WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Friday 22 March 2013

Senyuman Jannah 5


           Dia seolah-olah tidak percaya Hakim Adrian itu best friend a.k.a kawan sepermainannya sewaktu kecil dulu. Beberapa kali dia mengelipkan mata dan menatap betul-betul gambar itu. Memang sah mamat gangster tu Hakim Adrian. Leka membelek gambar keluarga itu sehingga dia tidak sedar ada orang berdiri belakangnya.

          “Who are you?” suara garau bertanya dibelakangnya. Jannah terkejut. Caught off guard....oh-oh. I know that voice. Jannah memejamkan mata dan mengetap bibir. Aiseh man, apesal time-time macam ni juga kebenaran harus muncul?? Tak boleh ke tunggu aku bla dari rumah ni baru gangster ni balik?

          “uh, hellooo... I’m talking to you,” sindir suara itu lagi. Jannah menjuling mata ke atas dan mencebikkan bibir. ‘Aku tak pekak lagi lah, badak!’ mahu saja dia jerit kat muka lelaki itu begitu. Macam kurang siuman pula nanti. Tapi... where am I suppose to hide my FACE?!!!

         Spontan Jannah mencapai pasu bunga bersaiz sederhana itu dan menyembunyikan mukanya lalu berpusing. Lantaklah kalau mamat ni nak terkejut beruk ke apa, janji aku selamat.

         Hakim Adrian terkejut apabila gadis itu berpusing dengan ‘pelindung’ muka. Dia cuba mengintai wajah gadis itu dari kanan, pasu bunga itu bergerak ke kanan. Intai dari kiri, beralih ke kiri.

        ‘Oh, nak main chak-chak dengan aku ye,’ detik hati Hakim. Geli hatinya dengan gadis ini. Senyuman nakal terbit di bibir.  Hakim cuba sekali lagi intai dari kanan, bila pasu bunga alih ke kanan pantas Hakim menarik lengan gadis itu ke bawah. Senyuman dibibir mati.

         Jannah terbuntang matanya. Gulp! Matanya tak berkelip memandang wajah Hakim yang ternyata terkejut dengan kehadirannya di situ. ‘Agak-agaknya kalau Hakim tahu aku kawan sepermainannya dulu, apa reaksinya? Lebih teruk daripada ni ke?’ detik hati Jannah, sayu. Kenangan silam menghantui fikiran Jannah.

          “It’s such a small world isn’t it? Balik-balik muka kau je aku jumpa,” perli Hakim dengan senyuman sinis. Tangannya masih memegang kedua-dua lengan Jannah yang berlapik dengan lengan panjang.

          Seakan tersedar, Jannah merentap lengannya semula. Apa ni, tak aci main pegang-pegang orang. Yesh! Hakim tayang muka selamba apabila Jannah berbuat sedemikian. Senyuman minta penampar masih dipamerkan.

           “ Eh awak ni tak belajar geografi ke masa form 3? Dunia ni mana ada kecik, besar apa. Malaysia ni pun dah cukup besar,” sindir Jannah. Pasu bunga di letak semula atas kabinet.

             Berdesing telinga Hakim mendengar sindiran yang umpama kutukan baginya. Weyh geografi form 3 aku dapat A lah. Hakim mengetap bibir.

             “Kau ni, aku nak kata stupid tapi budak u, nak kata einstein memang tak, sebab peribahasa english tu pon kau tak faham. It means you meet someone by coincidence at an unexpected place. Macam situasi kita orang ni,” sinis aje bunyinya.

             “Oh ye ke? Aku orang Malaysia, aku tak berapa sangat bab-bab idioms and phrases omputih. Apa-apa pun terima kasih kongsi ilmu, teacher,” perli Jannah sambil menghadiahkan senyuman manis tapi berbisa kepada Hakim.

            “ Kau buat apa rumah aku?” soal Hakim. Dah takde modal nak balas sindiran Jannah tadi, buka topik baru. Jannah mengerling sekilas Hakim lalu mencebik dalam hati. Lagak macam tuan besar je.

                “Ada lah tujuan saya datang ke sini tapi bukan nak jumpa awak. Jangan perasan. You’re not my type,” balas Jannah selamba tanpa memikirkan perasaan Hakim. Buat apa nak fikirkan hati mamat tu sedangkan dia sendiri tak nak jaga hati orang lain?

               Hakim mengetap bibir. Tercalar maruah dan ego sebagai seorang lelaki. ‘Not your type? Sebab aku ni muda dari dia, macam tu? okay takpe. Kita tengok lelaki jenis macam mana minah ni suka,’ gumam hati Hakim. Senyuman nakal tersungging dibibir lelaki itu. Pilihan A: gangster. Out. Minah ni tak suka gangster. Macam mana kalau ... pilihan B: playboy. Hehehe evil laugh.

            “So.. tell me... lelaki macam mana menepati taste kau?” ayat memang perli tapi dengan senyuman menggoda dan suara yang.. erk.. apa perkataan Hayley selalu guna hah? Hah suara sexy?

          Jannah menelan air liur. Apa kena dengan mamat ni. Nak sakitkan hati aku atau nak menggoda aku ni? Jannah tak berani menatap wajah lelakitinggi lampai  itu. Takut dari mata turun ke jiwa. Lagi dia takutkan kalau hati ni cair sekali lagi dengan insan bernama Hakim Adrian. Dulu mungkin, sekarang tidak mungkin dia buat kesilapan yang sama.

            “Awak buat apa ni? Jangan dekat!”

              Bertambah gugup Jannah apabila Hakim merapatinya. Jannah dah tersepit antara Hakim dan kabinet . Hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya ketika itu. Takut dan risaunya bercampur. Imej umi dan walid muncul dibenaknya. Takut sekiranya mereka berdua difitnah. Mana Bella? Asal lama sangat pergi panggil mamanya? Si abangnya pula dah tak siuman kat sini.

          Otaknya berkira-kira tindakan yang sewajarnya dia patut lakukan. A: minta maaf pasal hari tu B: tumbuk muka dia biar kasi dia pengsan, tak pun hilang ingatan terus (agak kejam). C: tolak bapak gangster ni ketepi dan lari keluar rumah.

         Yes, plan C sounds more safe and less dangerous and tak mencemarkan pride aku. Jannah dah set dalam kepala otak. Step 1: tolak mamat ni sekuat hati. Jannah baru nak membuka langkah..

           “Kak Jannah!” panggil Bella dengan ceria sambil menuruni anak tangga. Aduh, tak menjadi plan aku nak cabut lari. Jannah dan Hakim serentak menoleh kepada Bella.

           “ Mama panggil  Kak Jannah naik atas. There’s someone you must meet,” Bella tersenyum lebar. Jannah rasa bersalah dan tak tentu arah. Hakim merenungnya tajam.

             “Abang buat apa kat sini?  Kak Jannah, ni lah abang Hakim. Abang, ni kak Nurul Jannah, abang ingat lagi tak?” tanya Bella. Hakim memandang muka Bella dengan wajah –what-on-earth-are-you-talking-about? Bella tidak menghiraukan pandangan abangnya.

              “Jom kak. Nenek tak sabar nak jumpa akak,” Bella menarik lengan Jannah naik ke tingkat atas. Jannah sempat menghadiahkan senyuman kelat kepada Hakim yang merenungnya tajam.

           Hakim berdiri sendirian di ruang tamu bawah. Otaknya masih cuba mencerna kata-kata Bella. Kak Nurul Jannah? Jannah? My Jannah?! GASP! No way. Mustahil tu Jannah. Hakim terduduk di lantai , lengannya sempat berpaut pada kabinet. Terasa berputar dunianya. Nafasnya sesak.

         Udara dalam rumah itu dirasakan kelat. Hakim bingkas berdiri dan mencapai kunci kereta. Dia keluar dari rumah tanpa memberitahu Puan Kalsom. Kereta Nissan Skyline meluncur laju keluar drai perkarangan rumah. Dia tak tahu nak ke mana. tapi yang pasti dia nak jauh daripada Nurul Jannah.

 - Tak mungkin tu Jannah

+ tapi ada iras-iras muka Jannah time kecik-kecik dulu

- patutlah familiar sangat cara permpuan tu senyum.

+ masih ingat lagi senyuman Jannah?

- ah, mengarut je la. Kisah apa aku kalau perempuan tu datang balik. Aku benci perempuan tu.

         Dalam hatinya berperang, Hakim teringat pada mama. Kesian mama risau tak tahu dia merayau ke mana. Xperia Z dicapai.

        ‘Ma.. Hakim pergi tuisyen. Lepas tu Hakim pergi rumah Farid. Study group,’ itu lah bunyi SMSpenipuan  yang dihantar kepada Puan Kalsom.

           Jari-jemarinya mengetuk stereng kereta Nissan Skyline yang dipandu mengikut rentak lagu Bruno Mars Grenade yang berkumandang di radio. Sepatutnya dia ke pusat tuisyen namun destinasinya dah jauh tersasar. Kereta dipandu ke tempat wrestling yang selalu dijadikan tempat lepaknya bersama-sama konconya.

          Selama ini dia tidak pernah belajar di pusat tuisyen sebaliknya dia praktis bergusti di Tyler’s Gym yang terletak tidak jauh dari situ. Tyler’s Gym tempat dia lepaskan segala frustration. Setiap tumbukan dan tendangan yang dihadiahkan kepada pihak lawan, satu per satu masalahnya dirasakan hilang.

         ‘ I’m standing on a bridge, Im waiting in the dark, I thought that you’d be here by now..’ Hakim terpaku mendengar lagu Avril Lavigne I’m with You berkumandang di radio. Lagu ini menggambarkan salah satu kisah silamnya. Kisah antara dia dan Jannah. Stereng kereta digenggam kuat dan pedal minyak ditekan dalam.

Peristiwa 9 tahun yang lalu....

         “Weyh Hakim!!! Kau nak mati awal ke hah?!” pekik Jannah yang berumur 12 tahun. Geram sungguh dia dengan perangai Hakim yang suka kacau dia. Ada ke patut budak lelaki berumur 8 tahun tu menyembur air paip kepadanya. Aunti Kal suruh siram pokok bunga, budak sengal ni pergi siram aku pulak. Tahulah aku tinggi macam pokok, agak-agaklah bro.

           Hakim tergelak terbahak-bahak. Suka dia mengenakan gadis itu. Lencun Jannah dibuatnya. Makin galak dia sembur air paip pada wajah Jannah.

           “AARRGH!!!!” jerit Jannah geram apabila air paip masuk matanya. Pedih tahu tak?!

            “HAKIM!!!!!!” Jannah berlari ke arah baldi yang penuh dengan baja tahi ayam ditepi tembok. Hakim ternganga dan cemas melihat tindakan gadis  itu mengambil gayung dan menyenduk baja tahi ayam itu.

            “Oh-oh,” gumam Hakim, paip air dibaling ke tanah lantas dia cabut lari. Jannah mengejarnya dengan baja tahi ayam di tangan. Gila perempuan ni!

           “Oh, pandai pula kau takut! Hakim kau pengecut! Aku simbah kau dengan tahi ayam ni!” lantang suara Jannah menjerit kepada Hakim yang berlari sekuat hati. Jannah tidak pedulikan dirinya yang menumpang dirumah Aunti Kal. Baginya budak bernama Hakim Adrian tak boleh dilepaskan, dia perlu di’sekolah’kan.

            “Jannah kau gila ke?!” pekik Hakim pula masih berlari sepenuh hati. Jannah ketawa jahat. Perempuan ni boleh tahan akal sewelnya. Jannah makin dekat. Kaki Jannah lebih panjang daripadanya memudahkan gadis itu menyaingi langkahnya.

            “Hakim Adrian, bersiap sedialah! Nah!” sejurus dengan itu baja tahi ayam dalam gayung itu dilempar ke arah Hakim.

          SPLASH! Euuwww! Badan Hakim disaluti dengan baja tahi ayam. Erk... Hakim terkaku. Aroma tahi ayam menusuk hidung. Yeckk!!! Jannah ketawa terbahak-bahak. Hakim hampir nak menangis namun ditahan. Mana boleh nangis depan musuh. Tak macho lah.

            “Ya Allah, budak berdua ni, main dengan tahi ayam pulak,” Aunti Kal muncul, bercekak di hadapan Hakim. Matanya mencerlung memandang Hakim dan Jannah. Dua-dua mempamer muka tak bersalah.

             “Hakim started it,” Jannah bersuara. Aunti Kal merenung tajam anaknya. Dia dah masak dengan perangai nakal anaknya yang sorang tu. dia pun tak kisah kalau Jannah simbah tahi ayam kat anaknya itu. Padan muka.

           “I did not-,”

            “Dah! Mama tak peduli siapa yang mulakan dulu, pergi masuk, mandi! Busuk!” marah Puan Kalsom. Hakim memanggung kepala dan masuk ke dalam rumah. Jannah tersenyum menang. Haha bila difikir balik macam tak fair pula. Hakim simbahnya dengan air, dia simbah lelaki itu dengan tahi ayam. Tak kisahlah... he deserved it.

           “Hakim, kenapa kamu main dengan baja ni?” tegur nenek Aishah pelik melihat cucunya berlumuran satu badan dengan tahi ayam. Gross.. Hakim menayang muka bengang.

            “Bukan orang yang main, minah sengal tu lah yang buat orang macam ni,” bengang Hakim. Macam lah dia ni bodoh sangat sampai nak bermandikan tahi ayam. Yish!

               “Hakim Adrian!” panggil Puan Kalsom. Hakim mengeluh. What now??

              “Yes ma?” sahut Hakim malas. Dia baru nak menapak ke arah tangga.

                “Mandi kat bilik air dapur tu. jangan naik ke bilik. Busuk satu rumah ni,” kata Puan Kalsom dari luar. Hakim merengus. ERGH!! Lambat-lambat dia keluar dari rumah dan menuju ke belakang rumah. Bilik air dapur bermakna bilik air di luar rumah yang terletak bersebelahan dengan dapur.

              Sewaktu dia sampai dibelakang rumah kelihatan Jannah sedang terbongkok-bongkok menyimpan semula paip air. Senyuman nakal terbit dibibir Hakim. Hahaha... evil laugh.

          “Revenge! In your face!” teriak Hakim dengan itu dia simbah tahi ayam kepada tubuh Jannah. Jannah terkejut apabila hujan tahi ayam turun dari langit. Dua-dua bermandikan hujan tahi ayam.

           “Now we’re even. So long loser!” ejek Hakim lalu terus masuk ke dalam bilik air dapur itu. Jannah mengetap bibir.

             “HAKIM ADRIAN!!!!”


          Walaupun Hakim dan Jannah telah mengisytiharkan perang antara satu sama lain, namun mereka tetap bermain bersama-sama. Kadang-kadang satu kepala dalam bab-bab bedajjalkan orang lain. Kalau tak ‘sekufu’ itu yang berlakunya peperangan antara Hakim dan Jannah.

            “Weyh Jannah, asal kau tak masuk asrama hah?” tanya Hakim sewaktu mereka didenda oleh Puan Kalsom untuk mengemas garden rumah kerana  telah membanjirkan dapur. Air sinki melimpah ke lantai dek kerana dibedajjal oleh Hakim dan Jannah. Terkejut Puan Kalsom melihat air bertakung di dapur. Bila masa tsunami melanda dapur?

            “Aku baru darjah 6 lah weyh. Kalau result UPSR aku bagus, aku pergi lah asrama,” jawab Jannah mengutip daun-daun kering yang berguguran masuk ke dalam plastik beg hitam yang dipegang oleh Hakim.

            “Habis tu apesal along masuk asrama darjah 5?” tanya Hakim, along merujuk kepada Luke Fahrain.

            “Sebab along kau masuk sekolah tahfiz. Aku sekolah biasa je,” jawab Jannah. Umi pernah cerita padanya anak sulung Aunti Kal sebaya dengannya pergi sekolah tahfiz. Tapi Jannah tak pernah berjumpa dengan ‘along’.

             “Ouh, kau nak pergi sekolah asrama ke?” soal Hakim. Sekarang ni mood peace, no war. Jannah membelek daun kering yang berbentuk pelik. Bentuknya seperti bentuk acorn. Daun itu dimasuk ke dalam poket sweater nipisnya.

              “Erm... aku tak tahulah. Sepupu aku ramai yang pergi sekolah asrama. Macam best je aku dengar cerita dia orang,” balas Jannah. Hakim mengekori Jannah dengan plastik beg hitam. Wajah Hakim sunggul mendengar jawapan Jannah.

             “Kalau kau pergi, kau dah tak datang sini lah?”

             “Nope. Aku duduk kat asrama lah. Aku tak balik rumah umi atau datang rumah kau,” jelas Jannah tanpa menyedari riak wajah Hakim yang bertukar itu. Entah kenapa Hakim rasa kehilangan pula.

              “Kau nak tinggalkan aku sorang-sorang?” Jannah mengerutkan dahi mendengar soalan itu. Dia berpusing menghadap lelaki yang pendek daripadanya.

              “Bukan kau suka ke kalau aku tak ada? I won’t be here to get on your nerve. So we don’t have to fight anymore. Seriously, aku bosan tau bergaduh dengan kau. Asal aku datang je, kita bergaduh. Asal kita bergaduh, aku datang.”

           Hakim menelan air liur. Itu rupanya perasaan Jannah. Jannah tak suka bergaduh dengannya. Mungkin sebab tu Jannah nak pergi jauh-jauh daripada aku, desis hati Hakim.

           “So... kalau aku tak kacau kau and... kita tak bergaduh.. kau tak payah pergi asrama?” berhati-hati Hakim cuba mengubah fikiran Jannah. Jannah mengecilkan mata dan mengherotkan bibir, mempertimbangkan cadangan itu.

           “If we get along very well, there’s no reason for me to get away from you,” ujar Jannah.

            “Really? Promise?” tanya Hakim. Jannah mengangkat   tangan.

            “Aku janji aku tak akan tinggalkan kau selagi kau tak sakitkan hati aku,” janji Jannah. Senyuman manis dihadiahkan kepada lelaki itu. Hakim membalas senyuman gadis itu lalu menghulur plastik beg hitam itu.

              “Seal the deal?” Jannah memegang hujung beg plastik beg itu.

              “Deal,” kata Jannah. Nak berjabat tangan tak boleh. Bukan mahram walaupun masing-masing belum baligh. Beg plastik itu dijadikan bahan perantaraan perjanjian mereka. Sejak hari itu, kedua-dua budak mentah itu berbaik. Tiada lagi perang mulut atau simbah-simbah baja tahi ayam, tiada lagi pekikan Jannah atau jeritan Hakim. Hanya gelak ketawa mereka saja.


         “ Hakim,” panggilan Farid, menyentak Hakim dari lamunannya. Farid memandang Hakim pelik.

         “What?” sahut Hakim. Dia duduk di changing room untuk wrestlers.

          “Turn kau lepas ni,” kata Farid. Hakim menanggal bajunya.  Dia hanya memakai seluar pendek untuk boxing dan memakai boxing gloves. Farid hanya memerhatikan Hakim yang berperangai pelik malam ni. Hakim banyak mengelamun dan mendiamkan diri. Seolah-olah ada sesuatu mengganggu ketenteramannya.

         “Kau okey ke tak bro?” soal Kamal. Dia turut menyedari perubahan kawannya itu. Hakim mengangguk tanpa bersuara.  Gangster mana kongsi problem. Dia berjalan menuju ke gelanggang. Hakim masuk dalam gelanggang dan bergusti dengan lelaki tua 10 tahun daripadanya. Frustration dijadikan senjata untuk mengalahkan pihak lawan.

         “1..2..3..4..5..6...7...8...9..10...out.. red wins,” ujar referee itu. Kemenangan berpihak kepada Hakim. Hakim berjabat tangan dengan pihak lawannya sebagai tanda good job or whatever. Nafas Hakim tercungap-cungap, berpeluh badannya berlawan tadi.

           “Great work, well done,” puji coach Tyler sambil menepuk bahu Hakim. Hakim hanya senyum kecil. Peluh dilap dengan tuala kecil. Baju disarung balik. Seluar jeans disarung. Wajah Jannah muncul dibenaknya untuk beberapa saat. Hakim terkaku...

            “Hakim, we’re in trouble,” Farid tetiba muncul dengan muka cemas.

            “You’re in trouble Kim,” ujar Kamal pula menekankan perkataan you’re. Hakim memandang wajah kawannya silih berganti.

             “Polis buat serbuan. Bapak kau ada sekali,” ujar Farid dalam satu nafas. Terbuntang mata Hakim. 
            
              DAMN! Beg sandangnya digalas pada bahu dan dia berlari ikut pintu belakang. Farid dan Kamal mengikut. Tetapi... surprise, surprise... Tuan Furqan muncul depan mata.

No comments:

Post a Comment