WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Thursday 11 April 2013

Senyuman Jannah 17


        “Kak Jannah okey tak?” Bella duduk di tepi Jannah. Jannah tersenyum kelat. Kenapalah waktu begini aku dipertemukan dengan lelaki ini? Bella menyentuh kaki Jannah.

         “Auww..” Jannah menahan sakit. Hakim Adrian berdiri memandang Jannah dengan kedua-dua tangan di dalam poket. Bella rasa nak sepak-sepak abangnya itu. Isteri tengah sakit boleh pula tayang muka minta penampar itu. Tadi Hakim lah orang pertama berlari ke arah Jannah sewaktu melihat Jannah terjatuh. Bila dah depan orangnya, berlagak tak kisah. Pigidaahhh...

        “Abang reti urut kan? Abang urut lah kaki Kak Jannah,” Bella menarik sekuat hati tangan Hakim memaksa Hakim duduk. Hakim merengus dia menjeling kepada Bella yang sudah berdiri dibelakangnya sambil tersenyum-senyum.

        Hakim mengerling kaki Jannah.

         “Kau ni berjoging atau buat acara patahkan kaki?” Jannah rasa nak slap kepala Hakim. Orang tengah sakit boleh pula buat lawak bodoh kat sini. Jannah mengetap bibir.

          “ Saya joginglah takkan saya buat ballerina dance kat tengah-tengah tempat awam ni?” perli Jannah balik. Setiap kali dia berlawan dengan Hakim pasti dia tidak dapat menahan sabarnya. Dengan orang lain boleh pula imannya bersabar. Tapi dengan Hakim, dia rasa nak smash kata-kata lelaki itu sehingga lelaki itu kalah.

            “Jangan sentuh kaki saya!” Jannah memberi amaran apabila tangan Hakim mendekati kakinya.

            “Macam mana aku nak urut kaki kau kalau tak buka kasut? Nak suruh aku urut dengan kasut ni sekali?” Hakim menarik muka tegang. Dia merenung tajam mata Jannah yang turut memandangnya tajam.

            “Tak payah urut. Saya pergi klinik saja. Imran bawa aku per-,” Jannah terhenti apabila kelibat Imran hilang. Yana dan Bella juga tiada di situ. Hakim memandang sekeliling tasik itu. Sah Bella dah kenakan dia.

           “Mana dia orang pergi?” gumam Jannah dengan dahi berkerut. Hakim memicit batang hidungnya dan melepaskan keluhan lemah.

           “Jom balik,” Hakim berdiri dengan muka dinginnya. Jannah mendongak menjeling Hakim.

          “ Kaki saya sakitlah. Nak berjalan macam mana?” keluh Jannah. Hakim menggosok tengkuknya. Lantas dia bercangkung semula.

           “Cepat naik,” arah Hakim. Jannah memandangnya pelik. Hakim menoleh kepada Jannah.

            “Naik,” Hakim menepuk bahunya sendiri menyuruh Jannah naik belakangnya. Jannah terkebil-kebil. Malulah... Cukup sekali dia didukung oleh Hakim dulu, malunya sampai sekarang masih belum hilang. Hakim menghulurkan tangan.

           “Bagi tangan kau,” pinta Hakim masih bercangkung. Jannah teragak-agak namun disambut juga tangan Hakim. Pantas Hakim menarik tangannya dan diletak dibahunya, memaksa Jannah naik belakangnya. Nak tak nak, Jannah akur saja.

          Hakim merasa lengan Jannah memeluk lehernya erat. Hembusan nafas Jannah kedengaran ditelinganya. Jannah tidaklah berat sangat. Rasanya Bella lagi berat. Minah ni tak makan ke?

          “Berat kau berapa?” soal Hakim sambil berjalan perlahan. Dia dengar Jannah mencebik.

            “ Cakap sajalah saya ni berat. Tak perlu berkias-kias,” balas Jannah perlahan ditelinganya. Hakim tersenyum menahan gelak dalam hati. Tanya pasal berat pon nak terasa. Adoii.. cik akak ni macam budak-budak lah...

             “Jannah..” panggil Hakim.

             “Hmmm?”

             “Kau suka makan apa?” soal Hakim. Jannah mengerutkan kening.

             “Ikan pari masak asam pedas,”jawab Jannah blur. Hakim senyap.

             “Kenapa tanya? Awak nak masakkan untuk saya ke?” usik Jannah lalu ketawa halus.

             “Kalau aku masak nanti, aku cuma takut kau terjatuh cinta dengan aku,” balas Hakim perlahan. Jannah terkedu. Jantungnya dah mula lah buat perangai, mengada-ngada nak degup laju-laju.

              “ Eleh siapa kata?” ujar Jannah bagi menghilang rasa aneh yang bertandang ke dalam hati. Lagipun selalu dia masak untuk Hakim, dan lelaki itu tak jatuh-jatuh cinta pon kat dia. Hakim tersenyum saja. Mereka kembali senyap.

            “ Jannah..”

            “Hmm...”

            “Tak ada apa,” jawab Hakim. Jannah mencebik.

            “Jannah..”

            “Kalau awak nak kata tak ada apa sekali lagi, baik tak payah cakap. Bazir air liur saja,” perli Jannah. Hakim diam tersenyum. Jannah melentok kepalanya ke sisi bagi melihat wajah Hakim. Hakim yang menyedari perbuatan Jannah lantas mempamer muka dingin.

            ‘HUH! Serious saja,’ rungut hati Jannah.

           “Awak ni tak reti senyum ke? Kang cepat tua baru tahu,” komen Jannah.

           “Dan kau makin muda sebab selalu senyum? What is making you so happy?” perli Hakim Adrian. Sekadar mencari gaduh dengan gadis itu setelah sebulan tidak bergaduh. Jannah tersenyap.

           “ Sometimes bila kita tersenyum tak bermakna kita gembira dan bahagia. Sebuah senyuman boleh menyembunyikan seribu perasaan,” bisik Jannah di telinga Hakim membuat Hakim terdiam. Dia cuba memahami maksud disebalik kata-kata gadis itu namun hampa. Dia kebuntuan.

            “ Jannah..”

            “Ye?”

             “ Kenapa kau tinggalkan aku?” tanya Hakim perlahan. Jannah menelan air liur.

             “Saya tak pernah tinggalkan awak, Hakim. Saya tak pernah lupakan awak,” balas Jannah perlahan. Dagunya direhatkan atas bahu Hakim.

             “ I know,” keluh Hakim.

             “Tapi kenapa kau pindah?” soalan itu lah yang Jannah cuba elak. Jannah senyap. Hakim berhenti berjalan. Mereka sudah sampai dihadapan pintu pagar rumah ummi dan walid.

               “ Sebab walid kena transfer kerja kat sini,” jawab  Jannah jujur. Hakim menurunkan Jannah dengan berhati-hati. Kemudian lantas dia berpusing menghadap Jannah.

              “ Aku tahu. Mama bagitahu aku. Tapi itu bukan alasan sebenarnya. Aku nak tahu sebab utama kau pindah sini,” tanya Hakim lagi. Anak matanya merenung tepat ke dalam anak mata Jannah. Sehingga membuat Jannah tidak keruan. Dia tahu dia tidak boleh berbohong dan dia tiada niat pun untuk bohong suaminya.

          Jannah menarik nafas lalu mengukir senyuman.

            “ You’re right. Memang ada sebab lain kenapa saya pindah ke sini. Tapi.. saya minta maaf.. .. belum tiba masanya untuk awak tahu. Suatu masa nanti awak akan tahu sebabnya,” ujar Jannah lembut. Hakim terkelu lidah. Memang benar telahannya. Dia hanya merenung anak mata Jannah cuba mencari jawapan.

           “Jannah.. Hakim... buat apa berdiri kat luar tu?” tegur Puan Diana yang tiba-tiba muncul di muka pintu. Hakim dan Jannah tersentak lantas mengalihkan pandangan. Jannah tersenyum kepada ummi. Baru dia hendak melangkah melepasi pintu pagar, Hakim menarik lengannya.

           “Hisy, awak ni... tak payah dukung saya lah,” bentak Jannah apabila Hakim mencempung badannya dan dibawa ke dalam rumah. Puan Diana dah mula lah senyum-senyum. Malu Jannah.

            “Kaki kau kan sakit. Macam mana nak jalan?” Hakim mengulang balik ayat Jannah sewaktu di tasik. Jannah diam saja. Hakim meletak Jannah di sofa ruang tamu.

            “Ummi, ada minyak gamat tak?” tanya Hakim sambil menanggalkan kasut dan stoking Jannah. Puan Diana menghulurkan minyak gamat kepada Hakim.

            “kenapa dengan kaki Jannah?” soal Puan Diana.

            “Tak ada apa. Jannah terjatuh je  tadi,” jawab Jannah.

            “Terseliuh,” jawab Hakim. Jannah menjeling Hakim yang menyelak seluarnya hingga ke lutut.

             “Lerrr.. jatuh sampai terseliuh?” risau ummi dibuatnya. Jannah hanya tersenyum kelat. Hakim sekali lagi mengendong Jannah. Jannah memandang Hakim pelik.

            “ Ummi, kami masuk bilik,” ujar Hakim. Puan Diana tersenyum dan mengangguk. Sampai di bilik, Hakim menurunkan Jannah dihadapan pintu bilik air.

            “Pergi mandi dulu, lepas tu aku urut kaki kau,” Hakim menghulurkan tuala Hello Kitty Jannah dan pakaian Jannah. Wajah Hakim dipandang saja. Kenapa dengan mamat ni? Demam ke? Terlebih baik saja aku tengok hari ni...

           “Kau nak suruh aku masuk sekali dalam bilik air ke?” soal Hakim dengan muka innocent habis. Terbeliak mata Jannah.

           “Tak payah,” Jannah terjengket-jengket masuk ke dalam bilik air. Takut membayangkan Hakim masuk sekali. Shoo, shoo.. pergi jauh-jauh.

            Hakim tersenyum menahan ketawa dalam hati. Ugut sikit dah takut.
                        

         Jannah terjaga dari tidurnya. Dia terkebil-kebil memandang siling putih. Tadi dia terlelap sewaktu Hakim mengurut kakinya. Dia tak sarapan pagi tadi dan sekarang perutnya dah berbunyi. Jannah bangun dari pembaringan.

         “Awak buat apa?” soal Jannah kepada Hakim yang sedang buat sesuatu di ruang dapur. Hakim meletak mangkuk atas meja. Apron tersangkut di leher lelaki itu.

        “Awak masak?!”

        “Takkan aku berkebun pula kat dapur ni,” sindir Hakim sambil menanggalkan apron. Jannah diam.

        “Masak apa?” soal Jannah, ingin tahu.

        “Makanan yang kau suka,” jawab Hakim.

        “Awak masak asam pedas dalam bilik ni?!!!!” Jannah menjerit sambil memegang kepalanya. Hakim menjeling.

        “ Bila masa pula aku kata aku masak asam pedas?”

       “ Dah tu? masak apa?” separuh lega Hakim tak masak asam pedas. Kalau tak mahunya biliknya bau asam sebulan. Hakim menghampiri Jannah di katil. Tangan dihulur.

        “Kaki saya dah okey. Saya boleh berjalan. Tak perlu dukung,” Jannah menolak. Hakim masih menghulurkan tangan. Nak tak nak, Jannah menyambut huluran tanagn lelaki itu. Jannah terjengket-jengket berjalan ke meja makan sambil Hakim membantunya.

       Jannah duduk di meja makan. Bubur lambuk? Aihh.... Mentang-mentanglah aku sakit kaki, dia masak bubur untuk aku. Macam mana dia tahu aku suka makan bubur lambuk? Namun Jannah tidak komen apa-apa. Dah orang tolong masakkan, bersyukur sajalah.

        “ Awak pon makan bubur? Kenapa tak beli lauk kat luar?” tanya Jannah  tatkala melihat Hakim menyuap bubur ke mulut.

         “ Hari ni kita sama-sama makan bubur. Fair and square,” ujar Hakim perlahan. Jannah terkedu. Ayat itu ayat yang sama Hakim selalu sebut waktu kecil. Setiap kali selepas mereka berdua bergaduh, pasti nenek Aishah akan masakkan bubur lambuk. Mula-mula tak suka. Bila dah banyak kali makan, suka pula.

TING!

       “Ouch...” Jannah menggosok dahinya yang dijentik oleh Hakim.

       “ Jangan berangan... makan cepat,” tegur Hakim. Jannah menjeling Hakim. Sakit dahinya. Dia membaca bismillah dan menyuap bubur ke mulut. Hmm... boleh tahan. Rasanya hampir sama dengan bubur nenek Ecah selalu buat.

         “ Sedap... pandai awak masak,” puji Jannah dan tersenyum sendirian.

         “ Aku tahu. Jangan menyesal kalau kau jatuh cinta dengan aku pula,” Hakim separuh berbisik sambil mengenyit mata kepadanya.

        UHUK! Jannah tersedak. Hampir tercekik dengan perbuatan Hakim yang tiba-tiba. Apa kena dengan mamat ni? Buang tabiat?!

        Dengan muka tak bersalah Hakim menghulur segelas air kosong. Jannah pantas meneguknya. Hakim sambung makan.

         “Jannah... kau ada buasir ke?”

        BURRRR! Tersembur air kosong dari mulut Jannah. Jannah terbatuk kecil. Mamat ni nak bunuh aku ke apa hari ni? Dah banyak kali aku hampir nak tercekik dengan soalan-soalan dia yang bukan-bukan.

          Hakim merenungnya dengan wajah pelik.

         “Saya tak ada buasir lah!” tanya soalan keluar syllabus, mana aku tak bengang.

          “Kau tak ada buasir?” pelik.

          “Tak ada,” Jannah menggeleng. Dia pula merenung Hakim dengan wajah pelik.

          “Kenapa tiba-tiba awak tanya soalan tu?”

           “Sufi kata kau asyik tak datang sekolah sebab ada penyakit buasir,” jawab Hakim. Jannah rasa nak ambil bazooka dan tembak adiknya dibilik sebelah. Sesedap mulut saja cakap aku ada buasir. Tak guna punya adik!

            “Habis tu.. kalau kau tak ada buasir, kau sakit apa?” Jannah terdiam. Mulutnya terkunci. Dia belum bersedia untuk menjawab soalan itu. Dia tak sangka seawal itu Hakim akan bertanya. Hakim tetap merenungnya menantikan jawapan.

           “ Saya minta maaf... belum tiba masanya untuk awak tahu,” gumam Jananh perlahan sambil menunduk.

            “Bila masanya?” soal Hakim, dingin.

            “When the time is right, I’ll tell you everything. Sekarang saya masih belum bersedia,” jawab Jannah jujur.

             “Hmm..” Hakim seperti tidak kisah. Lalu menyambung makan. Jannah merenung saja Hakim. Dia rasa bersalah. Dia tidak berniat untuk merahsiakannya selama-lama. Cuma dia perlukan masa untuk menghadapi semua ini. Matanya bertembung dengan mata Hakim yang menangkat  muka.

             “Kenapa tak makan?”

             “Erm.. Saya nak makanlah ni,” Jannah menunduk dan makan. Dia tahu Hakim pula yang sedang memerhatikannya.

               “Jannah..”

               “Hmmm?” sahut Jannah tanpa mendongak.

                “Boleh tak kalau kau jangan berawak-saya dengan aku?” pinta Hakim membuat Jannah terpaksa mendongak.

                “Habis tu nak suruh saya beraku-kau dengan awak?” teka Jannah. Hakim diam.

              “Tak.”

              “Habis tu?”

              “Panggil nama?” kata Hakim.  Jannah menjuling mata ke atas lalu mengeluh kecil.

               “ Sebenarnya kalau saya panggil nama awak saja, nanti ummi marah. Ummi kata macam tak hormat suami,” ujar Jannah.

            “ Habis tu?” Jannah berfikir.

            “Saya panggil awak, abang saja lah. Awak panggil saya Jannah,” putus Jannah. Hakim pula terkejut.

             “Abang? Tapikan aku lebih muda...”

             “ Abang tu panggilan hormat untuk suami. Lagi pun baguslah saya panggil awak macam tu. Tak ada lah awak nak perasan muda. Hehe..” Jannah tersengih. Hakim menjeling namun tidak komen apa-apa.
                  
             
          

1 comment:

  1. awwww.. sweetnyer diaorg!! dh mula panggil 'abang'. haha kelakarlah Jannah panggil hakim abang. best! bila nk sambung

    ReplyDelete