WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Tuesday 9 April 2013

Senyuman Jannah 13


         Pintu bilik Jannah dikuak dari luar, Hakim menapak masuk. Bilik itu terasa sunyi dan kelam tanpa Jannah. Pagi tadi Jannah sudah balik ke universiti. Dia tak sempat nak jumpa Jannah sebelum Jannah pergi. Dia balik saja Jannah dah lama pergi.

         “Kau pergi mana tadi?” Sufi menyerbu masuk ke dalam bilik walaupun pintu bilik terbuka luas. Hakim mengerling ketua pengawas yang berwajah tegang. Dia menayang muka selamba seperti biasa apabila berhadapan dengan musuhnya itu.

          “Aku tanya, kau pergi mana tadi?” ulang Sufi, serius. Mencerlung matanya memandang Hakim yang selamba duduk di birai katil.

          “ Apehal kau sibuk sangat nak tahu urusan aku? Suka hati aku lah nak pergi mana pon,” jawab Hakim keras. Kedua-dua lelaki itu bertegang urat. Masing-masing tak puas hati.

           “ Aku tak kisah kalau kau pergi ke Jupiter sekali pon. At least jagalah hati kakak aku. Kau tak boleh luangkan masa seminit untuk kakak aku ke? Not even to say goodbye ke apa?” ujar Sufi. Hakim mengetap bibir. Malas betul dia nak dengar Sufi berleter. Dahlah tadi pagi Laila, Damien dan Aryan cari pasal dengannya. Sekarang Sufi pula.

            “ Kau boleh tak jangan kasi ceramah rumahtangga kat aku?! Kisah apa aku kalau dia nak balik U ke apa. Takde kena-mengena dengan aku!” herdik Hakim, bengang. Nafasnya naik turun, menahan marah. Sufi dua kali lima je amarahnya. Marah apabila ada orang memperlekehkan kakaknya.

            Sufi mengetap bibir. Dia kena ingat pesan Jannah.

      ‘Sufi tolong tengok-tengokkan Hakim, ye. Akak tahu korang ni anjing dan kucing, tak sebulu. Kadang-kadang kita kena mengalah untuk melembutkan hati seseorang. Sufi bantu dia mengubah diri. Slow-slow dulu, lama-lama nampaklah hasilnya.’

           Wajahnya diraup lalu menghembuskan nafas supaya amarahnya keluar. Dia perlu bertenang. Kalau asyik bertekak dengan Hakim sampai bila nak habis?

           “Fine. Whatever. Just so you know.. she was really hoping you’d show  up.. but you didn’t,” ujar Sufi dengan suara yang tidak setegang tadi. Dia keluar dari bilik itu.

            Hakim mengeluh lalu meraup wajahnya. Dia memicit perlahan dahinya. Bukan dia sengaja tak nak jumpa Jannah tapi keadaan tidak membenarkan. Awal-awal pagi Laila menelefonnya dan mengugut akan bunuh diri kalau dia tak datang.

         “ Adrian kalau you tak datang jumpa I, I akan bunuh diri!” kata Laila pagi tadi seawal 7 pagi. Hakim baru nak lelapkan mata selepas membaca Al-Quran usai Solat Subuh tadi. Si pengacau pula datang memekak pagi-pagi. Mana dia tak bengang.

           “Woi! Kau tak reti tengok jam ke hah gigi besi?! Aku nak tidur pon tak senang. Nak bunuh diri pergi lah, tak payah nak libatkan aku sekali. Aku tak nak mati awal!” jerkah Hakim yang berbaring atas katil. Talian dimatikan. Entah mengigau apa si gigi besi t. Bangun-bangun saja nak bunuh diri. Dah gila agaknya!

           Stress sungguh dia nak melayan perempuan yang tak tahu malu seperti Laila tu.  Dah lah badannya sengal-sengal dek kerana semalaman tidur atas bangku bilik persalinan.

       Baru dia nak pejamkan mata sekali lagi Xperia Z berbunyi. Hakim mendengus geram. Tanpa melihat nama si pemanggil, dia mengagak itu Laila.

          “ Apa kau nak?! Aku takkan datanglah! Matilah sorang-sorang!” tempik Hakim. Nak saja dia slap muka Laila laju-laju sekiranya gadis itu berada dihadapannya masa ini.

           Tiba-tiba Laila ketawa. Hakim mengerutkan dahi. Kenapa gigi besi gelak macam lelaki? Dia pernah dengar suara yang gelak itu.

           Damien. Musuh  yang menduduki ranking pertama dalam list musuh-paling-menjengkelkan.

           “ Hahaha.... Kau gaduh dengan awek ke?” sakit telinga Hakim mendengar suara sumbang Damien pagi-pagi begini. Hakim bangun dari pembaringannya. Orang nak naik angin mana boleh baring-baring. Nanti tak jadi nak marah.

             “Kau nak apa?” tegas suara Hakim.

             “Kau dah lupa ke hari ni hari apa?” sindir Damien. Hakim menjulingkan mata ke atas, menyampah. Mangkuk hayun ni nak main teka-teki pula dengan aku. ingat aku ni budak darjah satu ke nak teka hari ni hari apa.

             “ Baiklah aku teka , adakah hari ini hari Makhluk-Asing- Menjajah-Rumah-Kau-dan-tukar-kau-jadi-zombi?” Hakim berloyar buruk, siap terkeluar bahasa bakunya. Sengaja ingin dia mencabar kesabaran Damien yang tak reti-reti menyabar.

              “ Kau jangan nak loyar buruk dengan aku.”

              “Aku bukan lawyer, aku perangai buruk saja,” Hakim memotong. Damien merengus kasar. Sakit hatilah tu. Hakim tersenyum sinis.

              “Nampaknya kau ni pelupa, jadi aku nak ingatkan, hari ni hari Pertabalan Prince Taiko. Tempat biasa. Waktu biasa,” kata Damien sempat pula mengutuk orang pelupa.

                “Kalau aku pelupa, kau tu mesin pengingat aku. Jadi terima kasih wahai mesin pengingatku yang menjengkelkan.” Talian dimatikan tanpa menunggu Damien membalas. Xperia Z digenggam.  Hari Pertabalan Prince Taiko? It’s today?! URGH! Kenapalah hari keramat ini perlu diadakan pada hari aku sangat letih dan tak berminat untuk hadirkan diri? Kan dah melalut bila tersangat letih.

               Pertabalan Prince Taiko ialah satu tradisi sekolah mereka sejak dulu. Ada Pertabalan Prince Charming tetapi bukan pada hari yang sama. Prince Charming sudah tentu lelaki yang kacak, bergaya, kaya, cemerlang dalam pelajaran, aktif dalam sukan dan memiliki sifat sopan santun. Sudah semestinya hanya Ali Sufian yang layak memegang status Prince Charming sekolah.

             Hakim Adrian boleh saja masuk dalam calon Prince Charming. Dia kacak malah lebih kacak daripada Sufi, kaya, bergaya, aktif dalam sukan. Cuma dia tiada sifat sopan santun dan tidak cemerlang dalam pelajaran. Tetapi kelayakan bagi Prince Taiko, dia sangat layak. Kacak, kaya, bergaya, berpotensi membuat para guru dan guru besar serta guru disiplin tercekik darah tahap boleh masuk IJN, dan perangai taiko serta ego tinggi tahap planet Saturn. Sudah 4 tahun dia pemegang setia status Prince Taiko.

             Ikutkan hati dia malas nak hadirkan diri.  Satu Sekolah Menengah Seri Kembang akan menyertai majlis itu. Kecuali Prince Charming, calon-calon Prince Charming dan geng-geng pengawas. Dia meraup wajahnya dan terpandangkan beg baju Jannah yang Jannah kemas lepas solat Subuh tadi. Dia tahu Jannah akan balik U pagi itu.

          ‘Mungkin sempat aku balik kot,’ fikirnya. Kalau dia tidak muncul hari ini, dia akan di-blacklist dari senarai calon Prince Taiko dan sudah tentu Damien atau Aryan akan memperlekehnya nanti. Ego tahap tinggi Saturn sudah muncul jadi dia perlu pergi.

          Dengan keadaan mengantuk, masih berbaju tidur, tak mandi dan rambut yang serabai, nasib baik pagi tadi dia gosok gigi sebelum solat Subuh, Hakim keluar dari rumah. Dia perasan Jannah yang baru keluar dari bilik Syifa’ memandangnya pelik. Namun tidak diendahkan gadis itu. Dia berlari ke tempat majlis pertabalan itu diadakan. Rooftop sebuah apartment yang tidak jauh dari sekolah.

          ‘Ni semua salah Damien. When I get the chance, I’ll make sure he pay for this,’ gerutu hati Hakim. Dia sememangnya dah penat, makin penat apabila terpaksa berlari dari rumah ke apartment itu. Peluh satu badan keluar.

          Sampai di rooftop, dia termengah-mengah. Dia menyumpah-nyumpah dalam hati sesiapa yang bagi idea menjadikan rooftop itu sebagai tempat pertabalan itu. Terpaksa dia daki apartment bertingkat 21 itu tanpa lif.

           Rooftop yang luas itu dipenuhi dengan para pelajar sekolah menengah mereka. Hakim memegang lutut sambil menghilangkan lelah. Dia melihat Aryan yang sedang melepak dengan geng. Damien sibuk mengorat anak dara orang. Tatkala itu Hakim menangkap kelibat Farid dan Kamal gelak ketawa dengan konco-konco Damien.

           ‘Kurang ajar budak dua orang tu. Sanggup dia orang berpaling tadah. Padahal baru seminggu aku tak jumpa dia orang. Ciskek betul mangkuk hayun!’ gumam hati Hakim. Sakit jiwa dia melihat pengkhianatan kawan-kawannya.

               Hakim terpandangkan pula Zaidi di meja juri. Sekaligus senyuman terbit dibibir Hakim. Dia menghampiri Zaidi dan mencuit bahu lelaki itu.

               “Eh, Adrian,” hanya keluarga dan orang paling rapat saja yang memanggilnya Hakim. Selain daripada tu, semua panggil Adrian. Ternyata Zaidi terkejut melihat Hakim dibelakangnya. Hakim membisikkan sesuatu ditelinga Zaidi. Zaidi terangguk-angguk memahami arahan lelaki itu. Selepas dah habis, Hakim menepuk bahu Zaidi.

             “Well, well.. well... look who finally showed up. Hakim Adrian,” suara Damien membuat semua tersenyap dan memandang ke arah Hakim yang tayang muka cool and steady. Walaupun keadaan Hakim seperti tak terurus, dimata gadis-gadis di situ Hakim tetap nampak macho. Agak-agaknya kalau dia orang tahu Hakim tak mandi lagi apa reaksi mereka?

              “ Yep. It’s me. Thanks to you, Damien, my faithful reminding machine, I finally showed up,” sindir Hakim sambil melemparkan senyuman yang boleh mencairkan mana-mana perempuan yang melihat.

         BUK!

          Hmmm? Kan dah kata, senyuman Hakim memang killer, sampai terpengsan gadis itu. Semua menoleh seketika kepada gadis yang terkulai dilantai kemudian memandang semula kepada Damien dan Hakim.

           “ Dah sebelum korang memulakan acara anjing-dan-kucing-bercakaran, mari kita mulakan pertabalan Prince Taiko,” Zaidi pantas menyampuk apabila Hakim dan Damien saling merenung tajam seperti dua orang koboi yang kehilangan kuda.

            WOOOOO! Para pelajar bersorak, tak sabar-sabar melihat Prince Taiko yang baru. Tetapi semua dah mengagak siapa yang akan ditabal. Sudah tentulah Hakim Adrian.

           “Baiklah mari kita mulakan. Calon-calon sila ambil tempat,” arah  Dafi selaku pengacara. 5 calon berbaris melintang. Hakim masih dengan senyuman killernya, dengan kedua-dua tangan dimasuk ke dalam poket sweater hoodienya. Gaya orang konfiden gila.

            “ Calon-calonnya ialah... Ijoy a.k.a Aizat , Sam, Aryan, Damien and Adrian,” Dafi membaca list ditangan.

             “ Ini adalah calon-calon Prince Taiko yang akan bersaing demi merebut status Prince Taiko tahun ini. Sekiranya ada yang hendak menarik diri, sila bertapak ke hadapan,” ujar Dafi dengan lantang. Semua diam.

             “Aku tarik diri,” semua mata terarah kepada suara itu. Dengan muka selamba lagi bergaya Hakim Adrian menapak ke hadapan. Di kiri kanannya, para pelajar mula soksek-soksek, hangat berbisik. Calon-calon yang lain ternyata terkejut dengan tindakan Hakim Adrian. Apa motif taiko sekolah tanpa amaran menarik diri daripada pertabalan ini?

             “What?” Aryan dan Damien berkata serentak. Baru berangan-angan nak bersaing dengan musuh utama mereka, tiba-tiba si musuh pula menarik diri awal-awal. Apa kes??

              “Aku cakap aku tarik diri lah pekak!” tengking Hakim. Kan dah kena pekak.

              “ Adrian dah masuk dalam Black list,” kedengaran suara-suara orang berbisik. Semua memandang Hakim dengan mata bulat dan mulut terlopong. Black list mungkin sekadar perkataan saja tetapi bagi calon yang sudah di-Black list, itu petanda buruk. Sesiapa yang di-Black list akan dibelasah cukup-cukup oleh calon-calon yang lain.

            “No. He’s not,” sampuk Zaidi. Semua menoleh kepada Zaidi yang berdiri.

            “Adrian dah tarik diri awal-awal sebelum pertabalan ini dimulakan. He already informed me that. So technically, he’s not on the Black list,” terang Zaidi. Kedengaran para pelajar menarik nafas lega. Tak sanggup rasanya melihat orang setampan Hakim dibelasah. Ceh ayat tak boleh blah.

             “ Okey.  Jadi.. Adrian you may walk away and never return. Tiada sesiapa yang boleh menyentuh kau selagi kau tak masuk dalam Black list. Dan kau juga tidak boleh diundi sebagai calon Prince Taiko apatah lagi diundi sebagai Prince Taiko untuk selama-lamanya,” Dafi menyebut ayat-ayat keramat. Hakim mengangguk faham kemudian berpaling dan berjalan ke pintu tangga.

             “Wait!” Damien mengarah. Langkah Hakim terhenti tetapi dia tidak menoleh.

              “Rupa-rupanya kau ni pengecut. Tak sangka pula aku. Kau tarik diri awal-awal supaya tak dibelasah. Bravo. The great Hakim Adrian is a coward!” berdesing telinga Hakim mendengar kutukan tak semengah itu. Pantang nenek moyangnya dipanggil pengecut.

             Hakim mengetap bibir dan mengepal penumbuk disisi.

            “Kenapa kau senyap? Mengaku pengecut?” Damien lagi nak provoke api yang sedang membara.

            “Dan nampaknya kau pula tak sayang nyawa,” kata Hakim keras tanpa berpaling. Damien gelak besar.

             “ If you are not a coward.. then prove it,” cabar Damien. Hakim tersenyum sinis dan berpusing ke belakang menghadap Damien.

              “Bring it on,” Hakim menerima cabaran musuhnya. Damien mengetap bibir, terasa diperlekehkan. Konco-konconya bergerak dibelakang Damien. Konco-konco Aryan turut melakukan perkara yang sama. Perlawanan yang tidak adil. Dua geng gangster versus seorang taiko sekolah yang telah menarik diri.


           Hakim baru selesai mandi, belakang tangannya direnung. Kulit belakang tangannya tersiat-siat akibat membelasah Damien, Aryan dan konco-konconya tadi. Dirinya tidak cedera tetapi tangan yang melakukan kerja menumbuk itu yang cedera.

         Dia terpandang kotak first aid kit yang terlekat pada dinding bilik air itu. Dia membuka kotak itu. Nak ambil ubat apa? Kalau Jannah ada di sini pasti gadis itu akan merawatnya. Tiba-tiba dia terasa kehilangan Jannah. ‘Ahh! Pedulikanlah perempuan tu. Kau boleh jaga diri sendiri.’

        Tanpa mengambil ubat luka, dia terus menapak ke wardrobe. Dipintu wardrobenya terdapat satu kertas yang tertampal. Hakim mengambil kertas itu.

*Awak.. baju sekolah awak tu saya dah gosok untuk seminggu, every weekend hantar stok baju sekolah awak kat dobi Kak Minn. Mintak dia gosokkan. Jangan risau, tiada charge dikenakan.

*Air susu dalam fridge bilik tu jangan simpan lama-lama nanti basi. Kalau nak makan apa-apa tengah-tengah malam, ambil je dari kabinet dapur tu.

*tapi ingat, jangan sepah-sepahkan. Kalau bersepah, suruh Sufi tolong kemas.

*Bilik air tu, jangan kotorkan. Every Wednesday, Kak Pauline akan datang cuci tandas.

* jangan lupa offkan air-cond pagi-pagi.

* Belajar rajin-rajin.

~ Jannah~


         Panjang betul pesanan yang Jannah tinggalkan untuknya. ‘Hisy perempuan ni fikir aku budak-budak ke, aku boleh jaga diri sendirilah!’ omel Hakim sendirian. Kertas itu ditampal balik ke pintu wardrobenya. Usai menyarung baju, cap berwarna putih disarung ke kepala dan dia keluar dari bilik.

         “Ummi... Hakim nak pergi jenguk mama sekejap,” Hakim memberitahu Puan Diana yang sedang menyiram pokok. Mak mertuanya itu tersenyum manis.

          “Pergilah. Kirim salam kat mama kamu,” pesan Puan Diana. Hakim mengangguk. Dia mengorak langkah ke rumah mama yang mengambil masa 5 minit. Rasanya dah 3 hari dia tidak menziarah mamanya. Abah sudah tentu oustation, kalau abah ada jangan harap dia boleh jejak kaki ke rumah itu. Nampaknya abah masih marah tentang dia selalu berkunjung ke Tyler’s Gym. Nak buat macam mana sekiranya mixed martial art sudah sebati dengan jiwanya.

           “Eh Hakim, mimpi apa tiba-tiba balik sini?” tegur mama separuh berlawak. Hakim dengan malas duduk di sofa ruang tamu. Dia penat setelah bagi tadi dia berjuang sepenuh tenaga menewaskan Aryan, Damien dan konco-konco musuhnya itu. Dia melelapkan matanya. Tidak sampai beberapa saat dia sudah terlena disofa.

           Puan Kalsom tersenyum sambil menggeleng melihat anak lelakinya itu terlelap disofa. Matanya menyapa belakang tangan Hakim yang luka. Satu keluhan dilepaskan. Tahulah anaknya itu bergaduh tadi. Dia mengambil ubat luka lalu disapu pada bahagian luka itu.

           “ Mama tolong jagakan Hakim ye mama. Nanti Jannah pujuk abah supaya benarkan Hakim balik sini. Kalau ada apa-apa jangan lupa beritahu Jannah tau,” itu pesanan Jannah tadi pagi sebelum Jannah bertolak ke universiti. Dari ayat yang diucap Jannah, tahulah dia bahawa hubungan Jannah dengan Hakim masih dingin. Dia tahu Jannah tetap sabar melayan kerenah Hakim. Puan Diana yang selalu rajin meng-update-kan kepadanya mengenai budak dua orang itu.

           Paling kelakar, sewaktu Puan Diana bercerita dia mendenda Jannah dan Hakim tidur si swimming pool. Alih-alih budak bertuah itu tidur dalam bilik persalinan dan membuat hatinya melompat atas trampoline.

          ‘Hakim, Hakim... cubalah jangan tutup ruang yang sememangnya sudah terbuka untuk Jannah. Dah suka tu cakap saja lah suka. Jangan nak sorok-sorok pula. Kang Jannah sorok daripada kamu, baru nak menyesal tak sudah,’ omel hati Puan Kalsom.

No comments:

Post a Comment