WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Monday 6 May 2013

A Thousand More...5



Hampir 5 minit cermin dalam bilik bujangnya itu dipandang. Kalau perempuan yang melaram di hadapan cermin selama setengah jam itu tak heranlah. Masalahnya sekarang lelaki! Lelaki yang berbelek di hadapan cermin lebih daripada 3 minit itu dikira tidak normal. Melainkan tujuannya untuk memicit jerawat.

        Pipinya yang kebiru-biruan itu dibelek. Lebam pipinya dek kerana terima tumbukan gadis kecil itu. Sewaktu terkena tumbukan itu tidaklah sakit sangat. Apabila dia balik baru terasa pedih-pedih pipinya.

       “Sudah-sudahlah tu kau telek muka kau,” tegur Syakir malas dari sofa cushion disatu sudut bilik Nazrul. Dia juga bosan dengan Nazrul yang tidak sudah-sudah belek-belek dari tadi. Kalau belek sambil diam tak apa lah. Sekurang-kurangnya tidaklah mengganggunya. Ini tidak! Sambil berbelek-belek Nazrul tidak habis-habis merungut tidak puas hati dengan Iman Afiya.

          Nazrul merengus kasar. Pipinya yang putih itu telah dicemari dengan warna biru kehitaman. Dia hendak senyum pun otot-ototnya terasa kejang dan sakit. ini semua angkara Iman Afiya.

            “ Aku tertanya-tanya, apa yang kau dah buat pada dia sehingga dia tumbuk kau?” soal Syakir tanpa mengangkat wajah dari PSP dan jari-jemarinya lincah menekan butang-butang PSP tersebut. Nazrul diam. Dia sendiri terkejut gadis yang kelihatan ayu itu tiba-tiba berubah angin menumbuknya pula.

            “Setahu aku Iman Afiya bukan jenis yang sesuka hati tumbuk orang tanpa sebab yang munasabah,” sambung Syakir lagi. Nazrul melangkah jauh dari cermin lalu menarik kerusi beroda dari meja belajarnya.

             “Iman Afiya?” kening sebelah diangkat sambil menyebut nama itu. Dia baru perasan gadis yang menumbuknya itu adalah gadis yang sama yang bermarathon dipadang dengan baju kurung sekolah.

             “Itu nama dia. Semua orang panggilnya Iman Afiya. Aku tak tahu kenapa tidak panggil saja Iman atau Afiya,” jawab Syakir. Dahinya berkerut-kerut cuba mengalahkan zombi dalam permainan yang sedang dimainnya itu. Nazrul mengusap perlahan-lahan pipinya yang lebam.

             Syakir merengus geram dan mengalah apabila dia dimakan zombi. PSP itu diletak atas ribanya. Keningnya bercantum melihat Nazrul yang seakan sedang mengelamun memandang luar tingkap biliknya.

              “ Bila difikirkan balik, ada suatu masa Iman Afiya menumbuk seseorang yang tidak bersalah. Kasihan aku pada budak itu,” cerita Syakir. Nazrul menoleh dengan pandangan ingin tahu.

              “Budak tu budak baik, pendiam dan tak pernah kacau sesiapa. Tiba-tiba saja Iman Afiya datang dan menumbuknya sampai terpengsan budak tu. Kiranya kau beruntunglah bro. Takat pipi lebam saja dia kasi,” sambung Syakir, tersengih. Nazrul menjeling geram.

               “Bukan kau yang kena tumbuk, boleh lah kau kata beruntung. Cuba kau yang kena, apa kau nak cakap?” tempelak Nazrul. Syakir berwajah kelat.

                “Aku pun pernah kena tumbuk dengan dia,” keluh Syakir perlahan. Malu juga hendak mengaku. Tetapi memandangkan Nazrul turut terkena tempias jadi dua-dua serilah kiranya. Nazrul terjegil matanya terkejut.

               “Kau pun pernah? Sebab apa?” tanya Nazrul.

               “ Sudah lama berlaku. Waktu itu kita tingkatan 3, aku duduk sebelah dia dalam kelas. Kebetulan hari tu aku terlupa bawa alat tulis aku, jadi aku pinjam pen dia.... tanpa kebenaran. Dia marahlah, dia tuduh aku curi. Pastu bila cikgu dah keluar kelas dia hadiahkan sebiji penumbuk kat aku,” cerita Syakir. Nazrul mentertawakannya.

             “Memang patut pun. Pinjam tanpa kebenaran dikira mencuri lah tu,” Nazrul makin galak pula ketawa. Mujur Syakir tidak cerita kepada Nazrul perbuatan Iman Afiya itu telah membuatkan hidungnya berdarah. Nasib hidungnya masih mancung dan tidak penyek. Sudahlah hidungnya aset terpenting yang menambahkan lagi kekacakan dirinya.

              “ Tapi ada juga masa dia tumbuk aku sesuka hati. Padahal aku tak buat salah apa-apa pun kat dia. Aku rasa dia tumbuk semua orang yang dia tidak suka lah. Kecuali perempuan. Iman Afiya tak pernah berkasar dengan perempuan. Kalau tidak, dah lama Nazeera tu ditahan di ICU,” ujar Syakir. Nazrul diam sementara. Jam digital di meja belajar menunjukkan pukul 3 petang.

           “ Aku nak pergi jumpa mama. Kau nak jadi penjaga rumah aku ke?” Nazrul mengangkat kening sambil berdiri. Syakir menggeleng laju lantas bangun dari sofa empuk itu. Rumah Syakir sebelah rumah Nazrul saja. Itu pun mengada-ngada nak tumpang rumah Nazrul.

            Nazrul menggunakan payung sebagai pelindung daripada panahan cahaya matahari yang terik. Dia memutuskan untuk berjalan kaki sahaja berjumpa dengan mamanya. Pintu pagar rumahnya ditutup setelah Syakir menghilang masuk ke dalam rumah sendiri.

            “ Weyh, Nazrul,” panggil Syakir yang mengeluarkan kepala sahaja dari pintu rumah. Nazrul menoleh kepada jirannya itu.

           “Jangan lupa bawa balik cucur badak untuk aku tau. Aku dah lama tak merasa,” pesan Syakir. Nazrul menjeling. Tahu sangat apa yang akan diminta oleh kawannya itu.

             “Kau jangan risau. Sekali-sekali dengan badak  tu aku  angkut balik kasi kat kau nanti,” perli Nazrul. Syakir hanya tersengih mendengar lawak karut Nazrul. Dimana Nazrul hendak cari badak di tengah-tengah bandar ini??

           Dia berjalan melepasi beberapa buah rumah jirannya. Peluh merintik dari dahi. Dia mengenakan baju lengan pendek, seluar jeans dan topi putih. Memang itu cara pemakaian yang dia suka. Pemakaian orang biasa-biasa yang tidak menggambarkan identiti sebenarnya.

           Pipinya yang tadi elok, kembali terasa pedih. Kelibat Iman Afiya yang baru melepasi pintu pagar rumah yang membuatnya begitu. Tidak sangka dia berjiran dengan gadis brutal itu. Matanya melekat pada basikal Iman Afiya.

           “Ohh patutlah dia marahkan aku,” gumam Nazrul perlahan. Peristiwa pagi tadi menjadi penyebabnya. Memang salahnya pon kerana langsung tidak meminta maaf atau menolong gadis itu yang jatuh.



         Dewan bola keranjang sekolah itu berbau harum dengan pencuci lantai AJAX. Dua orang gadis itu berpeluh-peluh mengemop lantai dewan tersebut. Iman Afiya dihujung dewan, Nur pula mengemop nun jauh sana.

         “Aku tak fahamlah dengan Puan Saras ni,” rungut Nur. Iman Afiya dihujung dewan menoleh apabila terdengar seperti ada orang bercakap.

         “Kau ada cakap apa-apa ke Nur?” laung Iman Afiya kuat. Nur menoleh kepada kawan baiknya itu. Keningnya bercantum. Pelik. Kenapa Iman Afiya perlu menjerit-jerit? Dia tidaklah pekak mana. Masih boleh mendengar.

         “Aku kata, aku tak faham Puan Saras!” laung Nur semula.

         “Apa yang kau tak faham?” Dia menyambung mengemop. Mujur dia membawa baju sukan. Tidak perlu dia mengemop berbaju kurung sekolah.

          “Dalam banyak-banyak benda yang boleh dijadikan sebagai denda, kenapa perlu mendenda kau dengan mengemop lantai dewan ni? Bukannya kita guna pon dewan basket ball ini. Hanya pasukan bola keranjang yang guna. Kenapa tidak suruh mereka saja mop?” rungut Nur panjang lebar.

         “Nur, kau ni banyak bunyi lah. Kak Wiyah kata orang yang suka merungut tandanya tidak bersyukur. Kakak aku kata segala yang berlaku dimuka bumi ni adalah ujian daripada Allah. Semakin banyak ujian yang Allah bagi, maknanya Allah sayang kita. Allah bagi ujian, tandanya Allah ingat kita. Iman seseorang semakin meningkat apabila dia bersabar dan bersyukur dengan ujian yang menimpanya. Jikan seseorang itu tidak sabar dan banyak merungut ketika diuji, maka imannya menurun.

 Dan kita manusia ni sebagai perantaraan untuk Allah berkomunikasi dengan kita. Allah memberi ujian kepada kita melalui Puan Saras. Puan Saras denda kita dengan mengemop lantai dewan ini, semuanya ujian Allah. Jadi kita kena sabar dan buat saja dengan hati yang ihklas. Tidak salah kalau kita membersihkan dewan ini untuk kegunaan pasukan bola keranjang,” hujah Iman Afiya panjang lebar. Nur terdiam.

         Sebenarnya, hanya Iman Afiya yang didenda untuk mengemop lantai kerana tiga kali masuk lambat ke kelas Puan Saraswati. Tetapi Nur terlebih baik hati untuk menolongnya. Dia tidak boleh menolak pertolongan orang. Hehe... Kiranya Nur dapat pahala meringankan bebanan seorang kawan.

          “ Kau bercita-cita nak jadi ustazah juga ke macam Kak Wiyah kau?” soal Nur. Ketika Iman Afiya berhujah, dakwah kawannya itu benar-benar masuk ke dalam hati. Dia berazam tidak akan merungut lagi. Takut imannya berkurang. Sudahlah dosanya bertambah banyak. Jangan iman berkurang pula.

         “Aku pun tak tahu cita-cita aku apa. Tapi aku ada impian terbaru,” kata Iman Afiya. Tatkala itu mereka berdua selesai mengemop satu dewan. Haruman sabun Ajax memenuhi rongga hidung. Tadi waktu mula-mula masuk dewan itu bau masam seperti ketiak lelaki. Bau stoking busuk pon ada.

         “Oh ya? Apa impian kau kali ni? Daki Gunung Everest?” tanya Nur ada nada menyindir. Bukannya dia tidak tahu perangai gila Iman Afiya yang tidak menentu. Sekejap berimpian untuk jadi cikgu Pendidikan Jasmani, kemudian berimpian jadi jutawan termuda demi membeli kasih sayang bakal mak mentua, entah siapa tahu apa pula impian seterusnya. Terbang ke angkasa untuk bertarung dengan makhluk asing dari Planet Musytari? Oh itu sangatlah Iman Afiya....

        “Impian aku ialah..ini,” Iman Afiya tersenyum sambil mengeluarkan satu keratan akhbar yang dikerat dari surat khabar milik Salman tadi pagi. Pedulikanlah Salman hendak mengamuk atau apa, janji dia dapat apa yang dia nak. Hahaha... kejam bukan?

       Dahi Nur berkerut-kerut membaca headline artikel tersebut. Dia memandang wajah Iman Afiya dan keratan itu silih berganti. Iman Afiya sentiasa menayang muka konfiden.

       “Kau serius?”

       Iman Afiya mengangguk laju. Nur menghela nafas berat. Keratan itu diambil dari tangan Iman Afiya.


    PERTANDINGAN DRAMA SEKOLAH
Setiap sekolah hanya boleh menghantar satu kumpulan untuk bertanding. Segala skrip drama haruslah hasil daripada para pelajar sendiri. Di larang mengambil skrip dari mana-mana buku, filem mahupun pengarah filem. Senang cerita, drama rekaan sendiri.


                              
          “Kau dah mabuk?” sembur Nur tak puas hati. Mana tidaknya dia bersikap demikian. Semua orang disekolah itu tahu untuk memenangi pertandingan drama itu adalah mustahil. Dia tidak suka drama. Dan lebih membuat dia bengang apabila kawan baiknya sendiri memasang impian untuk menang pertandingan itu.

         “Nur aku tak bergurau. Dan sekiranya kau setuju, tidak akan ada krew kamera yang akan keluar dan berkata, ‘Anda telah terkena Bang-Bang-Boom’,” ujar Iman Afiya dengan muka separuh berlawak. Nur menjeling saja Iman Afiya.

          “Iman Afiya kau tahu benda ni mustahil untuk sekolah kita menang. Saingan dari sekolah-sekolah lain, terutama sekolah budak-budak kaya, sangat kuat,” Nur cuba mengubah fikiran Iman Afiya. Setiap tahun sekolah yang menjadi juara pertandingan ini ialah Seri Tuan Glamour. Dengar saja nama sudah tahu prestasi sekolah tersebut.

          “Apa yang mustahilnya Nur? Mustahil untuk kita menang sedangkan kita belum cuba lagi? Tiada apa yang mustahil selagi kita tidak mencuba. Maybe not everything we get is as how we expect. Contohnya, orang kata mustahil untuk kita manusia terbang tetapi kita telah membuktikan bahawa manusia boleh terbang...dengan adanya kapal terbang, paraglide, jet , hot air balloons. Jadi cuba kau beritahu aku, kenapa mustahil untuk kita menang benda alah ni?” Iman Afiya berhujah dengan semangat. Nur agak tercengang mendengar Iman Afiya melalut tidak tentu pasal.

          “Ada dua sebab kenapa mustahil,” celah satu suara. Kedua-dua gadis itu menoleh ke arah seseorang yang baru masuk ke dalam dewan bola keranjang. Nazeera. Apa tidak ada kerja lainkah untuk dibuat selain mencuri dengar perbualan mereka?

          “Kau tak balik lagi Stapler?” tegur iman Afiya hairan. Orang yang paling susah untuk dilihat berlegar-legar di kawasan sekolah setelah tamat waktu persekolahan ialah Nazeera. Sekarang sudah jam 3.30 petang dan... Nazeera sedang mendaki tangga ke tempat Iman Afiya dan Nur duduk.

         Nazeera menjuling mata ke atas, menyampah mendengar gelaran Stapler itu. Sejak azali lagi Nur Nazeera dan Iman Afiya tidak sehaluan dan masing-masing hendak menang.

         “Macam lah ini sekolah milik papa kau yang aku perlu minta izin untuk stayback,” perli Nazeera. Gadis yang tinggi lampai itu tercegat tegak di hadapan dua kawan itu.

          “Kalau ini sekolah milik papa aku, aku akan pastikan  papa aku bakar semua dawai kokot dan stapler-stapler yang asyik ‘menembak’ saja kat gadis yang comel seperti aku ini,” sindir Iman Afiya sambil tersenyum selamba. Nazeera mengetap bibir menahan geram.

          “Okay kamu berdua tidak perlu memulakan acara WWE  Iman Afiya VS Stapler.. maksud aku Nur Nazeera. Mari kita sambung perbincangan yang tergendala sebentar tadi,” Nur cepat-cepat meleraikan dua kucing yang bertegang urat. Nazeera memeluk tubuh dan membuang pandangan ke arah lain. Iman Afiya pula sengaja memandang Nazeera dengan kedua-dua kening dijongket. Sengaja ingin memprovoke musuhnya itu.

            “Jadi apa sebabnya mustahil?” Nur menyiku lengan Iman Afiya geram dengan kawannya itu yang asyik hendak menang. Iman Afiya menangkat kening kepada Nur.

      Apa hal? Iman Afiya berkata tanpa suara hanya dengan gerakan mulut.

     Dengan Stapler yang tidak berapa betul ni pun kau nak cari pasal?! Balas Nur tanpa suara. Iman Afiya tersengih.

      “As I was saying...” Nazeera yang tidak menyedari perbuatan dua kawan itu bersuara tiba-tiba.

       “Aku orang Melayu dan aku bercakap bahasa melayu. Kau orang apa stapler? Aku tidak faham bahasa omputih,” ejek Iman Afiya. Tengok! Ada saja hendak dijadikan modal untuk berperang. Nazeera menarik muka empat belas. Nur menahan gelak dalam hati. Mahu Nazeera cepuk kepalanya nanti.

         “Nazeera sambung je la apa kau nak cakap tadi tapi dalam bahasa melayu lah. Kau pon bukan reti sangat nak berspeaking ni,” tambah Nur. Ayat terakhir itu digumam perlahan. Mujur Nazeera pendengarannya kurang. Kalau tidak makanlah Nur tapak kasut Nazeera yang seperti terlebih tapak saja.

           “Sebab yang pertama: Sudah 10 tahun berturut-turut sekolah Seri Tuan Glamour memegang juara drama. Mereka sekolah kaya jadi semua perlatan dan props mereka boleh dapat dengan mudah. Sebab yang kedua pula: kali terakhir sekolah kita menyertai drama ini ialah 10 tahun yang lalu dan itu pon kita mendapat tempat terakhir,” jelas Nazeera. Nur terdiam. Sejarah sekolah mereka dia tidak berapa arif.

          “Itu saja sebabnya yang membuat kau kata mustahil?” tanya Iman Afiya setelah beberapa minit. Nazeera mencebik meluat dengan sikap Iman Afiya yang sentiasa berlagak positif.

            “ Iman Afiya mungkin kau fikir kau boleh dapatkan apa saja yang kau nak jika berusaha. Tapi ada satu peribahasa yang berbunyi, ukur baju dibadan sendiri. Tahu apa maknanya?”  Nazeera bermadah.

          “Ooh, ooh..aku tahu,” Nur mengangkat tangan. Gaya persis murid menjawab soalan cikgu. Nazeera tidak menghiraukan Nur.

         “Maksudnya buat sesuatu berdasarkan kemampuan kita,” Nazeera yang bertanya, dia juga yang menjawab. Nur menayang wajah kecewa kerana tidak dapat menjawab.

           “ So?” kening sebelah diangkat.

           “So... apa yang aku cuba beritahu kau ialah sekolah kita tidak mempunyai duit yang banyak untuk menaja aktiviti drama ni. Dari mana hendak dapat duit untuk costume? Untuk props lagi? Dan pentas sekolah kita juga tidak sesuai. Tiada lampu yang sesuai. Dan yang paling penting, mana kita hendak cari tukang pereka skrip dan pelakon?” Bertalu-talu Si Stapler melepaskan tembakan dawai kokot.

          Nur dan Nazeera menatap wajah Iman Afiya yang terdiam. Sama ada diam kerana tersentap menerima ‘smash’ Nazeera atau pun diam kerana berfikir. Setelah dua minit berdiam, akhirnya sebuah senyuman menghiasi bibir Iman Afiya. Dari cahaya wajah gadis itu, tahulah Nur bahawa satu masalah sudah dapat diselesaikan.

          “ Nak cari pelakon... senang saja. Audition,” itu dia idea bernas Iman Afiya.

          “Soal duit tu, kita fikir selepas dapat pelakon,” sambung Iman Afiya. Nazeera mencantumkan kening kemudian dia mengambil temoat disebelah Iman Afiya.

           “Jadi apa rancangan kau?” Iman Afiya tersenyum mendengar soalan Nazeera. 

No comments:

Post a Comment