WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Monday 15 October 2012

Seindah Autumn- Bab 4



      Amar Syakir memakirkan kereta Nissan GTRnya dihadapan pintu pagar rumah banglo tiga tingkat itu. Cermin mata hitamnya ditanggalkan sambil menatap rumah itu. Matanya menyapa kereta Audi TT yang tersadai digaraj rumah banglo itu. ‘Betullah ni rumahnya,’ gumam Syakir dalam hati.

      Pintu pagar yang terbuka separuh itu dipandang. Loceng rumah ditekan sebelum menapak masuk ke dalam halaman rumah itu. Dia berdiri tegak dihadapan pintu kayu yang berukir cantik.

       Tangannya baru nak mengetuk pintu itu tatkala telinganya menangkap suara jeritan yang berselang-seli dengan gelak ketawa. Seorang remaja lelaki muncul dari halaman belakang rumah.

     “Hai. Err... abang ngah tengah bersiap kot. Sekejap lagi keluar lah dia tu,” tegur Afiq. Wajahnya merah kepenatan. Syakir memandangnya dengan wajah blur.

       “Love to chat but I gotta go,” ujar Afiq sebelum menghilang ke belakang. Syakir menoleh ke belakang apabila mendengar derapan kaki berlari.

       “MAMA!”

       KEDEBUK!

       Syakir terlentang atas lantai. Dadanya terasa dihempap. ‘Aduh sakitnya,’ Syakir merungut dalam hati.

      Afiya terasa kepalanya pening-pening kerana terhantuk pada bahu orang yang dilanggar tadi. ‘Apasal rasa sedap pulak aku landing ni?’ detik hati Afiya. Matanya terbulat tatkala menyedari dia landing atas seorang lelaki.

       “Fiya! What are you doing?” pekik Afrie yang baru keluar. Afiya pantas berdiri. Dilihatnya baju lelaki asing itu basah dek kerana belon air pecah tadi sewaktu dia terlanggar.

         “Err... bukan Fiya yang buat,” tergagap-gagap Afiya menafikannya. Wajahnya dah merah malu. Afrie menolong Syakir bangun.

           “Kalau bukan Fiya, habis tu siapa yang buat?” perli Afrie kepada adiknya itu.

           “Err... Momo did it,” ujar Afiya pantas dan menuding kepada Momo kucing Parsi mereka yang sedang bergesel dikaki Afiya.

           MEOW! Marah Momo kena tuduh sembarangan. Afrie bercekak pinggang. Ada nak kena sekeh ni. Afiya tersengih sumbing.

          “It’s okey Rie. Aku okey je,” ujar Syakir. ‘Oh, mat salleh celup rupanya. Aku fikir mat salleh tulen tadi,’ bisik hati Afiya. Wajah lelaki itu putih. Hidungnya mancung. Bibirnya terbentuk cantik dan merah tanda mat salleh celup ni tak hisap rokok. Mata lelaki itu paling mengancam. Sepasang mata yang coklat kebiruan dan renungannya tajam.

           “Sorry ah, bro. Adik aku ni memang macam ni. Crazy,” gumam Afrie. Syakir menjeling tajam kepada adik sahabatnya itu. ‘Habis basah baju aku. Dah lah baru beli semalam,’ gerutu hati Syakir.

             “Segila-gila Fiya pun, adik abang jugak,” sindir Afiya sebelum masuk ke dalam rumah. Geram, marah , semua bercampur dalam hatinya. Geram dengan abang Ngah yang sindir-menyindirnya. Marah sebabkan mat salleh celup tadi yang menyebabkan dia kena marah dengan Afrie.

             Afiya membungkam ketika masuk ke dalam dapur. Air panas dituang ke dalam teko. Berbakul-bakul sumpah seranah dilemparkan pada mat salleh celup tadi...dalam hati je. Kang tak pasal-pasal kena tenyeh dengan Afrie kalau didengarnya.

              “Best tak landing atas mamat handsome,” usik Afiq yang tetiba berdiri disisi kakaknya itu. Afiya mengetap bibir tanpa menoleh.

             “Shut up.” Afiq ketawa terbahak-bahak. Lawak betul dia menyaksikan drama Korea percuma tadi.

              “Afiq rasakan, kawan abang ngah tu pun untung gila,” sambung Afiq. Afiya berhenti bancuh air kopi lalu menoleh dengan mata yang mengecil.

              “Untung? Because?”

              “Yelah, dapat peluk awek cun. Siapa tak untung,” balas Afiq, selamba. Muka Afiya bertambah merah. Malunya tahap rasa nak sorok muka kat bawah dapur setahun.

             “Kurang ajar. Berani mamat rojak tu ambik kesempatan kat aku. Tengok lah macam mana aku nak ajar kau,” Afiya bermonolog sendirian. Afiq yang mendengar mengerutkan dahi.

             “Mamat rojak?” tanya Afiq.

              “Ye lah cuba tengok muka dia. Bercampur-campur. Melayu ada, Bangladesh ada, arab ada, jepun ada. Hah, kau cakap je kau nak apa,” bebel Afiya. Afiq menggaru kepala yang tidak gatal.

             “Tak nampak pun semua tu. Mat salleh nampaklah,” gumam Afiq.

            “Just drop the subject. Are you gonna help me or not?” pintas Afiya.

            “ Nak buat apa?” tanya Afiq. Afiya memandang adiknya dengan pandangan jahat dan senyuman jahat. Hehehehe. Afiq dah faham sangat dengan muka jahat itu. Ada lah tu idea gila yang datang.


       Syakir turun bawah ke ruang tamu setelah salin baju dibilik Afrie. Terpaksa dia pinjam baju Afrie. Dia duduk di sofa bertentangan dengan Afrie yang sedang asyik bertwitter.

       “Parents kau mana?” soal Syakir. Sejak tadi tiada orang yang berumur atas 30-an. Paling tua pun kakak Afrie.

        “ Dia orang tak duduk sini. Dia orang duduk kat KL. Ni rumah adik-beradik,” jelas Afrie tanpa mendongak. Syakir mengangguk. ‘A house full of teenangers. Awesome.’

          Adik perempuan Afrie muncul dari dapur menatang dulang dan kuih. Syakir mengerling wajah gadis yang bertudung itu. Adik-beradik Afrie semuanya berkacukan Jepun.

       Diperhatikan gadis itu menuang air kopi ke dalam cawan. Nampak sopan, jauh dengan apa yang dia nampak kat luar tadi. Tadi perangai macam budak-budak, main kejar-kejar. Ni dah tukar jadi ayu pulak.

       “Jemputlah minum,” pelawa gadis itu sambil tersenyum manis. Afiya sengaja senyum manis, senyuman khas untuk mamat rojak. Dalam hati gelak jahat. Lelaki itu hanya mengangguk tanpa senyuman. Cehh, sombong punya rojak. Takpe kau akan dapat balasannya.

      “Eh, Fiya, tuangkan untuk Akir je ke? Untuk abang?” ujar Afrie. Afiya berdecit. Ewah tadi bukan main kata aku ni gila, sekarang nak mengada-ngada pulak. Aku cepuk juga abang aku ni.

         “ Abang Ngah kan tak minum kopi,” balas Afiya dengan muka innocent.

         “Dah tu kenapa buat kopi?” soal Afrie. Afiya berjeda. Jangan kantoi lagi.

         “Kopi tu untuk kawan abang. Fiya nak pergi buatkan teh tarik lah ni untuk abang,” Afiya pantas mencipta idea.

          “Kan senang kalau Fiya buatkan je terus teh tarik untuk kita orang. Akir pun minum teh tarik,” keluh Afrie. Afiya menepuk dahi. Berdrama.

         “Lehh, ye ke? Fiya ingatkan mat salleh suka minum kopi. Sebab mat salleh yang cipta Oldtown White Coffee,” lancar Afiya menjawab. Syakir merenung tajam gadis itu. Ni nak perli aku ke apa minah ni?

          “Nak Fiya tukar air ke?” pelawa Afiya.

          “No. It’s fine,” tolak Syakir dengan sopan lalu mencapai kopi yang Afiya tuang ke dalam cawan.

           “Tak pe lah, Fiya. Abang minum kopi je,” ujar Afrie. Mata Afiya terbeliak. Oh no, not good. Pantas Afiya berlalu ke dapur.

          “Afiq, mati lah kita!” Afiya berbisik keras. Afiq naik kening melihat kakaknya yang menggelabah. Afiya berjalan mundar-mandir sekeliling dapur.

          “Kenapa kak?”

           “Abang ngah minum air tu jugak,” balas Afiya. Dia dah panik tahap gaban. Rancangan mereka sudah dirosakkan oleh Afrie. Afiya mengintai ke ruang tamu. Dia nampak Syakir menghirup air kopi diikuti oleh Afrie.

         BUURRRRR!!!! Tersembur air kopi keluar. Wajah Syakir kelat. Dia berpandangan dengan Afrie yang mula merah mukanya. Afrie tahulah kenapa Afiya nak buatkan air lain untuknya.

       “NURUL IMAN AFIYA!!!!!”

       “Damn,” sepatah itu yang terkeluar dari bibir Afiya. Bila abangnya sebut nama penuhnya faham-fahamlah dia abangnya tengah marah. Afiq memasang senyuman mengejek.

        “Akak yang salah. Afiq tak buat apa-apa pun,” Afiq cuba melarikan diri. Afiya pantas menarik baju adiknya.

        “Eh, idea siapa air kopi campur kicap campur garam campur asam?” perli Afiya. Afiq tersengih-sengih. Idea dia lah yang campur garam dan asam.
            

2 comments:

  1. hensem oh Syakir!!!!!

    ReplyDelete
  2. hebatlh air kopi +kicap+garam+ asam. segala rasa ade hahaha keep up the good work

    ReplyDelete