WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Thursday 11 April 2013

Senyuman Jannah 15


          Jannah merehatkan kepalanya di atas meja berbantalkan lengannya. Dia berasa tidak semangat saja hari ini. Sambil-sambil itu jarinya menolak pelrahan pen yang berguling di permukaan meja library itu. Sebulan tidak berjumpa mahupun bercakap dengan Hakim, dia terasa bersalah. Rasa berdosa. Walaupun dia mengikuti perkembangan suaminya daripada ummi atau mama. Tak pun Syifa’ tukang kaki report.

          “ Kakak.. nak tahu tak, petang tadi waktu Syifa’ balik dari kelas tambahan, abang Sufi dan abang Hakim kemas bilik,” beritahu Syifa’ yang menelefonnya minggu lepas.

           “ Oh yeah? Dia orang tak bergaduh ke?” tanya Jannah pelik. Setahunya Hakim dan Sufi memang tidak sebulu. Ketua pengawas Vs Ketua gangster. Tiba-tiba dia terbayangkan Hakim dan Sufi bergaduh sehingga terbakar biliknya. Wajah Jannah pucat serta-merta.

          “ Tak ada. Elok saja Syifa’ tengok tadi. Bilik kakak kemas, kakak jangan risau,” ujar Syifa’ menghilangkan imaginasi Jannah yang merepek. Jannah mengangguk. Hujung bibir digigit.

            “Err... Syifa’,” Yisy, apasal tergagap pula ni?

            “Apa dia kak?” Jannah menghela nafas panjang.

             “Abang Hakim ada selalu balik lambat tak? Atau keluar malam? Atau dia buat sesuatu pelik pada pendapat Syifa’ lah,” tanya Jannah. Keluar jua akhirnya persoalan yang mengganggu benaknya.

             “Tak ada. Dia balik sekolah waktu sekolah tamat lah. Keluar malam tak ada, selalunya dia memerap dalam bilik. Tapi yang Syifa’ pelik kan, abang Hakim selalu swimming waktu malam. Pelik tahu tak, dah lah sejuk. Berendam lagi dalam swimming pool tu.”

              “Hah?!” hampir melayang nyawa Jannah mendengar aduan adiknya itu. Kau dah gila ke Hakim Adrian, dah tahu badan tak tahan sejuk, swimming malam-malam kenapa?! Mahu saja dia telefon Hakim dan maki hamun lelaki itu. Cakap senanglah, nak telefon tu... susah sikit. Malu...

              “ Yang tu tak lah pelik sangat. Ada satu lagi yang buat Syifa’ pelik tahap  berkutu dah kepala Syifa’, abang Hakim kira bintang,” tambah Syifa’ dengan nada suara orang stress. Mungkin stress melihat abang iparnya buat kerja orang gila.

               “Kira bintang?”ulang Jannah dengan dahi berkerut. Kemudian dia teringat petua menghilangkan rasa bosannya kepada Hakim.

            Jannah tersenyum, menahan gelak. Tak sangka lelaki itu benar-benar mengikut petuanya yang dia sendiri tidak pernah cuba. Agak-agaknya mamat tu kira bulu kaki ke tak? Hahaha...

            “Tersenyum ingat buah hati ke?” tegur satu suara garau separuh berbisik. Jannah tersentak dari lamunannya lantas mengangkat kepala dari meja. Luke Fahrain duduk di hadapannya sambil mengukir senyuman.

             “Hai,” ujar Luke Fahrain. Jannah teragak—agak hendak membalas. Dia hanya mengangguk sekali. Sejak kebelakangan ini, Luke Fahrain kerap menegurnya di kampus. Kadang-kadang Luke Fahrain tiba-tiba muncul di kafeteria dan menemannya makan. Jannah dah risau. Dia takut sekiranya orang salah anggap. Paling menggerunkannya apabila terbayang dirinya diserang oleh peminat fanatik Luke Fahrain  yang tak cukup kipas angin nak dikipas.

             “ Awak tak ada kelas ke?” tanya Jannah berbisik. Luke Fahrain bersandar pada kerusi menayang muka selamba.

             “Ada.” Tangan Luke Fahrain selamba menarik buku Jannah mendekatinya.

             “ Habis tu kenapa awak tersesat sehingga ke library? Perlukah  saya lakarkan peta jalan ke kelas awak?” perli Jannah. Luke Fahrain tersenyum lagi. Daripada bersandar, lelaki itu menongkat dagu dengan tangan kanannya sambil mata menatap wajah Jannah.

               “ Saya nak jumpa awak, salah?” jawab Luke Fahrain. Jannah rasa nak hempuk laju-laju  kepala Luke Fahrain dengan bukunya yang tebal 2 inci itu. Memanglah salah! Adakah lelaki ini tidak sedar bahawa dia bersuami? Dan suaminya itu adik kepada Luke Fahrain? Dia rasa Luke Fahrain sudah tercabut fius otak. Selama ini tak pernah-pernah Luke Fahrain rajin menegurnya di universiti, mengigau apa tiba-tiba terlebih mesra nak berjumpa adik iparnya yang comel ini?

            “Ada apa awak nak jumpa saya?” tanya Jannah acuh tak acuh. Dia menarik semula bukunya dari Luke Fahrain.

            “Teman saya makan,” pada saat itu Jannah rasa nak buat smackdown kat Luke Fahrain. Rasa nak banting badan Luke Fahrain ke tanah biar lelaki itu tidak dapat bangun semula.

            “ Awak tak ada kawan ke nak diajak teman makan?”

            “Dia orang semua dalam kelas.”

            “Then pergi lah masuk kelas dan tunggu sehingga kelas habis baru awak makan dengan mereka.”

            “ Tak nak. Saya lapar. Kalau saya lapar saya tak boleh tumpukan perhatian,” Luke Fahrain membuat muka kesian. Hampir saja Jannah menampar muka lelaki itu. Mentang-mentanglah muka kacak, ingat dia senang cair ke? Sorry lah dalam hati ini hanya ada satu nama saja...erk...

            “Huh! Awak ni perangai sama saja macam Hakim. Asal lapar, cari makanan. Benda lain diketepikan,” rungut Jannah. Wajah Luke Fahrain tiba-tiba berubah riak. Tiada senyuman menggoda hanya renungan tajam. Jannah berlagak biasa.

           Luke Fahrain rasa bengang apabila nama adiknya disebut. Setiap kali dia bersama-sama Jannah pasti nama Hakim disebut. Memang tak sah kalau Hakim tidak diselitkan. Dia rasa seperti kalah dengan adiknya sendiri sedangkan dia tahu Jannah milik Hakim. Dia dapat rasa Jannah cuba mengelakkan diri darinya. Seolah-olah Jannah sudah membina satu tembok berpagar besi yang menghalangnya mendekati hati gadis itu.

           “ Yelah saya temankan awak makan. Tak perlu pandang saya macam nak telan saya. Saya bukan makanan,” kata Jannah tidak memahami renungan tajam lelaki itu. Dia mengemas buku-bukunya dan berdiri.

            “Otot awak dah kejung ke? Atau awak terlalu lapar sehingga tidak cukup tenaga untuk berdiri?”  tanya Jannah melihat Luke Fahrain masih duduk. Dilihatnya Luke Fahrain menghela nafas lalu meraup wajah.

          “Jom,” Luke Fahrain tiba-tiba tersenyum manis sambil berdiri. Jannah mengangkat kening seolah-olah bertanya, dah kena sampuk hantu senyum?

         Tanpa mengendahkan Luke Fahrain yang tidak berapa betul itu, dia mengorak langkah keluar dari library dan menuju ke kafeteria. Luke Fahrain mengekorinya dari belakang.


          Jubah hitam disarung ke badannya dan tudung labuh berwarna pink lembut disarung ke kepala. Kemudian dia bergegas mencapai Iphone 5 dan berlari keluar dari hostel. Panggilan daripada ummi benar-benar membuatnya terkejut.

        “ Jannah, ummi menggangu ke?” suara ummi kedengaran perlahan.

        “Taklah ummi. Ummi tak mengganggu pun.”

        “Erm.. Jannah balik malam ni ye,” pinta ummi.

         “Kenapa ummi? Ada apa-apa yang berlaku?” Jannah dah mula tak sedap hati.

        “ Nek Ecah dah tak ada Jannah..”  Jannah rasa sebak bertandang ke dada. Air matanya bergenang.

         “Jannah... Jannah balik ye sayang?”

         Jannah menyandar kepala di cermin kereta Imran. Suasana dalam kereta senyap, masing-masing melayan fikiran sendiri. Luke Imran mengerling Jannah yang duduk di belakang bersama-sama Yana. Gadis itu termenung ke luar tingkap.

        Yana membiarkan Jannah melayan perasaan. Dia tahu Jannah memerlukan ruang. Jannah rapat dengan Nenek Aishah. Setiap malam selepas menelefon ummi, Jannah akan menelefon Nenek Aishah. Banyak cerita yang dikongsi. Tengiang-ngiang di telinga Jannah gelak ketawa halus nenek Aishah beberapa hari lepas.

            Setelah seminggu pemergian nenek Aishah, keadaan kembali seperti biasa. Cuma semua terasa kehilangan nenek Aishah. Yang paling merasai pemergian nenek ialah Hakim. Sewaktu nenek Aishah pergi, Jannah langsung tidak melihat Hakim nangis. Wajah Hakim kelihatan biasa tetapi hakikatnya dia menangis dalam hati.

           Selama seminggu Jannah berulang alik dari rumah ke universiti. Dan selama itu jugalah dia melihat Hakim kerap termenung. Bercakap pun tidak. Apabila ditanya hendak makan, lelaki itu akan menggeleng atau diam. Jannah tidak banyak soal. Dia faham perasaan Hakim. Ketika arwah neneknya pergi, Jannah turut begitu.

           Mata Jannah terkebil-kebil menatap siling biliknya yang gelap. Entah kenapa malam ini matanya berdegil tak mahu lelap. Ambil wudhu sudah, solat sunat witr dan taubat sebelum tidur sudah, baca surah al-mulk sudah, baca zikir sudah, baca surah empat Qul sudah, apa lagi dia terlupa buat?

         Jannah mengiring ke kanan pula. Saat itu, dalam kesamaran cahaya bulan, dia nampak Hakim duduk dibirai katil. Jannah diamkan diri memandang lelaki itu. Hakim ni mengigau ke apa? Dia lapar ke? Jam digital dimeja study  Jannah menunjukkan sudah pukul 1 pagi.

         ‘Ahh.. biarlah dia,’ detik hati Jannah. Dia memejamkan mata. Kemudian matanya terus terbuka tatkala terdengar bunyi esakan halus yang ditahan-tahan. Dia memandang Hakim lagi yang menunduk memandang lantai. Hakim menekup muka. Jannah bangun dari pembaringannya dan mendekati Hakim.

         “Hakim?” Jannah panggil lembut.

        Hakim diam. Jannah menghela nafas dalam lalu duduk dibirai katil sebelah Hakim. Jannah menelan air liur. Tangannya teragak-agak hendak menyentuh bahu Hakim. Dia memberanikan diri menyentuh bahu Hakim. Tangan satu lagi menarik tangan Hakim dari wajah. Hakim tidak menepis.

          Jannah diam tidak berkata apa-apa. Dia tidak nampak wajah Hakim dalam gelap namun dia dapat rasa Hakim memandangnya.  Perlahan-lahan Hakim menghampirinya. Jannah terkaku apabila dipeluk oleh Hakim. Gila, first time kena peluk dengan lelaki. Rentak jantungnya laju. Perlahan-lahan Jannah mengusap belakang Hakim. Dia membiarkan Hakim menangis di bahunya.

          
           Hakim terjaga dari tidur tatkala kedengaran azan Subuh berkumandang. Matanya digosok perlahan. Dia memandang kiri kanan. Semalam dia ingat dia menangis dibahu Jannah dan kemungkinan dia terlelap di bahu Jannah. Dia bangun dari pembaringan.

          Tubuh Jannah terbaring dilantai beralaskan comforter. Mungkin lepas dia terlelap semalam, Jannah kembali tidur dilantai. Dia merenung Jannah yang masih tidur untuk beberapa saat. Kemudian Hakim bangun dan menuju ke bilik air. Selepas dia selesai membersihkan diri, Jannah tiada di tempat tidur. Comforter yang digunakan oleh Jannah sudah dikemas begitu juga dengan katil.

        Dia tahu Jannah berada di bilik Syifa’. Sudah menjadi kebiasaan Jannah mandi dan menukar baju di bilik adiknya.  Lantas Hakim menyarung baju dan membentang sejadah untuk menunaikan solat Subuh.

No comments:

Post a Comment