WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Wednesday 1 May 2013

A Thousand More...PROLOG


   
Kepalanya terasa berdenyut-denyut seakan-akan dicucuk bertalu-talu. Kelopak matanya berat untuk dibuka. Namun suara yang sayup-sayup kedengaran ditelinganya seolah-olah memaksanya untuk membuka mata.

         “ Afiya...” suara itu memanggil.

         “ Ummi.. Afiya dah sedar!” suara lain pula. Perlahan-lahan matanya dibuka. Namun dia mengecilkan matanya kembali apabila cahaya menyilaukan matanya.

          “Afiya,” seorang gadis bertudung tersenyum memandangnya.

          “Siapa awak semua?” soalan itu membuat 8 orang disitu hilang senyuman dan mempamer riak risau.

          “Siapa... saya dekat mana ni?”

          “Afiya,” panggil seorang wanita separuh abad.

          “Siapa awak semua?!” wanita itu kelihatan terkejut dengan pekikannya.

          “ Aakif, panggil doktor, lekas,” kata seorang wanita yang berdiri tidak jauh. Dilihatnya seorang lelaki berlari keluar dari wad.

          “ Saya kat mana ni? Saya nak balik!” dia meraung tak tentu arah. Dia tidak kenal wajah-wajah dihadapannya. Perasaan takut menyelinap ke dalam dirinya. Takut berada di tengah-tengah kelompok orang yang tidak dikenali.

           “Afiya.... ni ummi. Afiya ada kat hospital ni sayang,” pujuk wanita yang menegurnya tadi.

           “Huh? Hospital? Siapa awak semua? Siapa Afiya?” dia rasa seperti hendak menangis. fikirannya kosong. Kenapa dia tidak ingat dirinya sendiri?

            “Afiya, kami keluarga Afiya. Dan nama Afiya ialah Iman Afiya. Afiya tak ingat?” ujar wanita yang menggelar dirinya ummi. Lelaki bernama Aakif kembali bersama-sama seorang doktor perempuan.

            Doktor itu mengarah jururawat membawanya ke bilik MRI  scan untuk scan kepalanya bagi melihat kecederaan di otak.

           “ Nampaknya Afiya mengalami head trauma impak daripada kemalangan. Daripada brain scan ini menunjukkan Afiya mungkin menghidap amnesia. Dia masih boleh bercakap, cuma mungkin dia tidak ingat siapa dirinya, keluarga dan peristiwa-peristiwa sejak kecil hingga ke hari dia mengalami kemalangan. Dia perlukan masa yang lama untuk memulihkan ingatannya. Tapi saya tidak berani memberi jaminan yang kesemua memorinya akan kembali,” ujar DR. Anisa.

No comments:

Post a Comment