WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Saturday 1 June 2013

A Thousand More.... 11

       “Sekarang pun boleh,” Syakir melangkah penuh bergaya ke arah meja juri. Matanya melekat pada Iman Afiya yang bersandaran pada kerusi dan memandangnya dengan kening sebelah terangkat. Syakir mengukir senyuman sinis, sengaja menambah kesakitan hati Iman Afiya.

         “Err..” Xie Xian memandang syakir dan Iman Afiya silih berganti. Mana satu bos besar? Iman Afiya atau Syakir? Bingung Xie Xian dibuat mereka berdua.

         “Syakir, terima kasih kerana sudi datang!” ucap Nur dan Nazeera berdiri. Kononnya menyambut tetamu kehormat. Karpet dewan itu memang merah,  lampu spotlight memang dah ada, yang tak ada hanya kamera man, bunga mangga, persembahan silat dan pihak wartawan menyerbunya. Kalau tidak cukuplah segala aset untuk Syakir menjadi selebriti popular yang membuat ketibaan mengejut.

         “Kau nak ujibakat untuk penulis skrip ke?” tanya Iman Afiya sarkastik. King Sprinter hanya reti berlari pecut. Jangan kata King Sprinter ini mahu memegang watak sebagai Raja dalam drama itu sudah. Mentang-mentang King lah kan?

         “Tak,” kata Syakir. Lelaki itu berdiri dengan tangan kanan berada di dalam poket seluar sekolah dan tangan kiri pula berada di atas meja juri. Gaya seorang model yang tidak sedar diri.

         “Habis tu? Apa tujuan kau datang sini?” tanya Iman Afiya, kening masih ala-ala Ziana Zain.

          “Aku ada satu cabaran untuk kau,” Syakir melemparkan senyuman kepada Iman Afiya yang masih tenang. Iman Afiya kan suka cabaran. Inilah peluang Syakir.

         “Apa cabarannya?” Iman Afiya sekadar ingin tahu. Jika cabaran itu berunsur merepek seperti menyuruhnya berlawan dengan lanun Tasik Chini, memang Iman Afiya akan humban Syakir ke dalam Tasik Chini. Entah ada atau tidak lanun di Tasik Chini.

          “Aku cabar kau.... wakilkan sekolah kita untuk kejohanan balapan dan padang MSSM tahun ni,” Syakir menutur ayat itu dengan lancar. Macam nak lafaz akad nikah saja. Haha..

           Wajah Iman Afiya berubah kelat. Dan air liurnya tersekat dikerongkong, menyusahkannya bernafas. Nur, Nazeera dan Xie Xian pandang Iman Afiya yang seperti baru disambar petir. Orang kena petir pun tak seteruk keadaan Iman Afiya.

          “Iman Afiya,” Nur menyentuh bahu kawannya itu, mana tahu kawannya itu betul-betul jadi patung yang tidak terkelip memanatap wajah Syakir.

          Iman Afiya tersedar apabila Nur menyentuh bahunya. Wajahnya diraup. Iman Afiya jangan tunjuk kelemahan kau. Baik kau smash lelaki menjengkelkan ini supaya dia tidak memperlekehkan kau.

           “Tapi apa balasan yang aku akan dapat sekiranya aku terima cabaran kau ini?” Iman Afiya memeluk tubuh dan muka tenangnya ditayang. Syakir meletak kedua-dua tangannya di atas meja juri dan memandang tepat ke dalam anak mata Iman Afiya. Kononnya nak cari secebis ketakutan dalam diri gadis itu. Namun tiada apa-apa.

            “Sekiranya kau terima... aku akan kasi satu rombongan untuk menyertai ‘kelab drama’ kau. Jadi apa keputusan kau?” tanya Syakir dengan senyuman. Badannya didekat dengan meja. Dan Iman Afiya yang bertentangan dengannya bersandar pada kerusi. Macam nak main acara siapa-dapat-buat- Iman Afiya- senyum- menang- lego Gundam. 

           Iman Afiya diam. Barangkali mempertimbangkan segala kemungkinan. Kalau dia setuju belum tentu Syakir yang berlagak ini boleh mengotakan janjinya. Jadi dia tidak perlu bimbang tentang kejohanan itu. Lainlah jika Syakir memiliki kuasa sihir yang boleh membuat satu dewan ini penuh dengan peserta ujibakat hanya dengan sekali petikan jari. Dan perkara itu adalah mustahil.

        “Baiklah aku terima,” kata Iman Afiya.

        “Terima apa? Nikah aku?” Syakir tersengih gatal.

       DUSH! Iman Afiya menyepak kaki Syakir dibawah meja. Syakir terdorong jauhi meja.

       “Auwww,” Syakir mengerang perlahan. Dia tahu dia memang layak pon mendapat sepakan percuma itu. 

       ‘ Mangkuk punya Syakir. Sempat pula mengenakan orang,’ bisik hati Iman Afiya.

      “Jadi aku dah terima cabaran kau, sekarang kau kotakan janji kau,” ujar Iman Afiya sambil berdiri menghadap Syakir.

       Lelaki itu senyum-senyum. Eleh poyo lebih saja gaya berdiri lelaki itu. Syakir mengangkat tangan kanan paras bahu lalau memetik jari dihadapan muka Iman Afiya.

    TIK! Serentak dengan itu dewan yang tadi lengang tiba-tiba penuh dengan para pelajar sekolah itu. Lebih tepat semua batch tingkatan 5. Iman Afiya terkaku seperti patung. Nur dan Nazeera toksah cerita lah. Panjang rahang mereka terjatuh ke lantai.

      “ Patik persembahkan rombongan kelab drama tuan puteri,” ejek Syakir dengan lembut. Saat itu Iman Afiya rasa satu dunianya telah dijajah oleh King Sprinter. Tak guna Syakir! Kali ini Syakir lebih bijak mengatur perangkap untuknya.

       Syakir menahan ketawa melihat gadis itu terkelu lidah. ‘Hahaha Iman Afiya, nampaknya kali ini aku menang dan kau perlu menonjolkan bakat kau yang hebat dalam lari pecut.’

       Iman Afiya merenung tajam ke arah Syakir yang berdiri disebelah Nazrul yang turut tersenyum sinis kepadanya. Sukalah musuh-musuhnya itu lihat dia kalah sekalahnya. Dia tidak boleh menarik balik persetujuannya kerana Syakir telah pun mengota janji. Nak tak nak, dia perlu mewakilkan diri untuk kejohanan tersebut.

       “Baiklah, Xie Xian, sila mula melakar jalan cerita. Skrip itu awak boleh siapkan hari Sabtu dan Ahad. Hari Isnin perlu lengkap. Tetapi hari ini kita perlukan watak-watak kerana kita akan membuat pemilihan pelakon,” arah Syakir dengan selamba. Iman Afiya dah bercekak pinggang.

       “Err... Iman Afiya?” Xie Xian meminta pertolongan gadis itu. Xie Xian tidak tahu sama ada mahu dengar kata-kata Syakir atau tidak.

       Iman Afiya menjeling Syakir sebelum mengalihkan pandangan ke arah Xie Xian. Nafas dihela. Jangan sampai amarahnya terkena pada orang tidak bersalah. 

      “Xie Xian, awak rasa mampukah awak siapkan plot drama ini hari ini juga? Watak-wataknya sekali?” tanya Iman Afiya dengan serius. Xie Xian mengangguk laju.

        “Boleh. Tak ada  masalah. Bagi saya 45 minit untuk siapkannya. Jalan cerita dan watak saja kan? Bukan skrip kan?” Xie Xian meminta kepastian. Iman Afiya dan Syakir mengangguk dengan wajah serius.

        “Baiklah mari kita mula sekarang,” ujar Xie Xian dengan ceria. Gadis cina itu duduk di kerusi Iman Afiya lalu mula melakar. Pelajar-pelajar yang lain duduk disekitar dewan itu sambil membuat kerja masing-masing. 

   
45 minit kemudian....

    “SIAP!” laungan Xie Xian menyedarkan semua orang di dalam dewan itu.  Semua duduk tegak. Xie Xian menyerah kertas itu kepada Iman Afiya. Senyuman bermain dibibir Iman Afiya membaca isi surat itu.

      Nazrul dan Syakir menjenguk kertas itu dari bahu Iman Afiya. Tak menyabar-nyabar nak melihat idea bernas Xie Xian.

      “Wah ini lebih baik daripada apa yang aku jangka,” Syakir bersuara serentak dengan itu merampas kertas itu dari tangan Iman Afiya. Terkejut gadis itu dibuatnya.

      “Hey!” marah Iman Afiya. Suka sangat merampas dari orang. Dia menjeling tajam Syakir namun lelaki itu seperti suka kalis mata laser Iman Afiya. Nur dan Nazeera turut menjenguk kertas di tangan Syakir. 

Senarai watak:

King

9 orang pahlawan

10 rakyat yang bercakap

Putera

7 ahli sihir

Captain lanun

8 lanun

Hunter

5 pari-pari

Tuan Puteri

   “ Kenapa watak-wataknya fairytales?” soal Syakir, Nazrul, Nur dan Nazeera serentak dengan kening bercantum dan memandang Xie Xian. Iman Afiya menjuling mata ke atas dan mendengus.

       “Kau orang semua memang tak pernah baca sesuatu sampai habis kan? Cuba baca dulu sampai habis sehabisnya. Jangan baca watak itu saja,” tegur Iman Afiya.

       “Tema drama kita berdasarkan kehidupan persekolahan atau hidup sebagai pelajar. Cabaran sebagai pelajar, belajar sambil berseronok. King itu seperti pengetua sekolah. 

Pahlawan pula guru-guru yang mengajar rakyat. Putera itu pula watak utama. Seorang yang angkuh dan sombong dengan kekayaan tetapi pada hakikatnya dia sangat miskin dengan ilmu. Ahli sihir pula sebagai halangan yang Si Putera perlu hadapi. 

Captain lanun sudah tentunya musuh Si Putera. Hidup sebagai manusia mesti ada musuh. Dan lanun-lanun yang lain anak buah kepada Captain lanun. Hunter ini watak yang menolong Si Putera  dengan pertolongan pari-pari. 

Akhir sekali Tuan Puteri. Sebagai manusia kita juga mempunyai fitrah untuk berkasih sayang. Jadi Tuan Puteri ini lah yang membuat Si Putera gila bayang dan juga merupakan cabaran kepada Si Putera. Sama ada Si Putera hendak belajar atau hendak bercinta.. atau kedua-dua sekali,” panjang lebar Iman Afiya menerangkannya kepada semua orang.

       Xie Xian di tepi mengangguk-angguk setuju.

       “Baiklah, mari kita mulakan sesi uji bakat. Sesiapa yang berminat untuk memegang mana-mana watak, sila siapkan biodata dan tunggu di luar dewan. Sementara yang lain, ambil tempat di dalam dewan dan saksikan ujibakat ini,” Syakir mula memberi arahan.

       “Eh, bila masa kau jadi pengarah?” Nur tidak puas hati sambil bercekak pinggang.

       “Bukan Iman Afiya ke pengarah kami?” sokong Nazeera.

       “Aku ketua pengarah, Iman Afiya penolong ketua pengarah. Jadi dia penolong aku,” kata Syakir selamba. Iman Afiya rasa hendak laser dahi Syakir dengan lightsaber sampai tertembus.

        “Aku tak nak-,” Iman Afiya membangkang.

        “Cepatlah mulakan sesi uji bakat! Aku ada tuisyen petang ni!”

       “Tak kisahlah siapa ketua, siapa penolong. Susah sangat, dua-dua saja lah jadi pengarah!” Suara pelajar-pelajar mula kedengaran bengang. Syakir tersenyum kemenangan dan sengaja menjongket-jongketkan keningnya. Iman Afiya mengetap bibir. Sabar Iman Afiya. Hari ni hari dia, esok dan sampai bila-bila hari kau pula.

      Mereka mula sesi uji bakat. Selepas semua diuji bakat, para pelajar dibenarkan pulang. Keputusan pemegang watak akan diumumkan pada keesokan harinya. Iman Afiya, Nur, Nazeera, Syakir, Nazrul dan Xie Xian duduk di meja bulat. Di atas meja penuh dengan biodata calon-calon watak yang telah ditapis.

      “ Aku rasa Firdaus lebih sesuai jadi King. Suaranya pun dah ala-ala pengetua yang garang,” kata Nur. Yang lain semua setuju. 

       “Watak pari-pari, kita pilih ahli kumpulan Gediks saja lah,” cadang Syakir. Nazeera menjeling Syakir. Tahulah itu nama gelaran yang diberi oleh Iman Afiya kepada kumpulannya tetapi tidak perlulah menyebutnya depan-depan muka Ketua kumpulan Gediks. Buat sakit hati orang saja.

       “ Tinggal watak putera dan ahli sihir saja. Kita perlukan berapa ahli sihir?” tanya Nazrul sambil membelek biodata-biodata pelajar.

      “Tujuh orang,” kata Xie Xian.

      “Ahli sihir nak kesemuanya perempuan ke?” soal Nazeera.

      “Perempuan saja lah. Calon lelaki tak ramai. Tetapi tak cukup perempuan untuk tujuh ahli sihir. Hanya ada enam calon perempuan,” Iman Afiya bersuara.

       “Kau lah calon terakhirnya Iman Afiya. Kau seorang yang sesuai sangat jadi ahli sihir yang tak bertauliah,” ejek Syakir. Tengok.. mamat ni memang pantang melihat Iman Afiya bahagia. Iman Afiya terus menyepak kaki Syakir yang duduk bertentangan dengannya.

      Syakir terbangun dan terlompat-lompat kesakitan. Malang sungguh harinya.

      “Siapa pula yang sesuai jadi Putera?” Xie Xian bersuara.

      “Hello?” satu suara yang muncul dari pintu dewan menarik perhatian keenam-enam juri untuk melihat siapa gerangannya.

No comments:

Post a Comment