WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Friday 10 May 2013

A Thousand More...9



Syakir berdiri bersandaran pada dinding sambil membaca komik naruto ditangan. Bertugas sebagai penjaga tangga pada waktu rehat sangat membosankan. Komik ini pun dipinjam daripada Nazrul yang sememangnya hantu komik. Terutamanya Naruto.

         Cerita kartun Naruto yang ditayang berepisod-episod di Cartoon Network  semuanya Nazrul layan. Sehinggakan dia dah hafal dialog-dialog mereka, Kawannya yang seorang itu memang pelik. Harap muka saja hensem, pangkat bakal pewaris Empayar Luthman tetapi perangai mengalahkan budak 7 tahun. Budak 7 tahun pun tak taksub sangat dengan Naruto.

        “Hey, masa rehat belum tamat. Jadi tiada sesiapa dibenarkan naik ke kelas selagi belum tamat waktu rehat,” halang Syakir tanpa mengangkat muka dari komik. Pelajar lelaki tingkatan tiga itu terpinga-pinga dengan seniornya itu. Boleh pula pengawas sengal ini membaca, berdiri, mengawasi, dan bercakap dalam satu masa. Robotkah?

        “ Tapi waktu rehat sudah tamat. Lihat sekarang pukul 10.20 pagi,” pelajar itu menunjuk lengan yang berjam tangan itu kepada Syakir yang sememangnya tiada niat langsung untuk melihat.

         “Jam kau terlalu cepat. Aku tak peduli. Selagi loceng tamat rehat tidak berbunyi, tidak boleh naik,” balas Syakir, dingin tanpa mengangkat wajah. Pelajar itu mendengus geram lalu beredar dari situ. Baru dua tapak, loceng tamat rehat berbunyi.

       Mukasurat komik itu dihafal dalam kepala sebelum menutup komik itu. Dia memandang wajah pelajar yang bernama Khairil itu. Kedua-dua tangannya dilunjur ke arah tangga seperti seorang pramugari mempersilakan penumpang masuk ke dalam kapal terbang.

      “Sekarang loceng sudah berbunyi. Dipersilakan naik,” sindir Syakir sambil tersenyum sinis. Khairil merengus menyampah lalu mendaki tangga. Syakir tergeleng kepala. ‘Macam perempuan saja nak tunjuk protes,’ gumam hati Syakir.

        Komik ditangan direnung. ‘Hmmm best pula aku baca komik ni. Patutlah Nazrul tegar menghadap benda alah ni dari pagi hingga ke malam 24/7.’ Syakir baru hendak melangkah ke arah kantin untuk menghalau pelajar-pelajar yang menggedik nak duduk lama-lama dikantin, namun langkahnya mati apabila terdengar...

        “Iman Afiya!” suara gadis menjerit panggil Iman Afiya dari tingkat satu. Kedengaran tapak kaki dari tingkat atas meghampiri tangga.

        “Apa dia?” itu suara Iman Afiya. Mata Syakir terjegil, panik. Dia masih malu dengan peristiwa ‘nyawa’nya ditendang gadis itu. Pantas dia mengambil keputusan terburu-buru dengan menyorok bawah tangga. Dia duduk bercangkung di situ. Sementara itu kedengaran Iman Afiya dan kawannya menuruni anak tangga.

         “Kau yakin tak nak wakilkan sekolah kita untuk acara lari pecut?” tanya Nur. Syakir memasang telinga. Apa-apa kaitan dengan lari pecut, berkaitan dengannya juga.

          Iman Afiya mengeluh halus.

        “Aku... aku peliklah. Kenapa tiba-tiba sekolah nak cari wakil lain? Apa jadi dengan King Sprinter perasan perfect tu? Satu lagi hal, kenapa dia tak membantah mengenai pemilihan wakil ni?” Iman Afiya dan Nur berhenti dihujung tangga terakhir. Syakir menggigit bibir. Berdesing telinganya mendengar kutukan tak semengah itu.

     ‘Aku ? Perasan perfect? Oh tolonglah... aku memang perfect okay,’ Syakir bermonolog dalam hati. Namun dia terdiam dengan soalan terakhir Iman Afiya. Dulu cikgu pernah membuka peluang kepada pelajar lain yang ingin mewakilkan sekolah dalam acara lari pecut, namun dia yang membantah sekeras-kerasnya. Dia kata dia boleh mendapat johan dalam semua acara lari pecut. Memang bongkak jawapan daripada Syakir berumur 14 tahun. Tapi sekarang lain. Dia sudah berumur 17 tahun. Dia tidak sebongkak itu lagi.

         “Mamat tu dah mabuk ke? Tak pun dah hilang akal sehingga nak cari ‘kawan’ lari pecut yang lain,” dush! Satu lagi kutukan oleh Iman Afiya.

          “Aku dengar ada masalah dengan kaki Syakir. Rumours saja lah. Mungkin sebab itu dia tak membantah,” kata Nur. Kerutan di dahi Syakir hilang. Siapa yang menyebarkan khabar angin itu? Humph!

         “Apa masalah dengan kakinya?”

        “Entah. Tapi itu rumours saja. Mungkin ada sebab yang lain kot,” Nur berkata. Diam. Syakir masih bercangkung bawah tangga.

         “ Jadi kau masih tak nak ubah fikiran? Kau tak nak wakilkan?” Nur memecah kesunyian.

          “Aku tak ada masa lah Nur. Pemilihan tu Sabtu petang. Petang ni aku nak kena adakan audition penulis skrip. Kalau jumpa penulis skrip itu, hari Sabtu ni ada audition pelakon untuk watak-watak dalam skrip tu. Itu pun belum tentu lagi ada orang nak datang audition. Aku sangat sibuk nak uruskan drama ni. Nanti pelajaran aku entah ke mana kalau aku terlibat dalam banyak aktiviti. Lainlah kalau hal skrip dan pencarian pelakon boleh selesai sebelum petang Sabtu, itu aku bertimbangkanlah sama ada nak hadirkan diri ke pemilihan atau tidak,” jawab Iman Afiya.

         “Jomlah pergi jumpa Stapler tu. Karang mengamuk pula Stapler tu kita lambat 15 saat,” kata Iman Afiya. Dua gadis itu beredar. Syakir keluar dari tempat persembunyian. Seluar biru hitamnya itu ditepuk sedikit menghilangkan debu-debu yang melekat.

          “Drama? Drama apa?”

          “Tumpang tanya, pejabat dekat mana?” tegur satu suara dibelakangnya. Syakir memalingkan muka. Lelaki yang berambut ala-ala Jepun dan memakai baju sekolah yang selekeh dengan tali leher yang longgar itu dipandang atas hingga bawah.

          “Er... pejabat pos ke?” Syakir berloyar buruk pula. Lelaki itu mengangkat kening sebelah. Syakir pula tidak mahu kalah, turut mengangkat keningnya. Pertandingan angkat kening ala-ala Ziana Zain.

           “Apahal ni?” Syakir tidak menoleh kepada suara yang menegur kerana dia sudah tahu siapa. Salman Al-Farisi. Lelaki ‘sesat’ itu menoleh kepada Salman yang hendak menaiki tangga. Salman turut menge-scan lelaki selekeh itu.

           “ Pelajar baru?” tanya Salman. Pelajar baru yang datang ke sekolah selepas waktu rehat? Dia fikir sekolah ini bapak dia punya ke, nak datang sesuka hati.

          Lelaki itu mengangguk sekali.

          “Pejabat kat tingkat atas ni, belok kanan dan pejabat ada disebelah kanan,” Salman memberi peta halimunan kepada lelaki itu.

          “Thanks,” ujar lelaki itu lalu mendaki anak tangga. Sempat menghadiahkan sebuah jelingan kepada Syakir. Salman pantas menahan Syakir daripada mencepuk kepala pelajar baru itu.

           “Sungguh tidak menghormati pelajar lama,” dengus Syakir tidak puas hati. Salman hanya senyum, faham sangat perangai Syakir yang pantang orang eksyen lebih sikit darinya.

            “Dahlah. Lepaskan dia. Dia tak kenal sesiapa pon di sekolah ni. Jom kita halau burung-burung yang masih makan di kantin,” pujuk Salman, bahu Syakir ditepuk supaya hilang syaitan-syaitan yang sedang cuba mengapi-apikan kawannya itu.

           Syakir mengeluh dan istighfar. Dengan langkah lemah dia mengatur langkah ke arah kantin bersama-sama Salman. Betul kata Salman, tiada guna dia nak bengan tak tentu pasal hanya kerana hal kecil itu.



       
Nazeera berdiri penuh bergaya di hadapan notis board sekolah. Bush! Bush! Bunyi stapler gun Nazeera menembak dawai kokot bagi menampal kertas itu. Dia mengamati  notis pemberitahuan mengenai audition drama dengan senyuman bangga. Padahal bukan dia yang buat notis itu, Iman Afiya dan Nur yang buat. Tak apa dia yang tampal, maka dia juga dapat habuannya.

         Sedang dia tersenyum-senyum seperti orang angau dihadapan notis board itu, Syakir menghampirinya. Lelaki itu pelik melihat Nazeera begitu. Dia pandang Nazeera dari atas hingga ke bawah. Kot-kot ada sihir gelap yang mengelilingi tubuh gadis itu sehingga membuatnya jadi sawan sama-sama.

           “ Kau dah mabuk ke?” sergah Syakir, membuat gadis itu melompat 
kecil dengan mata terjegil sambil memegang dada dek kerana terkejut. Syakir menayang muka selamba. Langsung tidak rasa bersalah membuat anak dara orang hampir terkena serangan jantung secara mendadak.

            “Kau nak mati awal?” debik Nazeera, menahan marah. ‘Erk! Syakir? 
King Sprinter? Alamak, hilang keayuan aku. Mama! Jatuh saham anak dara mama yang seorang ini sebagai gadis melayu yang cun-cun ayu.....’ Nazeera pantas mengawal riak wajahnya dan berdehem. Tak pasal-pasal percuma lelaki popular sekolah ini nampak ke-tidak sopan-annya tadi.

           “Maksud saya.. awak  nak audition drama tak?” Nazeera mengguna 
suara biasanya yang tidak garang seperti singa. Syakir mengangkat kening sebelah. Sah-sah minah ni mabuk. Tadi marah-marah aku, tiba-tiba bertukar angin.

          “Audition drama? Drama untuk apa?” tanya Syakir lalu mengerling kertas yang baru ditampal Nazeera. Belum sempat Nazeera menjawab soalan yang ditanya, mata Syakir terbeliak serentak dengan itu bunyi....

     SRETTTT! Kertas yang selamat ditampal itu dikoyak dari papan notis. Nazeera hampir pukul laju-laju kepala Syakir yang selamba badak saja koyak kertas itu dari papan notis. Badak pun tak seselamba begitu. Syakir terkelip-kelip menatap kertas ditangannya.

         “Hey!” Hampir tersembul jantung Nazeera dengan perbuatan Syakir.

           “Wait... jangan cakap sekolah kita  menyertai pertandingan drama bodoh ini?!” Syakir berkata lantang. Nasib baik ketika itu semua pelajar sudah masuk ke dalam kelas di blok B. Hanya guru-guru yang berada di bilik guru saja yang dengar. Papan notis itu sebelah bilik guru saja.

           Nazeera mengetap bibir. Mangkuk punya lelaki sprinter ini! Pantas dia merampas semula kertas ditangan Syakir. Dah berani hancurkan hasil kerja orang lepas tu sesuka hati kutuk idea orang. Humph! Harap muka saja hensem tapi perangai mengalahkan beruk. Beruk pon lagi sopan daripad dia.

         “Aku kat sebelah kau saja dan tak perlu nak menjerit bagaikan aku ni orang pekak,” libas Nazeera, geram. Kan dah mula hilang keayuannya. Ahh pedulikan. Dengan lelaki mangkuk ini tidak perlu bersopan. Patutlah Iman Afiya selalu berkasar dengan lelaki terutamanya dengan Syakir.

          “Kalau kau tak nak masuk drama ni, cakap saja lah tak nak. Susah sangat ke sebut tiga perkataan? ‘Aku tak nak’. Senang je kan,” tempik Nazeera. Syakir terkedu plus terkejut. Nazeera gadis kedua yang berkasar dengannya. Yang pertama sudah tentu lah Iman Afiya.

           Dia diam memerhatikan Nazeera menampal semula kertas itu di papan sambil itu gadis itu menyumpah-nyumpah Syakir perlahan.

          “Tak guna punya mangkuk, dia fikir ni sekolah bapak dia ke, sesuka hati nak kutuk idea orang. Dia fikir dia bagus sangat lah tu. Takat muka hensem dan mentang-mentanglah dia king sprinter, sesedap hati je mengkritik orang.”

           “Hey, aku boleh dengar apa yang kau cakap. Aku kat sebelah kau saja,”  Syakir tidak puas hati mendengar kutukan Nazeera. Walaupun perlahan tapi telinganya masih dapat menangkap segala butir percakapan gadis itu. Inilah keburukannya jika pendengaran tajam.

          Nazeera menjeling geram. Peduli apa kalau dia dengar. Lagi bagus kalau dia dengar. Insaf sikit.

         “Satu lagi, drama ini tak bodoh. Practically, it doesn’t even have any brains,” perli Nazeera. Drama mana ada otak, jauh lagi ada akal. Jadi mana boleh menghukum benda yang tiada otak itu bodoh. Kan?

          Syakir tercengang. Gadis itu sudah jauh melangkah ke arah blok B, untuk kembali ke kelas. Beberapa saat baru Syakir tersedar. Dahinya ditampar. ‘ Aisy! Aku lupa tentang plan terbaik aku.’

        Tanpa berlengah, pantas dia mengejar langkah Nazeera. Dia perlu laksanakan rancangannya ini. Sudah terbayang hasil rancangannya kelak. Hahahaha...

                

No comments:

Post a Comment