepaskan keluhan halus. Jannah diam. Tak larat untuk membalas. Lagipun memang dia banyak berfikir kebelakangan ini.

             “Ummi pergi ambil panadol nak?” tawar Puan Diana. Jannah tidak menjawab namun Puan Diana meletak kepala Jannah di atas karpet dan bangkit ke dapur bagi mengambil panadol.

       Jannah memejam mata sambil memicit dahinya. Dia terasa kepalanya diangkat semula dan diletak atas riba ummi. Tangan ummi memicit dahinya meredakan sedikit kesakitannya.

        ‘Kenapa tangan ummi lain macam?’ Jannah terdetik di hati tatkala sentuhan tangan ummi rasa kasar seperti tangan lelaki. Jannah membuka mata dan mendongak. Matanya bertembung dengan mata Hakim Adrian. Aksi biasa yang dia akan buat adalah membeliakkan mata namun dia sedang sakit jadi dipandang saja wajah Hakim.

          Dia rasa malu pun ada, baring di riba Hakim dan Hakim yang mengurut dahinya. Wahh suami mithali lah!! Hehe.... Jannah rasa nak pejamkan mata namun hati berdegil dan terus merenung wajah Hakim. Dibiarkan tangan Hakim memicit lembut dahinya. Bibir Hakim dilihat berkumat-kamit membaca selawat.

          “ Jannah ingatkan abang dah tidur,” ujar Jannah perlahan. Memang rasa kekok berabang-Jannah mula-mula, bila dah lama, biasa sajalah bunyinya. Rasa nak tergeliat lidah Jannah 2 minggu lepas hendak memanggil Hakim abang. Hakim sendiri pun kekok menggelar dirinya abang.

           “Abang buat ulangkaji tadi,” jawab Hakim. Matanya ditala pada skrin Tv. Jannah memejamkan mata dek kerana urutan Hakim sangat nikmat sehingga mampu membuatnya terlelap.

         Puan Diana kembali ke ruang tamu dengan panadol di  tangan. Dia tersenyum melihat pasangan suami isteri yang baru hendak mengenali dunia ‘kasih sayang’. Panadol dan segelas air suam dihulur kepada Hakim.

        “ Makan ubat, reda sikit sakit kepala tu,” Hakim membantu Jannah duduk. Jannah rasa kepalanya berpusing-pusing. Dia makan dua biji panadol dan air suam diteguk. Gelas kosong dihulur semula kepada Hakim yang perhatikan dia. Wajah Jannah pucat dan tidak bermaya. Hakim tertanya-tanya ini ke sakit Jannah.

         “ Jom masuk bilik, Jannah dah ngantuk tu,” ujar Hakim lalu mencempung badan Jannah dan dibawa ke tingkat atas. Jannah tidak membantah. Semmeangnya dia tiada kudrat untuk berjalan. Sempat dia mendengar Puan Diana mengejutkan Syifa’ dan menyuruh Syifa’ tidur di bilik.

        
          “Abang nak tidur kat bawah?” Hakim mengambil bantal dan selimut dari katil lalu berbaring disebelah Jannah dilantai.

          “ Bosan tidur atas katil,” jawab Hakim. Dia menarik selimut menyelimuti badan Jannah.

           “Tidurlah atas katil. Sejuk kat bawah ni. Esok nak sekolah sakit badan pula,” Jannah menolak lengan Hakim supay Hakim bangun. Hakim berbaring menghadap Jannah dengan mata kuyu. Serius dia penat setelah banyak ilmu yang diserap ke dalam otaknya.

           “Abang nak tidur sebelah Jannah. Tak gentleman kalau isteri tidur kat lantai, suami tidur atas katil. Ustaz kata suami dayus tak masuk syurga,”hujah Hakim dengan mata separuh tutup. Berkerut dahi Jannah memandang lelaki itu. Jin tocai manakah yang menyampuk lelaki itu sehingga melalut tengah-tengah malaam yang indah begini?

          “Suami dayus? Apa abang merepek?” Jannah kebuntuan. Sebenarnya jantungnya ini dah berdebar semacam apabila Hakim mengungkap ayat ‘nak tidur sebelah’ itu. Jangan fikir bukan-bukan ya..

           “ Hmmm.. suami dayus. Ustaz kata suami yang tidak bertanggungjawab kepada isteri dan tidak melayan isteri dengan baik. Itu ciri-ciri suami dayus,” jawab Hakim.

            “ Tapi abang tak pernah dera atau sakiti Jannah. Menyakitkan hati tu mana ada sampai ke tahap dayus. Abang jaga Jannah. Mana ada abang abaikan Jannah. Kalau soal nafkah itu, dikecualikan. Sebab Jannah tak pernah tuntut nafkah dari abang sebab Jannah faham keadaan kita. Lagipun abangkan still sekolah. So conclusion: abang bukan suami dayus,” hujah Jannah pula.

        Hakim merenungnya dengan mata redup. Aiseh...ni yang dia tak boleh tahan ni, renungan mata Hakim membuat dia jadi tidak tentu arah. Hati dah mengada-ngada meloncat sana sini. Dia lebih suka Hakim yang gemar menjeling tajam daripada Hakim yang memberi pandangan menggoda ini.

     Oh Tuhan apa kena dengan aku ni? Kenapa aku selalu jadi tak menentu arah apabila berhadapan dengan Hakim? Serius dia tidak pernah merasai jantungnya berdegup sekencang ini.

        “Kenapa pandang Jannah macam tu?” tanya Jannah. Hairan dengan Hakim yang tidak berkelip memandangnya. Bukannya dia buat muka buruk atau ada cicak atas kepalanya.

         “Hmm?” Hakim kelihatan baru keluar dari dunia khayalan.

         “ Abang pandang Jannah macam tu kenapa?” ulang Jannah pelik. Hakim memandang Jannah seperti tidak sangka kena kantoi.

          “Abang baru perasan...” ayat Hakim tergantung disitu. Jannah mengangkat kening seolah-olah berkata, “ baru perasan apa?”

          “ Er.... baru perasan telinga Jannah capang,” kata Hakim laju. Jannah blink dua kali, ayat yang diungkap lelaki itu tadi laju sehingga dia tidak sempat nak tangkap. Hakim seakan-akan faham kekeliruan Jannah.

          “Telinga Jannah capang, abang baru perasan. Comel,” ulang Hakim kali ini lebih tenang. Dia mengulum senyuman lalu memaling muka menghadap siling. Jannah tak tahu nak reaksi bagaimana setelah dikutuk kemudian dipuji. Heh?

         ‘Dia kata teling aku capang ni comel?’ gumam hati Jannah. Kalau didengar Yana mahu Yana bantai gelak guling-guling. Bak kata Yana telinga capang ini telinga anak gajah. Kurang asam ke tidak statement itu? Telinga kau elok-elok rupa teling manusia dia kata teling gajah.

         “Baru perasan? Tak ada benda lain ke abang nak perasan? Contohnya macam rambut Jannah ni cantik lagi menawan boleh disikat guna jari saja atau pun senyuman Jannah ini sangat-sangat comel.” Jannah senyum mempamerkan giginya yang putih tersusun cantik kepada Hakim.

         Hakim menjeling. “ Jangan buat muka macam tu.”

         “Kenapa? Comel apa,” sengaja Jannah buat memek muka comel. Lagi ditegur, lagi dibuat. Parah benar keadaan isterinya ini.

          “ Jangan buat muka comel, nanti abang tak dapat kawal diri baru tahu,” ugut Hakim. Serta-merta Jannah menayang muka tidak ada perasaan. Dia takut juga dengan ugutan budak sekolah ini. Budak zaman sekarang jangan dicabar, entah kenapa terlebih hormon adrenaline budak-budak zaman moden ini. Pantang dicabar, nak tunjuk eksyen lebih.

            Dush!

           “Ahh!!” Jannah terjerit kecil apabila dahinya dijentik.

           “Sakitlah... suka jentik orang,” omel Jannah sambil menggosok perlahan dahinya. Dia menjeling geram Hakim yang menayang muka selamba.

           “Suka berangan benda bukan-bukan kenapa?” perli Hakim. Hampir saja dia ketawa melihat Jannah seperti takut-takut dengan ugutannya tadi.

              “Mana ada orang berangan benda tu!” sangkal Jannah. Sumpah dia tak berangan benda tu.

              “Benda tu apa?” tanya Hakim, sengaja nak mengusik. Senyuman nakal bermain dibibir lelaki itu. Membahang muka Jannah menahan malu. Pantas dia menarik selimut hingga ke kepala. Malas nak layan budak sekolah ini. Kedengaran Hakim ketawa halus. Tengok tu.. gelakkan orang.

           “Jannah..” panggil Hakim, lembut.

           “ Apa?” sahut Jannah dari bawah selimut. Senyap. Jannah mengerutkan dahi. Heh, dah tidur ke budak tu? Baru saja dia hendak menyelak selimut tiba-tiba wajah Hakim muncul di bawah selimut. Jarak wajah mereka dekat 2 inci saja! Dek kerana terkejut Jannah pantas menarik selimut dari muka. Hakim dengan senyuman mengalihkan kepalanya semula ke bantal.

             “Nak apa?” Jannah meraup wajahnya. Hati tidak tenang dengan sikap Hakim yang terlebih ‘baik’ ini.

             “Sing me a song,” pinta Hakim sambil memejam mata.

            “A..err song? Lullaby?” pelik dengan permintaan Hakim yang seperti budak kecil. Nak tidur pon perlu didodoikan. Selama ni boleh saja tidur tanpa aku menyanyi.

             “No. A song.”

             “ Nak lagu apa?” Jannah ikut saja permainan kanak-kanak Hakim ini.

             “Lagu yang Jannah selalu nyanyi dulu time hujan,” Hakim. Jannah menoleh kepada Hakim yang terpejam rapat matanya. Dia separuh terharu Hakim masih mengingatnya. Separuh saja yang terharu.

             “ Tu lagu Pooh Bear lah,” kata Jannah.

             “Nyanyi sajalah.”

Winnie the Pooh
Winnie the Pooh
Tubby little cubby all stuffed with fluff
He's Winnie the Pooh
Winnie the Pooh
Willy nilly silly old bear

Winnie the Pooh
Winnie the Pooh
Tubby little cubby all stuffed with fluff
He's Winnie the Pooh
Winnie the Pooh
Willy nilly silly old bear

          Jannah menoleh kepada Hakim yang kedengaran berdengkur halus.

        “Lerr tidur? Hisy macam budak-budak lah,” dengus Jannah perlahan. Dia tersenyum melihat Hakim tidur. Dia kata telinga capangku comel, dia tu lagi comel bila tidur. Hehe.

         “Selamat malam willy nilly silly old bear,” Jannah bisik ke telinga Hakim. Kepalanya direhatkan pada bantal sambil menatap siling bilik. Tidak sampai 2 minit dia sudah terlelap.
       
     
        
         

No comments:

Post a Comment