WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Sunday 13 July 2014

STA 3

Bab 3

     Sweatshirt kelabu berlogo sekolah disarung atas baju kemeja putihnya. Pashmina hitam dililit dengan kemas. Hari Isnin dan Jumaat sahaja diwajibkan pakai blazer. Selain daripada dua hari tu, kena pakai sweatshirt sekolah atas baju kemeja. Nasib baik bangunan STA tu berair-cond, kalau tak mahu berpeluh pakai dua lapis baju.

    “Lili, kau takde kelas ke?” dia bertanya pada Lili yang sedap menggeliat atas katil dengan muka bahagia.

     “Kelas BM aku dibatalkan sebab Encik Yusri demam.” Syara angguk dan keluar dari bilik, meninggalkan roommatenya itu bahagia sorang-sorang.

     Setiap bilik kongsi 5 orang. Syara kongsi bilik dengan Trisya, Fea, Lili dan Fai. Syara dan Lili pelajar First year, Trisya Second Year, Fea dan Fai kembar Third Year. Menurut Fea, pelajar Fourth dan Fifth Year tak disediakan bilik, jadi mereka boleh balik rumah.

     Bonia dipergelangan dikerling. Pukul 11 pagi. Kelas Sejarah. Ditangan kanannya buku teks Sejarah dan Matematik. Beg sandang digalas pada bahu kiri.

     “Cik Syara, awak lambat,” tegur Puan Hashlina yang sedang berdiri di belakang meja guru. Syara menunduk kepala meminta maaf sebelum mengambil tempat kosong disebelah....err... lelaki itu.

      Sebaik saja Syara melabuhkan punggung, Acap menarik kerusi jauh daripada Syara, seolah-olah takut berjangkit kuman dari Syara. Gadis itu hanya memusingkan anak mata dan tidak menghiraukan lelaki itu sepanjang pembelajaran.

     Matanya menangkap jelingan maut yang diberi oleh Camillia dan kumpulannya.

     ‘Apa masalah minah ni? Pagi-pagi dah nak cari gaduh.’ Kemudian Syara perasan anak mata Camillia yang melirik ke arah sebelah Syara. Acap.

     ‘Lailahaillallah, minah ni. Dalam kelas pon sempat nak main mata dengan Acap.’ Syara agak kagum dengan reputasi Acap. Walaupun gay, ramai perempuan yang menaruh hati pada lelaki berkacukan Inggeris itu. Dengar-dengar, dah tertubuh group fanatik Ashraff Farhan. Niall pon tak terkecuali. Niall fansclub.

       “Weyh,” panggil Acap dengan suara rendah. Syara buat bodoh.

       “Oi...” Syara diam saja sambil mata memandang papan putih dihadapan.

       “Weyh perempuan,” suara Acap kedengaran bengang. Syara senyum mengejek dalam hati.

        PAP! Kaki Syara ditendang. DAMN! Mata Syara terkebil-kebil menahan sakit. Mamat ni gila ke apa main tendang-tendang kaki orang. Sakit kot.

        Wajah Acap yang dingin dibalas dengan muka kosong. Tapi mata menikam wajah lelaki itu.

        “Kau nak apa? FYI, I happen to have a name and I prefer to be called by my name,” ujar Syara dengan suara berbisik keras, takut menggangu kelas.

        Acap merenung tajam setajam pedang Arthur. Syara mengangkat kening sengaja memprovoke lelaki itu.

       “Syarafana,” panggil Puan Hashlina dengan nada jengkel. Syara memasang muka innocent lalu memandang gurunya.

       “Ye saya.”

       “Kenapa Batu Bersurat Kuala Berang Terengganu penting kepada ahli sejarah?” kening Puan Haslina mengangkat kening ala-ala Ziana Zain versi sinis.

        Dengan muka tenang Syara menjawab, “ Untuk memberi maklumat tentang penyebaran Islam ke negara kita.”

       Muka Puan Hashlina terus berubah dingin.

        “Betul. Sila beri perhatian. Jangan nak usha muka Ashraff je,” tembak gurunya itu. Ramai yang tergelak, geng Camillia merengus tak puas hati. Syara mengetap bibir dan mengepal penumbuk di sisi.

       KEDEBUK! Syara menyepak kuat kerusi Acap sampai terjatuh lelak itu di lantai. 

Satu kelas berpusing belakang melihat apa yang terjadi. Syara hanya senyum innocent dan Acap di lantai menjeling tajam gadis itu.

      “Ashraff Farhan sila duduk elok-elok dikerusi jangan nak bergayut dua kaki. Ada sebab kenapa kerusi tu ada empat kaki,” perli Puan Hashlina.

      “She kicked me,” suara Acap komplen.

      “He kicked me first,” balas Syara. Mulalah dua orang itu bertengkar.

      “Enough!” teriak Puan Hashlina. Sunyi.

      “Syarfana, Ashraff jumpa saya selepas kelas,” suara gurunya tegas.

      Acap duduk di meja semula dengan muka marah. Syara beriak dingin.

      “This is your fault,” tuduh Acap berbisik.

      “Shut up, gay,” balas Syara, bengang.

_____________________________________________________________

     “So... how is my little troublemaker doing today?” usik Trisya, mengambil tempat duduk disebelah Syara yang sedang makan pasta. Syara mengeluh halus.

      “I don’t need you to remind me of him,” balas Syara, malas. Disebabkan pertengkaran mereka berdua pagi tadi, Puan Hashlina mendenda mereka untuk membersihkan gym hall. Seriously? Semalam baru je dia dan Niall bersihkan.

      “By the way, camne kau tahu?” tanya Syara. Dia tak cerita lagi kat Trisya apa yang berlaku.

       “Kau lupa ke? Hello, this is STA. School of gossips,” ujar Trisya menghayun tangan kanan ke udara.

       “So much for staying low,” gumam Syara perlahan. Kalau dia asyik jadi tumpuan perhatian orang ramai, sudah tentu ada yang curious tentang identitinya.

       “Mana semua orang?” Dinner Hall terasa sunyi. Hanya mereka berdua di situ. Trisya berlagak seolah-olah perkara ini biasa berlaku.

        “Semua sibuk sambut kedatangan the princes of Trio Hotshot,” jawab Trisya tanpa mengangkat muka dari buku cerita di tangan kiri. Tangan kanan memegang garfu.

     “Oh,” Syara berkata langsung tak berminat.

      “I’m done. See you later,” ujar Trisya lalu menggalas beg ke bahu dan buku-buku ditangan sebelum keluar dari Dinner Hall. Syara menghabiskan pasta sebelum berlalu ke library.

       Library STA terletak berhampiran dengan North Tower. Sebuah perpusatakaan yang sangat besar bertingkat dua. Syara mengambil meja di belakang rak dan berdekatan dengan tingkap. Buku-buku dan beg di letak atas meja dan merayau sekitar perpustakaan itu mencari buku untuk esei Sejarah.

       2 jam dia ‘bertapa’ di dalam perpustakaan, semua kerja sekolahnya telah disiapkan. Buku-buku diletak dalam troli dan beg digalas pada bahu. Kakinya berjalan antara rak-rak buku sambil mengerling tajuk-tajuk buku di rak.

      KEDEBUK!

      “Damn..” huh?

      Tu bukan Syara yang mencarut. Syara mengurut batang hidungnya yang berlaga dengan dada bidang seseorang. Lelaki itu menyentuh dagunya yang berlaga dengan kepala Syara yang keras macam batu.

      “Sorry, I didn’t see you there,” Syara meminta maaf dan pantas meninggalkan lelaki itu. Merah wajahnya menahan malu. Tu lah Syara, kau ni syok sangat tengok buku, orang depan kau tak nampak.

 ___________________________________________________________

      Usai solat Asar, Syara terus ke gym hall untuk menjalankan dendanya. Dalam hati menyalahkan Acap berkali-kali.

      Baru saja tangannya menarik tombol pintu gym hall, pintu itu dibuka dari dalam.

      “Kau lambat,” ujar Acap seraya mengisyarat pada gadis itu untuk masuk.

       “Awal kau datang,” balas Syara. Dua batang mop berdiri elok di tepi bench bersama-sama dua besin.

       “It’s called being punctual,” perli Acap lalu melontar bola keranjang pada gadis itu. Syara pantas menangkap. Mamat ni sengaja nak patahkan hidung aku ke apa?

       “Kau nak apa?” soal Syara. Nampaknya Acap nak sambung perbualan mereka pagi tadi.

        “One-on-one game. The first to shoot 5 hoops, gets to walk away without doing community service. Losers mop this gym hall all by herself,” kata Acap, senyuman sinis bermain dibibir.

         “All by himself,” Syara membetulkan lelaki itu. Senyuman terbit di bibir Syara.
30 minit kemudian...

       Bunyi tapak kasut bergesel dengan lantai memenuhi ruang gym hall itu. Score; Syara- 4, Acap-4. Syara melantunkan bola ke lantai sambil mencari jalan untuk melepasi Acap yang teguh menghalangnya. Acap boleh tahan hebat kemahirannya.

        Syara ke kiri, Acap pantas ke kanannya dan cuba merampas bola dari tangan gadis itu. Penat ke kiri dan ke kanan, Syara terus melontar bola dari tempatnya dan masuk hoop. Syara- 5.

        “That’s not fair,” kata Acap, sambil termengah-mengah. Dua-dua lencun dengan peluh.

        “Fair apa. One-on-one game have no rules,” Syara mengutip bola. Tetiba dia tersedar sesuatu. Bola itu dibaling kepada Acap.

       “Shoot half court,” cabar Syara.

       “What?”

       “Shoot. Half. Court.” Ulang Syara sambil melirik ibu jarinya pada hoop di belakangnya.

        Acap kelihatan pucat tetiba namun disahut juga cabaran itu. Syara hanya berdiri di side line memerhatikan lelaki itu.

       Bola dilantun ke lantai beberapa kali sebelum dilontar ke arah hoop.

       BOING! Bola melantun pada hoop dan jatuh ke lantai.

       “Yeesshh!” keluh Acap, frust. Syara mengambil bola dari tepi bench.

       “Cuba berdiri beberapa langkah dari garisan putih tu,” cadang Syara sambil bermain dengan bola ditangan. Acap mengetap bibir. Beberapa saat kemudian lelaki itu akur.

        Syara membaling bola kepada Acap.

        “Berdiri betul-betul sebaris dengan hoop depan kau. Start off running towards the hoop, then leap and shoot. Try not to swish the ball. Biarkan bola melantun pada backboard,” terang Syara. Dia perhatikan Acap mengikut arahannya.

        Kaki Acap melangkah ke arah hoop dan mencecah garisan putih, kemudian dia melompat sambil melontar bola ke arah hoop...dan... masuk hoop.

        Syara senyum. Acap terkagum sendiri. Bunyi orang menepuk tangan dibelakang meraka memaksa kedua-dua remaja itu berpaling. Niall bersandar pada bench sambil menepuk tangan dan senyum bangga.

        “Congratz, you finally made that shoot, mister gay,” ucap Niall. Dia buat double jerk kening pada Acap. Acap menjeling kawannya lalu menolak bahu Niall. Niall pula gelak suka usik orang.

        “Okay, dah settle dah. No hard feelings. Jom mop gym hall ni sebelum Puan Hashlina datang dan dapat heart attack,” Syara mencapai batang mop.

        “Kau buat apa?” soal Acap.

        “Aku nak mop gym hall, duh,” balas Syara, rasa seperti bercakap dengan orang kurang cerdik.

         Acap memusing anak matanya.

         “I can see that. I’m not blind,” jawab Acap, frust.

         “Kita dah buat deal. Yang kalah kena mop sendiri,” Acap mengingatkannya. Syara hanya senyum.

        “Kita sama seri. We both shot 5 hoops. Takkan aku nak abandon kau buat benda ‘hamba’ ni sorang-sorang,” balas Syara, mengguna ayat Niall semalam seraya senyum mengusik. Acap senyum senang dan mencapai batang mop satu lagi.

        “Okay, korang mop. Don’t mind me. I’m just...I’ll be right there, if you guys need me,” ujar Niall, cuba menarik perhatian dua orang kawannya. Namun Syara dan Acap tidak mengendahkan kehadirannya dan sambung mengemop lantai.

        “Hey,” panggil Acap.

       “I have a name!”

        Acap ketawa seronok dapat buat Syara bengang.

        “Syara,” panggil Acap kali ni. Sengihan bermain di bibir Syara.

        “Apa?”

        “Thanks,” kata Acap tanpa memandang muka Syara. Nampak sangat malu nak ucap terima kasih kat perempuan.

        “And?” desak Syara, saja nak mengusik.

        “You’re not so bad for a girl.”

        Syara diam sambil mengemop, masih menunggu Acap habiskan speech.

        “Selama ni aku fikir girls are annoying. Aku fikir orang perempuan cuma reti komplen, menggedik, mengarah orang, clingy, dumb dan pentingkan rupa paras. But you proved that wrong, Syara.”

         Diam lagi...

         “Fine I’ll admit it, some girls are strong, intelligent, not annoying and .... fun to be friends with,” Acap tambah ayat terakhir dengan senyuman ikhlas. Syara membalas senyumannya.

        “Alright you love birds, tak payah nak main-main mata,” sampuk Niall lalau memercik air dari dalam baldi itu ke arah Acap dan Syara.

     “HOI!!!” habis baju bau Ajax.

     Acap melibas belakang Niall dengan mop...

      “Weyh, habis percik kat muka aku!” bentak Syara apabila beberapa titik air terkena pada mukanya. Geram dengan dua orang lelaki itu Syara terus tonyoh mop pada muka dua orang itu.

      “SYARA!!!!” pekik dua orang itu serentak. Dan berlaku lah pergaduhan mop dan air Ajax. Lantai yang tadi kering dah banjir dengan air Ajax. Hmm.... bau harum.

       “Kau buat apa Niall?” Syara mempersoalkan lelaki itu melihat Niall memasukkan kakinya dalam dua baldi yang beroda itu.

       “Water skating!WEEEEE,” balas Niall dan menggunakan baldi di kedua-dua belah kaki sebagai skate. Syara speechless melihat lelaki 13 tahun itu buat aksi kanak-kanak. Last-last terburai ketawa mereka bertiga.

      “APA KAMU SEMUA BUAT NI?!!!!!!” bergegar satu bangunan itu. Syara dan Acap berhenti ketawa. Niall yang masih skating tak sempat nak brake dan merempuh tubuh Puan Hashlina yang bercekak pinggang.

BOOM!!

       “DETENTION! ALL THREE OF YOU!”

___________________________________________________________

       “Cikgu Hash tu tak sporting langsung!” rungut Niall. Ketika itu mereka bertiga berjalan keluar dari ofis Puan Hashlina setelah didenda. Selama 2 jam mereka dikurung dalam ofis itu dan dipaksa menulis ‘ Saya akan sentiasa berkelakuan baik dan matang.’ sebanyak 100 kali.

       “Dalam banyak-banyak denda, dia bagi kita denda menulis! I mean come on, that is the worst detention anyone could come up with. It’s bad enough we have to write 3 pages essay on zaman Politik,” Niall masih tak habis merungut.

        “zaman Paleolitik lah bijak,” Syara mencelah lalu memusingkan anak matanya. Sama ada Niall dengar dan buat bodoh atau Niall memang tak dengar teguran itu.

         “- aku rasa dia sengaja nak keep both eyes on us.”

         “She’s an old bat,” kutuk Acap sambil mengurut tangannya yang terasa lenguh.

         “ Astaghfirullah, korang ni. Setinggi mana pon tahap kebencian korang kat dia, dia tetap cikgu kita. Selagi dia bergelar cikgu, tak boleh mengutuk. Tak berkat ilmu nanti,” tegur Syara dengan muka tak beriak. Acap dan Niall saling berpandangan dengan rasa bersalah.

         “Seriously Syara, you have to admit that she hates us. Takkan kau tak perasan jelingan dia sepanjang kita dalam ofis dia tadi,” kata Acap mengejar langkah Syara yang menonong di depan.

         “Ye aku nampak semuanya,” keluh Syara.

         “Hate is a strong word. Seorang cikgu tak akan benci anak muridnya, walaupun anak muridnya nakal tahap terlebih euphoria dan boleh buat dia hilang akal. Cikgu sentiasa cari jalan untuk menolong budak spesis macam tu,” terang Syara.

          “I’ll admit that, I think she dislikes us so much. Hari kedua sekolah, kita dah ada CCTV bergerak,” seloroh Syara. Acap dan Niall ketawa kuat.

          “Nampaknya Ms Goody-Good Two Shoes dah naik tanduk,” usik Acap disambut dengan ketawa Niall dan senyuman malu Syara.

          “Oh crap..”

          “Kenapa?” Dua-dua pandang muka Niall.

          “Dah pukul 11.30 malam,” jawab Niall.

         “So?” Acap mengerutkan kening.

          “Curfew,” balas Syara. Semua pelajar tidak dibenarkan merayau di koridor selepas pukul 11 malam.

           “Kalau kita kena tangkap dengan pengawas patrol atau cikgu, confirm kena denda lagi. Sehari dua denda, aku dah cukup serik,” bisik Niall.

           “Macam mana ni? Dorm aku kat hujung bangunan. Dorm korang kat hujung sana,” bisik Syara, takut kalau-kalau ada pengawas lalu. Mereka bertiga berdiri dekat dengan dinding sebagai cover.

           “Jangan risau Syara, apa gunanya kawan kalau tak tolong dalam keadaan susah,” pujuk Niall.

           “Jom, kita orang hantar kau sampai ke dorm,” ajak Acap lalu berjalan dengan hati-hati di koridor dan berhenti apabila mereka tiba di koridor lain. Acap menjenguk kepala, nak pastikan koridor itu selamat.

           “Coast is clear. Come on,” mereka terjengket-jengket, takut untuk membuat bising. Dorm Syara, Prada berada di South Tower. Acap dan Niall pula dorm Armani yang berada di north Tower. Kenapalah mereka bukan dorm rumah yang sama? Tak pasal-pasal Syara terpaksa bersaing dengan dua orang kawannya itu dalam semua aktiviti.

           Dari jauh Syara dah nampak tangga ke arah dorm perempuan rumah Prada.

           “Setakat sini je kita orang hantar kau,” bisik Acap.

           “Thanks korang. Hati-hati, jangan kena kantoi pulak,” pesan Syara, risau. Dua orang lelaki itu mengangguk.

            “Selamat malam.”

            “Night, Syara.” Syara melihat Acap dan Niall berlari ke arah bertentangan dengannya. Setelah bayang-bayang kawan-kawannya hilang baru Syara berlari ke arah tangga. Tanpa disedari ada sepasang mata yang memerhatikannya berlari mendaki anak tangga.

___________________________________________________________

         Petang itu Syara meneman acap dan Niall bermain bola dipadang sekolah. Syara perhatikan saja dua orang lelaki itu berlatih menendang bola masuk gol. Niall bercadang nak sign up sebagai goalkeeper untuk pasukan sekolah.

        “Ready?” laung Acap yang bersedia untuk menendang bola. Niall di tiang gol mengangguk. Kaki Acap menyepak kuat bola dan dengan mudah Niall emnangkap bola tersebut. Dan mereka terus berlatih seperti itu sampai Acap dah bosan nak tendang lagi.

        “ Niall, kau dah pro dah! Tak payah nak latih bagai, buat penat je aku sepak kuat-kuat, last-last kau still boleh halang,” rungut Acap, tak puas hati.

        “One last time!” laung Niall.

        Acap merengus. Penat. Dia toleh ke arah Syara.

        “Apa?” tanya Syara.

        “Turn kau pulak sepak bola,” kata Acap.

        “Aku tak reti lah,” protes Syara. Segan kot. Dah lah dia sorang perempuan kat padang tu. Keliling semua lelaki.

         “Apa yang tak retinya? Kau sepak je lah. Jangan nak tipu aku. aku tahu kau boleh sepak,” ugut Acap lalu duduk disebelah Syara dibangku itu. Dengan keluhan halus Syara bangun dan berdiri di tepi bola. Niall senyum mengejek.

          “Give me your best shot Syara!” cabar Niall. Tahu sangat kawannya itu pantang dicabar.

          “You asked for this Daniell Arman!” laung Syara. Kaki dihayun ala-ala Christiano Ronaldo atau Messi nak buat sepakan penalti. Sneakers bertembung dengan permukaan bola memberi impak yang sangat kuat. Acap terjatuh rahang mendengar bunyi sepakan itu.

        KEDEBAB! Bola itu separuh jalan ke arah Niall namun terkena kepala orang yang berjalan ditengah-tengah laluan bola itu. Syara, Acap dan Niall melopong. Siapa lah yang bijak sangat, lalu tengah-tengah padang tempat orang tengah main bola?

         “Bloody hell....” rungut suara garau itu. Semua pelajar di padang terkaku. Pelajar perempuan yang berada dalam bangunan STA tetiba serbu ke padang. Acap dan Niall kelihatan gelisah. Syara... muka tak beriak. Trisya masih berada di library cuba menyelesaikan jawapan maths.

        Suasana di padang itu sangat hening.

         “What’s going on?” bisik Syara kepada Acap yang berdiri disebelahnya. Semua mata tertumpu pada tiga orang lelaki. Sorang berwajah tenang, sorang berwajah menahan gelak, dan sorang lagi berwajah bengang tahap nak bunuh orang dek kerana kepalanya terkena bola yang disepak oleh Syara.

         “That’s the Trio Hotshot,” bisik Acap. Syara yang masih blur tahap tak ada idea betapa seriusnya perkara tersebut hanya mampu menjongketkan bahu tanda tak kisah. Gadis itu bertapak ke depan.

         “Sorry,” kata Syara selamba dan berpaling untuk masuk ke dalam.


         “Wait.” Syara berhenti namun tidak menoleh. Apa lagi mamat ni nak? Patutlah Trisya anti sungguh dengan tiga orang makhluk itu. Annoying tahap baboon....


cliffhanger..... :D

No comments:

Post a Comment