WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Tuesday 19 March 2013

Senyuman Jannah 4


              Jannah menekan loceng rumah banglo itu. Awal-awal pagi dia bangun bersedia untuk bekerja.. kerja part-time ketika cuti sem. Setiap kali cuti sem Jannah menjadi tutor, mengajar tuisyen di rumah orang. Siapa yang hendak dia datang mengajar, call saja lah. Lagipun ada Syifa’ dan Sufi sebagai promoter terhandal dan terhebatnya.

              “Assalamualaikum,” laung Jannah. Dey, ada orang ke tak? Seorang wanita bertudung mungkin sebaya dengan uminya keluar. Jannah sempat membetulkan pakaiannya. Dia hanya mengenakan blaus hijau muda, seluar jeans hitam, dan tudung bawal hitam. Simple but elegant. Dan menutup aurat.

           “Waalaikumusalam. Anak Diana kan?” soal wanita itu. Jannah senyum. ‘Diana? Tu nama umi. Siapa pula mak cik ni? Kawan umi ke? Aku tak kenal pun,’ sempat Jannah bermonolog sendirian. Jannah menyalam tangan wanita itu.

            “Tak silap aunti, kamu ni Jannah kan?” wanita itu beramah. Bertambah tercengang Jannah dibuatnya. Uiks, siap tahu nama aku lagi. Siapakah mak cik? Mahu saja dia tanya begitu tapi takut mak cik ni tersentap pula.

              “Ye saya Jannah,” Jannah tersenyum manis. Awkward moment.

              “Kamu dah besar ye Jannah. Kamu tak ingat aunti ke? Dulu umi kamu selalu hantar kamu ke rumah aunti selepas balik sekolah,” ujar wanita itu. Jannah mengambil beberapa saat untuk mengingat kembali. Waktu zaman sekolah rendah dulu, umi selalu hantarnya ke rumah seorang kawan umi. Dia menumpang sementara di rumah kawan umi sehingga umi atau walid balik kerja.

                “Oh, Aunti Kal? Masha-Allah. Jannah minta maaf. Jannah tak sangka aunti Kal pindah ke sini,” ujar Jannah. Dia memeluk tubuh wanita itu yang telah dianggap seperti ibunya.  Puan Kalsom tersenyum lalu membalas pelukan.

                 “Aunti pindah dah lebih 5 tahun. Umi kamu tak bagitahu ke?” tanya Puan Kalsom. Jannah tersengih.

                  “Entahlah saya tak ingat pula.” Sudah hampir 10 tahun Jannah tidak bertemu dengan wanita itu. Kali terakhir dia menumpang di rumah Aunti Kal sewaktu dia umur 12 tahun. Ketika itu mereka sekeluarga berpindah rumah. Tak sangka keluarga Aunti Kal turut berpindah ke kawasan perumahan yang sama. Rumah Jannah tidak jauh daripada rumah Aunti Kal, dalam 3 minit drive sampai lah. Kalau berjalan kaki maybe 10 minit kot, entah dia tak pernah pula jalan kaki pergi ke rumah jiran kecuali jiran yang dekat-dekat.

               “Meh masuk. Jannah lah cikgu tuisyen yang disebut Bella dari semalam. Excited sungguh budak tu nak belajar dengan Jannah. Kenapa tak bawak Syifa’ sekali?” Jannah mengekori Puan Kalsom masuk ke dalam rumah. Bella tu kawan Syifa’? Aku tak tahu pun. Syifa’ ni pun satu, cuba lah bagi info yang detail sehabisan mungkin supaya dia tidak kelihatan canggung seperti rusa masuk kampung.

              “Syifa’ temankan umi pergi pasar,” jawab Jannah, bukan menipu tapi kebenaran.

              “Kak Jannah!” laung Bella dengan ceria. O...keyy.. this is weird for me. Jannah tetap menguntumkan senyuman manis kepada gadis berumur 15 tahun itu. Bella menyalam tangan Jannah.

          “Syifa’ tak datang sekali?” tanya Bella. Oh Tuhan, soalan yang sama lagi. Jannah senyum-senyum dan menggeleng perlahan-lahan.

            “Dia ada hal pagi ni.” Bella mengangguk faham.

           “So.. shall  we start?” soal Jannah, tak mahu membuang masa. Bella mengangguk dan menuju ke tingkat atas. Jannah mengekori gadis itu naik ke study room di tingkat atas.


         “Siapa yang datang Kal?” tanya nenek Aishah yang terlantar atas katil. tubuhnya tidak sekuat dahulu. Kini dia hanya mampu berbaring. Nak solat pun, dia hanya mampu solat di atas katil secara berbaring.

         “ Jannah, anak Diana,” jawab Puan Kalsom dengan senyuman. Dia mengemas bilik nenek Aishah supaya tidak bersepah.

           “Jannah? Jannah kecik yang Diana selalu hantar ke mari?” ulang nenek Aishah. Dia sendiri sukar nak percaya kata-kata itu. Puan Kalsom mengangguk dengan senyuman melebar.

               “Ye mak. Sekarang dia bukan kecik, dah besar dah mak. Cantik budaknya,” ujar Puan Kalsom. Dia melabuh punggung di sofa disisi katil nenek Aishah. Tangan nenek Aishah digenggam lembut.

             “Iya? Dah lama mak tak jumpa dia. Kenapa Kal tak layan dia kalau dia datang? Pergi lah..”

             “Jannah datang sebab mengajar Bella tuisyen. Dia kerja part-time je sementara cuti sem ni.” Nenek Aishah mengangguk faham.

            “Nanti bila Jannah tak habis mengajar, mak nak jumpa dia. Rindu mak kat dia,” lirih nenek Aishah. Dari dulu dia menganggap Jannah seperti cucunya. Waktu Jannah datang menumpang dirumah dulu, nenek Aishah selalu melayan Jannah. Jannah suka menjahit, suka berkebun walaupun habis semua pokok bunga hampir layu dek kerana terlebih air siraman Jannah siram.

             Tok, Tok! Pintu bilik diketuk dari luar. Puan Kalsom menoleh kepada pintu yang tidak tertutup rapat. Dia tahu siapa di pintu. Hakim. Bella sedang belajar dan Luke pula keluar jumpa kawan. Hakim saja lah yang akan mengetuk pintu itu.

              “Masuklah Hakim,” pelawa Puan Kalsom. Lelaki tinggi lampai itu menapak masuk dengan pakaian jogging. Nenek Aishah merenung wajah cucunya itu.

              “Ma.. Hakim nak pergi jogging,” beritahu Hakim. Puan Kalsom mengangguk, membenarkan. Hakim menyalam tangan mamanya dan nenek. Nenek Aishah senyum apabila Hakim menunduk mencium dahinya.

             “Hakim pergi dulu nek, ma,” ujar Hakim lalu keluar dari bilik itu. Nenek Aishah tersenyum sayu apabila Hakim menghilang.

              “Hakim tu tak tuisyen sekali ke Kal? Asyik jogging je,” kata nenek Aishah. Paun Kalsom melepaskan keluhan halus. Dia juga perasan anaknya yang sorang tu semakin malas belajar. Pergi tuisyen pun tak ada kesan baik. Sejak tingkatan 4 sehingga sekarang keputusan peperiksaan Hakim makin merosot. Perangai kat sekolah jangan cakaplah. Nama Hakim paling banyak tertera dalam buku tindakan disiplin.

                “Entahlah mak. Kal tak tahu nak tegur dia macam mana. Bila disuruh belajar, banyak saja alasannya. Kalau Furqan tahu, Kal tak boleh bayangkan apa dia akan buat pada Hakim,” luah Puan Kalsom. Tuan Furqan masih tidak tahu mengenai  ‘kemajuan’ anak kedua mereka itu. Tuan Furqan pantang kalau nama anaknya naik dalam buku disiplin. Lebih-lebih lagi kalau ada yang ‘kurang’ dalam pelajaran.

                “Lebih baik jangan beritahu. Mak tak sanggup Hakim dipukul Furqan,” lirih Nenek Aishah risau. Dulu Hakim selalu dirotan oleh Tuan Furqan kerana sikapnya yang nakal dan degil. Nenek Aishah yang tolong sapukan minyak pada kesan-kesan rotan pada tubuh Hakim.

             
            Setelah dua jam dia mengajar Bella, Jannah terasa letih mindanya. Mana tak letih, kalau Bella asyik bertanya itu, ini. Penat Jannah memerah otak, mendapatkan jawapan.

             “Bella jangan lupa buat latihan setiap hari. Kalau kita praktis setiap hari, Insha-Allah kita akan ingat dan faham apa yang kita belajar. Dan paling penting.. belajar kerana Allah, kerana hendak menegakkan agam Allah, bukan belajar kerana exam tau,” pesan Jannah. Bella mengangguk.

              “Baiklah cikgu,” jawab Bella diikuti dengan ketawa kecilnya. Jannah dan Bella keluar dari study room dan menuju ke ruang tamu bawah. Bella menarik lengan Jannah supaya duduk di sofa. Jannah terpaksa akur. Bella berlari ke dapur dan kedengaran pintu peti ais dibuka dan dihempas tutup, bunyi cawan berdenting berlaga dengan sesuatu. Beberapa saat kemudian Bella kembali ke ruang tamu sambil menatang dulang.

              “Cikgu jangan balik lagi. Minum dulu, saya nak pergi panggil mama,” ujar Bella dan sejurus itu berlari mendaki tangga. Jannah melopong sedikit. Matanya dikelipkan beberapa kali, mengusir perasaan awkward+ kagum tadi.

           Matanya melilau sekeliling ruang tamu itu. Tv plasma screen terlekat pada dinding (benda yang biasa dalam rumah orang kaya), perabot yang diimport dari luar negara dan interior design ala-ala rumah Inggeris. Mata Jannah menyapa sebuah bingkai gambar yang terletak atas almari ditepi Tv.

            Hatinya tertarik untuk melihat gambar itu. Dia bergerak ke arah almari itu. Gambar Aunti Kalsom sekeluarga. Mungkin diambil raya tahun lepas. Lelaki muka garang ni sudah tentu Uncle Furqan, sebelahnya Aunti Kal, nenek yang duduk atas wheelchair itu Nek Ecah,gadis tengah-tengah buat lambang peace mesti Bella...  lelaki sebelah Bella...Luke Fahrain?.. dan sebelah Luke Fahrain... Jannah terbuntang matanya, nafasnya seperti tidak mahu keluar dek kerana terkejut. Oh no... I remember this face, that hair and that forehead..

            “Who are you?” satu suara garau dan familiar menegurnya. Jannah rasa nak sorok bawah dapur saat itu. Dia menarik nafas dalam, dengan lafaz bismillah dan doa pelindung dibaca dalam hati sebelum dia berpaling, menghadap bapak gangster a.k.a Hakim Adrian.

No comments:

Post a Comment