WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Wednesday 8 May 2013

A Thousand More...7


Hilal Afrie menguap dengan mulut terbuka luas. Matanya terkebil-kebil menahan ngantuk. Semalam pukul 3 pagi baru dia dapat melelapkan matanya kerana dia masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan masa Malaysia. Padahal baru 5 bulan merantau ke negara orang.

        “Alang jomlah temankan orang,” ajak Iman Afiya yang menyerbu masuk ke dalam bilik Salman. Alang dan Angah menumpang bilik Salman sementara sebelum mereka berdua pulang ke rumah bonda. Salman dan Angah yang tidur tanpa berbaju terus menarik selimut hingga ke dagu tatkala Iman Afiya sesedap hati saja masuk bilik anak teruna.

           “Afiya!!” marah Angah dan Salman. Iman Afiya buat tidak kisah. Dia menarik lengan Alang yang masih berkabung dalam selimut di lantai. Inilah perangai buruk abangnya. Suka tidur selepas Subuh.

             “ Jomlah,” ajak Iman Afiya menarik-narik lengan Alang, memaksa abangnya itu bangun.

             “Afiya Alang letihlah. Semalam Alang tak boleh nak tidur,” rengek Alang meminta simpati adiknya. Iman Afiya berhati batu lalu mencebik.

              “ Kalau dah tahu tak boleh tidur, ambil air wudhu’ baca Al-Quran. Bukannya bantai main PSP. Memanglah lambat mata nak lelap kalau dah syok main. Baca Al-Quran boleh dapat pahala. Kak Wiyah kata, orang yang beribadat, syaitan banyak kacau supaya kita rasa ngantuk. Lagi banyak Alang baca Al-Quran, lagi banyak syaitan cuba buat kita rasa ngantuk. Kecuali orang yang betul-betul hatinya cintakan Allah, bagi orang yang bertaqwa seperti wali Allah, para ulama, para nabi dan para Rasul, mereka semua makin kuat beribadat, makin lazat mereka rasakan ibadat mereka. Ibadat merupakan makanan kepada roh mereka. Kita juga boleh jadi seperti mereka. Kita kena banyak beribadat dan lawan bala tentera syaitan dan geng seangkatan dengannya. Kak Wiyah pesan, kalau ketika sedang beribadat kita rasa malas atau letih...” Iman Afiya diam, sengaja ingin melihat sama ada abangnya dengar atau sudah tidur dengan mata terbuka.

             “Apa maknanya kalau kita rasa macam tu?” tanya Alang ingin tahu. Iman Afiya tersenyum. Dia melabuhkan punggung dilantai.

             “Maknanya iman kita lemah. Untuk meningkatkan iman kita, pertamanya ialah kita kena belajar dahulu ilmu fardhu ain iaitu ilmu tauhid, feqah dan akhlak. Ilmu tauhid membetulkan akidah kita. Sebab itu kita kena belajar sifat 20 Allah untuk mengenali Allah. Ilmu feqah membetulkan ibadat kita. Kita kena tahu hukum-hakam ibadat kita. Orang yang beramal tanpa ilmu, amalannya tidak diterima oleh Allah. Ilmu akhlak pula memperelokkan akhlak dan hati kita. Kita perlu belajar sifat mazmumah dan sifat mahmudah. Barulah kita dapat merasai nikmat kemanisan ibadat,” terang Iman Afiya panjang lebar. Alang terdiam. Sejak kebelakangan ini dia memang rasa malas untuk beribadat tapi dilakukan jua dalam keadaan malas.

               “Terima kasih Fiya,” ucap Alang sambil tersenyum kepada adiknya itu. Iman Afiya menepuk lembut bahu abangnya.

               “Pergilah mandi, patutlah dari tadi bau kambing,” kutuk Iman Afiya tidak semena. Alang membaling sebiji bantal ke arah Iman Afiya yang berlari keluar dari bilik anak teruna.



Sebuah rumah yang kecil, comel dan cantik itu dihiasi dengan taman bunga dihalaman rumah. Terdapat sebuah pokok yang besar, kukuh dan rendang di tepi halaman rumah. Sesiapa yang memandang rumah itu pasti terasa sejuk dan tenang hati.

          “ Ini ke rumah anak yatim Taman Raudhah?” soal Alang. Lelaki itu hanya berpakaian baju t-shirt putih, seluar jeans lusuh warnanya, topi dan cermin mata hitam bagi melindungi identiti sebenarnya.

         Iman Afiya mengangguk mengiyakan.

          “Jom, Afiya perkenalkan Alang dengan Mama Wani dan Ibu Qia. Budak-budak tu pun tak sabar nak jumpa superstar,” ujar Iman Afiya lalu melangkah masuk ke dalam rumah itu.

          “Assalamualaikum,” Iman Afiya memberi salam. Ruang tamu Taman Raudhah sunyi.

          “Mana semua orang?” soal Alang sambil menggaru keningnya. Iman Afiya turut tertanya-tanya.

          “Hari ni hari Sabtu, selalunya mereka semua akan berada di ruang tamu menyiapkan kerja sekolah. Marilah kita jenguk ke dapur,” putus Iman Afiya. Benar telahan Iman Afiya, dua orang wanita separuh abad sedang berbual didapur.

         “Assalamualaikum Mama Wani, Ibu Qia.” Dua orang wanita itu menoleh lalu tersenyum manis.

          “Waalaikumussalam Iman Afiya. Ibu minta maaflah, leka berbual sampai tak sedar kamu sampai,” ujar Ibu Qia. Iman Afiya menyalam tangan Ibu Qia dan Mama Wani.

         “Tak apa Ibu. Saya tak kisah,” kata Iman Afiya. Mata Ibu Qia dan Mama Wani melurut kepada Alang dibelakang Iman Afiya.

          “Siapa ni Iman Afiya?” tanya Mama Wani lembut.

          “ Ini abang kandung saya, Hilal Afrie,” Iman Afiya memperkenalkan abangnya. Alang menanggalkan topi dan kaca mata hitamnya. Lelaki itu senyum dan menunduk sedikit tanda hormat.

          “Assalamualaikum Mama Wani, Ibu Qia. Panggil saya Afrie saja tak perlu Hilal Afrie, bukan macam adik saya ni, nak juga disebut nama penuhnya,” ujar Alang. Wanita itu menjawab salamnya. Kedua-dua wanita itu tergelak kecil. Iman Afiya menarik muncung lalu menyiku pinggang abangnya. Alang hanya tersengih.

          “ Mana budak-budak semua pergi? Sunyi saja rumah,” soal Iman Afiya. Mama Wani bangun dari kerusi lalu membuka kabinet atas. Satu tin serbuk milo dikeluarkan.

            “Mereka keluar pergi pantai. Katanya bosan duduk rumah pada hari yang sesuai untuk ke pantai,” terang Mama Wani. Iman Afiya tersenyum. Dia tahu milik siapa ayat itu. Siapa lagi kalau bukan Iman Afiya. Sesuka hati saja budak-budak itu ambil ayat kegemarannya.

           “Siapa yang bawa mereka ke sana?” tanya Iman Afiya. Jarak antara pantai dengan kawasan perumahan mereka tidak jauh, hanya lima minit berjalan kaki sahaja. Namun keselamatan anak-anak yatim itu yang dirisau.

          “Hani. Jangan risaulah bukan Hani saja, sepupunya pun ikut sekali. Mama dah pesan untuk jaga budak-budak itu seperti menjaga nyawa sendiri,” ujar Mama Wani yang membancuh milo dan menghidangkan biskut chipsmore. Biskut kegemaran Iman Afiya.

           “Meh, jemput minum Iman Afiya, Alang,” pelawa Mama Wani. Iman Afiya diam tidak lagi menyoal. Hani merupakan anak saudara Mama Wani yang selalu berkunjung ke rumah Taman Raudhah ini. Jika Hani yang jaga anak-anak yatim itu, Iman Afiya berasa lega. Dia percayakan Hani yang tua lima tahun darinya.

           “Alang tak ada penggambaran ke hari ni?” tanya Ibu Qia. Alang terkejut dengan soalan itu. Pasti kerja adik aku ni yang menyebarkan berita superstar sudah pulan ke tanah air.

             “Tak ada Ibu. Cuti. Esok baru ada,” jawab alang dengan sopan.

             “Seronoklah nanti budak-budak tu dapat jumpa dengan abang superstar ni,” sakat Ibu Qia. Alang tersipu-sipu malu. Tiba-tiba saja Iman Afiya bantai keawa kuat melihat abangnya macam perempuan nak malu-malu.

           “Ouch!” ketawa Iman Afiya berhenti serta-merta apabila Alang menendang kakinya bawah meja. Alang menjegilkan matanya tanda jangan-gelakkan-orang-sesuka-hati.

            Seketika kemudian kedengaran keriuhan dihadapan rumah. Suara budak-budak ketawa seronok dan bercakap. Iman Afiya tersenyum lebar. Anak-anak yatim di Taman Raudhah sudah dianggap seperti adik-beradiknya sendiri.

             “Tu mereka semua dah balik. Amboi! Seronoknya pergi main pantai,” tegur Ibu Qia kepada Nurain dan Wahida masuk dapur dengan wajah hitam legam. Sunburn!

              “Hitamnya muka kamu semua!” Iman Afiya hampir terjerit.

               “Kak Iman Afiya!” teriak budak-budak itu suka melihat Iman Afiya. Budak-budak yang lain menyerbu dapur apabila terdengar sebaris nama itu. Kanak-kanak perempuan bersalaman dengan Iman Afiya.

              “Bila Kak Iman Afiya sampai?”

              “Nak ajak kami main pantai lagi ke?”

               “Siapa abang hensem tu?” bertalu-talu soalan yang dilontarkan oleh anak-anak yatim itu. Sesak nafas Iman Afiya, terasa seperti selebriti sesaat. Ceh..hehe.

             “Kamu semua ni...kesian kak Iman Afiya kamu tu. Bagilah ruang kepadanya,” tegur Ibu Qia lembut.

            “Maaf, hehehe,” Nurain tersengih.

             “Kak Iman Afiya, siapa abang tu?” tanya Asyikin yang berumur 8 tahun itu. Iman Afiya menggamit Alang untuk mendekatinya.

             “Inilah abang superstar yang akak cerita tu. Abang Afrie!” Iman Afiya kata dengan ceria.

             “Wah!! Tak sangka kita dapat jumpa dengan abang superstar hari ni,” ujar Syahmi yang berumur 6 tahun. Syahmi berjabat tangan dengan Alang. Kemudian budak-budak lelaki yang lain turut ingin bersalaman dengan Alang.

             “ Abang Afrie mesti pandai menyanyikan?” tanya Qayyum. Alang tersengih. Dah nama pon superstar sudah tentulah reti menyanyi.

             “Bolehlah sikit-sikit,” jawab Alang rendah diri.

             “Nyanyikanlah untuk kami,” pinta Basyirah siap melompat kecil.

             “Yes, sing for us!” serentak budak-budak itu berkata. Ceh siap berspeaking lagi. Mana tak speakingnya jika ayat itu yang diajar oleh Iman Afiya seminggu yang lalu. Alang tergamam seketika. Tersepit antara menunaikan permintaan anak-anak itu atau pun larikan diri. Dia segan nak menyanyi depan budak-budak. Hehe.. nanti tak semena-mena dia dikutuk depan-depan. Budak-budak kan suka cakap ikut sesuka hati seperti Iman Afiya.

             “Kenapa meriah sangat kat dapur ni,” muncul Hani yang manis bertudung. Iman Afiya mendongak dengan senyuman. Namun senyumannya mati. Disebelah Hani  seorang lelaki yang berbaju kelabu lengan panjang dan berseluar pendek paras bawah lutut. Iman Afiya terpaku seperti ternampak hantu saja lagaknya. Nazrul Hakimi juga begitu.

             “ Eh Iman Afiya. Bila sampai?” tegur Hani tanpa menyedari dua orang insan yang sedang berasa kekok. Mana tidaknya. Iman Afiya sedang berhadapan dengan orang yang ditumbuknya atas sebab tak ada adab. Nazrul pula berhadapan dengan penyebab pipinya lebam.

            “Err... baru saja kak,” jawab Iman Afiya seperti penjenayah yang didapati bersalah.

             “Siapa ni?” Hani mengerutkan dahi kepada Alang yang berdiri tegak. Dahlah tinggi lampai, bertambah tinggilah  begitu.

             “Afrie, abang Iman Afiya,” Alang memperkenalkan diri apabila Iman Afiya hanya senyap seperti mengelamun. Alang mengerling adiknya yang hilang seri pada wajahnya.


            
          Iman Afiya dan Alang menghabiskan masa sepanjang hari di rumah Taman Raudhah bersama-sama anak-anak yatim itu. Seronok budak-budak itu apabila Alang menyanyi untuk mereka. Hani dan Nazrul turut menyertai mereka.

          Baru Iman Afiya tahu Nazrul Hakimi anak kepada Mama Wani merangkap sepupu Hani. Namun ada sesuatu yang mengganggu benak Iman Afiya. Cara Mama Wani melayan Nazrul seperti Nazrul Hakimi adalah dua orang yang berlainan. Ada Nazrul , ada Hakimi. Mama Wani menganggap Nazrul dan Hakimi kedua-duanya anaknya.

         “Hakimi nanti kamu pergi pasar beli lauk dengan Nazrul ye?” Mama Wani bercakap dengan Nazrul Hakimi. Lelaki itu mengangguk.

          “Baik mama.”

          “Mana Nazrul? Dari tadi mama tak nampak batang hidungnya pun,” ujar Mama Wani. Iman Afiya yang mendengar disebalik dapur tercengang. Tak nampak Nazrul? Habis tu yang tercegat depan Mama Wani itu siapa? Iman Afiya mengintai sedikit ke arah ruang tamu. Kelihatan Nazrul Hakimi menuju ke dapur. Sepantas kilat Iman Afiya duduk di meja dapur dan meramas bawang-bawang yang berada di dalam besen.

          Hani memandang Iman Afiya pelik seolah-olah berkata ‘Kenapa kamu meramas-ramas bawang itu?’ Iman Afiya tersengih sahaja. Nazrul Hakimi masuk ke ruang dapur. Kedua-dua gadis itu menoleh. Lelaki itu menguntumkan senyuman sebelum keluar balik ke ruang tamu. Iman Afiya pantas menjenguk semula ke ruang tamu.

         “Ye mama, Hakimi kata mama panggil Nazrul,” Nazrul Hakimi tersenyum kepada mamanya. Iman Afiya rasa kepalanya yang elok tadi tiba-tiba ada kutu kerana kerap dia menggaru kepalanya. Dia yakin hanya ada seorang Nazrul Hakimi. Tiada Nazrul saja. Tiada Hakimi saja. Tetapi hanya ada Nazrul Hakimi.

           “Sedaplah suara abang Afrie,” puji Firas, menyentakkan Iman Afiya dari lamunan. Dia menjeling Nazrul Hakimi yang duduk bersandaran dipokok yang tidak jauh dari tempat mereka berkumpul.

           ‘Aku yakin Nazrul Hakimi tidak ada kembar seiras. Hanya ada dia saja. Tetapi kenapa dengan Mama Wani?Hmmm perkara ini perlu disiasat,’ detik hati Iman Afiya.

          “Muka abang Afrie macam muka orang Jepunlah, abang Afrie orang Jepun ke? Muka kak Iman Afiya pun macam Jepun.” Iman Afiya tersenyap . Alang mengerling Iman Afiya yang menunduk pandang rumput. Mereka berkumpul dibawah pokok yang rendang.

              “Arwah ibu kami orang Jepun,” jawab Alang perlahan.

            “ Mesti ibu Kak Iman Afiya cantikkan?” Nurain tanya Iman Afiya. Gadis itu hanya mampu merenung sayu anak mata Nurain. Mulutnya terkunci. Semua menantikan jawapan daripada Iman Afiya. Alang yang menyedari kelakuan adiknya itu  pantas menjawab bagi pihak adiknya.

              “Cantik.”

              “Nak abang nyanyikan satu lagu tak?” Alang cuba menceriakan kembali suasana. Dia mula menyanyi lagu Opick Alhamdulillah.

            Iman Afiya rasa seperti dihempap hatinya. Berat dan sakit. Setiap kali soal arwah ibunya dibangkitkan pasti dia akan rasa begitu. Dia sendiri tidak faham. Sejak kemalangan yang berlaku 4 tahun yang lalu, semua memorinya hilang. Namun dia jumpa semula memori-memori itu. Hanya satu saja memori yang tidak pernah kembali. Memori yang berkaitan dengan arwah ibunya. Dia langsung tidak ingat bagaimana ibunya, siapa ibunya, segala kenangan dengan ibunya hilang begitu sahaja.

         ‘Ya Allah kenapa aku tak ingat langsung ibuku? Kenapa kau ambil memori-memori itu dari aku? Memori itu sajalah tinggalan arwah ibu yang aku ada,’ setitis air mata mengalir di pipi. Pantas Iman Afiya menyeka air matanya lalu dia bangun dan masuk ke dalam rumah.

         Nazrul menghantar kelibat gadis itu berjalan masuk ke dalam rumah dengan pandangan kosong. Dia nampak Iman Afiya menangis. rasa-rasanya Syakir percaya atau tidak sekiranya dia beritahu gadis brutal anti lelaki itu menangis. Takkan percaya Syakir. Hehe...
         

No comments:

Post a Comment