WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Tuesday 9 April 2013

Senyuman Jannah 14


         Seandainya di dunia ini kita dibenarkan buat ikut suka hati, sudah lama dia redah studio berita dan merampas pembesar suara daripad Cik Pembaca Berita dan jerit,

          “Aku bosan!!! Ada tak sesiapa yang nak sparring dengan aku atau nak cari pasal atau terjun Niagara Falls atau tolong aku cipta roket dan terbang ke bulan?!”

          Seumur hidupnya tidak pernah dia merasa bosan yang sangat bosan seperti sekarang. Disekolah tiada sesiapa yang mengacaunya. Aryan dan Damien seperti tidak berani menghadapnya setelah dikerjakan olehnya sehingga hampir ditahan di ICU.

         Sejak berita sensasi mengenai penarikan dirinya dari Prince Taiko tersebar meluas di sekolah dan juga sekolah lain, makin ramai pula perempuan yang datang menegurnya. Surat cinta yang diterima tak usah diceritalah. Penuh laci mejanya dengan surat-surat monyet itu. Tu belum lagi beribu-ribu mesej perkenalan yang diterima daripada nombor yang tidak dikenali. Entah apa masalah perempuan zaman sekarang yang tidak malu meluahkan perasaan kepada suami orang.

        ‘Mengaku pula kau ni suami orang,’ sindir satu suara dalam kepalanya. Dua minggu tanpa kehadiran Jannah benar-benar membuatnya rasa sunyi. Tetapi tidak terlintas pula dihatinya untuk menelefon gadis itu bertanya khabar. Di fikiran terlintas tetapi diusir idea gila itu jauh-jauh.

 - Minah tu pun tak pernah call aku, buat apa aku susah-suah call dia?

+ oh, kau nak merajuk dengan dia lah?

- Bukan merajuk, tapi aku betul-betul tak rasa kepentingan untuk call dia. Lagipun aku nak cakap apa dengan dia nanti?

+ Senang saja... cakap sajalah kau rindu dia...

- Simpang malaikat 44!  Takde kerja aku nak cakap macam tu. Bila masa pula aku rindu dia? Tolonglah!

+ sejak kau mula rasa bosan bila dia tiada. Itu lah dinamakan rindu.

              Hakim menutup wajahnya dengan bantal dan jerit semahunya. Kepala diangkat semula apabila terasa sesak nafas menyembam muka. Dijeling jam dinding bilik Jannah itu. Pukul 2 petang. Selalunya waktu-waktu begini selepas balik dari sekolah, dia akan hentam tidur sehingga asar. Tapi dia tak boleh tidur. Matanya segar-bugar.

           Dia teringat kata-kata Jannah dua minggu yang lepas sebelum Jannah balik ke universiti. Ketika itu dia mengeluh bosan sambil melihat skrin laptop dan Jannah pula sedang melipat kain baju di atas karpet.

          “Tahu tak orang yang selalu mengeluh, cepat tua? Awak dah tak sabar jadi orang tua ke?” sindir Jannah. Hakim mengetap bibir, sakit hati dengan Jannah yang tiba-tiba cari pasal. Jannah yang sedang melipat baju dijeling.

           “ Macam lah kau tu muda sangat. Dah tua tak sedar diri,” balas Hakim, pedas. Tetapi Jannah tersenyum dan memandangnya.

            “Eh mesti lah saya muda. Orang mudakan selalunya tak sedar diri dan fikir dirinya bagus. Cuba tengok muka saya yang comel ni,” Jannah membuat muka comel. Hakim mencebik meluat.

             “Macam lah comel sangat buat muka macam tu,” perli Hakim namun tidak diendahkan Jannah.

              “ Dulu arwah nenek saya selalu cakap kalau dah asyik mengeluh kerana bosan tahap nak kena masuk IJN, kira bulu ayam kat dalam reban arwah nenek. Tu confirm tak bosan. Dalam kes awak ni, mana nak cari ayam kat tengah-tengah bandar raya ni. Jadi lebih baik awak kira bulu kaki awak ke. Tak pun kira setiap huruf dalam kamus Dewan Pustaka,” usul Jannah. Hakim rasa nak tempeleng kepala Jannah yang selamba bagi idea merepek itu.

         ‘ Aku rasa aku tidur ada lah kalau nak mengira huruf dalam kamus tu. takde kerja aku nak kira bulu kaki aku ni,’ desis hati Hakim. Disebabkan takde kerja itulah kau rasa bosan. Hakim senyap saja.

          “ Pastu nenek cakap, kalau masih bosan... kira bintang kat langit,” jannah bersuara lagi.

            “Kalau kira bintang sampai besok petang aku tak tidur,” balas Hakim. Jannah mengangkat muka.

            “ Kenapa pula sampai esok petang awak tak tidur? Siang-siang mana nampak bintang. Pagi tu boleh lah awak qadha tidur awak.”
 Kan dah kata, ada saja perempuan ni nak balas. Hakim menjeling saja kemudian menatap skrin laptop. Keadaan senyap semula.

           “ Atau awak siapkan lah kerja sekolah awak, ke menghadap kerja sekolah membuat awak mengantuk secara tiba-tiba,” perli Jannah. Macam tahu-tahu je kelemahannya.


        Disebabkan teringatkan cadangan Jannah itu lah, dia menggagahkan jua dirinya mencapai beg sekolah. Nak keluarkan buku-buku sekolah pon terasa berat. Di selak-selak beberapa helai dan akhirnya dia duduk di meja study sambil menyiapkan kerja sekolahnya. Bukan setakat homewrok yang diberi oleh cikgu pada pagi tadi saja, tetapi homework yang terbengkalai sejak awal tahun juga disiapkan. Hebat tak?

        Sebaik saja kedengaran azan Asar berkumandang dari surau berdekatan, Hakim meletak pensel dan menutup buku. Dia menggeliat urat sarafnya setelah 2 jam duduk di meja study. Dia berpaling ke jam dinding.

         “Hmm.. tak sangka begitu cepat masa berlalu,” gumamnya. Dia bergerak ke bilik air untuk mengambil wudhu dan menunaikan solat Asar. Lepas solat Asar dia rasa lapar pula. Peti ais dibuka.

          ‘Ada susu, vitagen, yoghurt calciyum, bliss strawberi, beberapa biji limau.. hmmm semua makanan yang baik untuk kesihatan. Memang bakal doktor lah kau ni Jannah,’ rungut Hakim. Takde benda junk food ke?

         Hakim membuka laci yang kosong di kabinet.

      “Achoo!” dia terbersin. Dia baru perasan habuk yang ada di permukaan kabinet dapur dalam bilik Jannah itu. Dah dua minggu bilik itu tidak dibersihkan. Macam manalah aku boleh hidup dalam keadaan bilik yang bersepah begini?

         Dia teringat pesanan Jannah atas sticky note. Senyuman jahat tersungging dibibirnya. Kettle diambil dan ditadah air kemudian dia on kettle untuk masak air. Hakim bergerak ke bilik sbelah. Bilik Sufi.

        Pintu bilik Sufi sentiasa terbuka luas kecuali waktu Sufi menukar baju atau tidur. Hakim menyandar bahu di muka pintu sambil memeluk tubuh. Sufi yang sedang baring atas katil menatap siling, dipandang.

        “ Ingat awek ke?” perli Hakim. Sufi memejamkan mata beberapa saat. Otaknya sangat letih hari ini. Cukup masalah disekolah, sekarang si bekas gangster ni pula nak cari pasal.

          “ Apa salah aku sehingga aku ber-abang ipar-kan seorang gangster yang tak reti nak duduk diam?” Sufi mengeluh perlahan. Kemudian menoleh kepada Hakim yang tersengih-sengih.

           “Yang kau sengih-sengih tak cukup gula tu kenapa?” Sufi rasa lain macam apabila Hakim merenungnya begitu. Apa kena dengan Hakim ni? Kenapa pandang aku semacam je? Entah-entah...

          Sufi pantas menarik selimutnya sampai ke dagu. Takut sekiranya Hakim buat bukan-bukan. Macamlah kau tu perempuan Sufi.

            “ Kau nak apa?!” Sufi dah seram dah. Hakim menjuling mata ke atas.

           “Kau fikir aku ni gay ke? Aku masih boleh bezakan jantina lelaki dan perempuan. Dan aku boleh bezakan halal dan haram,” tempelak Hakim. Tak sangka kuning juga otak si ketua pengawas ni. Hahaha

           Sufi mencampak selimut ke tepi dan bangun dari katil. lega sedikit Hakim bukan gay.

            “Dah tu kau nak apa? Tak pernah-pernah nak lawat bilik aku, hari ni buang tabiat apahal?” jawab Sufi sarkastik.

             “Kemas bilik kakak kau.” Sufi rasa nak sepak Hakim laju-laju biar sedar diri sikit. Dia tu siapa nak mengarah-arah aku suruh kemas bilik? Oh lupa dia tu abang ipar aku. tapi tak bermakna dia boleh sesuka hati suruh orang buat itu ini.

              “Kemas lah sendiri! Dah reti buat sepah, tak reti kemas?” perli Sufi. Dia mengeluarkan Ipad dari laci meja study. Hakim masih dimuka pintu dengan muka selamba.

             “Okay, fine. Aku biar saja lah bilik tu, dan bilik kakak kau balik dan  nampak biliknya macam tempat pembuang sisa toksik kilang, aku cakap saja kau tak nak kemas,” jawab Hakim tanpa rasa bersalah. Sufi tegang.

             “Kenapa aku pula yang disalahkan?”

             “Dah dia yang suruh.”

             “Kakak aku suruh buat apa?” tanya Sufi mengerutkan dahi.

             “Dia suruh kau kemas.”

             “Sebab apa aku kena kemas bilik korang pula?” tak puas hati.

             “Sebab dia suruh.”

             “ Kenapa dia suruh aku?” bengang.

             “Sebab dia suruh!”

             Sufi mengeluh lalu memegang dahinya. Pening melayan Hakim. Orang tanya, dia jawab dengan jawapan yang sama. Stress kalau bercakap dengan Hakim. Tak tahulah bagaimana kakaknya tahan dengan suami macam Hakim ni.

             Selagi dia tidak ikut kemahuan Hakim, selagi itulah dunianya tidak aman. Hakim ni bukan boleh pakai. Sufi bergerak mencapai vacuum di stor. Dia menapak masuk ke dalam bilik Jannah. Tak lah bersepah seperti tempat pembuangan toksik kilang. Hakim ni buta ke bangang? Tak reti bezakan ke antara sampah dan toksik? Sufi menjeling Hakim yang berada di ruang dapur bilik.

           “Apa buktinya kakak aku suruh aku kemas bilik ni untuk kau?” Hakim yang sedang duduk dimeja dapur sambil meminum air milo panas menunjuk ke arah pintu wardrobe. Sufi membaca tulisan kakaknya di sticky note itu.

             “Hampeh punya kakak, dah pergi U pun masih boleh buli aku,” rungut Sufi perlahan. Namun tetap sampai ke pendengaran Hakim. Hakim hanya tersenyum sambil minum. Boleh tahan juga Jannah kenakan Sufi.

              “Buat saja lah. Membebel sorang-sorang pula.” Sufi memandang Hakim dengan senyuman sinis.

               “Kau baca dengan teliti ke tidak? Kakak aku tulis, ‘suruh aku tolong kemas’. Maknanya dia nak aku tolong kau kemas bilik ni,” Sufi mengenakan Hakim pula. Sengaja dia menekankan perkataan tolong. Kurang sikit sakit hatinya melihat Hakim mengetap bibir geram.

            Sufi vacuum, Hakim lap habuk-habuk dipermukaan kitchen kaunter dan meja kecil di dapur itu. Alang-alang dah mengelap, dia terlebih rajin mengelap meja study. Matanya terpandangkan sebuah bingkai gambar yang berada di dalam kotak kecil yang tersosrok bawah meja study. Perasaan ingin tahu menguasai dirinya. Lantas kotak itu diletak atas meja.

           Gambar itu ditatap. Gambar Jannah dan kawan-kawan sewaktu sekolah menengah. Dahinya berkerut, ada sesuatu menggangu fikirannya.

           “Kakak kau dulu sekolah biasa?” tanya Hakim kepada Sufi tanpa mengangkat muka. Sufi mematikan vacuum dan menoleh kepada Hakim.

            “Kau bercakap dengan aku ke?”

            “Taklah aku bercakap dengan gambar ni. Hai gambar.. dulu Jannah sekolah biasa ke?” balas Hakim sarkastik. Sufi menayang muka toya, menyampah dengan Hakim. Menyampah-nyampah jawab juga soalan Hakim.

             “Ye lah. Takkan dia sekolah private kot,” balas Sufi, sibuk nak sarkastik juga. Hakim pula pasang muka toya.

              “ Habis tu kalau dia sekolah biasa, kenapa aku tak pernah jumpa dia kat sekolah?” tanya Hakim. Gambar itu diletak atas meja study. Dia terlihat satu lagi kotak kecil yang berada dalam kotak itu. Hey... Jannah kau nak buat magic trick ke. Kotak dalam kotak? Dibuka sedikit penutup kotak itu. Ada kunci? Dia letak kotak itu semula di tempatnya.

                 “Mestilah kau tak jumpa. Aku sebagai adik pun tak pernah jumpa dia masa kat sekolah. Lagipun time dia form 5, kita orang baru form 1. Dia sesi pagi, kita orang sesi petang. Memang tak berjumpalah. Kakak aku pun jarang ada kat sekolah, time exam je dia datang penuh,” kata Sufi sambil melihat-lihat ke dalam peti ais. Takut-takut ada makanan basi.

               Dahi Hakim berkerut-kerut mendengar. Jarang pergi sekolah tapi dapat tokoh pelajar cemerlang? Dia ternampak piala dan sijil tokoh pelajar cemerlang dalam kotak itu.

             “ Kenapa dia selalu ponteng sekolah?” tanya Hakim curious.

             “Sebab dia kan selalu sa...” Sufi serta-merta terhenti tatkala menyedari dia hampir terlepas cakap. Tangannya menutup perlahan peti ais itu. Rasa bersalah bertandang.

            Hakim menoleh kepada Sufi apabila Sufi berhenti tengah-tengah ayat.

            “Dia selalu apa?”

            “Kau nak tahu?” soalan dibalas dengan soalan. Hakim mengangguk.

             “Dia... selalu....” sengaja Sufi jawab lambat-lambat. Sebenarnya dalam otak tengah cari jalan mengelak daripada menjawab soalan itu.

              “Selalu apa?”

              “Buasir.” Entah kenapa benda itu pula yang terkeluar. Tak pasal-pasal  kakaknya yang normal itu ada buasir.

              “Buasir?” ulang Hakim, pelik.

               “Ye buasir,” jawab Sufi dengan yakin.

                “Buasir tu apa?” Sufi rasa nak sumbat-sumbat Hakim ke dalam peti sejuk biar beku mamat tu sampai esok pagi.

                 “Buasir tu... entah lah aku pun tak tahu,” keluh Sufi. Malas dia hendak terangkan kepada Hakim. Bukannya kakaknya betul-betul ada buasir pun. Ada satu lagi persoalan dibenak Hakim.

             “Kenapa dia tak pergi asrama? Bukan ke result UPSR dia cemerlang ke?” perkara itu telah lama dia hendak tanya kepada Jannah tetapi mulutnya seakan terkunci apabila berhadapan dengan Jannah.

             “ Dia dapat tawaran MRSM. Tapi dia tolak. Katanya jauh. Aku pun tak faham kenapa dia tolak. Bagi aku Taiping tu taklah jauh sangat. Paling aku tak tahan, bila dia tingkatan 4 dia dapat SM Sains Seri Puteri dekat KL, yang paling dekat tu pun dia kata jauh. Hey.. aku tak faham lah dengan kakak aku tu,” ujar Sufi. Ternyata dia juga kadang-kadang tak faham tindakan kakaknya yang luar biasa dan suka berahsia.

              “Kau tak pernah tanya dia kenapa?” Hakim teragak-agak bersuara. Kali ni dia menatap gambar Jannah yang tersenyum bersama-sama kawan-kawannya dalam gambar itu.

             “Pernah tapi jawapannya membuat aku rasa jengkel,” jawab Sufi siap dengan memek muka annoying.

             “dia kata apa?”  

             “ Janji harus ditepati.” Jawapan Sufi membuat Hakim terkedu.

             “See? Annoying kan? Janji harus ditepati. Kakak aku rembat tagline Satu Malaysia lah tu,” sambung Sufi tanpa menyedari perubahan wajah Hakim.

           “So... kalau aku tak kacau kau and... kita tak bergaduh.. kau tak payah pergi asrama?” Hakim pernah bertanya dulu.

            “ Aku janji tak akan tinggalkan kau selagi kau tak sakitkan hati aku,”  itu janji Jannah.

             “Dia cakap sebab jauh...”

             “Janji harus ditepati...”
     ‘Maknanya dia tolak tawaran asrama semata-mata nak pegang janji yang dia pernah buat dulu?’  Teringat pertengkarannya dengan Jannah beberapa hari sebelum Jannah balik U.

            Ketika itu hujan lembat membasahi bumi. Hakim duduk berteduh dibawah perhentian bas yang berhampiran dengan padang bola. Tadi dia sudah menghantar mesej kepada Jannah menyuruh gadis itu datang mengambilnya. Ikutkan hati mahu saja dia redah hujan itu tetapi antibodiesnya kan tak berapa kuat. Kena hujan sikit dah demam.

          - Ok. Saya datang ambil awak. Jangan pergi mana-mana. duduk kat situ.- Jannah.

             Lama dia tunggu di situ. ‘Isy, minah ni apesal lambat? Dia drive kereta atau sorong kereta ke sini?’ rungut Hakim. Malas hendak tunggu lama-lama, Hakim berdiri. Hampir saja dia hendak meredah hujan, kelihatan Jannah datang berlari dengan payung ditangan.

          Nafas gadis itu tercungap-cungap. Nampak seperti orang berlari 100 kilometre saja.

          “Kenapa lambat? Mana kereta?” Hakim menyerbu gadis itu dengan soalan.

          “Sorry. Kereta tak boleh start, terpaksa jalan ke sini,” ucap Jannah. Jalan? Berlari ada lah. Hakim melihat Jannah separuh basah. Kasihan pun ada tapi ego tetap ego.

            “Kalau dah kereta problem, tak payahlah menyusahkan diri datang. Aku boleh redah hujan,” kata Hakim, dingin.

            “Jangan nak mengada. Demam kang baru nak menyesal 40 hari 40 malam. Lagipun saya dah janji dengan awak,” balas Jannah. Mereka berdua berjalan sambil Jannah memegang payung. Hakim tak suka Jannah lebih-lebih merisaukan dirinya. Pantas dia merampas payung dari tangan Jannah. Jannah tu dah lah pendek, pegang payung pun tak betul.

            “Meh sini aku pegang payung...tak payah lah bersungguh sangat nak pegang janji,” kata Hakim separuh menyindir. Jannah berlagak biasa.

            “When I promise something, I never ever break my promise. I try to keep my promise as best as I can,” ujar Jannah. Hakim menjeling Jannah disebelahnya. 

No comments:

Post a Comment