WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Thursday 25 April 2013

Senyuman Jannah 19

       Ramadhan tiba dan berlalu dengan pantas. Mana tak, jika kerjanya siang malam adalah belajar. Jannah turut kelihatan sibuk dengan assignment dan membuat persiapan bagi menghadapi final exam.

      Hakim Adrian merehatkan kepalanya atas meja sambil memandang ke luar tingkap kelas. Kelas hari ini senyap dan tidak ramai yang datang ke sekolah. Mungkin masih mood raya atau pun sedang mengulangkaji pelajaran di rumah.

      Ini satu masalah yang dia tidak faham, semakin dekat dengan tarikh SPM, semakin ramai pula yang liat ke sekolah. Nanti pada tarikh SPM baru berduyun-duyun datang menyerbu cikgu-cikgu dengan soalan yang berkenaan dengan topik yang tidak difahami.

      “Kau kenapa? Mabuk?” tegur Sufi yang baru masuk ke kelas setelah tamat bertugas. Hubungan mereka bertukar dari musuh yang pantang bersua muka kepada kawan baik yang pantang berjauhan merangkap ipar –duai.

       Hakim mengeluh halus. Ini lah kawan. Asal nampak orang tak bermaya saja dia kata kita mabuk. Dia malas nak bertekak dengan Sufi. Nanti dia juga yang sakit hati. Sufi ni bukannya reti nak mengalah. Adik dengan kakak sama saja perangai. Suka menjawab.

         “ Cikgu tak masuk kelas ke hari ni?” Hakim tertanya. Otaknya sudah tepu sejak pagi tadi buat latihan. Terutama latihan fiziks. Penat dia memerah otak mencari jawapan. Kalau cikgu masuk sekurang-kurangnya tenang sedikit otaknya. Dengar saja apa yang cikgu cakap.

        “Entah. Kau tanya aku kenapa? Aku bukan ketua kelas tapi ketua pengawas,” balas Sufi yang sedang mencongak nombor-nombor bagi soalan matematik tambahan. Hakim menjeling ketua pengawas itu.

         “Aku tahu lah kau ketua pengawas. Tadi kau keluar kelas kau tak pergi check ke bilik guru?” bidas Hakim. Tak mahu mengalah.

         “ Aku bukan cikgu so buat apa nak ke sana.” Jawapan Sufi boleh membuatnya kena tekanan darah tinggi dek kerana Sufi yang terlebih garam ni. Hakim malas nak layan orang yang terlebih ragam seperti Sufi.

         Dia memandang sekeliling kelas yang hanya ada 17 orang di dalamnya. Tak sampai separuh kelas yang datang! Haisy.

         “ Lan!” panggil Hakim mencari Azlan Si pendiam.

         “Lan tak datang sekolah lah hari ni,” kata Dania yang duduk dihujung kelas berdekatan dengan pintu. Hakim terkebil sendirian. ‘Ni apa cerita ni? Ketua kelas sendiri tak datang sekolah? Patutlah anak buahnya mengikut.’

          “Mana Khairin?” tanya Hakim. Suaranya saja yang memecahkan kesunyian kelas itu.

            “ Khairin demam, mama dia datang ambil dia balik waktu rehat tadi,” jawab Rizal pula yang duduk dihadapan meja Hakim.

          “Penolong pun tak ada? Habis tu siapa nak pergi panggil cikgu?” Hakim bertanya soalan bodoh. 16 pasang mata menoleh kepadanya serta-merta. Hakim mendengus.

           “Apasal aku pulak yang kena jadi tukang panggil?” Hakim bersuara tidak puas hati.

           “Sebab kau Hakim Adrian,” jawab Sufi tenang.

           “Apa kaitan?” bingung.

            “Sebab kau Hakim Adrian lah,” Rizal menyampuk. Mangkuk hayun. Orang tanya, semua jawab benda yang sama.

           “ Adrian, awak kan rapat dengan Cikgu Hadi. Awak lah pergi panggil,” celah Xian Xie, gadis taiwan yang fasih berbahasa Melayu. Hakim memandang seisi kelas itu yang seakan setuju dengan kata-akat Xian Xie.

           “yelah, yelah. Aku jugak,” Hakim berdiri dan keluar dari kelas. Mentang-mentanglah dulu dia selalu kena menghadap cikgu Hadi yang merupakan cikgu disiplin sekolah, mereka semua sebulat suara berkata dia rapat dengan cikgu disiplin itu. Tidakkah mereka tahu cikgu disiplin ini lah yang kerap melibas tangannya dengan rotan?

         Hakim berhenti dihadapan pintu bilik guru. Dia menghela nafas dalam. Ni yang dia tidak boleh ni. Setiap kali nampak wajah cikgu Hadi yang rambut skema itu, pasti tangannya elok itu akan terasa kepedihan bekas rotan milik cikgu Hadi.

         “Adrian, kamu nak jumpa siapa?” tegur suara dibelakangnya. Hakim rasa nak pitam disitu. Seorang lagi guru yang dia tidak mampu menghadap ialah Haji Rusman yang merupakan guru besar sekolah. Dulu dia terkenal dengan pelajar yang paling kerap masuk ke bilik guru besar. Itu sebab dia nakal. Sekarang dia sudah kurang nakal, jadi dia tidak mahu bersua muka dengan guru besar atau cikgu disiplin. Malu atas perangainya yang taiko itu.

         “Er.. er.. sekarang waktu cikgu Hadi,” tergagap-gagap Hakim dibuatnya. Padahal wajah Haji Rusman itu tenang dan tidak bengis. Haji Rusman senyum. Senyuman yang ikhlas itu membuat Hakim lega dan kurang nervous.

         “Cikgu Hadi ada meeting kat luar,” beritahu Haji Rusman. Hakim menggaru belakang kepalanya.

         “Oh.” Bazir tenaga saja dia turun ke tingkat satu semata-mata nak cari cikgu Hadi yang tidak ada di sekolah hari ini.

          “Jadi bagaimana dengan persiapan kamu untuk SPM sekarang?” tanya Haji Rusman sambil menggamit Hakim berjalan disebelahnya. Hakim akur saja.

           “Er..alhamdulillah. Dah banyak topik yang saya cover. Cuma tinggal beberapa topik saja. Topik yang cikgu baru habis ajar,” jawab Hakim. Haji Rusman mengangguk sambil senyuman. Baru dia perasan guru besarnya itu suka senyum.

            “ Bagus. Saya dengar prestasi kamu di dalam kelas pun makin meningkat. Tiada lagi masalah disiplin. Tiada lagi Prince Taiko,” Haji Rusman ketawa halus. Hakim tersengih kecil.

            “I’m proud of you Adrian,” ujar Haji Rusman. Hampir membuat Hakim menangis terharu. Haji Rusman orang kedua yang berkata begitu. Orang pertama sudah tentu lah Jannah. Tetapi jauh dalam hati, dia sangat mengharapkan kata-kata itu keluar dari mulut Tuan Furqan, abahnya.

            “Ehem.. jadi apa plan kamu selepas ini? Isteri kamu bakal doktor, kamu pula apa?” soalan Haji Rusman menghentikan langkah Hakim. Haji Rusman turut berhenti dan menoleh kepada Hakim dengan senyuman.

          “Macam mana...” Hakim menelan air liur. Bagaimana guru besarnya tahu status dia yang sudah berkahwin. Dan lebih menggerunkan Haji Rusman tahu tentang Jannah.

           “Adrian, saya kan guru besar sekolah ini. Tiada apa yang berlaku di sekolah ini tanpa pengetahuan saya. Semua yang berlaku di sekolah, saya tahu. Rahsia kamu semua pon saya tahu,” ujar Haji Rusman lalu mengenyitkan mata. Hakim masih tidak tenang.

           “Jannah bekas pelajar sekolah ini, malah pelajar kesayangan sekolah kita. We’re still in contact with her. Sebab itu saya tahu dia bakal doktor. Tentang kamu dan Jannah pula, abah kamu yang beritahu. Abah kamu banyak bertanya saya tentang kamu Adrian. Just so you know, he still cares for you Adrian.”

          “oh,” Hakim menarik nafas lega. Hanya guru besar dan guru-guru saja yang tahu. Dia diam memikirkan kata-kata haji itu. Benarkah abah masih mengambil tahu tentangnya? Selama ini dia jarang bercakap dengan abah. Kalau boleh dia nak elakkan daripada bercakap dengan Tuan Furqan. Entah mungkin hatinya berkecil dengan sikap abah yang selalu bertegas dengannya.

         “Jadi apa plan kamu?” Haji Rusman menceriakan suasana yang muram sebentar tadi. Hakim mengekori langkah gurunya itu.

         “ Erm.. saya tak tahu. Saya masih belum fikir nak ambil apa lepas ni,” jawab Hakim jujur.

         “Eh, orang berjaya mesti ada impian atau cita-cita. If we have a goal, only then we can have achievements. No goal, no victory. Macam bola sepak. Tujuan kamu ialah menjaringkan gol, betul?”

       Hakim mengangguk.

      “Jadi kamu berusaha menggelecek bola merentas padang bola. Tetapi untuk sampai ke tiang gol, ada banyak halangan, betul?”

           Angguk.

           “Jadi kamu pass bola ke kawan kamu. Dia membantu kamu untuk mencapai gol. Kemudian bola dihantar kepada pemain yang free dan dekat dengan gol supaya mudah dia menjaringkan gol, betul?”

          Angguk. Banyak pula betulnya.

          “ Di tiang gol pun ada halangan. Jadi kamu perlukan taktik bagi mengatasinya. Sama ada masuk gol atau tidak itu bergantung pada taktik kamu dan kesungguhan kamu. Sekiranya masuk, dapat point. Sekiranya tidak, boleh cuba lagi. Sama juga jika kamu hendak berjaya dalam dunia ini, banyak halangan yang akan kamu hadapi.

Lagi banyak rintangan, semakin kukuh kamu dengan kejayaan. Kamu perlukan pertolongan dan sokongan orang lain untuk berjaya. Dan kamu perlukan semangat yang kuat serta taktik yang strategik bagi mengatasi halangan kamu. Kejayaan di padang bola memerlukan titik peluh dari semua ahli.

Kejayaan dalam dunia ini, memerlukan usaha kita dan juga pertolongan. Bezanya, di padang bola kejayaan kamu diukur dengan jumlah gol dan permainan berhenti disitu. Tetapi di dunia perjalanan kita tidak pernah berhenti. Kamu peroleh satu kejayaan, rintangan sentiasa ada. Dan kamu perlu mengatasi rintangan itu dan kecapi kejayaan lain.

Berjaya sekali, tidak bermakna berjaya selama-lamanya. Gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya. Kebanyakan pelajar yang fikir, dia sudah hebat di sekolah, di dunia luar dia akan hebat juga. Tetapi jika dia tidak berusaha mengekalkan kehebatannya, dia akan tersungkur di dunia. Ingat tu Adrian,” pesanan merangkap ceramah motivasi panjang lebat Haji Rusman berhenti takat itu saja. Mereka berhenti dihadapan pintu kelas Hakim.

           “ Jadi cari gol kamu dan berusaha ke arahnya dan kuatkan semangat kamu dan diri kamu mengatasi rintangan dalam perjalanan,” Haji Rusman menepuk lembut bahu Hakim dan senyum kepada pelajar di dalam kelas sebelum beredar.



            Pen ditangan digenggam tanda geram. Nafasnya naik turun menahan geram. Dia tidak boleh belajar dalam keadaan begini. Masakan boleh, kalau Hakim Adrian sejak tadi tidak reti duduk diam.

           Sejak dia mula duduk dimeja study dengan azam kuat untuk mengulangkaji bagi persiapan final exam, Hakim sibuk pula main Xbox di Tv dalam bilik itu. Kalau main senyap-senyap tak apa juga. Ini tidak volume di kuat sehingga maximum! Pekak telinganya.

         Lepas main Xbox, tengok perlawanan bola sepak. Barcelona Vs Chelsea. Pintu fridge kerap dibuka untuk mengambil makanan dan minuman. Sambil sorak GOAL!!!! Tak cukup sorak seorang, diajak Jannah bersorak sekali. Stress Jannah dibuatnya.

         “BHAAHAHA!” Hakim ketawa kuat dek geli hati menonton Just For Laughs. Jannah mengetap bibir sambil mencerlung mata memandang Hakim yang ketawa guling-guling di atas karpet.

          “Jannah, tengok ni,” Hakim mengajak lalu menoleh kepada Jannah. Mati ketawa Hakim melihat wajah bengang Jannah.

          “Oh mianhae (sorry),” gumam Hakim bersalah. Jannah memejamkan mata sambil menarik nafas dalam. Menghembus kemarahannya keluar. Ok relaks Jan, he’s just a kid. It’s normal. Sufi pon macam ni. Jannah memujuk hatinya.

           Jannah menatap kembali bukunya. Hakim menukar channel lain. Kalau tukar channel lain dan setia menonton channel itu tak apa lah. Ini tidak Hakim main tukar-tukar channel. Allah!!! Tolonglah hamba-Mu yang tidak bersalah ini. Jannah merengus frust sambil memegang kepalanya.

          ‘Baiklah.. mungkin sekarang bukan masa sesuai untuk belajar,’ putus hati Jannah. Sejak pagi tadi Hakim belajar dan dia pula mengemas rumah. Malam baru dia ada masa untuk belajar dan Hakim pula melepak. Tak boleh jadi macam ni.

         Samsung Galaxy II dicapai lalu meng-Whatsapp Sufi dan Syifa’. Dia tersenyum senang. Buku ditutup dan meja dikemas. Hakim yang berbaring di atas karpet menoleh.

          “Dah habis study?” tanya Hakim. Jannah rasa mahu menjerit saja berkata dia tidak boleh belajar dengan adanya Hakim di dalam bilik. Namun lain pula lidah menjawab.

           “Nak pergi wayang tak?” ajak Jannah dengan senyuman. Hakim bangun dari pembaringan dengan dahi berkerut.

           “Wayang? Sekarang dah pukul 10 malamlah.” Hantu wayang mana menyampuk isterinya malam-malam begini?

           Jannah hanya senyum sambil mengeluarkan tudungnya. Dia mengenakan baju lengan panjang dan jeans putih. Tudung disarung ke kepala. Hakim perhatikan saja gadis itu.

           “Abang cepatlah bersiap,” kata Jannah. Hakim masih kebingungan. Jannah menarik Hakim dari karpet, memaksa lelaki itu berdiri.

           “Palley (cepat). Jannah tunggu kat tingkat atas,” ujar Jannah sebelum keluar dari bilik. Hakim terpinga-pinga. Tunggu kat tingkat atas? Huh? Kata nak pergi wayang tapi tunggu kat tingkat atas?

          Hakim ikut saja rentak Jannah. Dia menyarung T-shirt lengan pendek dan jeans hitam. Dia keluar dari bilik dan menuju ke tingkat atas rumah banglo 3 tingkat itu. Sampai di tingkat atas, Hakim hampir terjatuh tangga melihat ‘watak-watak’ yang sedang menantinya.

          “ Tuan Hakim dan Puan Jannah, sila mengambil tiket anda di sini,” panggil Sufi selaku penjaga booth tiket. Sufi berada di satu meja dan di atas meja itu satu kertas yang dipotong menjadi tiket palsu.

         “Popcorns! Get your popcorns people!” Syifa’ pula berteriak selaku penjual popcorn. Bukan popcorn yang dijual tetapi jagung! Bella turut ada di situ.

         Luke Fahrain berdiri di hadapan pintu bilik media selaku penjaga wayang. Hakim hampir tergelak mengenangkan dirinya dikenakan oleh Jannah. Wayang dalam rumah rupanya. Hakim memandang Jannah yang membelakanginya.

          “ Pergi wayang ye?” perli Hakim. Jannah menoleh sambil ketawa halus. Hakim terpana. Dia teringat mimpinya sebelum berkahwin dengan Jannah. Mimpi tentang seorang gadis berbaju putih menoleh kepadanya dan ketawa halus. Dan ketawa itu mirip dengan ketawa Jannah sekarang.

           “Wayang juga ni. Jom,” Jannah menghulur tangan mengajak Hakim. Hakim merenung tangan Jannah. Rupa-rupanya mimpi itu petunjuk daripada Allah. Memang ditakdirkan mereka berdua berkahwin awal dan Jannah diciptakan untuknya. Hakim tersenyum lalu menggenggam jari jemari Jannah.

            “ Jom kita ambil tiket. Jannah dah booking tadi,” kata Jannah, menarik Hakim ke booth tiket. Sufi menghulurkan tiket palsu itu.

           “Enjoy the movie,” Sufi berkata sambil senyum. Mereka mengambil jagung dan air soda dari Syifa’ dan Bella. Luke Fahrain membuka pintu bilik media untuk mereka berdua.

           “Please take your seats. The movie will start in a moment,” ucap Luke Fahrain dengan senyuman. Jannah membalas senyuman dan menarik Hakim ke sofa dihadapan LG cinema 3D smartTV itu.

          “Bila masa Bella dan Along datang?” bisik Hakim sambil melabuhkan punggung di sofa empuk. Dia menjeling sekilas Luke Fahrain, Bella, Sufi dan Syifa’ yang mengambil tempat di sofa bahagian belakang bilik media itu. Hmmm.. kacau daun je lah dia orang ni. Aku nak dating dengan Jannah pun susah. Hakim merungut dalam hati.

         “Baru je tadi. Jannah yang suruh Sufi ajak mereka,” bisik Jannah balik. Hubungan Hakim dan Luke Fahrain masih dingin. Lebih-lebih lagi apabila Luke Fahrain mengaku mempunyai perasaan terhadap Jannah. Hakim tahu Jannah tidak akan beralih hati tetapi dia tidak suka abangnya itu memandang Jannah. Orang cemburu tahu tak?

         Hakim memeluk bahu Jannah rapat. Seolah-olah ingin berkata kepada Luke Fahrain, ‘Jannah milik Hakim Adrian!’ Jannah membiarkan. Matanya ditala pada skrin TV besar itu. Bilik itu menjadi gelap, Sufi memadamkan lampu.

       Dahi Hakim berkerut apabila movie bermula. “ Rise of the Guardians?” bisik Hakim ke telinga Jannah. Kedengaran Jannah ketawa perlahan.

       “Abangkan masih bawah 18. Cerita kartun saja lah yang sesuai,” Jannah berbisik. Seronok dapat tengok muka Hakim tak puas hati. Memang tidaklah dia nak bagi Hakim, Syifa’, Sufi dan Bella menonton movie lain selain movie untuk budak-budak.

       “Cerita ni bestlah abang. Semua cerita Disney dan Pixar best sangat,” Jannah menambah. Hakim mencebik.

        “Cakap sajalah Jannah nak jadi budak-budak macam abang ni. Kehidupan orang tua kan membosankan,” perli Hakim. Jannah mencebik lalu mencucuk pinggang Hakim.

         “Orang tak tua okay. Jannah masih muda dan comel,” kata Jannah. Tak habis-habis naik lif tekan sendiri.

        “Eh. Abang lagi comel,” Hakim menayang muka comel. Tak nak kalah. Jannah ketawa melihat wajah Hakim.

         “Tak comel langsung. Nampak hidung mancung je lebih,” Jannah menarik hidung Hakim yang mancung itu. Tergelak Hakim.

           “Woi, orang depan. Senyaplah! Movie dah start!” mangkuk punya Sufi. Hakim menoleh ke belakang lalu menayang penumbuk kepada Sufi yang tersengih. Tak guna punya kawan. Bukannya nak bagi green light.

        Hakim mengerling Jannah yang merenung skrin Tv sambil tersenyum. Senyuman Jannah itu menggambarkan seolah-olah tiada masalah atau bala yang mampu meluputkan senyumannya. Sebesar mana ujian yang datang, Jannah tetap akan senyum.

        “Jannah,” bisik Hakim.

        “Hmm..”

        “Do me a favour.”

        “Apa dia?” tanya Jannah lembut.

        “ As long as you’re with me, keep on smiling like that. I like your smile,” bisik Hakim lembut. Uh-oh.. jantungku berentak semakin laju. Jannah menahan debaran di dada. Aiseh.. time begini Hakim nak buat jantungnya begitu. Perlahan-lahan Jannah mendongak memandang Hakim yang merenungnya. Mata mereka bersatu. Hati pon.. bersatulah.

            “ Really?” bisik Jannah. Hakim menguntum senyuman killer. ARGHH!!! I need air. Sesak nafas Jannah dengan senyuman itu.

            “ Do you remember when I said your ears look cute?” Jannah mengangguk. Telinga capangnya yang comel ini. Hehe.

           “I was actually gonna say.. the most thing that I like about you is your smile.” Jannah tak berkelip memandang Hakim. Orang tengah terkejut sebenarnya. Mana tak terkejut, Hakim mengaku begitu. Mabuk aku alamatnya.

          “Jangan buat muka macam tu,” kata Hakim dengan senyumannya. Lalu dia mencium dahi Jannah yang terpinga-pinga. Orang baru nak hadam apa yang sedang berlaku. Kehangatan bibir Hakim membuatnya blushing tiba-tiba. Oh tidak! Apakah semua ini?!

          “Phewitt! Romantiknya orang depan!” Sufi bersorak.

         DUSH! Satu bantal terpelanting tepat ke muka Sufi. Bengang Sufi.

          “Woi main kotor!” Sufi marah Hakim yang ketawa. Padan muka Sufi tu. Sibuk mengacau orang. Sufi membaling bantal itu balik kena belakang kepala Hakim. Dan bermulalah acara bergusti dengan bantal. Movie yang sedang dimainkan dibiarkan saja. Semua sibuk menonton acara WWE unofficial itu. Jannah ketawa geli hati dengan dua orang remaja itu. Hakim ni nama saja suami orang tapi perangai remaja itu tetap ada.

          Mata Jannah bertembung dengan Luke Fahrain yang memberi isyarat untuk pulang ke rumah. Jannah senyum dan mengangguk. Abang iparnya itu senyum kecil lalu keluar dari bilik itu. Pada pandangan Jannah senyuman itu seperti senyuman kecewa. Kenapa? Ahh pedulikanlah. Masalah dia.

No comments:

Post a Comment