WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Saturday 13 October 2012

Seindah Autumn -Bab 2



Petang itu, selepas latihan silat Afiya menunggu Firdaus yang sedang solat Asar di surau sekolah. Dia tengah ABC hari ni. Faham-faham je lah ABC tu apa. Afiya menopang dagu sambil duduk di pondok belakang surau sekolah.

     Fikirannya menerewang kepada kata-kata cikgu Burn pagi tadi. Dia memang tercabar. Tapi mampukah untuknya mencapai A- dalam Fiziks? Dagunya dilurut seraya berfikir.

       Tengah dia syok-syok berfikir, ada orang petik jari dihadapan mukanya. Afiya tersentak lalu menjeling gerangan orangnya. Firdaus tersengih nakal. Kang ada jugak balik rumah dengan gigi rongak.

       “Kenapa termenung ni?” Fridaus melabuhkan punggung sambil menyarung kasut. Tak pernah-pernah dia melihat Afiya termenung kecuali termenung luar tingkap.

       “Aku tak termenung. I’m thinking,” balas Afiya. Tudungnya yang senget dibetulkan. Keluhan halus dilepaskan perlahan.

          “Okey. What are thinking about then?” tanya Firdaus. Afiya diam. Dia tak tahu sama ada nak beritahu Firdaus atau pun tak payah.

         “Nothing.”

        “Fine. Takpelah, macam ni lah kan kawan. Berahsia sangat,” sindir Firdaus. Merajuklah tu. Afiya mengeluh. Menyampah betul bila mamat tu buat muka.

          “Fir..” panggil Afiya. Firdaus diam

         “Firdaus,” kali ni lebih kuat panggilannya. Firdaus masih buat-buat tak tahu.

         “Amir Firdaus, kau janganlah merajuk, kang aku sepak-sepak kepala kau,” marah Afiya. Firdaus menoleh dan tergelak.

          “Garangnya Kak Ros. Aku nak merajuk pun tak boleh,” perli Firdaus. Afiya menjuling mata ke atas.

          “Pasal....cikgu Burn..”

            “Fiziks kan?” teka Firdaus. Dia tahu Afiya ada masalah jiwa raga dengan Fiziks.

            “Cikgu cabar aku, at least dapat A- by trial nanti,” ujar Afiya. Wajahnya tenang dan cool tetapi Firdaus kenal Afiya sejak darjah tiga lagi. Dari hati budi dan sampai ke perangai tak elok Afiya dia tahu.

           “That’s gonna bea little bit... difficult.... But not impossible,” Firdaus cepat-cepat tambah ayat terakhir itu tatkala Afiya memandangnya seperti hendak cekiknya.

           “I know. It’s impossible Fir. It’s not as easy as I thought it would be,” luah Afiya. Dia juga buntu.

          “Fiya, don’t ever give up without trying. Insya-Allah you can do it. I know you can. We just need to figure out a way for you to score,” Firdaus cuba memberi kata-kata semangat. Afiya meraup wajahnya lalu menoleh kepada sahabatnya itu.

         “How? Macam mana aku nak tingkatkan markah aku yang nyawa-nyawa ikan tu kepada 7 ke atas? You tell me, Fir,” Afiya seperti geram. Geram kerana dia buntu dan dia masih tidak yakin dengan diri sendiri. Firdaus terkelu lidah. Cakap senanglah kan, nak buat susah.

        “Apa kata kita balik rumah dulu, rehatkan minda dan badan secukupnya. Sebab sekarang kau pun tengah letih, aku lagilah penat. Malam ni fikir puas-puas. And esok kita luahkan idea masing-masing,” cadang Firdaus. Dia juga tepu otaknya. Afiya setuju.


         Jam locengnya menunjukkan sudah pukul 10 malam. Buku latihan Kimia ditutup lalu disimpan dirak buku. Otaknya rasa berat sebelah. Maknanya kena tidur.

          “Kak Fiya,” Hazrul Afiq berdiri dimuka pintu bilik Afiya.

           “Hmmm.”

          “Tolong.”

         “Tolong apa?” Afiya bertanya tanpa menoleh. Jari jemarinya lincah menyusun buku ikut jadual esok.

           “Science,” jawab Afiq sambil menunjuk kepada buku Sains yang dipegang.

          “Meh sini,” pelawa Afiya lalu kembali duduk dimeja belajarnya. Adiknya yang berumur 12 tahun duduk disebelahnya. Afiya membaca kehendak soalan dengan teliti.

          “Okey, what do plants need to live?” soal Afiya, ingin menduga pengetahuan adiknya itu.

          “Sunlight and water.”

         “Why?” keningnya diangkat menghantar pertanyaan.

        “For photosynthesis.”

         “So, for photosynthesis plants needs sunlight, water and carbon dioxide to produce...?”

        “Err.. oxygen...and er...” mata Afiq terkebil-kebil memikirkan jawapan.

        “Glucose,” Afiya tolong jawabkan.

       “So jawapannya glucose?”

        Afiya mengangguk.

         “Thanks Kak.”

        “Mei wenti, mei wenti,” ujar Afiya dalam bahasa Cina yang bermaksud tiada masalah. Afiq tergelak mendengar Cina pelat kakaknya itu. Afiya mengambil pemadam lalu dibaling terkena kepala adiknya itu.

        “Oi...main ganas nampak,” marah Afiq. Pemadam itu dibaling balik namun Afiya pantas menangkap.

          “Tak kena, loser,” Afiya menjelirkan lidah mengejek. Afiq mendongkol geram. Sepantas kilat dia mencapai bantal peluk kakaknya dan dibaling. Tepat-tepat kena muka Afiya.

          “Hazrul Afiq!” teriak Afiya lantas mengejar Afiq yang melarikan diri. Afiq hampir merempuh Hilal Afrie yang baru naik tangga.

         “Sorry, bang,” laung Afiq.

         “Make way!!!” teriak Afiya. Minah tu bukannya nak bagi laluan dirempuh terus abangnya itu. Nasib baik Afrie sempat berpaut pada pemegang tangga.

         “Ya Allah!” rasa macam nyawanya hampir melayang tadi.

         “Sorry, abang!” laung Afiya yang berlari ke ruang tamu.

       “You two are so dead! I’m gonna kill you guys!” Afrie naik angin. Sape tak mengamuk lepas hampir diragut nyawa? Dia mengejar kedua-dua adiknya itu. Afiya yang menyedari abang ngahnya mengejarnya, dia menjerit.

         “Afiq! Run for your life! Abang Ngah mengamuk!”

        “Hah?” Afiq mempercepatkan lariannya. Ketiga-tiga adik beradik itu bermain kejar-kejar dalam rumah banglo tiga tingkat itu. Afiya berlari sekuat hati sampai pecut Afiq. Afiq panik lantas menarik bahu kakaknya dan Afrie pula menarik bahu Afiq. Ketiga-tiga terjelopok atas karpet diruang tamu itu.

          “Sorry!” teriak Afiya dan Afiq serentak. Afrie mengepit kepala adiknya dibawah ketiak. Bergema rumah banglo agam itu dengan teriakan dua beradik. Bunyi deruan enjin kereta yang masuk ke perkarangan rumah pun mereka tidak dengar.

        Nur Inas Afrina menolak pintu rumah terbuka. Gelak ketawa adik-adiknya menyapa gegendang telinga. Dahinya berkerut. ‘Dia orang main apa tu? sampai terjerit-jerit.’ Dia melangkah ke ruang tamu.

        Ternganga luas si kak longnya itu melihat pergelutan antara ketiga-tiga adik-beradik itu. Lagi terkejut melihat Afiya turut bergusti.

       “Ya Allah, bertuah punya budak!” bergema pekikan Kak Long. Semua senyap dan beku.

        “Hai, kak long,” serentak mereka bertiga menegur lalu tersengih kambing. Afrina bercekak pinggang sambil matanya mencerlung memandang adik-adiknya. Hujung bibir Afrie berdarah sedikit. Pipi Afiq bengkak. Paling teruk Afiya. Lebam kat mata. Dia orang ni kalau  bergusti bukan main-main memang layak masuk WWE smackdown.

         “ Korang umur dah berapa? Perangai macam budak-budak,” pekik Afrina.

          “We are kids,” sampuk Afiq. Afiya dan Afrie tergelak sebelum senyap kembali melihat kerlingan tajam Afrina.

        “Menjawab je kerja. Angah kau pun satu, sepatutnya kau jaga budak-budak ni time akak kerja. Bukan bantai wrestling dengan dia orang,” marah benar kak long ni.

         “What, they started it,” tuduh Afrie.

        “Mana ada!” tepis Afiya dan Afiq serentak. Afina mengangkat tangan isyarat suruh diam.

         “I don’t care who started it. But I’m ending it right now. Dah pukul 11 dah ni. Off to bed all of you, now!” arah Afrina dengan tegas. Perlahan-lahan ketiga-tiga adik-adiknya bergerak. Sebelum naik ke atas mereka bersalaman. Ye lah baik semula.

          Afiq menyalam tangan Afrina.

           “Selamat malam Kak Long.”

         “Good night  kak,” ujar Afiya setelah salam tangan kakaknya.

           “Night, Along,” ucap Afrie yang dua tahun lebih muda dari Afrina yang berumur 24. Afrina hanya mampu menggeleng setelah adik-adiknya naik ke bilik masing-masing. Ni lah masalahnya kalau anak-anak duduk berasingan dengan mak ayah.

        Tan Sri Umar dan Puan Sri Syakira duduk di rumah di Kuala Lumpur. Asal rumah mereka ialah di Kuala Lumpur. Tetapi disebabkan Afiya dan Afiq bersekolah di Shah Alam, terpaksa beli satu lagi rumah di Shah Alam. Setiap hujung minggu mereka adik-beradik akan balik ke rumah KL.

          
           Afiya membelek matanya yang kelihatan biru-biru dek kerana lebam ditumbuk Afrie semalam. Tapi nasib dia sempat balas. Pecah terus bibir abangnya itu. ‘Macam mana aku nak pergi sekolah ni?’ Kepalanya yang tidak gatal digaru. Kalau pergi sekolah dengan mata lebam sudah tentu semua orang akan tertanya-tanya. Takkan nak jawab gusti dengan abang kot, jatuh saham aku sebagai johan terulung silat olahraga.

           Dia tersenyum lebar tatkala idea menjengah ke otak. Ada lah tu idea gila dia nak buat. Minah sorang ni boleh tahan perangai pelik-peliknya.

         Afrina menyediakan sarapan pagi untuk adik-adiknya. Dia baru nak jerit panggil tiga Abdul kat atas tetiba sorang demi sorang turun. Sekali lagi terjatuh rahangnya melihat penampilan adik-adiknya.

        Afiq pakai mafla sebab nak cover pipinya yang bengkak. Afrie pulak pakai mask hantu , dah takde benda lain yang boleh menyorok bibirnya yang pecah. Si Afiya yang siap bertudung sekolah memakai cermin mata hitam.

         “Masha Allah, yang korang pakai macam Mafia ni apahal?” soal Afrina. Ketiga-tiga adiknya dah duduk di meja makan. Afrie terpaksa membuka mask hantunya untuk makan. Begitu juga dengan Afiq. Afiya saja lah yang pakai cermin mata hitam. Teruk benar perangai.

         “We’re undercover, kak,” jawab Afiya dengan selamba.

         “ You’re going to school like that?” perli Afrina. Ketiga-tiga mengangguk. Afrina mengeluh. Afrie pun menyibuk nak mengangguk padahal hari ni dia takde kuliah.

          “Suka hati korang lah,” malas nak tegur, bukannya dengar pun.

No comments:

Post a Comment