WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Monday 15 October 2012

Seindah Autumn- Bab 5



        Mata Hilal Afrie mencerun memandang kedua-dua adiknya yang menunduk. Hatinya membahang. Rasa pahit, masam, masin masih terasa ditekaknya. Memang hebatlah penangan air bancuhan Afiya. Afrie bermundar-mandir dihadapan dua orang remaja itu. Tangan kanannya melurut rambutnya dan tangan kiri bercekak pinggang.

        Ketika itu mereka berada ditingkat atas, jauh daripada pendengaran Syakir yang duduk diruang tamu bawah. Afiya menahan keluhan. Bosan berdiri macam tunggul. Abang ngah tu sejak tadi mundar-mandir bagai orang kehilangan anak.

        “Siapa punya idea ni?” tanya Afrie. Teruk betul rasa air tadi.

        “Kak Fiya.”

        “Afiq.” Ujar mereka serentak. Saling menuduh.

       “Okey, siapa tukang bancuh airnya?” Afrie cuba perangkap. Afiq senyum lantas menunjuk kepada Afiya yang memejam mata. ‘Crap.’

         Afrie tersenyum sinis. Dah agak dah. Siapa yang mengajar kalau tak si kak Afiya kita.

          “ Is it you Fiya?”

         Lambat-lambat Afiya mengangguk. Mengaku. Bangga tu ada lah tapi kalau nak bajet bangga kat sini , tak pasal-pasal kena ketuk dengan abang ngahnya tu.

           “And..why?” tu sebenarnya dia nak tanya dari tadi. Tak faham kenapa perangai gila adiknya itu datang pada hari Syakir datang. Biasanya Afiya elok je bila kawan-kawannya yang lain datang. Hari ni pulak buang tabiat.

          “Alaa... bang, Fiya saja nak buat resipi baru. Kopi 12 rasa,” jawab Afiya selamba. Siap tunjuk peace sambil tersengih. Afrie menjeling.

         “12 rasa ye? Tapi abang cuma rasa satu je, rasa bersalah nak telan air tu. sebab tu terkeluar balik kopi 12 rasa tu,” sindir Afrie ikut loyar buruk. Afiq dah tergelak-gelak tak ingat dunia dah. Kelakar jugak abang ngah aku ni.

           “Eleh, lidah abang je rasa macam tu. Cuba tanya mamat rojak tu apa dia rasa. Mesti sedap punya. Kopi Malaysia,” balas Afiya. TUK! Ambik kau Fiya kan dah kena ketuk. Afiya menggosok perlahan kepalanya yang diketuk oleh Afrie.

           “Mamat rojak tu namanya Amar Syakir. And he’s Malaysian, bukan warga asing,” marah Afrie. Rasa nak cili je mulut adiknya itu. Afiq dari tadi menahan gelak mendengar mamat rojak. Takut kena ketuk jugak.

           “Abang nak korang berdua mintak maaf kat dia. Kalau tak abang report kat abah,” ugut Afrie. Afiya mendongkol geram. Tak aci guna kuasa veto!!!!!!

          Mereka bertiga turun ke tingkat bawah. Kelihatan Afrina sedang berborak dengan Syakir. Air kopi 12 rasa tadi dah dibuang oleh Afrina dan dibancuh air teh tarik.

        Afiya dan Afiq berdiri ditepi sofa yang diduduk Syakir. Afrina dan Syakir menoleh. Afrie mencengkam lengan Afiya, menahan supaya tidak buat perangai. Afiya menarik nafas perlahan-lahan. Anti benar dia dengan mamat rojak ni. Tetiba je.

      “Ermm... s..sorry Abang Akir,” mula Afiq.

      “Kitaorang... yang bedajjal air kopi tadi..er... saya subahat je.... orang sebelah ni yang grandmaster,” sambung Afiq lalu menyenggol lengan Afiya.

        “Er.. sorry,” sepatah yang diucap Afiya. Masih menunduk.

        “Hmmm..” balas Syakir. Matanya menjeling Afiya. Grandmaster ye...
       


       Pagi Sabtu itu Afiya menunggu Firdaus dihalaman rumah. Hatinya sejak tadi tidak keruan. Nervous nak jumpa tutor yang baik hati. Nafas ditarik perlahan. Dia mengenakan skirt labuh, baju berlengan panjang dan pashmina dililit kemas. Beg sandangnya digalas dibahu.

       Matanya menangkap kelibat kereta Mini Cooper berhenti dihadapan pintu pagar. Kereta Firdaus. Afiya menghampiri kereta itu. Dia masuk ke tempat penumpang.

       “Ready?” tanya Firdaus setelah Afiya memasang seatbelt. Afiya mengangguk. Nervous sampai tak boleh nak cakap. Firdaus tersenyum kecil. Banyak ragam lah kawan aku ni.

         “Ni rumah kau,” Afiya bersuara tatkala kereta Mini Copper itu masuk ke perkarangan Villa Cayman yang tersergam indah.

         “Ye lah rumah aku.”

         “Orang tutor tu kat rumah kau?” ulang Afiya. Pelik.

         Firdaus cuma senyum setelah mematikan enjin dan keluar dari kereta. Afiya ikut. Orang tanya tak nak jawab. Dah banyak kali Afiya bertandang melepak di rumah Firdaus.

       “Parents kau ada?” bisik Afiya yang berjalan beriringan dengan Firdaus. Rumah Firdaus besar sampai berdengung suara orang bercakap.

       “ Papa aku dah keluar. Ummi ada.” Firdaus membawa Afiya ke ruang dapur. Puan Sri Kairina sedang buat kek bersama-sama tukang masak, Chef Rosseta.

       “Assalamualaikum, auntie Kai,” Afiya memeluk tubuh wanita itu dari belakang. Afiya sudah biasa dengan auntie Kai. Dia menganggap auntie Kai seperti umminya. Puan Sri Kairina juga menganggap Afiya seperti anaknya sendiri.

       “Eh, Afiya. Apa khabar lama tak jumpa?” balas auntie Kai dengan ramah.

        “Alhamdulillah sihat, auntie. Auntie?”

        “auntie pun sihat, alhamdulillah. Tak balik KL ke?” tanya auntie Kai. Afiya duduk dibangku sebelah auntie Kai.

         “Balik. Petang nanti. Boleh tak kalau Fiya tumpang rumah auntie sampai petang?” pinta Afiya. Afrina, Afrie dan Afiq sudah bertolak ke KL pagi ni. Petang karang baru Afrie datang ambilnya.

           “Boleh. Auntie tak kisah.”

            “Fiya, Laila semua dah datang. Jom lah,” Firdaus muncul dari ruang tamu. Afiya mengangguk lantas mengekori Firdaus ke ruang tamu. Laila dan Zuko duduk disofa sambil layan phone masing-masing. Yuki pula duduk sendirian dibangku piano sambil mendengar lagu dari Ipodnya. Ini lah masalah remaja zaman sekarang, ralit dengan teknologi tahpahapa. Eleh dia pun dua kali ganda je.

          “Ehem,” Afiya berdehem. Ketiga-tiga sahabatnya mendongak.

         “Hai Fiya,” ujar Yuki sebelum kembali melayan Ipod.

         “Eh, Fiya,” Laila bangun dan peluk Afiya. Almaklumlah, kita orang kelas lain. Zuko dan Laila kelas 5Sains 2. Afiya membalas pelukan. Jejak kasih sekejap.

         “Hei SP. How you doing?” Zuko takat mengangkat tangan.

        “Hei Zuko. I’m still alive,” balas Afiya lalu melabuhkan punggung disofa sebelah Laila. Zuko berkacukan Thailand-Cina, tetapi lidahnya fasih bahasa Melayu.

        “So.. siapa tutor kita?” tanya Laila. Firdaus yang sedang membaca mesej dari Iphonenya mengangkat muka.

          “Jomlah naik atas. He’s upstairs,” ajak Firdaus tenang.

          “What? Maksud kau dia dah sampai lebih awal daripada kita orang?” Zuko seperti terkejut. Baiknya tutor ni. Dah lah free, sanggup datang ke rumah Firdaus dan datang awal pulak tu.

           “Huh? No. He lives here,” ujar Fidaus.

          “Hah?! Siapa?”serentak mereka bertanya.

          “Come.” Firdaus tidak menjawab sebaliknya mengajak mereka ke tingkat atas. Mereka bergerak ke mini library yang terdapat di tingkat atas sekali. Nak cakap mini library tak jugak sebab besar gila.

        Afiya mendahului berjalan ke arah library. Tangannya menarik pintu library buka. Dia menoleh ke belakang memandang Laila.

              “Library Fir besar  sangat. Ada banyak bu-ADUH!” Afiya terduduk di lantai. Kepalanya pening-pening lalat terhantuk pada benda yang dia terlanggar.

            “Fiya kau okey ke?” Yuki dan Laila meluru mendapatkan Afiya yang menunduk.

             “Sakit kepala aku langgar tembok,” rungut Afiya sambil mengurut dahinya.

            “Bukan tembok yang kau langgar, tapi orang. Fiya this guy is so cute,” bisik Laila ke telinga Afiya. Afiya menoleh kepada Laila yang mendongak tanpa berkelip. Perlahan-lahan Afiya mendongak. Berderau darahnya. Mukanya terus pucat melihat ‘tembok’ yang dilanggar.

            “Mamat rojak,” Afiya gumam perlahan. Hanya dia yang dengar. Lelaki itu berseluar jeans lusuh dan berbaju hitam lengan panjang. Renungan tajam dihadiahkan kepada Afiya. GULP!

            “SP kau okey?” tanya Zuko. Hairan melihat Afiya yang tak bangun-bangun dari tadi. Tulang patah ke apa?

            “Aku okey,” balas Afiya dengan suara biasa. Muka dikawal habis supaya kelihatan cool.

            “Guys, ni abang aku, Amar Syakir. And he’s our tutor,” Firdaus dengan bangganya memaklumkan kepada kawan-kawannya. Afiya rasa seolah-olah satu dunia menghempapnya. Nafasnya terasa tersekat.

           BUM...

           Semua menoleh tatkala mendengar bunyi cempedak jatuh ke tanah. Afiya terkulai dilantai. Pengsan.


1 comment:

  1. sian fiya terkejut smpai pengsan. best ah dpt tutor hensem

    ReplyDelete