WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Sunday 28 April 2013

Senyuman Jannah 20


        Hakim Adrian berjoging sekitar tasik itu pada pagi yang sangat indah. Mana tak indahnya jika semalam mereka sudah merdeka daripada SPM! Satu sekolah bersorak kegirangan. Almaklumlah tidak perlu lagi menghadap buku selama 5 bulan. Masuk U nanti hadap balik haha.

       Malam semalam Jannah mengajaknya ke sebuah kafe milik keluarga Yana dan Imran. Kawan-kawan Jannah, Hayley, Sufi, Syifa’ dan Bella turut diajaknya. Katanya hendak meraikan kemerdekaan daripada SPM. Macam-macam lah Jannah. Sampai pukul 12 pagi baru mereka pulang. Itu pun setelah mendapat panggilan Puan Diana dan Puan Kalsom yang mengamuk sakan anak-anak mereka tidak reti cari rumah.

        “Hakim,” panggilan seseorang menyentakkan Hakim dari lamunannya. Dia berpaling ke arah sesusuk tubuh yang menghampirinya. Serta-merta hilang senyuman dibibir Hakim. Hatinya menjadi tawar.

        “ Buat apa kat sini?” tanya Luke Fahrain lalu mengambil tempat di sebelah Hakim dibangku. Hakim mencebik dalam hati. Dia melemparkan pandangan ke tasik.

         “Tengok perlawanan bola. Nak join? Argentina VS Barcelona,” jawab Hakim sarkastik. Dah nampak aku sedang duduk sambil menikmati angin pagi, boleh pula dia tanya lagi. Luke Fahrain hanya tersenyum. Silap dia bertanya begitu.

          “ I heard you finished your exam yesterday. How was it anyway?” Luke Fahrain cuba memulakan perbualan. Hampir setahun tidak bercakap dengan adiknya itu, dia berasa kekok pula.

           “It was okay I guess,” balas Hakim acuh tak acuh.

           “Mama said you guys stayed out last night,” kata Luke Fahrain. Hakim menghela nafas.

            “Yeah. We had a little celebration at Apple Pie’s cafe. It was Jannah’s idea. She said it was the least she could do,” Hakim tersenyum kecil mengenangkan kata-kata Jannah semalam. Luke Fahrain mengangguk.

           Mereka senyap. Masing-masing diam. Hakim tidak tahu hendak cakap apa. Luke Fahrain pula termenung.

           “You know... you two looked perfect,” Luke Fahrain tiba-tiba bersuara. Hakim menoleh kepada abangnya yang merenung tasik.

           “Hakim dengan Jannah... you guys are meant for each other,” ulang Luke Fahrain lalu mengerling Hakim yang memandangnya. Hakim terkelu lidah. Tidak sangka abangnya akan berkata begitu.

            “ Along mengaku memang along masih ada perasaan terhadap Jannah dan tipu kalau along kata along tak cemburu melihat korang berdua. I was really mad at mama and abah for matching up you with her. I couldn’t accept her as my sister-in-law. I thought I was the only one that can make her happy. But seeing you with her, the way she looks at you, the way how she smiles when she’s with you... I know that she’s happy. Jannah bahagia dengan Hakim. And I can’t take her away from you. She’s yours forever and always,” luah Luke Fahrain.

          Walaupun dia lega dapat meluahkan apa yang terbuku di hatinya, Jannah masih istimewa baginya. Hakim menelan air liur. Dia juga lega. Lega kerana abangnya sudah dapat terima kenyataan bahawa Jannah itu milik Hakim Adrian.

        “Jannah seorang yang sangat istimewa. Dia bagaikan awan dilangit. Kita boleh nampak dia, tetapi nak menggapainya sangat susah apatah lagi nak menyentuhnya. Bila kita cuba mengejarnya, dia semakin jauh dirasakan. Tetapi hanya orang yang dia benar-benar sayang dapat mencapainya,” ujar Luke Fahrain lagi. Hakim hanya dengar saja.

        “You’re one lucky guy Hakim. I’ll give you that,” puji Luke Fahrain dengan senyuman ikhlas. Hakim tersenyum.

         “I know I am,” Hakim separuh berlawak pula. Luke Fahrain mencebik lalu menolak bahu adiknya itu. Menyampah melihat muka kerek Hakim. Hakim ketawa halus.

           “ Apasal Along suka kat Jannah?” tanya Hakim, sekadar ingin tahu. Luke Fahrain mengerutkan dahi berfikir.

         “Hmm... sebab dia lain daripada lain.. eh entahlah. Along pun tak tahu macam mana along boleh terjatuh cinta kat dia,” keluh Luke Fahrain.

          “Hakim pula?”

          Hakim terdiam. Memikirkan jawapan.

          “Hakim pun tak tahu bila dan kenapa Hakim jatuh cinta dengan dia. Tapi Hakim tahu kenapa Hakim jatuh suka kat Jannah,” kata Hakim. Jatuh cinta dan jatuh suka berbeza okay.

           “Kenapa?”

            “Senyuman Jannah.” Hakim tersenyum sendirian. Dia mula terjatuh suka sewaktu pertama kali Jannah senyum kepadanya.

           ‘Aku janji tak akan tinggalkan kau selagi kau tak sakitkan hati aku,’ ucap Jannah lalu tersenyum manis kepada Hakim.
        


           Yana mengorak langkah ke hostel dan menekan butang lif tingkat 9. Sampai dihapadan pintu bilik, kunci dikeluarkan. Saat tombol pintu dipulas, kedengaran kaca terhempas ke lantai. Pantas Yana menolak daun pintu laju dan menyerbu masuk.

           “Jannah! Ya Allah, kau kenapa?!” Yana meluru mendapatkan Jannah yang terkulai dilantai seraya memegang kepala. Jannah memejamkan mata, urat di dahi dan leher tertimbul dek kerana menahan sakit kepalanya. Yana menarik Jannah naik ke katil dengan payah.

        “Jannah kenapa ni? Jangan buat aku takut. Say something for goodness sakes!” desak Yana. Dia takut melihat wajah Jannah pucat dan mengerang sakit sampai mengeluarkan air mata.

           “Jom aku bawak kau pergi klinik kat bawah. Kau tak sihat ni,” putus Yana. Namun Jannah menggeleng tidak mahu.

           “Jannah, tolong jangan berdegil kau sakit. Aku panggil Dr. Linda datang sini,” Yana memaksa. Jannah mencengkam lengan Yana menghalangnya pergi.

           “Jangan... please. Jangan tinggalkan aku,” rayu Jannah. Air mata menitis. Melihat wajah Jannah yang merayu kepadanya Yana menjadi serba salah. Yana menelan air liur. Perlahan-lahan dia mengangguk. Dia naik ke atas katil Jannah lalu meriba kepala Jannah. Kepala Jannah diurut sambil berselawat. Hatinya resah melihat kawannya begitu.

           Selepas Jannah tertidur, Yana bangun dan membersihkan gelas yang pecah berderai di lantai. Di sebelah kaca-kaca itu matanya melekat pada sesuatu warna putih dan bulat. Ubat pil? Panadol. Dia mengerling Jannah yang sedang tidur.

          Sejak kebelakangan ini Jannah kerap sakit kepala, kurang bermaya dan banyak tidur. Kadang-kadang dalam kelas pun Jannah tertidur.
          ‘Jannah apa yang kau sorokkan daripada aku,’ gumam hati Yana.
        


        Kepalanya rasa kurang sakitnya setelah tidur. Matanya dibuka perlahan, memandang sekeliling. Sungguh dia tidak larat untuk bangun. Dia asyik rasa letih dan mengantuk saja.

        “Hey, kau dah bangun,” Yana muncul lalu duduk di sisi katil Jannah. Jannah hanya membalas senyuman Yana.

        “Pukul berapa sekarang?” Jannah separuh berbisik.

        “ 3 pagi,” Yana menjeling jam dinding.

       “Kau tak tidur?” Yana menggeleng.

        “Aku risaukan kau Jannah. Macam mana aku nak tidur.” Jannah diam.

        “Jannah... is there something you’re not telling me?” dia merenung wajah Jannah yang pucat. Tiba-tiba Jannah senyum. Yana menjegilkan mata. Orang serius boleh pula dia senyum-senyum.

         “Jannah aku serius tahu tak,” marah Yana.

         “Yana aku tahu,” Jannah senyum pada siling. Yana mengetap bibir. Selalunya dia tenang melihat senyuman Jannah tapi kali ini dia rasa sakit hati.

           “Jannah aku nak kau berterus terang dengan aku.”

            “Yana apa kau rasa bila kau bertembung dengan abang Zack?” soalan Jannah itu diabaikan oleh Yana.

            “ Jannah jangan tukar topik. Penyakit lama kau datang balikkan?” Yana tanya straight to the point. Jannah diam tapi tetap tersenyum pada siling. Yana terpana melihat air mata Jannah mengalir di pipi.

            “Yana aku rasa bahagia sangat. Aku rasa aku dah faham perasaan kau bila kau berhadapan dengan abang Zack, aku tahu terseksanya diri apabila seharian kau tak jumpa abang Zack, aku faham mengapa kau tidur tersenyum tak pun tersengih sorang-sorang ketika gosok gigi,” Yana memandang Jannah dengan kening berkerut. Apa kena dengan Jannah ni? Tiba-tiba saja nak meluahkan perasaan. Huh? Luahkan perasaan? GASP! Adakah Jannah sudah...

           Yana terbeliak mata memandang Jannah dengan mulut terlopong.

          “Aku rasa aku dah jatuh cinta, Yana. Aku dah jatuh cinta dengan Hakim Adrian. Tapi kenapa aku perlu alaminya sekarang?” Air mata Jannah merembas keluar tatkala Jannah menoleh memandang Yana. Yana tidak faham. Jatuh cinta dengan suami bukankah sesuatu yang bagus? Kenapa Jannah nak menangis pula?

           “ Kenapa rasa ni perlu hadir bila penyakit ini datang balik?,” lirih Jannah. Hatinya pedih yang teramat.

        Yana terkedu. Dia faham maksud Jannah. Matanya berair menahan sebak di dada. Perlahan dia menggenggam tangan Jannah menyalurkan kekuatan.

         “Sabar Jannah kau kena tabah. Ini ujian dari Allah,” pujuk Yana. Jannah memejamkan mata seraya benaknya memutar kembali peristiwa yang berlaku 5 bulan yang lalu.

           “Based on the diagnosis and the tests that we’ve run, it seems that you have glioblastoma multiforme, a grade 4 astrocytomas,” kata Dr. Sanderson dengan muka yang kelat. Jannah tahu apa yang dimaksudkan oleh doktor perempuan itu. Dia bertanya meminta kepastian.

              “You’re saying that I have a tumour in my brain?” tanya Jannah . Dia tahu apa itu astrocytomas, dia pelajar perubatan. Cuma dia terkilan apabila mendengar cancer itu sudah berada di tahap kritikal. Jannah beristighfar. Dia memejamkan mata, menahan air mata.

        ‘Ya Allah aku tahu Kau tak akan membebankan hamba-Mu dengan sesuatu yang tak mampu aku tanggung. Berikanlah kekuatan kepada hamba-Mu ini menghadapi ujian-Mu,’ lirih Nuha dalam hati. Patutlah semenjak dua menjak ni, dia kerap diserang sakit kepala. Kadang-kadang sepanjang hari dia tidur dek kerana rasa lesu.

               “Is this the first time you did a medical check up?”

               “ No... I did a medical check up once every 3 months. Except that I haven’t done it in a few months since I was a bit busy with my exams,” terang Jannah. Dr. Sanderson mengangguk.

              “When you went for the check ups, were there no signs of benign tumor?”

              “Yes there was. 10 years ago. But I had it surgically removed,” terang Jannah. Sepuluh tahun yang lalu dia berpindah ke bandar untuk mendapatkan rawatan pembedahan tumour tersebut. 

               “Many benign tumours can be surgically removed and don’t come back once they have been removed, causing no further problem. However, grade 2 gliomas will often grow back after treatment and have the potential to change into malignant tumours. Such as what is happening now. I don’t quite understand... you didn’t show any symptoms of brain cancer until at this stage. It’s a..rare case I’ve ever seen,” kata Dr. Sanderson.

            “ There’s a reason to every thing that is happening to us. There must be a reason why Allah didn’t show the tumour until it’s at a critical stage. It’s a test from Allah for me. I have to be strong,” ujar Jannah perlahan. Dr Sanderson terkedu mendengar penjelasan islamic Jannah.

              “Do you know what might have cause of this tumour?” tanya Jannah.

               “Brain cancer are usually caused by exposure to radiation or maybe because of family history. Do you maybe have someone in your family who has brain cancer?” tanya doktor itu lembut.

             “Yes. My... grandmother from my mother’s side. She passed away a few years ago,” ujar Jannah tanpa mengangkat muka.

             “I’m sorry,” ucap doktor itu. Jannah hanya tersenyum kecil. Dia meneliti gambar x-ray otaknya yang berada di atas meja. Malignant brain tumor... tiada harapan kalau nak buang tumor itu.

               “How much longer do I have?” tanya Jannah dengan hati yang berat.

               “Maybe less than a year. Some patients do survive until 5 years. But I can’t say about yours. I’m sorry.”
           


            “Kau nak rahsiakan perkara ni daripada parents kau? What about Hakim?” tanya Yana. Jannah meraup wajahnya lalu melepaskan keluhan. Hari ini dia akan balik ke rumah. Bermakna dia perlu berhadapan dengan ummi dan walid. Tidak terkecuali juga Hakim.

            “ I have to tell them before it’s too late,” putus Jannah. Dia berseraj saja semuanya kepada Allah. Reaksi ummi, walid, mama, abah, Syifa’, Sufi, Bella dan Hakim. Dia tidak sanggup untuk melihat reaksi mereka. Lebih-lebih lagi wajah Hakim yang pasti sedih. Doktor mengagak dia hanya mampu bertahan paling lama pun 6 bulan. Sekarang sudah tamat tempoh 6 bulan. Itu tanda dia tidak lama lagi.


         
        “Eh Jannah, awal pula balik. Kata esok balik,” tegur Puan Diana sewaktu Jannah menapak masuk ke dalam rumah. Dia menyalam tangan umminya.

         “Tak sabar jumpa-,” ayat Puan Diana tergantung apabila Jannah memeluknya erat seperti tidak mahu melepaskan selama-lamanya. Satu perasaan aneh menyelinap masuk ke dalam hati Puan Diana. Perasaan sebak yang tiba-tiba. Oh Tuhan apakah petanda ini?

          “Jannah.. kenapa ni?” Puan Diana cuba melepaskan pelukan erat anaknya bagi melihat wajah Jannah. Namun Jannah tidak mahu melepas.

           “Ummi.. Jannah rindu ummi sangat-sangat. Boleh tak Jannah peluk ummi lama sikit?” gumam Jannah. Puan Diana buntu dan resah. Dia tertanya-tanya. Namun dia mengusap lembut belakang Jannah.

             “Walid mana ummi?” tanya Jannah melepaskan pelukan. Bibirnya menguntum senyuman manis.

              “Walid belum balik dari surau. Hakim pun ada kat surau,” beritahu Puan Diana. Jannah mengangguk faham.

              “ Okay. Jannah naik atas dulu ummi,” Jannah meminta izin naik ke bilik. Puan Diana mengangguk membenarkan. Dia merenung belakang Jannah yang kian menghilang ke ruang atas.

               Jannah tersandar lemah pada pintu bilik yang ditutup rapat. Dia memejamkan mata sambil menyimpan kemas-kemas perasaan dan memori pelukan umminya dalam otak. ‘Ummi Jannah tak tahu bila lagi Jannah boleh peluk ummi lagi,’ bisik Jannah. Air matanya bergenang.



             Hakim tersenyum melihat sesusuk tubuh yang sedang tidur lena di atas katil.  Pasti Jannah letih menjawab final exam. ‘Penat sampai tidur dengan tudung sekali,’ gumam hati Hakim. Dia bergerak ke katil lalu menanggalkan tudung Jannah. Dahinya berkerut merenung wajah Jannah yang pucat semacam.

            “Demam ke?” Hakim bisik sendirian. Dia meraba dahi dan leher Jannah memeriksa suhu badan Jannah. Normal saja. ABC kot.. fikir Hakim. Hakim mengusap pipi Jannah lembut untuk beberapa saat sebelum bergerak ke wardrobe untuk menyalin baju.

             “Abang baru balik?” Jannah terjaga sewaktu terasa pergerakan disisinya. Matanya terpisat-pisat memandang Hakim yang menyarung baju biasa ke tubuh badan.

            “Baru je balik. Tadi ada tahlil di surau,” terang Hakim.

           Jannah memegang dahinya yang mula berdenyut sekali lagi. Oh tidak, tolong jangan sekarang... Jannah merayu dalam hati. Dia tidak mahu Hakim melihatnya sakit. “ Sorry, Jannah tertidur tadi,” ucap Jannah sambil tersenyum manis. Hakim duduk dibirai katil.

            “Penat sangat isteri abang ni. Sampai pucat muka. Dah makan ke 
belum ni?” Hakim merenung wajah Jannah. Gadis itu tersengih. Tahulah dia itu makna Jannah belum makan.

            “Tengok tu dia sendiri tak jaga makan, pastu marah abang yang tak jaga makan,” ujar Hakim, mengusik. Jannah selalu membebel jika Hakim tidak makan ikut schedule.

             “Jannah dah besar tak apa. Abang tu masih bawah 18 tahun, kang gastrik macam mana?” Jannah tidak mahu mengalah. Hakim mencebik lalu menjentik dahi Jannah. Gadis itu mengaduh sakit.

              “ Banyak lah punya alasan. Kita dua sama saja. Makan tak ikut schedule, gastrik datang. Bukan abang sorang saja. Dah jom makan,” Hakim menarik tangan Jannah ke ruang dapur bilik mereka.

            “Jannah nak makan roti saja. Tak nak nasi,” kata Jannah mengambil tempat dimeja makan. Dia tiada selera untuk nasi. Hakim mengerling Jannah.

           “Roti dah habis. Koko crunch ada lah,” kata Hakim, rasa bersalah. Jannah senyum.

            “Boleh je.”
          Mata Hakim memerhatikan gadis itu menjamah cereal dengan lahap. Ada sesuatu yang membuatkan hatinya tidak tenteram. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Jannah.

          “Jannah sakit ke?” soalan Hakim mengehntikan suapan Jannah. Dia tidak berani menentang mata dengan Hakim. Takut Hakim dapat tahu. Lidahnya berat untuk memberitahu hal sebenar kepada Hakim.

            “Jannah nampak macam orang sakit ke?”

           “Yes,” serius wajah Hakim. Gugup Jannah. Dia diam.

            “Abang..” panggil Jannah. Hakim mengangkat kening sebelah. Jannah diam sementara sambil merenung Hakim selama 3 saat.

            “ Kalau abang tahu esok abang akan pergi... pergi buat selama-lamanya dari dunia ni, apa abang akan buat?” soalan Jannah membuat Hakim mencerlung memandangnya.

              “Jannah nak abang cepat mati?” provoke Hakim.

              “No. That’s not what I meant,” Jannah melepaskan keluhan halus sebelum menyambung, “ Dunia yang fana ini tidak kekal abadi... yang kekal selama-lamanya ialah kehidupan di akhirat. Kita tak tahu bila ajal kita akan datang. Bila-bila masa saja Allah boleh tarik nyawa kita sama ada kita sedia atau tidak. Tidak semesti kita mati bila tua. Macam mana kalau Allah sudah tetapkan kita mati muda? Waktu itu kita tidak boleh nak negotiate dengan malaikat maut. Jadi soalan Jannah, apa abang akan buat sekiranya abang tahu abang tidak lama didunia ni?”

             Hakim senyap cuba mentafsir kata-kata Jannah. Apa yang cuba disampaikan oleh Jannah? Keningnya bercantum. Jannah diam merenung cereal yang tinggal separuh dalam mangkuk itu.

           “Apa Jannah nak cakap sebenarnya?” Dia menyandar pada kerusi lalu memeluk tubuh sambil merenung tajam isterinya itu.

            Jannah menunduk sambil memaksa senyuman. Air matanya bergenang. Ya Allah bagaimana aku hendak beritahu ni? Berikanlah kekuatan padaku. Bibir bawah digigit agar esakan tidak terlepas.

              “ Abang ingat tak abang pernah tanya Jannah dua soalan dan Jannah kata tunggu masa yang sesuai?” Jannah menguatkan semangat untuk menentang anak mata Hakim. Wajah Hakim yang tadi serius mengendur melihat air mata yang mengalir di pipi Jannah. Namun gadis itu tersenyum dan gelak halus yang kedengaran dipaksa. Hakim mendekatkan diri pada meja lalu menggenggam lembut kedua-dua belah tangan Jannah.

            “Yes I remember,” jawab Hakim lembut. Dia menyentuh wajah Jannah untuk menyeka air mata. Dia tidak suka melihat senyuman Jannah yang kelihatan dipaksa.

           “Jannah rasa dah tiba masanya untuk Jannah bagitahu jawapannya,” kata Jannah. Kenapa air matanya ini berdegil? Dia tak nak menangis di hadapan Hakim.

           “The reason we moved here was because...” Jannah terasa kepalanya yang seakan dicucuk dan kelopak matanya terasa berat tiba-tiba.

            “JANNAH!” Sepantas kilat Hakim bangun dari kerusi dan mendapatkan Jannah yang terkulai ke lantai. Hakim memeluk tubuh Jannah sambil menepuk lembut pipi Jannah.

            “Jannah bangun Jannah. Kenapa ni?” Hakim cemas. Ya Allah kenapa dengan isteri aku? Lantas tubuh Jannah dicempung dan bergegas ke hospital. Puan Diana dan Tuan Raihan mula resah. Tidak mungkin...
          

Saturday 27 April 2013

Sinopsis Iman Afiya: A Thousand More




Sebuah kemalangan yang berlaku telah meragut nyawa orang tersayang dan memori-memori terindah milik Iman Afiya. Dia amnesia... setiap saat dan hari yang berlalu, Iman Afiya dahulu kembali, memorinya juga kembali. Hanya ada sebuah memori saja yang tidak kembali.....


Seorang gadis remaja yang periang dan selamba badak meneruskan kehidupannya yang mempunyai pelbagai perisa: masam, manis, pahit, neutral, semua ada. Setiap orang memiliki impian. Iman Afiya  mempunyai impian yang tinggi bak Eiffel Tower di Paris malah dua kali lebih tinggi. Sebuah impian yang agak mustahil dan langsung membuat semua orang tergaru-garu kepala yang tidak berkutu.

Impian itu hanya tercapai dengan bantuan dan sokongan : seorang sahabat baik - Nur yang perangainya dua kali lima sepuluh Iman Afiya sahaja, abang-abangnya yang memegang watak sebagai doktor, photographer dan superstar, dan kakak-kakaknya yang tidak berapa betul kerana fius otak tercabut sewaktu dilahirkan ke bumi ini.

Bahkan musuh-musuh Iman Afiya yang terdiri majoritinya daripada kaum lelaki turut memainkan peranan umpama mengipas api yang menjulang tinggi. Apakah yang akan terjadi apabila 'musuh-musuh'nya itu mencabarnya melakukan sesuatu yang agak gila? Lebih mencabar daripada impiannya yang mustahil itu. Berjayakah Iman Afiya mencapai impiannya sekaligus melaksanakan cabaran tak semengah musuhnya itu?

Intro - Iman Afiya: A Thousand More

Intro IA: ATM              
                                                  
                                                   Iman Afiya: A Thousand More



Iman Afiya


Nur


Nazrul Hakimi


Syakir


Aaron Yazid



Thursday 25 April 2013

Senyuman Jannah 19

       Ramadhan tiba dan berlalu dengan pantas. Mana tak, jika kerjanya siang malam adalah belajar. Jannah turut kelihatan sibuk dengan assignment dan membuat persiapan bagi menghadapi final exam.

      Hakim Adrian merehatkan kepalanya atas meja sambil memandang ke luar tingkap kelas. Kelas hari ini senyap dan tidak ramai yang datang ke sekolah. Mungkin masih mood raya atau pun sedang mengulangkaji pelajaran di rumah.

      Ini satu masalah yang dia tidak faham, semakin dekat dengan tarikh SPM, semakin ramai pula yang liat ke sekolah. Nanti pada tarikh SPM baru berduyun-duyun datang menyerbu cikgu-cikgu dengan soalan yang berkenaan dengan topik yang tidak difahami.

      “Kau kenapa? Mabuk?” tegur Sufi yang baru masuk ke kelas setelah tamat bertugas. Hubungan mereka bertukar dari musuh yang pantang bersua muka kepada kawan baik yang pantang berjauhan merangkap ipar –duai.

       Hakim mengeluh halus. Ini lah kawan. Asal nampak orang tak bermaya saja dia kata kita mabuk. Dia malas nak bertekak dengan Sufi. Nanti dia juga yang sakit hati. Sufi ni bukannya reti nak mengalah. Adik dengan kakak sama saja perangai. Suka menjawab.

         “ Cikgu tak masuk kelas ke hari ni?” Hakim tertanya. Otaknya sudah tepu sejak pagi tadi buat latihan. Terutama latihan fiziks. Penat dia memerah otak mencari jawapan. Kalau cikgu masuk sekurang-kurangnya tenang sedikit otaknya. Dengar saja apa yang cikgu cakap.

        “Entah. Kau tanya aku kenapa? Aku bukan ketua kelas tapi ketua pengawas,” balas Sufi yang sedang mencongak nombor-nombor bagi soalan matematik tambahan. Hakim menjeling ketua pengawas itu.

         “Aku tahu lah kau ketua pengawas. Tadi kau keluar kelas kau tak pergi check ke bilik guru?” bidas Hakim. Tak mahu mengalah.

         “ Aku bukan cikgu so buat apa nak ke sana.” Jawapan Sufi boleh membuatnya kena tekanan darah tinggi dek kerana Sufi yang terlebih garam ni. Hakim malas nak layan orang yang terlebih ragam seperti Sufi.

         Dia memandang sekeliling kelas yang hanya ada 17 orang di dalamnya. Tak sampai separuh kelas yang datang! Haisy.

         “ Lan!” panggil Hakim mencari Azlan Si pendiam.

         “Lan tak datang sekolah lah hari ni,” kata Dania yang duduk dihujung kelas berdekatan dengan pintu. Hakim terkebil sendirian. ‘Ni apa cerita ni? Ketua kelas sendiri tak datang sekolah? Patutlah anak buahnya mengikut.’

          “Mana Khairin?” tanya Hakim. Suaranya saja yang memecahkan kesunyian kelas itu.

            “ Khairin demam, mama dia datang ambil dia balik waktu rehat tadi,” jawab Rizal pula yang duduk dihadapan meja Hakim.

          “Penolong pun tak ada? Habis tu siapa nak pergi panggil cikgu?” Hakim bertanya soalan bodoh. 16 pasang mata menoleh kepadanya serta-merta. Hakim mendengus.

           “Apasal aku pulak yang kena jadi tukang panggil?” Hakim bersuara tidak puas hati.

           “Sebab kau Hakim Adrian,” jawab Sufi tenang.

           “Apa kaitan?” bingung.

            “Sebab kau Hakim Adrian lah,” Rizal menyampuk. Mangkuk hayun. Orang tanya, semua jawab benda yang sama.

           “ Adrian, awak kan rapat dengan Cikgu Hadi. Awak lah pergi panggil,” celah Xian Xie, gadis taiwan yang fasih berbahasa Melayu. Hakim memandang seisi kelas itu yang seakan setuju dengan kata-akat Xian Xie.

           “yelah, yelah. Aku jugak,” Hakim berdiri dan keluar dari kelas. Mentang-mentanglah dulu dia selalu kena menghadap cikgu Hadi yang merupakan cikgu disiplin sekolah, mereka semua sebulat suara berkata dia rapat dengan cikgu disiplin itu. Tidakkah mereka tahu cikgu disiplin ini lah yang kerap melibas tangannya dengan rotan?

         Hakim berhenti dihadapan pintu bilik guru. Dia menghela nafas dalam. Ni yang dia tidak boleh ni. Setiap kali nampak wajah cikgu Hadi yang rambut skema itu, pasti tangannya elok itu akan terasa kepedihan bekas rotan milik cikgu Hadi.

         “Adrian, kamu nak jumpa siapa?” tegur suara dibelakangnya. Hakim rasa nak pitam disitu. Seorang lagi guru yang dia tidak mampu menghadap ialah Haji Rusman yang merupakan guru besar sekolah. Dulu dia terkenal dengan pelajar yang paling kerap masuk ke bilik guru besar. Itu sebab dia nakal. Sekarang dia sudah kurang nakal, jadi dia tidak mahu bersua muka dengan guru besar atau cikgu disiplin. Malu atas perangainya yang taiko itu.

         “Er.. er.. sekarang waktu cikgu Hadi,” tergagap-gagap Hakim dibuatnya. Padahal wajah Haji Rusman itu tenang dan tidak bengis. Haji Rusman senyum. Senyuman yang ikhlas itu membuat Hakim lega dan kurang nervous.

         “Cikgu Hadi ada meeting kat luar,” beritahu Haji Rusman. Hakim menggaru belakang kepalanya.

         “Oh.” Bazir tenaga saja dia turun ke tingkat satu semata-mata nak cari cikgu Hadi yang tidak ada di sekolah hari ini.

          “Jadi bagaimana dengan persiapan kamu untuk SPM sekarang?” tanya Haji Rusman sambil menggamit Hakim berjalan disebelahnya. Hakim akur saja.

           “Er..alhamdulillah. Dah banyak topik yang saya cover. Cuma tinggal beberapa topik saja. Topik yang cikgu baru habis ajar,” jawab Hakim. Haji Rusman mengangguk sambil senyuman. Baru dia perasan guru besarnya itu suka senyum.

            “ Bagus. Saya dengar prestasi kamu di dalam kelas pun makin meningkat. Tiada lagi masalah disiplin. Tiada lagi Prince Taiko,” Haji Rusman ketawa halus. Hakim tersengih kecil.

            “I’m proud of you Adrian,” ujar Haji Rusman. Hampir membuat Hakim menangis terharu. Haji Rusman orang kedua yang berkata begitu. Orang pertama sudah tentu lah Jannah. Tetapi jauh dalam hati, dia sangat mengharapkan kata-kata itu keluar dari mulut Tuan Furqan, abahnya.

            “Ehem.. jadi apa plan kamu selepas ini? Isteri kamu bakal doktor, kamu pula apa?” soalan Haji Rusman menghentikan langkah Hakim. Haji Rusman turut berhenti dan menoleh kepada Hakim dengan senyuman.

          “Macam mana...” Hakim menelan air liur. Bagaimana guru besarnya tahu status dia yang sudah berkahwin. Dan lebih menggerunkan Haji Rusman tahu tentang Jannah.

           “Adrian, saya kan guru besar sekolah ini. Tiada apa yang berlaku di sekolah ini tanpa pengetahuan saya. Semua yang berlaku di sekolah, saya tahu. Rahsia kamu semua pon saya tahu,” ujar Haji Rusman lalu mengenyitkan mata. Hakim masih tidak tenang.

           “Jannah bekas pelajar sekolah ini, malah pelajar kesayangan sekolah kita. We’re still in contact with her. Sebab itu saya tahu dia bakal doktor. Tentang kamu dan Jannah pula, abah kamu yang beritahu. Abah kamu banyak bertanya saya tentang kamu Adrian. Just so you know, he still cares for you Adrian.”

          “oh,” Hakim menarik nafas lega. Hanya guru besar dan guru-guru saja yang tahu. Dia diam memikirkan kata-kata haji itu. Benarkah abah masih mengambil tahu tentangnya? Selama ini dia jarang bercakap dengan abah. Kalau boleh dia nak elakkan daripada bercakap dengan Tuan Furqan. Entah mungkin hatinya berkecil dengan sikap abah yang selalu bertegas dengannya.

         “Jadi apa plan kamu?” Haji Rusman menceriakan suasana yang muram sebentar tadi. Hakim mengekori langkah gurunya itu.

         “ Erm.. saya tak tahu. Saya masih belum fikir nak ambil apa lepas ni,” jawab Hakim jujur.

         “Eh, orang berjaya mesti ada impian atau cita-cita. If we have a goal, only then we can have achievements. No goal, no victory. Macam bola sepak. Tujuan kamu ialah menjaringkan gol, betul?”

       Hakim mengangguk.

      “Jadi kamu berusaha menggelecek bola merentas padang bola. Tetapi untuk sampai ke tiang gol, ada banyak halangan, betul?”

           Angguk.

           “Jadi kamu pass bola ke kawan kamu. Dia membantu kamu untuk mencapai gol. Kemudian bola dihantar kepada pemain yang free dan dekat dengan gol supaya mudah dia menjaringkan gol, betul?”

          Angguk. Banyak pula betulnya.

          “ Di tiang gol pun ada halangan. Jadi kamu perlukan taktik bagi mengatasinya. Sama ada masuk gol atau tidak itu bergantung pada taktik kamu dan kesungguhan kamu. Sekiranya masuk, dapat point. Sekiranya tidak, boleh cuba lagi. Sama juga jika kamu hendak berjaya dalam dunia ini, banyak halangan yang akan kamu hadapi.

Lagi banyak rintangan, semakin kukuh kamu dengan kejayaan. Kamu perlukan pertolongan dan sokongan orang lain untuk berjaya. Dan kamu perlukan semangat yang kuat serta taktik yang strategik bagi mengatasi halangan kamu. Kejayaan di padang bola memerlukan titik peluh dari semua ahli.

Kejayaan dalam dunia ini, memerlukan usaha kita dan juga pertolongan. Bezanya, di padang bola kejayaan kamu diukur dengan jumlah gol dan permainan berhenti disitu. Tetapi di dunia perjalanan kita tidak pernah berhenti. Kamu peroleh satu kejayaan, rintangan sentiasa ada. Dan kamu perlu mengatasi rintangan itu dan kecapi kejayaan lain.

Berjaya sekali, tidak bermakna berjaya selama-lamanya. Gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya. Kebanyakan pelajar yang fikir, dia sudah hebat di sekolah, di dunia luar dia akan hebat juga. Tetapi jika dia tidak berusaha mengekalkan kehebatannya, dia akan tersungkur di dunia. Ingat tu Adrian,” pesanan merangkap ceramah motivasi panjang lebat Haji Rusman berhenti takat itu saja. Mereka berhenti dihadapan pintu kelas Hakim.

           “ Jadi cari gol kamu dan berusaha ke arahnya dan kuatkan semangat kamu dan diri kamu mengatasi rintangan dalam perjalanan,” Haji Rusman menepuk lembut bahu Hakim dan senyum kepada pelajar di dalam kelas sebelum beredar.



            Pen ditangan digenggam tanda geram. Nafasnya naik turun menahan geram. Dia tidak boleh belajar dalam keadaan begini. Masakan boleh, kalau Hakim Adrian sejak tadi tidak reti duduk diam.

           Sejak dia mula duduk dimeja study dengan azam kuat untuk mengulangkaji bagi persiapan final exam, Hakim sibuk pula main Xbox di Tv dalam bilik itu. Kalau main senyap-senyap tak apa juga. Ini tidak volume di kuat sehingga maximum! Pekak telinganya.

         Lepas main Xbox, tengok perlawanan bola sepak. Barcelona Vs Chelsea. Pintu fridge kerap dibuka untuk mengambil makanan dan minuman. Sambil sorak GOAL!!!! Tak cukup sorak seorang, diajak Jannah bersorak sekali. Stress Jannah dibuatnya.

         “BHAAHAHA!” Hakim ketawa kuat dek geli hati menonton Just For Laughs. Jannah mengetap bibir sambil mencerlung mata memandang Hakim yang ketawa guling-guling di atas karpet.

          “Jannah, tengok ni,” Hakim mengajak lalu menoleh kepada Jannah. Mati ketawa Hakim melihat wajah bengang Jannah.

          “Oh mianhae (sorry),” gumam Hakim bersalah. Jannah memejamkan mata sambil menarik nafas dalam. Menghembus kemarahannya keluar. Ok relaks Jan, he’s just a kid. It’s normal. Sufi pon macam ni. Jannah memujuk hatinya.

           Jannah menatap kembali bukunya. Hakim menukar channel lain. Kalau tukar channel lain dan setia menonton channel itu tak apa lah. Ini tidak Hakim main tukar-tukar channel. Allah!!! Tolonglah hamba-Mu yang tidak bersalah ini. Jannah merengus frust sambil memegang kepalanya.

          ‘Baiklah.. mungkin sekarang bukan masa sesuai untuk belajar,’ putus hati Jannah. Sejak pagi tadi Hakim belajar dan dia pula mengemas rumah. Malam baru dia ada masa untuk belajar dan Hakim pula melepak. Tak boleh jadi macam ni.

         Samsung Galaxy II dicapai lalu meng-Whatsapp Sufi dan Syifa’. Dia tersenyum senang. Buku ditutup dan meja dikemas. Hakim yang berbaring di atas karpet menoleh.

          “Dah habis study?” tanya Hakim. Jannah rasa mahu menjerit saja berkata dia tidak boleh belajar dengan adanya Hakim di dalam bilik. Namun lain pula lidah menjawab.

           “Nak pergi wayang tak?” ajak Jannah dengan senyuman. Hakim bangun dari pembaringan dengan dahi berkerut.

           “Wayang? Sekarang dah pukul 10 malamlah.” Hantu wayang mana menyampuk isterinya malam-malam begini?

           Jannah hanya senyum sambil mengeluarkan tudungnya. Dia mengenakan baju lengan panjang dan jeans putih. Tudung disarung ke kepala. Hakim perhatikan saja gadis itu.

           “Abang cepatlah bersiap,” kata Jannah. Hakim masih kebingungan. Jannah menarik Hakim dari karpet, memaksa lelaki itu berdiri.

           “Palley (cepat). Jannah tunggu kat tingkat atas,” ujar Jannah sebelum keluar dari bilik. Hakim terpinga-pinga. Tunggu kat tingkat atas? Huh? Kata nak pergi wayang tapi tunggu kat tingkat atas?

          Hakim ikut saja rentak Jannah. Dia menyarung T-shirt lengan pendek dan jeans hitam. Dia keluar dari bilik dan menuju ke tingkat atas rumah banglo 3 tingkat itu. Sampai di tingkat atas, Hakim hampir terjatuh tangga melihat ‘watak-watak’ yang sedang menantinya.

          “ Tuan Hakim dan Puan Jannah, sila mengambil tiket anda di sini,” panggil Sufi selaku penjaga booth tiket. Sufi berada di satu meja dan di atas meja itu satu kertas yang dipotong menjadi tiket palsu.

         “Popcorns! Get your popcorns people!” Syifa’ pula berteriak selaku penjual popcorn. Bukan popcorn yang dijual tetapi jagung! Bella turut ada di situ.

         Luke Fahrain berdiri di hadapan pintu bilik media selaku penjaga wayang. Hakim hampir tergelak mengenangkan dirinya dikenakan oleh Jannah. Wayang dalam rumah rupanya. Hakim memandang Jannah yang membelakanginya.

          “ Pergi wayang ye?” perli Hakim. Jannah menoleh sambil ketawa halus. Hakim terpana. Dia teringat mimpinya sebelum berkahwin dengan Jannah. Mimpi tentang seorang gadis berbaju putih menoleh kepadanya dan ketawa halus. Dan ketawa itu mirip dengan ketawa Jannah sekarang.

           “Wayang juga ni. Jom,” Jannah menghulur tangan mengajak Hakim. Hakim merenung tangan Jannah. Rupa-rupanya mimpi itu petunjuk daripada Allah. Memang ditakdirkan mereka berdua berkahwin awal dan Jannah diciptakan untuknya. Hakim tersenyum lalu menggenggam jari jemari Jannah.

            “ Jom kita ambil tiket. Jannah dah booking tadi,” kata Jannah, menarik Hakim ke booth tiket. Sufi menghulurkan tiket palsu itu.

           “Enjoy the movie,” Sufi berkata sambil senyum. Mereka mengambil jagung dan air soda dari Syifa’ dan Bella. Luke Fahrain membuka pintu bilik media untuk mereka berdua.

           “Please take your seats. The movie will start in a moment,” ucap Luke Fahrain dengan senyuman. Jannah membalas senyuman dan menarik Hakim ke sofa dihadapan LG cinema 3D smartTV itu.

          “Bila masa Bella dan Along datang?” bisik Hakim sambil melabuhkan punggung di sofa empuk. Dia menjeling sekilas Luke Fahrain, Bella, Sufi dan Syifa’ yang mengambil tempat di sofa bahagian belakang bilik media itu. Hmmm.. kacau daun je lah dia orang ni. Aku nak dating dengan Jannah pun susah. Hakim merungut dalam hati.

         “Baru je tadi. Jannah yang suruh Sufi ajak mereka,” bisik Jannah balik. Hubungan Hakim dan Luke Fahrain masih dingin. Lebih-lebih lagi apabila Luke Fahrain mengaku mempunyai perasaan terhadap Jannah. Hakim tahu Jannah tidak akan beralih hati tetapi dia tidak suka abangnya itu memandang Jannah. Orang cemburu tahu tak?

         Hakim memeluk bahu Jannah rapat. Seolah-olah ingin berkata kepada Luke Fahrain, ‘Jannah milik Hakim Adrian!’ Jannah membiarkan. Matanya ditala pada skrin TV besar itu. Bilik itu menjadi gelap, Sufi memadamkan lampu.

       Dahi Hakim berkerut apabila movie bermula. “ Rise of the Guardians?” bisik Hakim ke telinga Jannah. Kedengaran Jannah ketawa perlahan.

       “Abangkan masih bawah 18. Cerita kartun saja lah yang sesuai,” Jannah berbisik. Seronok dapat tengok muka Hakim tak puas hati. Memang tidaklah dia nak bagi Hakim, Syifa’, Sufi dan Bella menonton movie lain selain movie untuk budak-budak.

       “Cerita ni bestlah abang. Semua cerita Disney dan Pixar best sangat,” Jannah menambah. Hakim mencebik.

        “Cakap sajalah Jannah nak jadi budak-budak macam abang ni. Kehidupan orang tua kan membosankan,” perli Hakim. Jannah mencebik lalu mencucuk pinggang Hakim.

         “Orang tak tua okay. Jannah masih muda dan comel,” kata Jannah. Tak habis-habis naik lif tekan sendiri.

        “Eh. Abang lagi comel,” Hakim menayang muka comel. Tak nak kalah. Jannah ketawa melihat wajah Hakim.

         “Tak comel langsung. Nampak hidung mancung je lebih,” Jannah menarik hidung Hakim yang mancung itu. Tergelak Hakim.

           “Woi, orang depan. Senyaplah! Movie dah start!” mangkuk punya Sufi. Hakim menoleh ke belakang lalu menayang penumbuk kepada Sufi yang tersengih. Tak guna punya kawan. Bukannya nak bagi green light.

        Hakim mengerling Jannah yang merenung skrin Tv sambil tersenyum. Senyuman Jannah itu menggambarkan seolah-olah tiada masalah atau bala yang mampu meluputkan senyumannya. Sebesar mana ujian yang datang, Jannah tetap akan senyum.

        “Jannah,” bisik Hakim.

        “Hmm..”

        “Do me a favour.”

        “Apa dia?” tanya Jannah lembut.

        “ As long as you’re with me, keep on smiling like that. I like your smile,” bisik Hakim lembut. Uh-oh.. jantungku berentak semakin laju. Jannah menahan debaran di dada. Aiseh.. time begini Hakim nak buat jantungnya begitu. Perlahan-lahan Jannah mendongak memandang Hakim yang merenungnya. Mata mereka bersatu. Hati pon.. bersatulah.

            “ Really?” bisik Jannah. Hakim menguntum senyuman killer. ARGHH!!! I need air. Sesak nafas Jannah dengan senyuman itu.

            “ Do you remember when I said your ears look cute?” Jannah mengangguk. Telinga capangnya yang comel ini. Hehe.

           “I was actually gonna say.. the most thing that I like about you is your smile.” Jannah tak berkelip memandang Hakim. Orang tengah terkejut sebenarnya. Mana tak terkejut, Hakim mengaku begitu. Mabuk aku alamatnya.

          “Jangan buat muka macam tu,” kata Hakim dengan senyumannya. Lalu dia mencium dahi Jannah yang terpinga-pinga. Orang baru nak hadam apa yang sedang berlaku. Kehangatan bibir Hakim membuatnya blushing tiba-tiba. Oh tidak! Apakah semua ini?!

          “Phewitt! Romantiknya orang depan!” Sufi bersorak.

         DUSH! Satu bantal terpelanting tepat ke muka Sufi. Bengang Sufi.

          “Woi main kotor!” Sufi marah Hakim yang ketawa. Padan muka Sufi tu. Sibuk mengacau orang. Sufi membaling bantal itu balik kena belakang kepala Hakim. Dan bermulalah acara bergusti dengan bantal. Movie yang sedang dimainkan dibiarkan saja. Semua sibuk menonton acara WWE unofficial itu. Jannah ketawa geli hati dengan dua orang remaja itu. Hakim ni nama saja suami orang tapi perangai remaja itu tetap ada.

          Mata Jannah bertembung dengan Luke Fahrain yang memberi isyarat untuk pulang ke rumah. Jannah senyum dan mengangguk. Abang iparnya itu senyum kecil lalu keluar dari bilik itu. Pada pandangan Jannah senyuman itu seperti senyuman kecewa. Kenapa? Ahh pedulikanlah. Masalah dia.