WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Thursday 9 May 2013

A Thousand More...8


     
Aakif Danial mengikuti langkah Hilal Afrie yang menonong ke hadapan. Iman Afiya, Nur dan Nazeera terpaksa lari kecil mengejar langkah panjang Hilal Afrie. Entah apa yang dikejar Alang sampai tidak mahu menunggu yang lain dibelakang itu.

       “ Aku rasa kita buat di sini sajalah. Tempat ni ramai pengunjung,” putus Alang yang berhenti secara mengejut. Angah cepat-cepat menekan brake namun 3 gadis remaja dibelakangnya tidak sempat. Iman Afiya terlanggar belakang Angah. Nur dan Nazeera berlanggaran dengan Iman Afiya.

         “Susah sangat ke hendak kasi isyarat berhenti sebelum berhenti mengejut?” marah Iman Afiya. Alang tidak pedulikan bebelan adiknya itu.

         “Kau nak buat di sini?” tanya Angah memandang sekitar stesen LRT itu. Ramai manusia yang menggunakan pengangkutan awam pada padi yang Ahad yang indah itu. Mereka berlima turun ke pusat bandar pun kerana mempunyai hasrat iaitu mencari duit untuk dijadikan sebagai modal drama.

         “Pak sekuriti itu tak akan halau kita ke?” soal Nazeera, resah sekiranya dihalau dari tempat awam. Jatuh sahamnya nanti. Lebih-lebih lagi dengan pemakaian Alang yang selekeh, menguatkan lagi firasatnya bahawa mereka akan dihalau. Hilal Afrie memakai begitu bagi menyembunyikan identitinya.

          Pertama kali Iman Afiya memperkenalkan Nazeera kepada abang-abangnya, Nazeera hampir pengsan dengan kekacakan dua lelaki itu.Dan Nazeera betul-betul pengsan apabila menyedari Alang seorang superstar. Itu belum lagi jika dia tahu Salman Al-Farisi ‘kembar’ Iman Afiya. Rasanya mahu koma sebulan Nazeera.

        “Tak akan punya sebab aku dah dapatkan permit,” Alang melayangkan sehelai kertas putih ditangannya. Kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menggunakan stesen LRT sepanjang hari ini. Yang lain serentak berkata “ ohhh”

        “Angah kau set up kan ‘stage’. Afiya main gitar, kau Angah, lead singer. Kita berdua gilir-gilir buat solo,” Alang mula mengarah. Angah ikut saja.

          “Antara kamu berdua, siapa reti main keyboard?” soal Alang kepada Nur dan Nazeera.

          “Aku reti main piano tapi bukan keyboard,” kata Nur. Alang menggamit Nur untuk mendekatinya. Nur berdiri di tepi keyboard tersebut.

          “Konsepnya lebih kurang sama saja...” Alang mula menerang kepad Nur sementara Nazeera dan Iman Afiya menyiapkan poster besar yang tertulis

           ‘MARI BELAJAR SIRAH SAMBIL BERNASYID BERSAMA-SAMA HILAL AFRIE DAN KAWAN-KAWAN. Sumbangan ikhlas dari anda diperlukan untuk sekolah kami J

           “Weyh Iman Afiya, kenapa kau tulis sumbangan ikhlas tu? Tak ke nanti nampak macam kita ni terdesak sangat?” soal Nazeera, tak puas hati. Iman Afiya menutup marker pen yang digunakan sambil menatap hasil kerjanya.

            “Memang kita terdesak pon. Kita perlukan kumpul duit sebanyak mungkin pada hari ni. Esok kita mulakan audition mengambil penulis skrip yang bagus. Kemudian baru kita ambil pelakon-pelakon,” terang Iman Afiya. Nazeera mengangguk faham.

          “Mari kita dirikan poster ni,” Nazeera membantu Iman Afiya mendirikan poster di sebelah keyboard Nur. Ramai orang yang mula tertarik. Lebih-lebih lagi apabila Alang menonjolkan identiti. Bukan takat seorang dua yang datang. Berpuluh-puluh orang di situ. Terutamanya kanak-kanak.

           “Alang dah ramai orang dah. Boleh kita mula sekarang?” Angah berkata kepada Alang yang mencari bangku untuk duduk.

           “Kau berdiri sajalah,” ujar Angah.

           “Tak boleh, susah kalau aku nak menyanyi sambil berdiri persembahan secara langsung ini. Semput nafas aku karang,” Alang tidak mahu mengalah. Allah... bangku pun hendak dicari waktu begini. Nur menyedari dia sedang duduk atas bangku lantas memberi bangku tersebut kepada Alang. Lelaki itu memandang Nur pelik.

           “Tak apa aku boleh main sambil berdiri,” ujar Nur, memahami pandangan lelaki itu. Alang menyambut bangku tersebut lalu duduk.

            “Baiklah, kita mula sekarang,” Alang berkata lalu menguntumkan senyuman kepada peminat-pemintanya dan orang ramai.

           “Assalamualaikum dan selamat pagi tuan-tuan, puan-puan, dan adik-adik sekalian. Kami sangat menghargai kehadiran anda yang sudi memberi peluang kepada kami. Sekolah kami sangat memerlukan duit untuk masa ini dan kami mengharapkan sumbangan ikhlas daripada anda semua,” Nazeera memulakan majlis dengan memberi sedikit ucapan.

            “ Hari ni, kita bersama-sama dengan Hilal Afrie dan Aakif Danial sebagai penyanyi yang akan bernasyid untuk anda. Adik-adik boleh bernasyid sama-sama dengan mereka. Nur pula sebagai pemain keyboard. Saya Iman Afiya.”

            “Dan saya Nazeera. Kami mempersembahkan nasyid Rindu daripada Nur One feat Hafiz Hamidun.”

           Iman Afiya mula memetik gitar dan Nur mula menyentuh lembut kunci-kunci keyboard. Angah memulakan nasyid. Orang ramai terdiam mendengar suara Angah digabungkan dengan suara Alang. Memang merdu habis. Tengok genetiklah. Dah nama pun adik-beradik, sudah tentu bakat menyanyi itu turun daripada papa mereka.

         Iman Afiya tidak dapat kawal senyumannya meleret dibibir. Dia sangat gembira ramai yang sudi mendengar. Walaupun mungkin niat asal mereka hendak melihat superstar tapi diterima saja lah.

         “ That was a fantastic performance, give them another round of applause please ladies and gentlemen.... adik yang comel ni.... apa nama kamu?” Nazeera bercangkung disebelah seorang budak perempuan bertudung itu.

           “ Rabiatul Adawiyah,” jawab budak perempuan itu, malu-malu.

           “Sedap nama itu. Nama seorang srikandi Islam. Adik Rabiatul Adawiyah tahu tak kisah seorang srikandi Islam yang bernama Rabiatul Adawiyah ini?” tanya Nazeera. Rabiatul Adawiyah menggeleng.

            “Nak dengar tak kisahnya?” soal Nazeera. Budak kecil itu mengangguk 
tersenyum. Nazeera mengerling pada Iman Afiya memberi isyarat. Iman Afiya menyerah gitar kepada Alang lalu menyambut microphone daripada Nazeera.

            “Adik-adik yang lain mahu tak dengar kisah seorang srikandi Islam yang hebat ini?” tanya Iman Afiya.

             “Nak!” jawab mereka serentak dan bersemangat.

            “Rabiatul Adawiyah seorang wali Allah, seorang hamba Allah yang sangat mencintai Allah. Cintanya kepada Allah lebih hebat daripada cintanya kepada ibu bapanya, kepada kawan-kawannya. Cinta Allah, cinta yang pertama kita patut letak dihati kita. Sebab apa kita cintakan Allah? Siapa tahu?” soal Iman Afiya.

            “Sebab Allah tuhan kita,” jawab seorang budak lelaki yang bersongkok.

            “Betul. Allah tuhan kita. Allah mencipta kita untuk jadi khalifah Allah di bumi ini. Allah yang beri kita ibu bapa kita, Allah yang beri kita rezeki, Allah beri kita macam-macam. Jadi kita perlu cinta dan sayang Allah dan Rasulullah. Sebab apa kita kena cintakan Rasulullah?” tanya Iman Afiya lagi.

           “Sebab Rasulullah kekasih Allah,” jawab seorang lagi budak lelaki.

            “Yes. Rasulullah kekasih Allah. Kita kena sayang Rasulullah yang telah banyak berkorban demi Islam, demi kita, umatnya. Adik-adik nak tahu tak, Rabiatul Adawiyah rajin solat, berzikir, dan membaca Al-Quran. Kerana dengan cara beribadat itu Rabiatul Adawiyah rasa dekat dan beliau boleh mengadu kepada Allah. Setiap malam Rabiatul Adawiyah bersujud dan berdoa kepada Allah. Orang yang beriman kepada Allah, Allah akan jaga dan lindunginya dari kejahatan.

      Pada suatu malam, seorang pencuri masuk ke rumah Rabiatul Adawiyah. Rumah Rabiatul Adawiyah kecil saja, tiada barang yang berharga kecuali jubahnya, sejadah, gayung untuk mengambil air wudhu’. Pencuri itu mahu menikam Rabiatul Adawiyah namun Allah melindungi Rabiatul Adawiyah. Pencuri itu jadi keras dan tidak mampu menikamnya. Lalu Rabiatul Adawiyah berkata ‘Wahai pencuri, kau masuk ke rumahku untuk mencuri ,jadi kenapa mahu membunuhku? Sebelum kamu meninggalkan rumahku, kamu ambil gayung itu dan berwudhu’ dan bersolat. Minta pada Allah apa yang kamu nak.’
Pencuri itu pun ikut cakap Rabiatul Adawiyah. Pencuri itu berdoa ‘Ya Allah, kau berikanlah rezeki kepada aku supaya aku tidak mencuri lagi.’ Dan kebetulan raja negeri itu telah menghantar harta yang banyak untuk RabiatulAdawiyah. Namun Rabiatul Adawiyah berkata, ‘Bukan aku yang minta harta itu. Pencuri ini yang telah meminta dan Allah telah menghantar harta ini untuknya.’ Pencuri itu pun pulang ke rumah dengan harta yang banyak itu.

Suatu hari, ada seorang pemuda bertanya kepada pencuri itu, ‘Dari mana kamu dapat harta sebanyak ini?’ Pencuri menjawab, ‘ Rabiatul Adawiyah yang beri kepada aku.’ Pemuda itu bertanya lagi, ‘Kamu tidak tahukah Rabiatul Adawiyah itu seorang wali Allah?’ Pencuri itu terkejut lalu dia pergi ke rumah Rabiatul Adawiyah untuk mengucap terima kasih. Tetapi sewaktu dia sampai, Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Ramai orang yang berkumpul diluar rumahnya. Dan Rabiatul Adawiyah meninggal dunia dengan senyuman dan wajah bercahaya. Nak tahu sebab apa?”

          Kanak-kanak menggeleng. Iman Afiya tersenyum.

         “ Apabila kita meninggal dunia, kita pergi menghadap Allah. Dan Rabiatul Adawiyah sangat mencintai Allah. Dan apabila beliau meninggal dunia, itu bermakna beliau akan berjumpa dengan Allah. Kekasihnya yang sangat dirindui. Sebab itu kita kena cintakan Allah dengan sepenuh hati. Kalau kita nak cintakan Allah, kita kena buat apa yang Allah suruh. Dan tinggalkan apa yang Allah larang. Allah suruh kita solat, kita solat. Allah suruh kita hormat ibu bapa kita, kita hormat. Faham?”

            “Faham!”

           “Wah seronok tak  dengar cerita dari Kak Iman Afiya tadi?” Tanya Nazeera.

            “Seronok!”         

            “Seterusnya... Abang Hilal Afrie dan Abang Aakif hendak menyanyikan lagu Rabiatul Adawiyah khas untuk adik kita yang bernama Rabiatul Adawiyah. Dipersilakan.”


           Sepanjang hari itu, ramai yang pergi dan ramai pula yang datang menyaksikan persembahan mereka. Pelbagai nasyid dan cerita yang diceritakan. Nur dan Iman Afiya bergilir-gilir untuk bercerita. Cerita mengenai 4 khalifah yang terunggul, kisah Sumaiyyah, kisah Uwais Al-Qarni yang sayangkan ibunya sehingga para malaikat yang datang untuk mengebumikan jasad Uwais Al-Qarni. Dan hasil daripada peluh mereka sangat lumayan.



            
  Aaron Yazid duduk di bangku di stesen LRT itu sementara menunggu tren seterusnya. Earphone ditelinga sentiasa menemaninya ke mana-mana dia pergi. Sesekali dia menguap. Kepala dipaling ke kanan. Keningnya bercantum. Kelibat khalayak ramai yang berkumpul di satu sudut menarik perhatiannya. Dia bangun dari bangku lalu bergerak ke acara yang sedang diadakan.

            Semua kanak-kanak duduk diatas tikar yang dihamparkan. Ibu bapa pula berdiri khusyuk mendengar cerita yang diceritakan oleh seorang gadis. Aaron Yazid menyelit-nyelit untuk duduk bersama-sama kanak-kanak itu. Earphone ditanggalkan dan disangkut pada lehernya.

          Gadis bertudung pashmina lilit labuh, berbaju lengan panjang dan berskirt labuh warna coklat gelap itu dipandang. Seronok pula dia mendengar cerita gadis itu. Kisah Sultan Muhammad Al-Fateh, seorang pemimpin yang baik dan hebat.

         “Adik-adik semua belajar rajin-rajin. Jadi orang yang berilmu tinggi, di samping itu jangan lupa ilmu fardhu ain sehingga tua. Bukan setakat darjah 6 saja kita belajar ilmu agama tetapi sampai kita mati. Ilmu agama, ilmu akhirat ini lah yang akan membantu kita nanti. Tanpa ilmu fardhu ain, tidak selamat kita dunia akhirat. Kita juga boleh jadi seperti Sultan Muhammad Al-Fatih, penakluk Konstantinopel dan pemimpin yang baik. Kehebatan Muhammad Al-Fatih ini diketahui oleh Rasulullah sejak 800 tahun lagi.
 Rasulullah bersabda ketika menggali parit dalam Perang Khandaq, ‘Suatu hari..Konstantinopel (Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera’.’
 Hadis Rasulullah ini direalisasikan 800 tahun kemudian oleh Sultan Muhammad Al-Fatih khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyah dengan 150,000 tentera. Muhammad Al-Fatih ini adalah sebaik-baik raja, negarawan terulung dan panglima tentera yang agung.

Beliau berakhlak baik, rendah diri, tidak pernah menyombong walaupun sekaya mana. Pada umur 19 tahun beliau sudah menjadi raja, mentadbir kerajaan sendiri. Fatih itu bermaksud ‘pembuka’ atau ‘penakluk’. Sejak beliau baligh beliau tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud .Sebab itu lah beliau menjadi sebaik-baik raja. Ibadat yang dijaga sejak baligh. Ilmu beliau tinggi, beliau seorang yang alim. jAdi kita semua kena contohi Sultan Muhammad Al-Fatih sebaik-baik raja yang memimpin sebaik-baik tentera.”

       Para penonton menepuk tangan setelah berakhirnya cerita. Aaron Yazid juga menepuk tangan. Kagum dengan pengetahuan gadis itu mengenai sejarah Islam.

      “Baiklah nampaknya setakat ini sahaja acara kita pada hari ini. Sejak 7 pagi tadi sehingga 11 pagi, sekarang, kita berada di sini. Harap-harap majlis kita ini tidak sia-sia kerana telah diisi dengan kisah-kisah tokoh-tokoh Islam dan juga nasyid bersama Abang Hilal dan Abang Aakif kita ini. Semoga apa yang kita pelajari hari ini dimanfaatkan dalam kehidupan kita. Insha-Allah,” seorang gadis bertudung selaku pengacara pula bercakap.

           Di kiri kanan Aaron Yazid kedengaran kanak-kanak itu berdengus sedih kerana acara sudah tamat. Dia turut mempamerkan muka sedih. Saja nak ikut trend budak kecil.

           “Tetapi sebelum kita bersurai, abang-abang kacak ini ingin menghadiahkan sebuah lagu untuk anda semua,” sambung pengacara. Aaron memandang gadis yang berwajah kacukan Jepun itu memetik  gitar.

          “Ini lagu Teman Sejati daripada kumpulan Brothers. Adik-adik yang tahu lagu ini, dialu-alukan untuk menyanyi bersama-sama kami,” ujar lelaki yang duduk dibangku, Hilal Afrie.

‘Selama ini,
 ku mencari-cari,
teman yang sejati,
buat menemani,
perjuangan suci.

Bersyukur kini,
Pada-MU Ilahi,
Teman yang dicari,
Selama ini,
Telah kutemui.

Dengannya disisi,
Perjuangan ini,
Senang diharungi,
Bertambah murni,
Kasih Ilahi.

Kepada-Mu Allah,
Kupanjatkan doa,
Agar berkekalan,
Kasih syaang kita.

Kepadamu teman,
Kupohon sokongan,
Pengorbanan dan pengertian.
Telah kuungkapkan segala-galanya.


       “Sekian terima kasih. Sumbangan anda dan sokongan anda sangat dihargai. Hanya Allah yang boleh membalas kebaikan kamu. Dengan ini berakhirnya acara kami. Saya Iman Afiya,” ujar Iman Afiya dengan senyuman manis.

       “Saya Nazeera. Ini Nur. Ini Aakif. Dan sudah tentu anda semua kenal abang ni, Hilal Afrie. Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi hadir dan dengar,” Nazeera berkata. Mereka semua memberi tepukan gemuruh sebelum bersurai. Aaron ternampak duit yang diterima sangat lumayan. Penuh lima balang tin biskut yang besar itu.

      Aaron perhatikan kumpulan itu tersenyum gembira bersyukur dengan hasil peluh mereka.  Kegembiraan mereka menyentuh hatinya. Iman Afiya tersenyum sampai ke langit.

       Samsung Note II di tangan bergetar menandakan mesej masuk. Mesej daripada mummy.

       ‘Kamu dimana? Cepatlah sikit. Yang lain semua dah sampai.’

        Phone disimpan dalam poket sweater. Dia merenung sekali lagi kumpulan itu lalu mengehembuskan nafas perlahan. Senyuman meleret sekali lagi sebelum berjalan menaiki tren yang sudah sampai.

No comments:

Post a Comment