WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Sunday 17 March 2013

Senyuman Jannah 1


             Padang bola sepak itu penuh dengan remaja dari umur 12 tahun hingga ke 18  tahun. Coach bola sepak pula berwajah bengis dan terpekik-pekik memberi arahan kepada anak buahnya. Pemain bola sepak bersungguh-sungguh mengejar bola macam tak cukup tanah nak kejar.

            Nurul Jannah dan NurLyana berjalan ditepi padang itu. Setiap cuti sem kedua-dua sahabat itu plus Imran, kembar Yana, akan hangout sama-sama. Sama ada menyiapkan assignment atau beriadah.

            “Eii.. aku rindu o zaman sekolah dulu. Setiap petang kita praktis main bola jaring,” kata Yana sambil melemparkan pandangan ke tengah padang. Jannah tersenyum. Mereka berdua duduk di tepi padang, jauh daripada budak-budak yang sedang berlatih bermain bola sepak.

          “Time kita berlatih... Imran duduk kat tepi.. cheer untuk kita,” sambung Jannah. Yana mengangguk. Teringat sewaktu di tingkatan 5, kembarnya  itu dengan semangat bersorak untuk pasukan  mereka, siap bawak pom-pom lagi. Waktu itu Jannah dan Yana serta ahli pasukan yang lain terguling-guling mentertawakan Imran. Mana tak gelak sampai guling-guling atas rumput, Imran tu ketua pengawas merangkap kapten pasukan bola sepak sekolah. Orang terhormat sekolah pergi buat kerja gila kat tepi padang.

          Namun Jannah dan Yana tak pernah bersorak untuk Imran ketika dia bermain bola sepak. Imran tak kasi kakak kembarnya dan Jannah duduk di tepi padang. Katanya tak elok anak dara tayang diri kat tempat ramai lelaki.

          “Jannah.. cuba kau tengok mamat tu..” Yana tiba-tiba mencuit pinggang Jannah, memaksa Jannah melihat ke tengah padang.

           “Mamat mana? ramai sangat orang lelaki kat situ..” kata Jannah, padahal dia tak cuba cari pun. Malas dia nak tengok orang lelaki. Bukan malas tapi malu.

            “Tu.. mamat yang pakai baju hitam and tengah diri kat centre sambil bercekak pinggang,” jelas Yana. Jannah mengerutkan dahi. Cekak pinggang? Main bola apa kalau bercekak pinggang. Jannah tertarik untuk melihat.

               “Oh, mamat tu,” Jannah nampak seorang lelaki tinggi lampai yang di-describe-kan oleh Yana tadi.

                “Kenapa dengan dia?”

                “Hensem kan?” Jannah rasa nak slap aje muka Yana yang putih melepak itu.

                 “Kau ni.. tak baik tau usha anak teruna orang. Lagi-lagi mamat tu budak sekolah,” marah Jannah. Ingatkan benda apa lah yang mustahak sangat sampai dipaksa usha lelaki itu. Yana tersengih.

                “Ala.. sekali-sekala. Lagipun lelaki yang lebih muda daripada kita orang ni lebih hensem daripada lelaki sebaya dengan kita... kecuali Imran,” ujar Yana sempat pula memuji adik kembarnya. Yana dan Imran bukannya identical twins. Muka tak sama, jantina tak sama tapi perangai sama. Perangai suka menayang muka selamba dan cakap pun main lepas je.

                “Eh, lelaki tua daripada kita tak hensem ke?” sakat Jannah. Di universiti Yana meminati seorang senior, Abang Zack, Yana yang memandai panggil abang Zack. Sedangkan nama lelaki itu Zakaria. Yana tersipu malu.

                 “Kau ni... Jannah..” rengek Yana. Jannah menolak bahu Yana menggunakan bahunya. Gurau sikit dah blushing-blushing. Tu belum lagi kalau abang Zack depan mata. Silap hari bulan terpengsan Yana kat situ.

                 “Phewitt, anak dara,” sapa satu suara garau. Tak perlu tengok, dia sudah tahu siapa gerangan orang yang bersiul nakal itu. Jannah rasa nak tumbuk muka Imran yang tersengih menayang giginya yang tersusun cantik.

                “Tak reti bagi salam ke?” perli Yana bagi pihak Jannah. Imran tersengih lagi.  Jannah dan Yana berdiri lalu mengibas habuk atau rumput dari belakang mereka. Imran kadang-kadang boleh tahan nakalnya. Tapi dalam nakal tu Imran seorang yang sangat melindungi Yana dan Jannah.

                “Assalamualaikum anak dara yang tak sepatutnya duduk tepi padang menengok budak-budak tu main bola,” sindir Imran. Ambik kau sebiji.  Yana tersengih. Banyak kali Imran berpesan kepadanya begitu.

                   “Waalaikumussalam,” jawab Jannah tanpa menghiraukan perlian pedas Imran. Tudung bawal berwarna hitam dibetulkan supaya tak nampak senget. Jannah suka mengenakan t-shirt berlengan panjang, seluar jeans dan tudung bawal. Tu je lah uniform rasminya kalau dia tak ke kuliah atau ke surau.

          Tiba-tiba sebiji bola terkena kuat pada lengan kanan Jannah. Gadis itu hampir hilang imbangan namun sempat ditarik semula oleh Imran. Berdenyut-denyut lengannya dek kena penangan bola tadi. Siapa yang buta sampai tak nampak yang aku bukan tiang gol tapi aku ni manusia!

         “Ouch!”

            Jannah menggosok lengannya yang ditutup lengan panjang. Matanya terhenti pada seorang remaja lelaki yang memandangnya dengan muka bersalah dan mengharapkan Jannah bagi balik bola.

            Jannah mengerling bola dikakinya. Dengan kekuatan otot kaki, dia menyepak bola itu kembali pada remaja itu. Namun bola itu jauh melayang dan terkena pada kepala lelaki yang mereka usha tadi. Lelaki baju hitam itu terjatuh ke tanah. Jannah menekup mulutnya. Yana ternganga seluas-luasnya. Imran tak tahu nak buat reaksi apa, so dia pamerkan muka seposen.
           “Masha-Allah, I didn’t mean to...” Jannah rasa bersalah yang teramat. Dia melihat orang ramai berkerumun sekeliling lelaki itu. Jannah pantas berlari turun padang tatkala lelaki itu terbaring saja.

          ‘Oh God, what have I done? Aku dah bunuh anak orang,’ fikir Jannah. Yana dan Imran mengekori Jannah . Dalam hati Jannah berdoa agar lelaki itu tak tercabut fius otak atau apa-apa.

         
           Hakim memegang dahinya. Kepalanya terasa berdenyut-denyut akibat hentaman bola tadi. Nak bangun terasa pening, dia terbaring saja di situ sementara menunggu peningnya hilang. Pandangannya berpijar-pijar.

           “Hakim, kau ok ke?” tanya Farid yang bercangkung disebelahnya. Coach Luke turut bertinggung disebelahnya.

           “Hmm..” jawab Hakim. Nak kata ok, tak ok. Sebab kepalanya rasa sakit gila nak mampus. Kurang ajar punya perempuan. Kalau nak balas dendam sebab Farid sepak bola terkena lengannya, agak-agaklah. Takkan kepala aku yang innocent ni dijadikan sasaran.

            “Astaghfirullah.. I’m so sorry..” kedengaran satu suara perempuan di telinganya. Dia sebagai lelaki mempunyai ego yang tinggi. Iaitu tak nak kelihatan lemah dimata perempuan. Hakim perlahan-lahan bangun dari pembaringan. Tangan kanan memegang dahi.

           “Jannah? You rupanya,” ujar Coach Luke atau nama sebenar coach mereka ialah Luke Fahrain. Hakim membuka mata dan mengerling tiga wajah yang tidak dikenali. Matanya lebih fokus pada seraut wajah yang merisaukan dirinya. Perempuan yang bertanggungjawab membuat dia begini.

            “Er.. I’m sorry Luke. Saya tak berniat pun nak cederakan anak buah awak,” ujar gadis itu yang bernama Jannah. Kebimbangan dan riak bersalah terpamer pada wajah gadis itu.

             “Are you alright?” tanya gadis itu kepada Hakim. Hakim merenung tajam gadis itu. Soalan jenis apa tu? dah sah-sah dia yang buat aku pengsan tadi. Pengsan beberapa saat je. Tu dikira pengsan ke?

             “Are you blind? Do I look alright to you?” tengking Hakim. Gadis itu tidak tersentap, malah muka biasa je. Biasanya kalau dia tengking, mana-mana perempuan pasti terasa atau pun merajuk ke apa. Tetapi gadis ini.. boleh pulak buat dunno je.

              “I am so sorry. Really.. I didn’t mean to do that. Saya betul-betul minta maaf,” lirih gadis itu bersungguh-sungguh. Yana dan Imran jadi pemerhati saja. Watak sampingan yang tak diperlukan buat masa ini.

              “Jannah.. it’s ok. He’s fine. Lagipun you tak sengajakan,” sampuk Luke, membela gadis itu. Hakim rasa nak telan abangnya itu. Mind you, Luke Fahrain and Hakim Adrian are brothers.

             ‘What the hell?! Along ni apehal defend perempuan ni?’ tak puas hati dia dengan Luke. Tapi dilihatnya Luke seperti kenal dengan gadis yang dipanggil Jannah. Satu universiti ke? But she looks younger. Dia fikir Jannah mungkin sebaya dengannya. Sedangkan Jannah 4 tahun lebih tua daripada Hakim.


 Di rumah keluarga Jannah...

            Dinner malam itu dimeja makan sentiasa senyap. Tiada bercakap. Sejak kecil mereka adik-beradik di latih oleh Puan Diana dan Tuan Raihan untuk tidak bercakap semasa makan atau dimeja makan. Tak baik bercakap depan rezeki.

              Usai makan, Ali Sufian yang berumur 17 tahun, anak kedua dalam keluarga itu membawa pinggan kotor dan cawan kotor ke singki. Syifa’ Tihani yang berumur 15 tahun, anak bongsu, mengelap meja makan. Sementara Jannah, anak sulung, membasuh pinggan mangkuk di sinki dapur. Puan Diana dan Tuan Raihan berehat di ruang tamu.

             “Syifa’... angkat pinggan-pinggan ni letak atas kitchen counter, dah penuhlah rak ni,” pinta Jannah lembut. Rak pinggan disebelah sinki itu dah penuh, tak ada tempat untuk Jannah letak pinggan yang sudah dibasuh. Syifa’ Tihani akur.

               “Sufi.. tolong Kak Syifa’ lap pinggan-pinggan tu,” kata Jannah lagi.

               “Okey kak,” balas Sufi. Jannah tersenyum senang dengan adik-adiknya yang baik mendengar kata. Aman dunianya. Tak perlu berperang mulut setiap kali minta tolong.

                “Kakak... petang tadi daebak lah sepakan harimau malaya akak tu,” usik Syifa’ tersengih nakal. Jannah disinki mengerling adiknya. Sepakan harimau Malaya? Alamak kes petang tadi?!

                  “Syifa’ nampak ke?” tanya Jannah rasa bersalah. Entah kenapa wajah lelaki tadi asyik muncul dalam benaknya. Dah tu sekali dengan kepala benjolnya masuk dalam mindanya.

                   “Rasanya separuh pelajar sekolah menengah menyaksikan kejadian tadi. Syifa’ tabik spring kat kakak. Kelakar juga bila Syifa’ ingat balik. Ketua gangster kena hentam dengan kak longku yang lemah lembut ini,” sakat Syifa’ lalu ketawa kuat. Sufi buat pekak je, malas nak masuk campur. Jannah mengerutkan dahi.

              “Ketua gangster?” ulang Jannah, pelik. Syifa’ yang sedang mengelap pinggan mengangguk. Jannah memandang Sufi meminta kepastian. Sufi merupakan ketua pengawas di sekolah mustahil adiknya itu tidak tahu. Sufi mengangkat kening saja yang bermaksud ye.

              “Yup. Dia tu bapak segala gangster. Kat sekolah semua orang takut dengan dia. Akak nak tahu tak, kalau budak-budak kat sekolah tu nampak batang hidung dia dari jauh lagi diaorang dah cabut lari,” jelas Syifa’. Jannah tercengang mendengar. sampai macam tu sekali pengaruh mamat tu kat sekolah? Tapi aku tengok muka budak tu macam... baik je plus hensem bak kata Yana. Ye lah tengoklah abangnya. Luke Fahrain menjadi kegilaan gadis-gadis di kampus. Termasuk pensyarah pun tercair dengan Luke Fahrain.

          Tetapi Luke Fahrain baik, adiknya pula kenapa opposite of Luke Fahrain? Jannah diam sambil membasuh pinggan. Namun begitu otaknya merewang memikirkan kata-kata Syifa’.

           Biar betul gangster. Bila difikirkan balik, mamat tu ada gaya gangster sewaktu menempik Jannah. ‘Are you blind? Do I look alright to you?!’ terngiang-ngiang tempikan lelaki itu ditelinganya. Jannah tak ambil port pun. Dia dah lali kena tempik, kena herdik. Nak jadi doktor nanti banyak ragam pesakit yang perlu dia hadapi. Salah satunya ialah pesakit yang suka memarahi doktor.

             “Kakak,” panggila Sufi, menyentakkan lamunan Jannah. Dia menoleh kepada Ali yang memandangnya.

            “ Ye Sufi?” sahut Jannah. Adiknya itu memandangnya dengan muka pelik.

              “Dari tadi Sufi tengok kakak basuh cawan yang sama je. Cawan tu dah bersihkan?” tegur Sufi. Jannah terpaku, perlahan-lahan dia memandang cawan ditangannya. Wah berkilatnya cawan ni. Aiseh, mengelamun je dari tadi, kerja tak jalan. Jannah rasa malu pula dengan adiknya itu. Syifa’ pun dah pandang semacam kakak sulungnya itu. Jannah hanya tersenyum manis nak cover line.

                “Berkilat tak akak basuh?” soal Jannah, cover line. Sufi dan Syifa’ bertambah pelik. Sejak bila kakaknya terlebih rajin sampai basuh cawan sehingga berkilat? Buang tabiat ke apa.

                  “Err... dah habis mengelap ke?” Jannah mengubah topik apabila adik-adiknya itu mengesyaki sesuatu. Malu lah kalau budak dua orang ni tahu dia teringatkan adik Luke Fahrain sampai jauh mengelamun. Tak pernah-pernah dia buat kerja gila seperti itu.

                Ini Nurul Jannah, orang kata aku coldhearted and tak ada feelings for guys, padahal jantung aku ni warm aje. Feelings for guys tu... belum lagi. Lagipun prinsip hidupnya mengutamakan cinta kepada Allah, cinta yang hakiki, cinta yang tak akan menyakitkan hatinya. Kemudian cita-citanya prinsip hidup yang kedua. Selagi dia tak dapat cita-citanya selagi itulah dia tak akan mencari cinta insan bergelar lelaki.

              “Dah habis dah,’ jawab Syifa’. Jannah mengangguk.

              “Pergilah naik atas, siapkan homework,” ujar Jannah. Ali menapak keluar dari dapur. Syifa’ mengangkat pinggan yang kering dan disimpan ke dalam kabinet.

             “Syifa’...” panggil Jannah tatkala adiknya itu ingin menapak ke ruang tamu.
              “Yes akak?” Jannah teragak-agak pula hendak bersuara.

              “ Adik Luke Fahrain.. er.. budak gangster tu.. dia tingkatan berapa?” tanya Jannah. Dalam hati berdoa jangan Syifa’ fikir bukan-bukan. Aku cuma nak tahu.

                “Dia tingkatan 5. Hakim Adrian tu kan, pandai orangnya walaupun gangster. Dia dapat 8A untuk PMR, sekarang dia masuk kelas Sains tulen, sama dengan abang Sufi. Jealous Syifa’.”

                 Jannah mengangguk. Not bad.. gangster pandai.

                    “Syifa’ belajar rajin-rajin supaya Syifa’ dapat straight A’s macam bapak gangster tu.. I mean Hakim Adrian,” terlepas pula bapak gangster. Sedap nama mamat tu... Hakim Adrian.
              

No comments:

Post a Comment