WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Thursday 11 April 2013

Senyuman Jannah 16


          Jannah menutup Al-Quran dan diletak kembali ke rak di bilik Syifa’. Telekung dilipat. Jam digital Syifa’ menunjukkan pukul 7. 32 pagi. Syifa’ sudah menyambung tidurnya. Jannah kembali ke biliknya.

          Biliknya kosong. Tiada Hakim. Sticky note yang tertampal di pintu wardrobenya dibaca.

           ‘Going out. Be back later.’ ~ Hakim~

         Satu keluhan dilepaskan. Later tu maksudnya pukul berapa? Iphone 5 dicapai apabila berbunyi menandakan satu mesej masuk.

       Yana: Jom joging weyh. Aku dah naik 2 kg!!!

       Jannah terlepas gelak halus membaca mesej Yana. Naik 2 kg dah gelabah. Jannah menyarung seluar track, t-shirt lengan panjang, dan tudung bawal hitam. Satu mesej dihantar kepada Hakim.


         Badannya berpeluh setelah berjoging sekita kawasan perumahan. Bella disebelahnya memegang pinggang dengan tangan kiri. Kedua-dua adik-beradik itu termengah-mengah. Pagi tadi selesai solat Subuh, Bella mengajaknya joging. Dah lama dia tidak joging dengan adiknya itu.

         “Abang, jomlah jalan-jalan kat tasik hilangkan peluh,” ajak Bella. Hakim setuju. Mereka berdua jalan sehingga ke tasik yang berdekatan dengan kawasan perumahan itu.

         “ Bella baru tahu abang tarik diri dari Prince Taiko. Kenapa tak cerita?” soal Bella tak puas hati. Mana taknya, dia tahu perkara ini pun daripada kawan-kawannya. Itu pun setelah sebulan perkara itu berlalu.

        “Abang tak sempat jumpa Bella macam mana nak cerita?” balas Hakim dungu.

         “Hello... Encik Xperia Z ada, Mr Facebook ada, Mrs Twitter ada, Cik WhatsApp pun ada. Apa susahnya gunakan mereka sebagai ‘orang’ perantaraan untuk sampaikan cerita abang?” perli Bella siap bagi gelaran lagi kepada teknologi-teknologi terkini.

          Hakim hanya tersenyum. Memandai saja adiknya itu.

         “I’m tired of being the bad guy,” ujar Hakim perlahan. Bella terdiam. Dia tak faham apa yang dicakap abangnya sebab tu diam. Hakim sudah masak dengan perangai adiknya itu, diam tandanya tidak tahu.

          “ Abang penat nak gaduh dengan orang, abang penat mendengar cikgu-cikgu marah abang, abang penat cari pasal dengan Sufi, abang bosan bila semua orang takut dengan abang sebab abang Prince Taiko,” Hakim meluah yang terbuku dihati. Dengan Bella dia boleh kongsi masalahnya. Bella ibarat diari bergerak.

          “ That’s why you quit?”

         Hakim mengangguk.

           “I just... want to be normal. Macam siapa mamat tu?” Bella mengerutkan dahi memandang abangnya yang mencari nama orang yang dimaksudkan.

           “ Siapa?” soal Bella balik. Hailaa budak ni. Orang tanya dia tanya balik.

          “Alah budak kelas Bella yang smart tu...”

          “Budak smart?” Bella memandang langit cuba mencari wajah orang yang dimaksudkan. Macamlah muka budak tu ada kat langit.

          “Alaaa.... mamat yang Bella suka tu.. yang pelajar cemerlang whatever tu..” dengar saja ayat itu muka Bella berseri-seri. Sukalah orang yang dia suka disebut. Ceh...

          “Ohhhh... Zaquan!” tengok, laju saja. Hakim tersenyum mengejek kepada adiknya. Bella menyiku pinggang abangnya.

           “ Oh yeah, I forgot my future brother-in-law’s name. Zaquan. Hmm.... Zaquan yang hensem, bijak, baik, sopan santun, sweet.. lagi apa yang Bella pernah cakap dulu,” usik Hakim. Bella dah berona merah wajahnya disakat begitu. Malu mengingatkan dia pernah tersasul memuji Zaquan dihadapan Hakim. Entah sihir apa abangnya guna sehingga dia boleh ringan saja mendedahkan rahsia hatinya.

          “Abang niiiiii... sengaja nak kenakan orang!”

 Hakim hanya tergelak halus. Mereka berdua duduk dibangku yang menghadap tasik itu. Penat berjalan. Hakim melunjur kakinya yang panjang itu. Tangannya menyeluk poket mencari Xperia Z.

            Ada satu mesej dari nombor yang tidak dikenali. Dia membaca juga dan mengharap bukan daripada peminat kipas anginnya. Terpaku dia membaca mesej itu.

      ‘Awak, saya pergi joging dengan Yana dan Imran. Dekat tasik,’~ Jannah~

       Selama ini dia tidak tahu nombor telefon Jannah sebab itu dia tidak call. Nak minta dekat ummi atau mama malu. Nak minta kat Sufi lagi lah malu. Minta dari Bella jangan lah. Tak pasal-pasal adiknya itu mengejeknya nanti.

          Pantas dia save nombor Jannah. Xperia Z disimpan dalam poket kemudian matanya meliar sekitar tasik itu. Ramai orang tua. Humph! Hakim mendengus. Bella disebelahnya layan Blackberry.

         Tiba-tiba mata Hakim menyapa seorang gadis yang mirip dengan Jannah. Sebenarnya dia cam baju gadis itu dan memang betul itu Jannah. Jannah sedang berjalan dengan Yana dan Imran. Hakim cam kawan-kawan Jannah. Yana dan Imran yang dilihatnya dalam gambar hari itu. Jannah seronok bercerita dengan kawan-kawannya. Entah kenapa rasa aneh menyelinap masuk ke dalam hatinya apabila melihat Jannah jalan bersebelahan dengan Imran.

  ‘Cemburu ke?” suara kepalanya mengusik.

‘Tak ada maknanya!’ sangkal hati Hakim. Ceh tak ada maknanya konon. Habis tu apesal pandang dia macam nak bunuh saja?

         Bella yang mengangkat muka turut mengarah matanya memandang Jannah. Bella tersenyum-senyum menahan ketawa. Kelakar menengok abangnya cemburu. Siap menggenggam penumbuk lagi Hakim ni. Rasanya boleh tertembus kepala Imran dek kerana panahan mata lightsaber Hakim.
       

         “ Aku tak tahu sama ada korang perasan atau tak, Luke Fahrain berkelakuan pelik sejak dia naik darjat jadi abang ipar kau,” luah Yana.  Jannah dan Imran mencebik menyampah.

         “Naik darjat kepala hotak hang! Ingat ni drama dua darjat ke apa?” balun Imran. Yana menarik muncung kepalanya ditempeleng kembarnya. Jannah hanya tersenyum membiarkan kembar itu.

          “Sakitlah!” Yana memegang belakang kepalanya. Sesuka hati dia je tempeleng kepala anak orang. Huh!

           “Aku perasan jugak Luke acting a bit weird,” setuju Jannah.

           “Aku pon. Asal mana kau pergi saja, mesti ada dia,” rungut Yana. Jannah senyap.

          “Entah-entah...dia tertangkap lentok dengan kau tidak!” Yana separuh menjerit sambil kedua-dua tangan memegang pipi.
ZOOM! Seorang budak lelaki remaja yang bermain skateboard meluncur laju antara Jannah dan Imran. Imran jatuh terlentang. Jannah berpusing-pusing sebelum terduduk dilantai.

         “WOI budak!! Kau turun dari kayangan bala segala alam ke hah?! Tak ada tempat lain ke kau nak main benda bala tu?” tempik Yana kepada budak skateboard itu. Budak skateboard itu memandang Yana dengan mata bulat mungkin kerana terkejut gadis secomel Yana melalak tak tentu pasal.

        Imran bangun dan memalingkan tubuh Yana lalu dia mengisyarat kepada budak skateboard itu suruh pergi. Budak skateboard itu mengangguk dan pantas meluncur jauh. Yana mendengus geram tak puas hati. Orang lain yang kena langgar, dia pula yang kena angin bala.

        “Chill la bro,” ujar Imran menenangkan kakak kembarnya itu.

       “Jannah, kenapa?” Imran bertanya setelah melihat Jannah masih terduduk di lantai dengan wajah cemberut. Marah Yana hilang terus melihat kawannya itu. Kedua-dua bercangkung dihadapan Jannah.

         “Kaki aku... terseliuh,” gumam Jannah. Dia terseliuh sewaktu membuat super pusingan sebelum terjatuh tadi. Jannah menggerakkan kaki kanannya perlahan-lahan namun kesakitan menjalar ke seluruh kakinya.

        “Kenapa ni?” tegur satu suara. Ketiga-tiga sahabat itu mendongak memandang gerangan yang menegur. Berderau darah Jannah. Lidahnya terkelu.


No comments:

Post a Comment