WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Saturday 13 October 2012

Seindah Autumn- Bab 1




      Hujan lebat membasahi bumi sejak Subuh tadi. Langit gelap dan mendung. Kelas 5 sains 1 itu terasa seperti tidak hidup dengan penghuninya yang mengantuk. Ada yang dah tidur siap berdengkur lagi.

      Nurul Iman Afiya diam menongkat dagu sambil memandang ke luar tingkap. Angin sejuk meniup ke dalam kelas. Terasa terbua seketika.

       “Fiya, macam mana nak buat soalan ni?” tanya Yuki yang duduk disebelahnya. Afiya menoleh lalu mengerling soalan Addmaths yang ditanya. Afiya membelek jalan kerja Yuki. Dahinya berkerut.

         “Ni, kau careless kat sini,” ujar Afiya lalu pensel diambil dari Yuki dan dibetulkan jalan kira Yuki.

         “Oh, macam tu. Okey thanks,” Yuki menepuk dahinya sendiri. Careless rupanya.

        “Hmm...” balas Afiya. Dia menarik sedikit tudungnya kebelakang sebelum memandang luar tingkap. Tiba-tiba seorang lelaki menarik kerusi dihadapan mejanya dan duduk dihadapan Afiya.

        Tuk! Tuk! Meja Afiya diketuk.

         “Assalamualaikum,” ucap lelaki itu. Afiya mmenjuling mata ke atas sambil mengeluh. Kau fikir meja aku ni pintu ke nak ketuk-ketuk bagai?

          “Waalaikumussalam, jemputlah masuk,” perli Afiya. Amir Firdaus tersengih kambing.

         “ Kau takde kerja lain ke selain tengok hujan?” perli Firdaus pula. Afiya mencebik bibir, matanya mengerling luar tingkap. I can’t help it. Mata ni suka tengok luar tingkap. Dah pemandangan kat luar tu indah. Kelas mereka berada di tingkat dua, jadi pemandangan taman bunga sekolah nampak lebih cantik dari tempat duduknya.

           “Suka hati aku lah nak tengok luar. Mata aku,” balas Afiya. Afiya menjeling ke hadapan kelas. Cikgu mata pelajaran Biologi masih belum masuk.

            “Petang ni ada latihan silat. Cikgu nak kita orang training untuk Kejohanan Pencak Silat next month. Kau nak join tak?” ujar Firdaus. Afiya mengerling wajah Firdaus yang berkacukan Inggeris.

           “ Kalau aku cakap aku tak nak, takde gunanya sebab nanti confirm  cikgu paksa aku masuk,” balas Afiya.

           “Maklumlah aku kan orang penting,” Afiya tersenyum-senyum. Sejak tingkatan satu lagi Afiya mewakili sekolah dalam silat olahraga. Dan selalu dapat johan. Kalau tak johan pun naib johan.

            “Eleh, poyolah kau,” Firdaus mencebik menyampah. Afiya Cuma tergelak kecil. Yuki disebelahnya pula senyap buat kerja. Dalam gengnya, Yuki paling pendiam. Firdaus pula paling becok mulutnya. Pelik oh lelaki suka bercakap. Cakap pasal benda-benda yang berfaedah je lah. Firdaus ni bagaikan Internet bergerak. Segala maklumat dia simpan dalam kepala otaknya itu.

           “Puan Syirah tak datang ke hari ni?” tanya Afiya mengenai cikgu biologi mereka. Firdaus yang sedang bermain dengan koleksi key chain di pencil box Afiya menggeleng.

            “Tak. Tadi Low Profile dah pergi cari,” ujar Firdaus. Kelas 5 sains 1 itu mungkin dianggap kelas budak-budak pandai tetapi ada satu saja masalah mereka. Tabiat memberi nama gelaran sesuka hati aje pada ahli-ahli kelas itu. Nama pelik-pelik pulak tu.

        Low Profile  a.k.a Hafizin merupakan penolong kelas. Hafizin ni kat dalam kelas senyap dan baik aje. Tapi kat luar sekolah, kena pandang berkali-kali baru yakin itu Hafizin. Mulut tu ikut mulut Si Firdaus, bercakap banyak. Gelak pon kuat-kuat.

       Firdaus pula Ustaz Rock sebab pakai songkok dan kuat ilmu agamanya walaupun perangai mamat sorang ni gila-gila. Siap jadi pemain guitar sekolah lagi. Mana tak rocknya ustaz kita ni. Gelaran Yuki pula Solo sebab pendiriannya yang sentiasa sorang-sorang walaupun ada ramai kawan. Dan Yuki pemain orchestra sekolah dan lead choir.

      Gelaran Afiya paling mantap iaitu SP. Bukan Subang Parade tapi shortform Miss Smarty-Pants. Otaknya yang cekap dan Afiya pelajar cemerlang sekolah dalam akademik dan kokurikulum. Sebab tu suka tengok luar tingkap, budak pandai.

        “SP!” panggil Cikadak a.k.a Dania dari depan kelas. Afiya mengangkat muka. Keningnya diangkat seolah-oklah bertanya, ‘Nak apa?’

         “Cikgu Burn panggil kau, dia kat makmal,” ujar Dania. Afiya berbalas pandangan dengan Firdaus. Cikgu Burn ialah cikgu Fiziks mereka. nama sebenar cikgu itu ialah cikgu Bakar. Tapi sebab bakar dalam bahasa omputih kan burn, jadi melekatlah nama itu. Cikgu Burn pun tak kisah pelajar panggilnya begitu.

         “Nanti kalau aku lama sangat, kau tolong ambikkan aku nota apa-apa yang cikgu bagi,” pesan Afiya kepada Firdaus dan Yuki sebelum keluar.
      

          “Assalamualaikum,” Afiya memberi salam dimuka pintu makmal Fizik yang terbuka. Cikgu Burn sedang ralit menulis sesuatu mendongak.

          “SP, masuklah,” pelawa cikgu yang separuh abad itu. Bukan takat pelajar saja panggil dengan nama gelaran dengan cikgu-cikgu sekali guna nama gelaran. Afiya melabuhkan punggung dihadapan meja cikgu.

          “Semalam saya dah go through markah-markah awak sejak tahun lepas,” mula cikgu Burn. Afiya menelan air liur. ‘Markah fizik aku? aduii ni yang aku pantang dengar ni,’ rungut hatinya.

          “Yang saya peliknya kan, markah kamu tak pernah meningkat dari 50. Kamu memang ada masalah dengan fizik ke?” cikgu Burn memandang Afiya dengan pandangan risau.

         ‘Yes. Memang saya ada problem dengan fiziks sebab tu saya tak suka fiziks cikgu,’ tetapi bukan itu yang keluar.

           “No. Saya okey je,” bohong Afiya. Mata Cikgu Burn menikam wajah Afiya. Macam tau-tau je aku menipu.

           “Okey je? 49 percent is not okey, young lady. Saya tengok addmaths kamu bukan main meninggi sampai 96. Biologi 98. Chemistry 92, subjek lain semua above 85. Tapi kenapa Fiziks yang kamu down?” Cikgu Burn menggaru kepala seperti orang yang hampir putus asa. Sungguh dia tidak faham dengan anak muridnya yang sorang itu.

        “Saya mintak maaf cikgu. Saya akan cuba lagi untuk up kan markah saya,” ujar Afiya perlahan. Rasa bersalah buat cikgu sedih.

        “Saya tahu kamu akan cuba. Dan saya cabar kamu untuk dapat at least A- by trial SPM nanti,” putus cikgu Burn. Afiya terkedu. ‘Trial? Lagi lima bulan je. Macam impossible gila aku nak study physics tajuk-tajuk form 4.’

         
Nak dapat C pun separuh mati dia cuba. Entah kenapa jiwanya tidak berapa ngam dengan Fizik. Beribu-ribu kali dia baca Fiziks, makin tak faham pulak.

No comments:

Post a Comment