WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Wednesday 15 May 2013

A Thousand More...10


Nazrul Hakimi mengelap peluh di mukanya dengan tuala kecil. Setelah satu jam setengah  berlatih basketbal bersama-sama ahli pasukan yang lain, badannya terasa letih. Ahli yang lain turut merasakannya. Mereka berkumpul ditempat duduk penonton yang kosong itu.

      “Kenapa aku rasa dewan basketball kita ni semakin bersih, berkilat dan harum hah?” Amir bertanya sambil memerhatikan sekeliling. Bergema suara lelaki itu, memandangkan hanya pasukan mereka sahaja di situ. Ahli yang lain menoleh sekeliling juga.

       “Aku ingat aku seorang saja yang rasa begitu,” sampuk Chua.

       “ Puan pengetua ada upah orang ke untuk bersihkan dewan kita yang selalu bau hapak dan kotor ni?” kening David bercantum sambil bercekak pinggang. Nazrul tidak berkata apa-apa. Dari mula dia menapak masuk dia sudah perasan akan perubahan dewan mereka itu.

         “Wah, nampaknya Puan pengetua mengambil berat akan kesihatan dan keselamatan kami. Terharunya aku,” Tzen tersengih seraya memegang dada. Gila! macam perempuan saja. Ahli yang lain mencebik menyampah dengan perangai Tzen yang ala-ala sotong itu. Harap muka hensem dan badan tegap tetapi jambu. Adoi....

          “Aku rasa kalau Puan pengetua kita upah orang cucikan kasut kau yang masam itu, entah-entah satu lori kontenna berisi coklat Cadbury kau balas atas kebaikannya itu,” perli Amir. Ahli yang lain ketawa mengekek. Tzen hanya menayang muka selamba. Memang pun dia akan berbuat begitu.

        Nazrul meneguk air minuman dari botol airnya. Walaupun dia tidak bersuara tetapi tekaknya pula yang rasa kering.

        “Nazrul!”

        AHUK! Tersedak Nazrul dibuatnya. Entah gergasi dari planet mana yang menyeru namanya sekuat itu. Hampir dirasakan bumbung dewan itu runtuh dengan frekuensi gelombang suara yang tinggi itu.

         “Hai guys,” Syakir yang berbaju sukan dan seluar pendek menghampiri mereka dengan muka selamba. Ahli pasukan bola keranjang itu mengalu-alukan kehadiran Syakir yang memang rapat dengan mereka semua.

         Sebuah jelingan geram dihadiahkan kepada Syakir yang tersengih. Itu bukan lain dia memang sengaja melalak memanggil Nazrul. Sengaja nak buat Nazrul tersedak.

          “Sorry.. sengaja,” ujar Syakir. Kan dah kata... Kawannya itu memang tidak normal. Sengaja nak buat kawan sendiri mati tersedak air. Tak ke gila?

           “Kau ada latihan ke tadi?” tanya David yang perasan tubuh Syakir yang berpeluh.

           “ Ha’ah aku cepatkan latihan hari ni, ada hal,” jawab Syakir. Biasanya dia akan berlatih dan buat senaman pada waktu petang lepas Asar. Hari ni selepas Zuhur pula. Nazrul mengerutkan dahi.

           “Hal apa? Tompok nak beranak ke?” tanya Nazrul, bodoh. Semua yang berada di situ tercengang memandang Nazrul.

             “Siapa Tompok?” tanya Chua.

             “Kucing Parsi Syakir,” jawab Nazrul.

             “Kau ada kucing Syakir?” tanya David. Syakir terkelu lidah. Nazrul lah ni memandai saja reka cerita.

              “Bukan kucing aku lah. Kucing sepupu aku,” kata Syakir.

              “Kenapa kucing itu ada di rumah kau?” soal Tzen.

               “Sebab aku kena jaga dia.”

              “Kenapa kau pula kalau kucing itu milik sepupu kau?”

              “Sebab sepupu aku tak reti nak jaga, jadi dia kasi kat aku!”

               “Maknanya kucing itu kucing kau sebab dia dah kasi kat kau.”

               “Dia kasi untuk jaga sementara waktu!”

               “Sementara waktu itu maka kucing itu kucing kau lah.”

               “Bukan kucing aku lah!” Bengang Syakir dibuatnya. Kawan-kawannya itu memang tak faham-faham.

             “Okay bertenang weyh. Tak perlu menjerit-jerit,” Tzen cuba menenangkan lelaki itu. Tak faham betul isu kucing boleh jadi masalah besar. Syakir memicit perlahan dahinya. Pening melayan ahli pasukan bola keranjang yang tercabut wayar-wayar otak.

         “Jadi kucing kat rumah kau tu nak beranak ke?” tanya Amir.

         “Huh? Bila masa kucing tu mengandung?” tanya Syakir balik.

          “Laa.. kucing kau, kau tak perasan bila dia mengandung?” tanya Tzen. Serta-merta mata Syakir terjegil.

           “Bukan kucing aku!!”

           “Okay. Sorry. Aku lupa. Kucing sepupu kau,” Tzen cepat-cepat membetulkan ayatnya. Entah kenapa susah sangat Syakir hendak mengaku. Memelihara kucing bukan satu perkara yang hendak dimalukan. Lelaki pelik.

            “Lupakan hal kucing. Dan teruskan apa kau nak cakap Syakir pasal hal kau sehingga sanggup berjemuran tengah-tengah panas,” kata Amir. Bosan dengar hal yang sama. Balik-balik isu kucing juga dibangkitkan.

           “Aku nak masuk ni... siapa nak join aku?” dengan senyuman bangga Syakir menayangkan sekeping kertas. Mereka semua terbeliak mata membaca tajuk yang terpampang besar dan jelas. Sekelip mata kertas itu dirampas dari tanagn Syakir oleh Nazrul.

           “Kau dah mabuk ke?” Nazrul berkata sarkastik. Syakir tersenyum. Dia sudah agak ayat popular Nazrul itu.



          Dewan audition itu lengang dan ditemani bunyi cengkerik. Krit, krit...serius. entah bagaimana cengkerik boleh tersesat masuk dewan itu dia tidak tahu. Dia tidak kisah tentang cengkerik. Tetapi dia sangat kisah mengenai jumlah kehadiran orang yang rela mengambil bahagian dalam audition ini.

        “Hanya 3 orang sahaja?!!!!” bergema dewan itu dengan jeritan Iman Afiya. Dah terikut Kak Imah lah ni. Frekeunsi suara tinggi sehingga Nazeera dan Nur terpaksa menutup teling dengan kedua-dua tangan.

        Nur pandang siling.

       “Fuh nasib baik bumbung dewan ini tak runtuh. Kalau runtuh pun percuma saja sekolah kita masuk berita Tv 9 malam ni. SMK Raja Alam mengalami gempa bumi, punca daripada Gunung Berapi Iman Afiya yang menggelegak sehingga petala langit ketujuh,” Nur tersengih. Iman Afiya menjeling tajam kawannya itu. Sempat Nur berlawak bodoh dalam waktu genting begini. Apa merepek sampai ke petala langit ketujuh??

       “Relaks lah weyh. Kita patut bersyukur. Sekurang-kurangnya, ada juga orang yang sudi hadir dan ingin mengambil bahagian,” pujuk Nur. Iman Afiya tiba-tiba mengukir senyuman.

        “Sudah, sihir mana yang tiba-tiba menyampuk kau ni? Tadi muka masam mengalahkan asam jawa basi 3 minggu, sekarang bukan main kau senyum sampai ke angkasa,” perli Nur. Nazeera dan Nur berpeluk dan menjauhi Iman Afiya. Takut-takut mereka berdua turut terkena sihir gila itu.

         “Kau membebel kat aku macam Kak Wiyah pula. Tema khas Kak Wiyah ialah bersyukur. Jadi setiap ceramah yang Kak Wiyah selalu kasi kat aku, bertemakan kesyukuran,” Iman Afiya ketawa kecil pula. Nur dan Nazeera saling berpandangan. Apakah masalah Iman Afiya ini?

        “Kau buat apa ni?” Iman Afiya berhenti ketawa apabila Nur menyentuh dahinya dan Nazeera pula mengipas-ngipas ke arahnya menggunakan sebuah fail.

         “Tak panas. Stapler, laju sikit kipas tu, ahli sihir tak suka angin,” Nur mengarah Nazeera. Makin laju Nazeera mengipas. Iman Afiya terpinga-pinga. Ahli sihir? Ahli sihir dari tanah  mana pula mereka berdua cuba menghalau ni?

         “Tak cukup angin tu. Tengok muka dia dah bertambah merah,” kata Nur memandang Iman Afiya yang berona merah. Mukanya merah sebab segan diperlakukan begitu sambil diperhatikan oleh  Mr. Andi, penjaga dewan yang berbangsa Bangladesh. Mr. Andi yang sedang menyapu tadi terhenti untuk melihat ‘upacara’ tiga orang gadis itu.

         “Laju lagi Stapler. Meh sini aku tolong,” Nur tak jumpa mana-mana fail atau bahan yang boleh digunakan sebagai kipas. Lalu dia meniup ke arah muka Iman Afiya.

        Haaffuuuuu!! Lebih kurang begitulah bunyi hembusan Nur. Mr. Andi dihujung dewan dah tersenyum-senyum menahan ketawa.

      “Weyh!! Tersembur-sembur air liur kau kat muka aku!” jerkah Iman Afiya. Dia merampas fail dari tangan Nazeera lalu menghempuk kepala Nur.

       “Auuwww! Kenapa aku seorang saja yang kena?” Nur tak puas hati.

      “Sebab kau sembur kat aku. dan ini semua idea kau,” jawab Iman Afiya. Nazeera ketawa halus dengan pertengkaran dua sahabat itu. Tidak sangka dua orang gadis yang disegani selama ini berperangai mengalahkan budak tadika.

       “Okay sudah. Jangan bergaduh. Fokus. Kita ada audition untuk dilaksanakan,” Nazeera menenangkan keadaan. Iman Afiya meletak semula fail itu ke atas meja.

        “Siapa yang yang datang ke uji bakat ini?” tanya Nur. Iman Afiya membuka fail itu. Ada tiga helai kertas biodata calon yang akan diuji bakat. Pada papan notis sekolah Nazeera sudah menampal kertas pemberitahuan mengenai ujibakat ini dan setiap orang perlu membuat biodata sendiri.

         “ Xie Xian, budak kelas kita,” kata iman Afiya. Dahinya berkerut.

         “ Siapa?” Nampaknya Nur juga memikirkan perkara yang sama dengan Iman Afiya. Xie Xian seorang gadis Cina yang pendiam dan tidak pernah menghiraukan keadaan sekeliling. Persoalannya: Bila masakah Xie Xian tersedar dari dunianya dan berminat untuk menjadi penulis skrip?

        “Stapler, kau beritahu tak hari ini ujibakat untuk penulis skrip drama dan bukan ujibakat mengira matematik?” soal Iman Afiya. Walaupun Xie Xian asyik dengan dunianya sendiri, tetapi bab matematik laju saja otak gadis cina itu.

        Nazeera tidak faham dengan soalan Iman Afiya. Kerana dia tidak tahu siapa Xie Xian. Masuk akal tidak jika seseorang itu boleh tersalah faham dengan tajuk ‘PENCARIAN PENULIS SKRIP DRAMA: SILA DATANG UJI BAKAT PETANG INI!”

       “Biarlah Xie Xian tu. Lagi siapa?” Nur menyampuk. Iman Afiya menyelak helaian seterusnya.

       “Tengku Adam?!” serentak ketiga-tiga gadis itu bersuara.

      “ Mangkuk Noritake ni hilang otak ke apa?” Nur berkata. Dengan mulut ‘cantik’. Tengku Adam orang kedua terkaya disekolah mereka. Anak Tengku Rasyidin, pemilik Syarikat Embun. Entah syarikat jenis apa, mereka semua tidak ambil tahu. Bukannya faham pun. Orang pertama yng terkaya disekolah mereka sudah tentulah bakal pewaris Empayar Luthman, Nazrul Hakimi.

       “Mangkuk Noritake? Apa itu?” tanya Nazeera, pelik dengan nama gelaran Tengku Adam. Sesuka hati saja Nur bagi gelaran kat anak orang. Mahu didengar Tengku Rasyidin dan Tengku Hani, alamat 40 hari Nur berendam air mata ditengking oleh golongan sombong itu.

         “Kau tak tahu ke set pinggan mangkuk Noritake?” soal Iman Afiya. Nazeera mengerutkan dahi. Mestilah dia tahu, Noritake itu antara set pinggan mangkuk yang mahal dan cantik pula tu.

        “Aku tahulah Noritake tu. Maksud aku, apa kaitan mangkuk Noritake dengan Tengku Adam?”

        “Tengku Adam itu sangat fragile bak set pinggan Mangkuk Noritake. Nak sentuh dia, kena fikir beribu-ribu kali. Sebab kalau apa-apa terjadi kat mangkuk Noritake, kau kena berhadapan dengan Cawan Noritake dan Pinggan Noritake. Faham?” jelas Iman Afiya. Bertambah kerutan didahi Nazeera.

         “Aku tak faham. Apa kaitan dengan cawan dan pinggan pula?”

         “Cawan dan pinggan itu ialah mak bapak Tengku Adam a.k.a Mangkuk Noritake. Kau perasan tak selama ni, hanya seorang saja lelaki yang tidak pernah makan penumbuk aku?” tanya Iman Afiya.

         “Tengku Adam?” teka Nazeera. Nur dan Iman Afiya mengangguk.

         “Kenapa?” tanya Nazeera.

         “Seperti aku kata tadi, Mangkuk Noritake sangat fragile. Kalau aku kasi penampar Jepun kat mangkuk tu, nanti tak cukup tanah aku nak lari daripada Cawan dan Pinggan Noritake yang datang serang aku. Walaupun Mangkuk Noritake itu kadang-kadang tersangatlah mencabar iman aku, aku tak boleh buat apa-apa. Sebab itu kita orang gelarkan dia mangkuk. Nak lagi glamour, Mangkuk Noritake,” terang Iman Afiya.

         “Ohhhhh,” panjang oh Nazeera.

          “Mangkuk Noritake ni boleh ke menulis skrip? Kang aku tak berkenan dengan cerita dia, esok pagi keturunan Tengku dia tu berduyun-duyun nak hampuk kepala aku,” kata Iman Afiya.

          “Kalau dia dah terdesak sangat nakkan penulis skrip, kita letak syarat. Syaratnya: tidak boleh mengadu atau membantah arahan direktor,” Nur memberi cadangan bernas. Pelik lelaki suka mengadu. Kan?

         “Baiklah, setuju.”

        “ Siapa yang terakhir?” tanya Nazeera.

        “ Razin,” Iman Afiya membaca biodata lelaki itu. Dia tidak berapa kenal manusia bernama Razin ini. Yang dia tahu Razin itu pemain bowling sekolah.

        “Apa mamat ini ingin rempuh kita dengan bola bowling?” Nur bersuara sarkastik lalu ketawa. Nur bab mengutuk orang nombor satu.

        Nazeera mengeluh. “ Rupa-rupanya bukan senang nak cari calon ujibakat. Dan yang datang ini pon belum tentu layak menjadi penulis skrip. Kalau tak ada skrip, ada ke dramanya?” Nazeera berdrama sedih pula.  

      Iman Afiya senyum lalu menepuk lembut bahu Nazeera.

     “Hey, bukan senang nak buat KLCC. Kita perlukan batu, simen, seorang arkitek, pekerja buruh, lori tanah, bulldozer. Tapi tak mustahilkan bina bangunan tinggi?” pujuk Iman Afiya berkias-kias. Nazeera tersenyum.

      “Yeh, hidup Kelab Drama! Mari kita mulakan ujibakat ini!” Nazeera berdiri dengan semangat. Tangannya digenggam penumbuk sambil membuat gaya YES! Iman Afiya dan Nur terkejut beruk dengan aksi spontan gadis itu. Kasilah signal ke apa sebelum buat orang terkejut.

            Iman Afiya, Nazeera dan Nur duduk dimeja juri dengan senyuman. Jika dipamer muka serius, nanti tak terkeluar pula idea bernas calon-calon itu. Calon pertama: Razin. Lelaki itu berdiri di tengah-tengah pentas

         “Erm.... ini ujibakat untuk krew  lighting ke?” soalan Razin itu membuat Nazeera separuh ternganga, Iman Afiya menampar dahi sendiri dan Nur ketawa mengekeh sampai terjatuh dari kerusi. Nazeera pantas mencari kertas pemberitahuan original dalam fail. Sudah jelas ditulis pencarian penulis skrip. Mamat ni rabun ke buta?

       “NEXT!” teriak Nazeera, geram. Razin menggaru lehernya yang tidak gatal. Belum apa-apa dah dihalau.

     Calon kedua: Tengku Adam ak.a Mangkuk Noritake

     Lelaki berwajah Pan Asian dan sombong itu berjalan dengan hidung tinggi ke tengah-tengah pentas. Melihat keadaan itu saja sudah membuat Iman Afiya ingin mengambil senapang gajah dan menembak lelaki itu jauh-jauh.

      “ Kau boleh mula. Tak perlu berposing kat situ. Ini bukan penggambaran model,” perli Iman Afiya. Sakit jiwa dia menengok Mangkuk Noritake itu berposing persis seorang model. Tahulah dia hensem. Tapi ketiga-tiga gadis itu tidak berminat menelek kekacakan lelaki itu.

       “ Aku nak jadi watak hero yang selamatkan puteri daripada raksasa yang tinggal di planet omigosh,” kata Tengku Adam, berlagak. Sepantas itu Nur dan Nazeera menahan Iman Afiya daripada sepak Mangkuk Noritake itu laju-laju.

         “Er... Norita- eh silap, maksud saya Tengku Adam, sekarang ini kami sedang mengujibakat penulis skrip, bukan mencari watak. Jadi Tengku ada atau tidak idea untuk skrip drama?” Nazeera berlembut. Nasib baik tidak tersasul Noritake.

         “Aku tak nak jadi penulis skrip. Aku nak watak utama,” kata Tengku Adam, dingin. Apa punya perangailah mamat kaya ni. Tak faham-faham ke ini ujibakat penulis skrip. Oh Tuhan...

          “Kalau kau tak nak jadi penulis skrip, baik kau beredar dari dewan ini sebelum aku sumbat kau dalam jamban,” kata iman Afiya, geram. Tengku Adam menarik wajah dingin dan merenung tajam gadis itu.

        “Kau belum kenal siapa aku-,” Tengku Adam mula.

        “Aku tak kisah kau siapa. Untuk pengetahuan kau, aku Iman Afiya, dan sebelah kanan aku Nur, sebelah kiri aku pula Nazeera. Dan kami pengurus merangkap juri ujibakat drama ini. Dan sekali lagi kami ulang: ini ujibakat penulis skrip. Kau nak jadi watak utama apa sekiranya skrip pon tak ada. Kalau watak utamanya seorang cicak yang kena pijak dengan gergasi dari sektor 52, kau nak? Jadi sila lah meninggalkan pentas dengan sopan santun,” Iman Afiya menahan geram.

         Tengku Adam mendengus lalu laju meninggalkan pentas. Nur dan Nazeera kaget. Oh tidak... bersedialah untuk menghadapi serangan bala tentera set pinggan mangkuk cawan jag Noritake.

         “Next!”

         Calon ketiga dan terakhir: Xie Xian.

         “Hello...” perlahan suara Xie Xian.

         “Hi Xie Xian,” balas Iman Afiya dengan senyuman ikhlas dan ceria. Nampak wajah gadis cina itu meredakan kemarahannya tadi. Xie Xian mula bercerita idea bernasnya. Perlahan-lahan senyuman lebar meleret diwajah ketiga-tiga juri.

       “Xie Xian, saya rasa kami sudah jumpa penulis skrip drama kita,” umum Nazeera. Xie Xian tersenyum gembira dan melompat girang. Tak sangka otak matematik juga boleh menghasilkan satu cerita yang kreatif.

        “Terima kasih,” Xie xian menunduk seperti orang Jepun dan Korea selalu buat.

       “Kami sangat menghargai idea-idea awak Xie Xian. Sangat unik,” ujar Nur. Semakin lebar senyuman Xie Xian.

        “Jadi bila saya boleh mula menulis skrip?” tanya Xie Xian.

        “Sekarang pun boleh,” jawab satu suara di pintu masuk dewan. 

        Semua menoleh kepada ‘pendatang asing’ yang menyibuk tiba-tiba. Wajah Nazeera dan Nur bercahaya melihat gerangan manusia itu. Iman Afiya berwajah tiada perasaan.

No comments:

Post a Comment