WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Sunday 24 March 2013

Senyuman Jannah 6


           “Anak tak guna! Aku hantar kau pergi sekolah agama, bagi didikan agama supaya kau jadi anak berguna! Bukan tipu aku! aku suruh pergi tuisyen kau pergi bergusti kat tempat keparat tu!” tengkingan Tuan Furqan bagaikan guruh dan halilintar bergambung. Tuan Furqan menyebat badan Hakim dengan rotan. Bukan rotan nipis kecik tu. Rotan bapak punya besar macam batang tebu tu. Auch!

            Puan Kalsom yang berdiri ditepi tangga memeluk Bella yang ketakutan. Kasihan dia melihat Hakim yang terkulai dilantai memohon maaf. Luke Fahrain cuba menghentikan abahnya daripada terus menghentam adiknya. Namun Tuan Furqan menepis tangan Luke.

           Darah Tuan Furqan tengah panas menggelegak satu badan. Panas hatinya melihat Hakim di Tyler’s Gym dan bukan di tuisyen. Tyler’s Gym hanya untuk orang yang berumur 21 tahun ke atas. Dia sebagai ketua polis malu sungguh. Anaknya sendiri melanggari undang-undang. Bertambah panas hatinya mengetahui Hakim selalu ponteng tuisyen dan pembelajaran Hakim merosot disekolah.

            “Kau main-main kat sekolah... keputusan semua merosot.. apa nak jadi dengan kau ni!! Aku belikan kereta untuk kau pergi tuisyen! Bukan untuk kau merayau!” Hakim yang merayu memintanya berhenti tidak diendahkan. Budak ni memang tak pernah serik.

            “Aduh! Sakit abah! Please... sakit! Hakim janji tak buat lagi!” rayu Hakim.

            “Abang cukuplah. Jangan pukul dia lagi. Dia janji dia takkan buat lagi,” rayu Puan Kalsom. Perit hatinya melihat Hakim begitu. Bella menangis dalam pelukannya.

            “Budak ni tak pernah serik. He never keeps his promise! Jangan bagi muka kat budak tak guna ni!” marah Tuan Furqan. Tetiba Tuan Furqan terasa sesak nafas dan pening-pening. Luke pantas mendapatkan abahnya yang kelihatan terhuyung-hayang.

            “Abah..”

             “Abang,” Puan Kalsom pantas mendapatkan suaminya yang tak stabil. Luke memapah Tuan Furqan. Puan Kalsom memimpin lengan kiri suaminya. Bella perhatikan saja dari tangga.

           “ Luke bawa abah naik ke atas,” arah Puan Kalsom. Luke akur.

           “Bella.. tengok-tengokkan abang kamu” bisik Puan Kalsom sebelum naik ke atas. Risau dia dengan kesihatan Tuan Furqan. Bella mengangguk. Perlahan-lahan dia menghampiri Hakim yang terkulai sambil melindungi kepalanya.

             “abang..” panggil Bella. Dia menarik lembut lengan Hakim yang melindungi wajahnya.

              “Abang..” Bella menahan sebak melihat lengan Hakim yang berbirat. Bella memeluk Hakim dan Hakim mengerang sakit. sakit pelukan adiknya yang erat macam nak bunuhnya.

              “Sorry, sorry..” ucap Bella dan melepaskan pelukan. Bella membantu Hakim bangun. Hakim duduk dilantai sambil memejamkan matanya. Badannya terasa sengal-sengal. Sakit kena tumbukan di gym masih belum hilang, sekarang ditambah dengan sebatan rotan 'tebu' milik Tuan Furqan.

             “abang okey tak?” soal Bella risau. Hakim rasa nak ketuk saja kepala Bella. Soalan tak munasabah langsung. Aku yang baru kena lanyak dengan abah, ditanya okey ke tak. Mestilah tak okey! Hakim tidak menjawab. Sekarang ni dia hanya hendak bersendirian. Dia cuba bangun untuk naik ke bilik. Bella pantas membantu abangnya.

              Lengan Hakim diletak pada bahu Bella, Bella memapah abangnya naik tangga. Satu tangan Hakim memegang pemegang tangga. Sewaktu melintasi bilik Tuan Furqan dan Puan Kalsom, Hakim terdengar perbualan abah dan mamanya. Hakim menyuruh Bella berhenti. Kedua-dua memasang telinga.

            “Ikutkan hati ,aku sumbat je budak tu dalam lock up. Biar dia tahu erti terkongkong. Aku bagi dia kebebasan, dia pijak-pijak kepala aku,” suara Tuan Furqan.

             “Abang, Hakim anak kita. Dia mungkin tension sebab tu dia buat macam tu,” pujuk Puan Kalsom, lembut.

              “Nak tension apa? Lepaskan tension dengan jadi gangster kat sekolah?? Buat masalah dekat sekolah? Yang awak pun satu, kenapa tak bagi tahu abang pasal dia?” tengking Tuan Furqan. Puan Kalsom tersentak kemudian menunduk.

               “Abah..” Luke bersuara, menahan abah dari memarahi mama.

              “Saya tak bagitahu sebab saya yakin Hakim akan berubah perangainya. Mungkin bukan sekarang but.. someday he will,” kata Puan Kalsom. Hakim hanya mendengar. Begitu sekali mama melindunginya, tetapi dia senang-senang menipu mama.

              “Sampai bila-bila dia tak kan berubah kalau dibiarkan saja. He will never change. He’s not the same person he used to be,” perlahan suara Tuan Furqan menyatakan ayat terakhir. Hakim tak betah untuk mendengar lagi, dia berjalan ke bilik nenek Aishah. Bella membiarkan abangnya.

            “Hakim..” suara nenek kedengaran serak seperti orang menangis. Hakim duduk dikerusi sebelah katil nenek. Tangannya menyambut huluran tangan nenek.

              “Nek...” Hakim berhenti, dia tak tahu bagaimana nak luahkan isi hatinya yang terguris dengan kata-kata Tuan Furqan. Hakim yang duduk dikerusi merehatkan kepalanya atas lengan nenek Aishah. Sebelah tangan menggenggam tangan neneknya.

           Nenek Aishah mengusap lembut kepala cucunya itu. Air matanya mengalir. Dia tahu cucunya itu juga sedang menangis.  

             “Sabarlah Hakim...” nenek Aishah turut mendengar perbualan anak dan menantunya dibilik sebelah. Walaupun dia sakit tetapi pendengarannya tetap jelas. Kata-kata Tuan Furqan ada juga kebenaran. Dulu Hakim tidak begini. Dulu Hakim budak yang baik walaupun nakal. Hakim tak pernah menipu dan tak berkelakuan gangster sehingga berlakunya satu peristiwa 9 tahun yang lalu...

          “What?” Hakim seakan tidak percaya apa yang dia dengar. Dia tidak mahu percaya apa yang Jannah kata.

            “I’m sorry Hakim..” bisik Jannah, dia menunduk. Dia rasa bersalah yang amat kepada Hakim. Berat hatinya untuk menyampaikan berita buruk itu. Jannah akan berpindah jauh.

              “No.. you can’t leave me. You promised, Jannah,” ujar Hakim, menuntut kembali janji dulu. Jannah memalingkan mukanya. Tak sanggup dia melihat wajah kecewa Hakim. Ketika itu mereka berdua duduk di taman kecil dihalaman rumah Tuan Furqan.

                “ Did I do something wrong to you, Jannah?? If I did, I’m sorry. Tolong jangan pergi. Aku tak gaduh pun dengan kau Jannah. Aku tak kacau pun kau. Kenapa kau nak tinggalkan aku?” marah Hakim. Jannah memejamkan mata. Hatinya tersiat-siat mendengar suara Hakim. Dia tak sanggup.. dia tak boleh beritahu Hakim kenapa dia perlu berpindah.

                “I can’t keep my promise this time Hakim. Ni yang terbaik untuk kita. Aku minta maaf....” Jannah menahan sebak. Air matanya mengalir perlahan. Hakim terpana melihat titisan air mata itu. Dia hendak mengesat air mata itu dari pipi Jannah namun marahnya terhadap Jannah menguasai dirinya.

                “Kau tipu aku Jannah. I hate you... I hate you!” pekik Hakim dan berlari masuk ke dalam rumah. Jannah tergamam. Dia hanya terduduk di tanah dan melihat Hakim masuk dalam.

                “Jannah..”

                “Nek Ecah!” Jannah meluru dalam pelukan Nenek Aishah. Dia menangis tersendu-sendu. Nenek Aishah mengusap lembut kepala gadis itu yang dilitup dengan tudung. Dia telah mendengar pertengkaran dua kawan itu.

                  “Sabar Jannah... Hakim sedih sebab tu dia cakap macam tu. dia tak bencikan Jannah, dia sayang Jannah,” bisik Nenek Aishah memujuk.

                 “Jannah pun sayang dia. Jannah tak nak tinggalkan dia Nek Ecah. Jannah tak nak..” lirih Jannah. Nenek Aishah mengesat air mata gadis itu.

                “Walaupun Jannah dan Hakim terpisah jauh, tetapi Hakim sentiasa ada dalam hati Jannah. Dan begitu juga dengan Hakim. Satu hari nanti kalau ada rezeki, korang berdua akan jumpa balik,” pujuk Nenek Aishah.

              Hakim menangis semahunya di dalam bilik. Dia tak sanggup melepaskan Jannah pergi. “Kau tak boleh pergi. Aku tak benarkan kau pergi Jannah,” Hakim berkata sendirian. Tatkala itu terdengar enjin kereta dihidupkan. Kereta Tuan Raihan dan Puan Diana. Jannah!

            Hakim berlari turun tangga. No please don’t go.... Dia terhenti di muka pintu rumah. Jannah berada di dalam kereta tanpa memandangnya. Kereta itu bergerak. Dan saat itu Hakim mengejar BMW M3 berwarna biru itu tanpa berselipar.

          “Hakim,” Puan Kalsom dan Tuan Furqan tak sempat nak menghalang Hakim yang laju berlari mengejar kereta tersebut. Nenek Aishah membiarkan saja.

           “Jannah!!”jerit Hakim sekuat hati. Dia nampak kelibat Jannah berpusing memandangnya melalui cermin belakang.

            “Jannah!” Hakim dah tak larat untuk mengejar kereta yang semakin laju. Dia tercungap-cungap apabila sampai dijambatan kecil. Hakim terduduk di jalan raya memerhatikan kereta itu hilang dari pandangan. Setitik demi setitik air hujan turun membasahi bumi. Dia membiarkan hujan membasahi dirinya...


            Nenek Aishah membiarkan air matanya mengalir ke pipi. Setiap kali dia teringat kisah lama Hakim pasti dia bersimpati kepada Hakim. Hakim terlena di sisi nenek Aishah. Kepala Hakim diusap lembut. Dia tahu kenapa Hakim berubah setelah Jannah meninggalkannya. Jannah satu-satunya kawan yang Hakim percaya ketika itu. Apabila Jannah terpaksa berpindah, Hakim terasa dikhianati.

            Satu-satunya cara untuk Hakim berubah adalah dengan mendapatkan semula kepercayaan daripada Jannah. Jannah perlu membuat Hakim percaya sekali lagi kepadanya. Cara untuk mendapatkan kepercayaan seseorang hanya dengan  hubungan yang rapat. And the only way to do that is...

No comments:

Post a Comment