WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Sunday 24 March 2013

Senyuman Jannah 8


        Dalam keheningan malam, saat makhluk Allah yang lain nyenyak tidur, seorang hamba Allah bersujud kepada Allah. Menginsafi kekerdilan dirinya yang telah banyak buat dosa.

          “Ya Allah... ampunkan lah dosa hamba-Mu yang kerdil ini. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Aku tahu Engkau menguji aku kerana aku lalai dengan dunia ini. Ampunkan dosaku Ya Allah. Tiada yang mampu mengampunkan melainkan Engkau Ya Allah.

           Ya Allah... sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Mu. Dan Engkau tidak membebankan kami dengan ujian yang Engkau beri. Aku memohon petunjuk-Mu ya Allah. Manakah yang terbaik untukku? Tunjukkan aku ke jalan yang Engkau redhai. Dekatkan aku dengan rahmat-Mu. Sekiranya pilihan ini yang mendekatkan aku kepada-Mu, mendekatkan aku dengan rahmat dan keredhaan-Mu... permudahkanlah jalan ini.

        Ikhlaskan lah hatiku ini untuk redha dengan segala takdir-Mu. Lembutkanlah hati dia supaya dapat menerima diriku. Dan jauhkanlah kami daripada kemurkaan-Mu...” Jannah mengaminkan doanya. Air mata diseka dengan telekung. Kepalanya terasa ringan setelah mengadu kepada Allah.
Mata digosok perlahan. Kelopak matanya pula yang terasa berat. Mungkin sebab dia hanya tidur 2 jam tadi. Jannah berbaring di sejadah dan terlelap di situ.


         Hakim terjaga dari tidur. Tengiang-ngiang ketawa halus di telinganya. Ketawa milik gadis di dalam mimpinya. Dua tiga hari ni dia asyik memimpikan seorang gadis memakai baju kurung utih berbunga pink kecil. Dia tidak nampak wajah gadis itu kerana gadis itu membelakanginya.

         Dalam mimpinya dua hari yang lepas gadis bertudung itu hanya menunduk duduk di bangku. Semalam  dia bermimpi gadis itu menghulur tangan kepadanya tetapi Hakim tidak menyambut. Kali ni, gadis itu menghulur tangan sekali lagi dan Hakim menyambut. Kemudian gadis itu ketawa halus kerana gembira. Yang peliknya, sekali-sekali dengan Hakim turut rasa gembira.

        Hakim Adrian duduk di birai katil dengan kaki mencecah lantai dan wajah diraup. Jam dimeja tepi katil menunjukkan pukul 3.15 pagi. Esok dia ada peperiksaan ujian bulan Mac. Otaknya serabut pula. Tension lah macam ni! Aku muda-muda lagi kena menghadap soal kahwin ni.

         Rambut kusut masai digaru oleh Hakim, stress. Ketawa gadis dalam mimpi itu macam familiar. Dia pernah dengar ketawa itu dan.. wajah Nurul Jannah muncul dibenaknya. Erk? No way. Bukan perempuan tu. karut, karut! Hakim cuba membuang imej Jannah jah-jauh dari kepalanya. Namun Jannah tak mahu pergi.

        Keluhan dilepaskan. Dia mengerling Luke Fahrain yang tidur berdengkur di tingkat atas bunkbed itu. Dia dan along berkongsi bilik, memandangkan Luke Fahrain jarang balik ke rumah jadi buat apa membazir bilik kalau tuannya jarang guna.

          Hakim berdiri dan keluar dari biliknya. Niatnya mahu ke dapur terbantut apabila terdengar nenek Aishah terbatuk-batuk. Hakim menolak perlahan daun pintu bilik nenek Aishah. Neneknya itu cuma terbatuk dan sambung tidur semula.

          Katil nenek dihampiri. Tangannya menyentuh jari kaki nenek yang terdedah. Sejuk. Hakim menarik selimut menutupi kaki nenek. Dia duduk dibirai katil sambil menggenggam tangan tua nenek.

             “Nenek minta satu benda dengan Hakim boleh?” terngiang-ngiang perbualannya dengan nenek kelmarin.

             “Minta je lah, nek. Hakim sanggup buat apa-apa untuk nenek,” jawab Hakim.

              “Nenek nak sangat tengok Hakim dengan Jannah berbaik semula. Kalau boleh sebelum nenek tutup mata untuk selama-lamanya, sebelum Allah tarik nyawa nenek... nenek nak tengok Hakim kahwin dengan Jannah. Itu permintaan terakhir nenek,” bisik nenek Aishah. Hakim terpempan. Dia merenung mata sayu nenek yang kelihatan sangat mengharap.

             “Nanti lah Hakim fikirkan..” jawab Hakim.

             “Kenapa Hakim seolah-olah mahu buang Jannah dari hidup Hakim sedangkan Hakim sendiri tahu Jannah sentiasa ada di dalam hati Hakim? Hakim betul-betul ke bencikan Jannah sampai macam tu sekali?” soal nenek Aishah. Hakim tidak menjawab dan terus keluar dari bilik nenek Aishah waktu itu.


       Hakim merenung wajah nenek Aishah yang tidur. Lampu malap berwarna oren disebelah katil nenek sengaja di pasang supaya nenek tidak rasa gelap. Ibu jari Hakim mengusap lembut belakang tangan nenek yang digenggam.

           “Nek...” Hakim berbisik, sedangkan dia tahu nenek Aishah tak mendengarnya. Nenek tengah tidur bukan koma.

           “Hakim tak dapat lagi jawapan kepada soalan nenek hari tu. I don’t have the answers, nek. But... kalau tu permintaan nenek... Hakim akan tunaikan... I’ll marry her,” bisik Hakim. Hakim menepuk lembut tangan nenek sebelum keluar dari bilik dan menuju ke dapur.

            Nenek Aishah yang tidur-tidur ayam tadi membuka mata setelah yakin Hakim tak ada. Senyuman memekar di wajah wanita tua itu. Dalam hati dia mengucap alhamdulillah kerana Allah telah melembutkan hati cucunya itu.


         Majlis akad nikah diadakan seminggu sebelum cuti sem Jannah tamat. Majlis itu dihadiri oleh saudara-mara terdekat dari kedua-dua belah. Jannah menjemput Yana dan Imran ke majlisnya. Itu saja orang luar yang dia jemput yang lain semua ahli keluarga.

         Belah pihak lelaki pula hanya saudara mara yang datang. Kawan-kawan Hakim langsung tiada. Jannah tak kisah pun, dia faham keadaan lelaki itu. Majlis perkahwinan di adakan secara kecil-kecilan. Kata walid, selepas Hakim 20 tahun baru buat majlis perkahwinan besar-besaran. Entah sampai ke tidak, fikir Jannah.

      “ I have to say that he looks gorgeous, Jannah,” kata Hayley sambil tersengih. Jannah menjeling sepupunya itu. Hayley memakai baju kurung dan bertudung , memandangkan mereka berada di dalam masjid. Lagi pun Jannah berani bertaruh, Mak Teh yang paksa Hayley pakai tudung. Haha.

       “I think everybody looks gorgeous to you Hayley,” perli Jannah. Ketika itu mereka masih menunggu pengantin lelaki untuk sampai ke masjid. Hayley menyiku lengan Jannah dan memuncungkan mulut ke arah pintu masuk masjid.

          “See for yourself,” bisik Hayley dan berundur ke belakang. Ummi mengambil tempat disebelah Jannah. Jannah mengerling ke arah yang dimaksudkan Hayley. Tergamam Jannah seketika.

         Jannah terpaksa mengaku dalam hati Hakim kelihatan sangat kacak. Lelaki itu  tampak lebih matang memakai baju melayu putih lengkap bersampin dan bersongkok hitam. Jannah beristighfar dan menundukkan pandangan.

              “Aku nikahkan engkau, Hakim Adrian b Furqan dengan anakku Nurul Jannah bt Raihan dengan mas kahwin 2 dinar tunai,” kata Tuan Raihan sambil berjabat tangan dengan Hakim. Hati Jannah berdebar-debar.      

            “Aku terima nikahnya Nurul Jannah bt Raihan dengan mas kahwin 2 dinar tunai,” sambut Hakim Adrian dengan tenang. Tatkala itu setitis air mata mengalir dipipi Jannah. Lafaz itu telah mengikatkannya kepada lelaki bernama Hakim Adrian.

        Allah saja yang tahu getaran dadanya apabila Hakim duduk menghadapnya. Jannah menyalam tangan suaminya. Dan saat Hakim mencium dahinya, hangatan ciuman itu membuahkan getaran di dada begitu hebat. Jannah diam saja dan berselawat untuk memberi ketenangan pada hati.

         “Jannah congrats!” Yana separuh berbisik setelah selesai acara akad nikah. Jannah tersenyum dan membalas pelukan sahabatnya.

         “You look so pretty Jannah. Kan Im?” kata Yana merenung Jannah dari atas hingga bawah. Imran hanya tersenyum mengiyakannya. Jannah memakai baju kurung putih dan tudung putih yang labuh menutupi dada. Baju kurungnya pula tidak menampakkan bentuk badan.

          “Thank you sebab sudi datang,” kata Jannah perlahan. Yana dan imran hanya senyum.

            “Kita orang bestfriend kau. I wouldn’t miss my best friend’s wedding for the world,” kata Imran. Yana mengangguk. Jannah rasa nak menangis kerana terharu mendengar bait-bait kata yang keluar dari mulut seorang kawan. Terharu kot!

         “Jan, let’s go. Your dad is waiting for you in the car,” Hayley muncul. Jannah mengangguk. Dan saat itu mata Jannah bertembung dengan Hakim yang merenungnya tajam di pintu masuk masjid. Pantas Jannah melarikan pandangan kepada Yana.

           “I gotta go. Nak pergi jumpa Nek Ecah and aunti Kal. Thank you once again for coming. Kirim salam kat parents korang,” kata Jannah. Dia bersalaman dengan Yana serta peluk. Kepada Imran dia hanya senyum dan mengangguk hormat.

         “Siapa perempuan tadi?” bisik Imran kepada Yana. Kakak kembarnya itu mengerling wajahnya kemudian beralih kepada Hayley dan pandang semula muka adik kembarnya. Yana tersenyum mengusik.

           “Aik, tak dapat Jannah, nak sepupu dia pulak? Cepatnya hati tu dah move on,” perli Yana perlahan. Dia tahu selama ini Imran menyimpan perasaan terhadap Jannah. Tapi Jannah yang tak pernah terbuka mata dan hati untuk melihat huluran cinta Imran. Nak buat macam mana? dah hati tak suka, takkan nak paksa.

            “ Cousin Jannah cantik macam Jannah. Only that she looks russian. But cantik,” puji Imran. Yana mencebik dan menyiku pinggang Imran yang tinggi.

               “We’re still dalam masijid. Jaga pandangan tu. Tak elok usha anak dara orang,” Yana memulang paku buah keras. Imran selalu kata ‘Jaga pandangan. Tak elok usha anak teruna orang.’ Imran tersengih saja.

       Selesai majlis di masjid, Jannah dan Hakim pulang ke rumah Tuan Furqan untuk melawat nenek Aishah. Sepanjang perjalanan ke rumah itu, Jannah dan Hakim langsung tak bercakap. Tuan Furqan dan Tuan Raihan di tempat depan berbalas pandangan. Ada lah tu agenda yang sedang dirancang oleh ahli persatuan bapak-bapak.

          Sampai di rumah Jannah mengekori Hakim naik ke atas. Hakim menolak daun pintu bilik nenek Aishah dan senyuman dilempar kepada nenek dan mamanya.

          “Dah sampai pun pengantin baru ni,” usik Puan Kalsom tersenyum ceria. Dia memeluk Jannah yang tersenyum. Kedua-dua pipi Jannah dicium. Jannah mendekati nenek Aishah pula. Tangan tua wanita tu dicium dengan hormat.

          Nenek Aishah bersyukur sangat-sangat Jannah dan Hakim sudah diijabkabulkan. Sekarang dia berdoa kepada Allah untuk menolong Jannah membantu mengubah Hakim. Bukan senang untuk mengubah diri seseorang. Banyak dugaan dan cabaran. Dan nenek Aishah berharap Jannah dapat bersabar.

           “Cantiknya Jannah,”’ puji nenek Aishah. Jannah melabuhkan punggung dikerusi disisi katil itu. Merah pipi Jannah dipuji begitu. Blushing! Dari ekor mata Jannah, dia nampak Hakim mengambil bangku dan duduk disebelahnya.

        ‘Hisy, mamat ni nak berlakon ke apa? Kalau ye pon nak berlakon, tak payahlah duduk dekat-dekat sangat. Rimas aku macam ni,’ desis hati Jannah. Lengan Hakim bergesel pada lengannya.  Jannah sedaya upaya act normal depan nenek. Puan Kalsom dan Tuan Furqan keluar dari bilik. Sengaja membiarkan nenek Aishah berbual dengan pasangan itu.

          “ Dah lama nenek tak berbual dengan Jannah. Dulu ada saja Jannah nak cerita dengan nenek. Pasal sekolah, pasal Sufi dan Syifa’, pasal tak puas hati dengan Hakim,” ujar nenek Asihah selamba. Jannah dah malu tahap boleh explode pipinya kerana panas sangat. Dia dapat rasa Hakim menjelingnya. Pasti dia tak puas hati Jannah selalu mengadu kat nenek dulu-dulu.

          “ Malam karang kita boleh berbual. Jannah memang ada banyak sangat benda nak cerita kat nenek. Rasanya tak tidur malamlah kita malam ni, leka berbual,” sambut Jannah. Nenek Aishah tersenyum. Dia suka melihat bila Jannah senyum.

           “Malam ni tak boleh sayang,” kata nenek Aishah. Jannah terpamer muka blur. Tak faham apa maksud nenek. Kenapa pula tak boleh?

             “Kenapa? Kan Jannah tidur sini malam ni,” kata Jannah. Hakim pula terkejut beruk sampai terjatuh bangku. Jannah menoleh kepada Hakim dengan kening berkerut. Apa kena dengan mamat ni? Panas bontot ke? Nenek Aishah turut terkejut. Tak sangka Hakim boleh jatuh terlentang ke belakang.

            Hakim terkejut bukan sebab Jannah akan tidur sini tapi yang buat dia terkejut bila dia baru teringat dia berkongsi bilik dengan Luke Fahrain. Tak kan Jannah nak tidur sebilik dengan dia dan along? Gila ke apa.

             Jannah menghulur tangan untuk membantu lelaki itu bangun, dia bukan mengharap sangat lelaki itu akan terima bantuannya. Ye lah, dah mamat ni pernah cakap dia bencinya suatu masa dahulu.

             Tanpa disangka Hakim menyambut huluran tangan Jannah. Terpinga-pinga gadis itu sesaat. Nenek Aishah menyembunyikan senyuman melihat Jannah dan Hakim yang awkward berpegang tangan.

             “Er.. Jannah,” Puan Kalsom muncul dibilik itu bersama-sama Tuan Furqan. Jannah dan Hakim menoleh. Mata mama dan abah melurut kepada tangan Hakim dan Jannah sambil tersenyum-senyum. Kedua-dua musuh itu turut memandang. Sepantas itu Hakim melepaskan tangan Jannah dan berlagak biasa, seolah-olah tiada apa-apa berlaku.

           “Ehem... ye aunti Kal?” sahut Jannah. Malu tak usah bilanglah. Rasa-rasanya satu mukanya dah merah padam.

            “Panggil mama lah Jannah. Kan dah jadi sebahagian keluarga kami,” tegur Puan Kalsom. Jannah tersenyum kelat.

             “Okey... mama.”

            “Hah, macam tu lah. Er.. mama dan abah dah berbincang. Umi dan walid kamu pun setuju,” mula Puan Kalsom. Jannah menanti ayat seterusnya.

             “Abah rasa, lebih baik Jannah dan Hakim tinggal kat rumah umi dan walid untuk sementara waktu. Sebab bilik pengantin tu.. tak siap lagi,” kata Tuan Furqan. Apabila Hakim hendak membuka mulut membantah, Tuan Furqan cepat-cepat menyambung,

            “Lagipun Hakim dan Sufi kan satu kelas, so takde masalah dari segi pembelajaran. Hakim boleh belajar dengan Sufi. Jannah pun banyak assignment nak buat kat rumah sana. So Hakim.. mama dah pack beg Hakim, ambik beg sekolah dan pergi rumah walid.” Cara Tuan Furqan cakap macam nak menghalau je anaknya itu.

1 comment:

  1. haha kesian Hakim terkejut sampai jatuh bangku XD. x sabarnye tunggu next n3. pa jadi lps diorg kahwin????

    ReplyDelete