WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Friday 3 May 2013

A Thousand More...4


        
Usai solat Zuhur, Iman Afiya turun ke dapur untuk mengisi perut. Balik dari sekolah dia terus mandi dan solat kemudian baru makan tengah hari. Tudung saji di atas meja di buka. Aroma lauk-pauk yang dimasak oleh ibu tirinya menusuk ke dalam hidung. Sekaligus membuat perutnya berkeroncong.

        “Wahai perut, bersabarlah sikit. Tak akan lari makanan ini. Aku baru nak ambil pinggan,” Iman Afiya mengomel sendirian. Tangannya menyenduk nasi dan lauk ke dalam pinggan. Pinggan dibawa ke ruang tamu, remote TV dicapai dan suis kipas ditekan.

       Ahhh... tiada apa yang lebih nikmat selain makan sambil menonton TV dibawah kipas yang berputar laju. Iman Afiya tersenyum lantas mengambil tempat di karpet berhadapan dengan TV.

      Puan Naeimah menuruni anak tangga setelah menyimpan baju-baju yang telah dilipat ke dalam bilik anak-anaknya. Ruang tamu terasa lebih berangin pula. Keningnya bercantum lantas dia menapak ke ruang tamu.

       “Lailahaillallah, bertuah punya budak. Kenapa pasang kipas laju-laju ni? Nak kipas tercabut, sekali dengan kepala kamu tercabut dipancung oleh bilah kipas tu?” marah Puan Naeimah berunsur menyindir. Suis kipas berada di tahap 5!  Tangannya memutarkan kembali suis kipas itu ke tahap 2.

        “Saya rasa membahang lah ummi,” rengek Iman Afiya sambil mengunyah makanan. Ibu tirinya menjegilkan mata tanda tidak suka Iman Afiya makan sambil bercakap.

        “Kan dah mandi, bahang lagi ke?” Puan Naeimah duduk di tepi Iman Afiya sambil bersandar pada sofa. Rambut Iman Afiya yang hampir mencecah bahu itu kelihatan basah. Anak tirinya itu suka berperwatakan persis lelaki. Pakai baju t-shirt dan seluar track atau jeans yang lusuh warnanya. Rambut itu kalau boleh nak di style-kan persis Taecyon 2pm itu. Mujur Kak Imah cepat melarang perbuatannya.

        Iman Afiya berperangai seperti lelaki disebabkan pengaruh kedua-dua abang kandungnya, Hilal Afrie dan Hasif Afnan. Apabila ibu kandung Iman Afiya meninggal dunia 4 tahun yang lalu, Puan Naeimah dengan hati yang lapang menjaga Iman Afiya seperti anak kandungnya sendiri. Perlahan-lahan Fatimah Az-Zahra dan Rabiatuladawiyah membentuk Iman Afiya menjadi perempuan sejati. Tapi hasilnya hanya separuh perempuan dan separuh lelaki. Dari luaran Iman Afiya nampak seperti gadis ayu yang cantik namun sifat kebal dan lasak Iman Afiya masih sebati dalam dirinya.

        “Ummi buat apa hari ni?” soal Iman Afiya sekadar berbasa-basi. Sudah menjadi rutin hariannya bertanya aktiviti ibu tirinya apabila mereka ke sekolah. Kak Imah sibuk di butik. Tinggal ummi keseorangan di rumah. Mesti bosan.

       “ Ummi kemas rumah, basuh baju, siram pokok, benda harian yang ummi biasa buatlah Fiya. Oh dan ummi pergi pasar tadi pagi,” ujar Puan Naeimah. Iman Afiya mengerutkan dahi sambil menggigit ayam.

        “ Ummi beli tak bunga kantan?” soal Iman Afiya pantas. Puan Naeimah mengerutkan dahi berfikir. Kemudian wanita itu mengangguk.

         “Ada. Jangan risau.” Dia faham sangat perangai Iman Afiya yang hantu asam pedas. Bunga kantan selalunya dimasuk sekali dalam masakan asam pedas. Ada orang makan bunga kantan tetapi ummi masuk bunga kantan sekadar ambil bau saja.

         “Lepas makan nanti Afiya tolong hantar makanan kepada Angah eh? Ummi dah siapkan makanannya dalam mangkuk tingkat kat atas dapur tu,” pesan Puan Naeimah. Iman Afiya mengangguk.

         “ Angah tu bila dah kerja, makanan tak nampak dah,” omel ummi sendirian sambil mendaki anak tangga ke bilik.




          Basikal itu dikayuh bawah panahan matahari yang terik. Berpeluh ketiaknya yang baru mandi. Mangkuk tingkat di dalam plastik di gantung pada handle basikalnya. Ini semua salah Angah yang tidak reti-reti cari makanan sendiri. Tak pasal-pasal dia jadi tukang pembawa nasi untuk abang tirinya itu.

        Dia mengayuh hingga ke Danial’s Gallery yang berdekatan dengan kawasan perumahan. Elok tadi dia sudah mandi bersih, kini tubuhnya berpeluh. Basikal kesayangannya diparkir ditepi dinding bangunan Danial’s Gallery itu. Peduli apa dimana dia hendak parkir basikalnya. Ikutkan hati mahu dia mengayuh basikal masuk ke dalam bangunan tersebut. Kalau boleh sekali dengan basikal diangkut masuk dalam lif untuk ke tingkat terletaknya studio Angah. Namun suara Kak Imah kedengaran di telinganya dan wajah bengis kakak tirinya itu muncul dalam benak.

           “Seorang gadis harus menjaga adab dan kelakuannya dikhalayak ramai!” itu sudah menjadi ayat kegemaran Kak Imah yang sentiasa mementingkan kelakuan sopan.

             Iman Afiya menggeleng kepala menghilangkan bayang Kak Imah yang bercekak pinggang mahu mengetuk kepalanya laju-laju dengan hanya menggunakan senduk nasi. Plastik yang berisi mangkuk tingkat itu dibawa masuk bersama-samanya ke dalam bangunan tersebut.

           Kakinya mengorak ke arah lif yang berada di hujung lobi. Namun dia terhenti separuh jalan. Keningnya bercantum.

          “Kenapa perlu aku yang memenatkan diri lagi naik lif dan berjalan mencari studionya sedangkan kaki aku ini rasa nak patah mengayuh basikal laju seperti dikejar zombie berterbang?” Iman Afiya bertanya pada diri sendiri. Naik lif pon dikatakan penat. Zombie boleh terbangkah?

           Pedulikanlah...  Angah yang mengada-ngada tidak mahu mencemar duli turun ke lobi bagi mengambil makanan tengah harinya sendiri. Dia fikir dia itu Raja Kaki Bersih dari kayangan Pari-Pari yang tidak boleh mengotorkan kaki dengan berjalan ke? Agaknya boleh turun bala jika Aakif turun ke lobi.

        Sudah mula lah sesi Iman Afiya membebel seorang diri ditengah-tengah lobi itu. Dia berjalan ke arah kaunter pertanyaan di satu sudut. Kakak kaunter itu melemparkan senyuman manis kepadanya. Allah, kakak ini terlebih minum air gula hangus pagi tadi agaknya sehinggakan aku boleh mendapat tempias kencing manis. Disebabkan senyuman kakak kaunter itu, Iman Afiya turut tersenyum manis.

           Nampaknya itu pekerja baharu. Kakak kaunter lama, Kak Rina telah meletak jawatan atas alasan tidak tahan dengan perangai Angah  yang terlebih fius otak sehingga terlalu taksub dengan kerja. Abang tirinya itu memang dah dapat kerja...makan, mandi, buang air besar dan kecil semua diketepikan. Hanya solat, baca Al-Quran kemudian sambung kerja semula. Kalah robot.

          “ Selamat datang ke Galeri Danial. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?” peramah kakak kaunter yang memakai tanda nama ‘Dayang’. Erk....Dayang? Angah ini mimpi apa memberi gelaran dayang kepada pekerjanya yang manis terlebih gula ini? Memang sah Angah bermimpi Raja Kepala Pusing bertitah menyuruhnya memberi gelaran dayang pada setiap pekerjanya.

          “Tumpang tanya, encik Danial ada tak?” Iman Afiya bertanya sopan. Tag line Kak Imah segar dalam ingatannya. Cik kaunter senyum lagi.

          “Ada. Cik nak berjumpa dengan Tuan Danial atas urusan kerja ke?”

          Iman Afiya hampir menjerat leher sendiri dengan tali ajaib mendengar Cik Kaunter menggelarkan abang tirinya itu ‘Tuan’. Apakah aku tersilap masuk ke Istana Kayangan Pari-Pari? Iman Afiya sempat menoleh belakang ke arah pintu masuk. Papan tanda di situ jelas tertulis ‘Selamat Datang ke Galeri Danial’ dan disebelah itu ada gambar Aakif berposing dengan kamera mahalnya itu.

          ‘Aku tidak silap,’ gumam Iman Afiya dalam hati. Dia senyum kepada cik kaunter.

          “ Oh tidak. Bukan atas urusan kerja. Bilang sama ‘Tuan’ Danial, bini nombor limanya hendak berjumpa. Sekarang!” ujar Iman Afiya, selamba dan sengaja menekan perkataan Tuan itu.

          “Hah?!!” Berubah wajah cik kaunter, dari terlebih gula kepada terlebih makan sayur peria yang pahit semacam. Barangkali terkejut mendengar kata Iman Afiya, bini kelima??? Hampir pengsan Cik Kaunter itu. Dia terkebil-kebil memandang Iman Afiya yang berwajah selamba duduk di sofa lobi itu.

        “Hello?” sahut suara dihujung talian.

        “Maaf Tuan Danial, ada orang hendak berjumpa dengan Tuan,” beritahu cik kaunter.

        “Siapa?” suara majikannya bertanya. Cik Kaunter menggigit hujung bibir.

        “Err... bini nombor lima Tuan.”

        “HAH?!!” sekaligus terdengar nangka busuk jatuh bergolek. Cik Kaunter bercantum kening dan menjeling ke arah pokok nangka bertentangan bangunan itu. Tiada nangka yang jatuh pun...

       “Ouch,” kedengaran majikannya mengerang sakit. oh Tuan Nangka rupanya yang jatuh kerusi dek kerana terkejut mendengar ‘bini nombor lima’ itu.

        “Err.. Tuan okay?” tanya Cik Kaunter.

        “Err.. saya okay. Emm.. bini nombor lima saya tu.. orangnya comel-comel pakai tudung bawal yang labuh?” tanya lelaki itu. Cik kaunter mengerling ke arah Iman Afiya yang memakai tudung bawal labuh warna kelabu cair, baju lengan panjang dan seluar jeans lusuh.

        “Ya Tuan.”

        “Dia memakai sneakers buruk yang hanya layak dibuang ke tempat pembuangan sampah?” tanya lagi.

        “Erk.. ya Tuan...” Cik Kaunter menjeling kaki Iman Afiya yang bersilang. Memang buruk dan berkoyak.

        “Wajahnya nampak seperti budak-budak sekolah yang tidak cukup dengan satu gula-gula lollipop tetapi ingin meminta dua lollipop?”

        “Bagaimana tuan..” Cik Kaunter mengerutkan dahi, bagaimana majikannya itu tahu? Pada pandangannya memang ‘bini kelima’ itu nampak persis budak remaja.

          “Dan sekarang dia sedang duduk gaya sopan sambil tersengih kepada awak?” majikannya memotong percakapan pekerjanya. Sekali lagi Cik Kaunter mengerling gadis itu. Tidak sampai sesaat pun Cik Kaunter mengalihkan pandangan ke tempat lain dengan jantung berlari seratus meter.

         “Yes,” suara Cik Kaunter kedengaran menggeletar, dek kerana terkejut Iman Afiya melakukan apa yang Tuan Danial cakap tadi.

         “ Baiklah bini nombor lima saya lah tu,” ujar lelaki itu dengan ceria lantas mematikan talian.



           Keluhan bosan dihembus beberapa kali. ‘Iman Afiya kau tidak ada kerja lain selain mengeluh?’ tanya hatinya.

          Tidak. Dia bosan menunggu abang tirinya itu. Padahal baru dua minit menunggu.

           “ Kita tidak boleh mengeluh. Rasulullah tidak pernah mengeluh. Orang yang mengeluh umpama orang yang menyerah kalah dan juga seperti menyalahkan perancangan Allah,” entah bagaimana muncul secara tiba-tiba suara Kak Wiyah dalam benaknya. Itulah tag line Kak Wiyah, kakak tiri keduanya.

            Rabiatuladawiyah a.k.a Kak Wiyah, kakak tirinya yang berumur 24 tahun. Kak Wiyah masih belajar di Mesir dalam bidang Syariah Islam. Bakal ustazah itu. Kak Wiyah merupakan adik kandung kepada Kak Imah dan kakak kandung kepada Salman Al-Farisi. Dengar khabar lagi 3 bulan Kak Wiyah akan balik ke bumi Malaysia ini. Antara Kak Imah dan Kak Wiyah, Iman Afiya lebih rapat dengan Kak wiyah yang sangat memahami jiwa remajanya ini. Namun yang dia tidak boleh tahan, telinganya kerap menjadi alat yang terpaksa ditadah bagi mendengar ceramah percuma Ustazah Wiyah ini.

           “Hai sayang,” tegur satu suara yang kedengaran menggoda menegurnya. Iman Afiya mengerling ‘Prince Miang’  sesat yang ingin merasakan penangan ‘roti penumbuk pedas’ Iman Afiya. Sempat pula lelaki itu mengenyit mata padanya.

           Tetapi melihatkan gerangan orang itu, Iman Afiya tersenyum manis pula.

          “Oh, hai abang sayang!” jerit Iman Afiya ceria. Cik kaunter memandang mereka tanpa berkelip. Terkejut dengan jeritan Iman Afiya yang tidak cukup microphone itu.

           Angah ketawa kecil lalu mengambil tempat duduk disebelah adik tirinya itu. Dia menarik mangkuk tingkat di atas cofee table itu.

         “Bini nombor lima ye... Bukan ke lelaki hanya boleh berkahwin empat? Mana sesat 5?” tanya Angah. Nasi berlauk ayam masak merah itu mengecurkan air liurnya. Baru dia sedar perutnya kosong sejak pagi tadi.

        “ Empat boleh dalam satu masa sahaja. Mungkin isteri pertama minta cerai, boleh pasang bini kelima. Hahaha,” jawab Iman Afiya selamba. Entah sejak bila adik tirinya itu menjadi pakar rumahtangga, dia pun tidak tahu.

        Angah mengetuk kepala Iman Afiya dengan sudu, “Memandai saja.”

        Terhenti ketawa sumbang Iman Afiya tadi. Dia menggosok kepalanya, “Sakitlah. Betullah apa yang saya cakap. Ustaz sendiri yang berkata begitu.”

         Lelaki itu mencebikkan muka tanda dia tidak kisah apa ustaz Iman Afiya berkata. Iman Afiya malas mahu berbahas lagi. Dibiarkan sahaja abangnya itu makan dengan lahap.

          Aakif Danial a.k.a Angah berumur 21 tahun. Lelaki itu abang tirinya dari bapa yang sama tetapi ibu lain. Angah bekerja sebagai photographer yang mengambil gambar pemandangan yang cantik dan indah. Angah pemilik Galeri Danial yang di tubuhkan daripada hasil titik peluh Angah sendiri tanpa bantuan sesiapa.

          Prinsip hidup Aakif Danial ‘ Apabila hendakkan sesuatu kenalah berusaha sehingga ke angkasa.’ Maknanya berusaha bersungguh-sungguh selagi tiada halangan. Jika ada tembok di laluan Angah, abangnya itu akan ‘drill’ tembok itu supaya dia dapat tembus lalu. Angah bila dia sudah berazam mendapatkan sesuatu, dia akan pastikan dia mendapat sesuatu itu.

           “Angah, kenapa bagi gelaran dayang kepada kakak kaunter itu?” soal Iman Afiya tidak puas hati. Aakif Danial berhenti mengunyah lalu menjeling Cik Kaunter yang sedang menjawab panggilan telefon.

            “ Namanya panjang sangat sampai susah angah nak sebut,” jawab Angah selamba lalu menyambung mengunyah. Hah, manusia seperti ini pun ada. Asal nama panjang saja, sesuka hati main beri gelaran pada anak orang.

            Iman Afiya menaikkan kening sebelah. “Perlu ke dayang?” perli Iman Afiya. Rasa mahu menempek nasi ke muka Angah yang berkacukan jerman. Hidung mancung teramat dan mata berwarna emerald cantik.

           Angah ketawa. “ Cuba Afiya sebut nama dia ni.” Angah menunjukkan skrin Blackberry kepada Iman Afiya. Blackberry bertukar tangan.

            “Dayang tu orang apa?” gumam Iman Afiya perlahan. Angah yang mendengar hanya tersenyum saja. Berkerut-kerut dahi Iman Afiya cuba menyebut nama yang panjang itu.

              “Alifia Eiris Sora. Ni namanya? Nak panggil apa?”

              “Dayang. Senang cerita,” jawab Angah selamba. Iman Afiya geli hati tiba-tiba. Padanlah Angah letak nama gelaran. Ini mesti kes bila ditanya ‘Nak panggil apa?’ kemudian tuannya menjawab ‘Panggil apa-apa pon boleh’. Kan dah kena panggilan dayang. Hahaha....

              Gadis itu mengeluarkan Samsung Galaxy hadiah daripada Kak imah sempena kecemerlangan PMRnya dua tahun yang lepas. Whatsapp dari Nur. Jarinya menekan skrin.

Nur~ Weyh!!!!! Gempak weyh!

Iman Afiya~ Apa yang gempak?

Nur~ SHINEE nak datang Malaysia!!! * hampir pengsan kerana sangat terharu*

             Hampir saja Samsung Galaxy itu dibaling ke dinding dek kerana geram dengan berita tergempak mengarut Nur itu. Ingatkan makhluk asing ingin menjajah bumi Malaysia tercinta ini. Rupa-rupanya orang asing ingin membuat konsert.

           “ Bila nak datang stay kat rumah bonda?” soal Angah setelah licin mangkuk tingkat itu dihabiskan Angah. Bonda a.k.a Puan Maria merupakan ibu kepada Angah merangkap ibu tiri kedua Iman Afiya. Sejak ibu kandung Iman Afiya meninggal dunia, dia bergilir-gilir duduk di rumah keluarga-keluarga tirinya. Kadang-kala seminggu di rumah ummi, seminggu lagi di rumah Bonda. Memandangkan Angah anak tunggal bonda, abang-abang kandung Iman Afiya lebih selesa duduk di rumah bonda.

           “Bila papa tak ada kat rumah bonda,” jawab Iman Afiya dengan muka seposen. Angah meneguk air mineral dari botol.

           “ Afiya, berapa kali Angah nak ulang benda yang sama? Apa yang berlaku..”

           “Alamak! Dah pukul 3 petang! Kerja sekolah masih banyak belum siap,” Iman Afiya lantas memotong percakapan abang tirinya itu. Angah tersenyum. Adik tirinya itu memang selalu menukar topik apabila topik ‘sensitif’ itu menjadi perbualan.

          “Saya balik dulu. Angah pergi lah sambung kerja Angah tadi,” Iman Afiya mencapai mangkuk tingkat yang kosong, dia melambai kecil pada Angah lalu berlari keluar bangunan itu.

         Angah melepaskan keluhan lemah. Rungsing memikirkan masalah keluarga yang berlarutan sejak 4 tahun yang lalu. Adiknya itu langsung tidak mahu bertembung dengan papa mereka. Seandainya papa bermalam di rumah ummi, Iman Afiya akan balik ke rumah bonda. Begitu juga sebaliknya.

         “Tuan Danial, tadi ada seorang lelaki telefon. Dia suruh saya sampaikan pesanan kepada Tuan,” tegur Dayang sewaktu Angah ingin melangkah ke arah lif.

          “Siapa?” Kaki melangkah ke arah kaunter pula.

          “Dia tidak beritahu. Dia hanya tinggalkan pesanan,” ujar Dayang.

          “Apa pesanannya?” tanya Angah.

           “Glamis Castle Scotland,” laju Dayang melafazkan nama itu. Cey, dah berpuluh-puluh kali dia berlatih tadi sehingga hampir tergeliat lidahnya.

          Angah tersenyum mendengar nama itu. Tahulah dia siapa pemanggil misteri itu.

          “Thanks Dayang,” ucap Angah lalu melangkah pergi dengan hati ceria.

No comments:

Post a Comment