Bab 4
Previous...
“That’s the Trio Hotshot,” bisik Acap. Syara
yang masih blur tahap tak ada idea betapa seriusnya perkara tersebut hanya
mampu menjongketkan bahu tanda tak kisah. Gadis itu bertapak ke depan.
“Sorry,” kata Syara selamba dan
berpaling untuk masuk ke dalam.
“Wait.” Syara berhenti namun tidak
menoleh. Apa lagi mamat ni nak? Patutlah Trisya anti sungguh dengan tiga orang
makhluk itu. Annoying tahap baboon....
“Sorry doesn’t cut it,” kata lelaki
itu dengan nada sinis. Syara nak tak nak menoleh ke belakang dan angkat kening.
“Then? Kau nak aku buat apa? Melutut
mintak keampunan? Cium kaki kau? Or do you want me to kiss your head to make
the pain go away? Dream on lover boy,” balas Syara sarkastik.
Para penonton sekeliling mereka
mengeluarkan pelbagai reaksi. Ada yang terkejut tahap jatuh rahang, sekali
dengan gigi kalau boleh. Ada yang gasp kuat gila sampai bergema satu padang.
Ada pula yang senyum bangga pada Syara. Agak-agak mereka daripada geng anti
Trio Hotshot.
Wajah Amir Syahmi bertukar riak kepada
muka seorang pembunuh. Lelaki itu menapak perlahan-lahan ke arah gadis yang
selamba rock itu. Syara langsung tak rasa tergugat dengan pandangan tajam
lelaki itu. Malah mukanya nampak bosan.
Firas Affendy hanya berpeluk tubuh dan
senyum dalam hati. Rasa interested dengan situasi tersebut.
“It seems history is about to repeat
itself,” gumam Raja Bazil disebelah yang senyum sebab enjoy menonton drama high
school.
Firas Affendy hanya mengangguk setuju.
“Do you even know who I am?” tanya Amir
Syahmi dengan nada bongkak. Matanya tak lepas dari wajah gadis itu yang
menayang muka toya. Dia hairan juga kenapa gadis itu berani mati menentangnya
secara terang-terangan.
“Err.. let me guess..” Syara
berpura-pura berfikir, jari telunjuk mengetuk dagunya sambil mata pandang ke
atas.
“Waren Peace?” teka Syara dengan
intonasi perli campur mengusik. Sifat Amir Syahmi seiras dengan watak Waren
Peace dalam cerita Sky High. Panas baran. Bersyukur je lah tak ada api yang
keluar dari tangan Amir Syahmi ketika itu. Kalau tak mahu lelaki itu baling
bola api padanya.
Niall dan Acap ketawa perlahan
disisinya. Firas Affendy dan Raja Bazil menahan senyum. Amir Syahmi... kalau
lah tidak disebabkan human rights, rasanya dah di telan Syara hidup-hidup.
“How dare you-“
“Do you
even know who I am?” Syara tanya
cepat-cepat sebelum lelaki itu mengamuk. The TrioHotshot kelihatan tergamam
dengan soalan yang turun dari langit itu. Selama ini tak pernah-pernah soalan
itu di backfired. Trisya Adam pon tak sedahsyat minah ni.
“No,” jawab Amir Syahmi, frust. Frust
kerana dia tak tahu dengan siapa dia sedang berhadapan.
“Then we’re even. Kau tak tahu aku
siapa, dan aku tak tahu siapa kau. The world doesn’t revolve around you. Not
everything is about you. Wake up,” kata Syara dengan muka kosong dengan nada
mendatar.
Syara baru berpusing dan tak sempat dia
nak kelip mata, dia terasa lengannya disentuh dan sekaligus Acap dan Niall
melangkah ke depan.
CRACK! Bunyi penumbuk bertembung dengan hidung
seseorang. Syara berpaling semula ke arah Amir Syahmi. Terbeliak matanya
melihat Amir Syahmi berada di tanah sambil memegang hidungnya.
“Don’t touch her,” kata Acap dengan
suara keras. Niall menayang muka bengang. Itu pertama kali Syara melihat Niall
marah.
‘What just happened?’ tanya Syara dalam
hati. Dia mengambil 2 saat itu mencerna apa yang berlaku. Dia mengagak Niall
bagi penumbuk sebiji apabila Amir Syahmi cuba menarik lengan Syara. Acap
memberi ugutan. Firas Affendy dan Raja Bazil pasang muka taiko yang bersedia
untuk bergusti.
Hidung Amir Syahmi tak berdarah namun
kelihatan warna biru ungu pada batang hidungnya yang mancung itu.
“You’ll pay for that.. No one punch me in
the face and gets away with it,” ugut lelaki itu dan bersedia untuk menumbuk
Niall. Penumbuk Amir Syahmi berada beberapa sentimeter dari muka Niall, namun
terhenti.
Entah bila masa atau dari mana Trisya
muncul pun mereka tak kisah. Yang penting Trisya telah menjadi penyelamat
mereka.
Trisya memegang kuat lengan lelaki itu
menahan penumbuk itu daripada berlaga dengan muka Niall.
“Jangan nak berlagak hebat!” Trisya
tanpa berlengah menumbuk lelaki itu.
GASP!
Syara, Acap dan Niall melopong. Amir
Syahmi terkebelakang, terkejut gamaknya.
“Why you little piece of..” Amir Syahmi
baru nak tampar Trisya namun Acap lebih pantas menumbuk perut Amir Syahmi.
“Jangan sentuh dia!” Dan berlaku
pergaduhan sesama lelaki itu. Acap dan Niall bersungguh-sungguh bergusti dengan
TrioHotshot. Para penonton mampu memberi sokongan. Syara dan Trisya
terkebil-kebil ditepi dan diam.
____________________________________________________________
Kelas yang dihuni oleh 7 orang pelajar dan
seorang guru itu sepi. Hanya kedengaran pen menulis laju atas kertas. Puan Hash
berdiri seperti diktator, pandangan tajam diberi kepada tujuh orang pelajar
itu.
Trio Hotshot berada di sebelah kiri kelas,
manakala Syara and the geng berada di belah kanan kelas. ‘I will not fight with
other students’ ditulis 300 kali pada 3 helai kertas, depan belakang.
Sebaik saja jam di dinding berbunyi
menanda pukul 10 malam, serentak ketujuh-tujuh pen berhenti menulis dan diletak
atas meja. Siap 300 baris ayat.
“Let this be a lesson to all of you. Dan
saya dah hantar surat kepada ibu bapa kamu tentang perangai kamu di sekolah.
Ini amaran pertama. No fighting is allowed in STA,” tegas suara Puan Hash.
Ketujuh-tujuh kepala mengangguk. Syara agak terkejut Trio Hotshot akur,
nampaknya Puan Hash betul-betul seorang guru yang tegas, garang dan no one
messes with her.
Mereka bersurai. Pintu kelas ditutup
rapat. Ketujuh-tujuh berdiri di luar kelas itu selama satu minit. Trio Hotshot
berdiri dengan tangan kanan dalam poket seluar dengan muka berlebam. Acap dan
Niall kelihatan selekeh dengan bibir berdarah dan kulit tangan tersiat luka.
Trisya tayang muka taiko nak mengadakan WWE. Syara... muka kosong.
Tanpa berkata apa-apa, Syara berjalan
laju ke arah dorm Prada, takut tercetus pergaduhan lagi. Cukup 3 hari asyik
kena denda. Trisya nak tak nak ikut juga langkah Syara dengan hati kecewa
kerana tak dapat bergusti.
Acap dan Niall memandang Syara dan
Trisya yang dah berjalan jauh meninggalkan mereka. Niall melepaskan keluhan
sebelum berjalan ke arah bilik Dr Halim untuk membersihkan luka di muka. Acap
mengalah dan mengikut Niall.