WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Saturday 30 March 2013

Senyuman Jannah 9


      Beg baju diseret turun ke ruang tamu bawah dengan hati mendongkol geram. Dia tahu kenapa mama dan abah beriya-iya suruh dia tinggal di rumah Jannah. Kat sana nanti dia tak boleh buat perangai dan tak boleh conquer bilik sebab tu bilik Jannah. Sampai di ruang tamu beg baju itu dicampak ketepi sofa. Mujur mama dan abah kat meja makan. Cuma ada Luke Fahrain disitu. Jannah entah ke mana minah tu pergi, dia malas nak ambil tahu.

        Luke Fahrain yang sedang main temple run di Ipodnya mendongak. Hakim duduk di sofa dengan muka sedingin ais kutub utara. PSP dikeluarkan dari poket sweaternya dan dia mencari game kegemarannya.

      “ Hakim..” panggil Luke. Hakim tidak menyahut. Orang tengah tension mana ada mood nak beramah mesra dengan abangnya. Luke Fahrain dah lali dengan perangai panas baran adiknya itu. Dia baru nak sambung ayatnya tiba-tiba Jannah muncul.

       “ Luke.. err.. your mom panggil,” beritahu Jannah sedikit gugup. Mana taknya, Hakim merenungnya tajam macam pedang dari tadi. Luke Fahrain merenung wajah Jannah lalu tersenyum.

         “I’ll be right there,” sahut Luke. Jannah mengangguk kemudian pantas berlalu pergi. Luke Fahrain menghela nafas dan bingkas bangun. Hakim yang leka main dikerling.


          “Anyway.. congrats. I’m happy for you,” ujar Luke sebelum berlalu.

          “You don’t have to pretend,” sinis Hakim membalas. Luke terhenti dan menoleh kepada Hakim yang menayang muka selamba.

           “Excuse me?”

             “Along tak payah pura-pura merestui perkahwinan Hakim dengan Jannah. I know you like her, don’t you?” perli Hakim tanpa mendongak. Di tahu Luke Fahrain menaruh perasaan terhadap Jannah. Bukannya dia tak nampak tadi cara abangnya pandang Jannah. Hakim jadi sakit hati pula.

              Luke Fahrain mengetap bibir. Dia rasa geram dan tercabar dengan adiknya. Egonya tercabar apabila terpaksa melihat gadis idaman hatinya jatuh ke tangan adiknya sendiri. Lebih-lebih lagi Hakim dah tahu. Dia terasa seolah-olah Hakim sedang mengejeknya.

             “Yeah I like her. Just because now she’s married to you, don’t think that’s gonna stop me. So jaga dia baik-baik. Jangan menyesal bila aku rampas dia daripada kau nanti,” ugut Luke Fahrain dengan suara perlahan. Hakim hanya tersenyum sinis. Dia langsung tak heran dengan ugutan abangnya yang tidak menggerunkannya.

            
         Saudara-mara ramai yang datang ke rumah walid. Tak menang tangan Puan Diana dan Tuan Raihan hendak melayan mereka semua. Sampai pukul 12 malam baru mereka pulang. Jannah menghantar keluarga Mak Teh, Hayley dan keluarga Pak Lang hingga ke pintu pagar rumah.

        “Terima kasih tolong memeriahkan keadaan and thank you for helping me with the dishes Hayley,” ucap Jannah. Sejak petang tadi sampai malam hanya Jannah dan Hayley yang basuh pinggan mangkuk di dapur. Saudara yang lain reti duduk lepak, gelak ketawa je. Masakan pengantin di suruh cuci pinggan? Kata raja sehari tapi aku rasa macam orang gaji seharian.

            “It was my pleasure Jan. It’s ok,” balas Hayley, muka dah separuh zombie kerana penat. Jannah menyalam tangan Mak Teh, Pak Lang, Mak Lang dan Kak Zura. Dengan suami Kak Zura Jannah hanya senyum.

            “Hani.. meh sini salam Kak Jannah,” Jannah menggamit kepada anak perempuan Kak Zura yang baru berumur 4 tahun. Hani tersenyum malu dan menyambut huluran tangan Jannah. Jannah mendukung Hani dan  mencium dahi Hani.

            “Comelnyer Hani. Geram akak tengok!” Jannah rasa nak cubit-cubit pipi Hani walaupun tak tembam. Pada pendapat diri sendiri, Hani cantik+ comel sangat-sangat untuk budak berumur 4 tahun.

            Hani gelak kecil apabila Jannah mencubit lembut pipinya. Tangan kecilnya mencuit hidung Jannah. Tak nak kalah dalam acara cuit-mencuit. Budak kecil itu dihulur semula kepada Kak Zura.

          “Bye-bye Hani. I love you,” ucap Jannah apabila Kak Zura dan Abang Ayim masuk ke dalam kereta. Hani mengikut Mak Lang dan Pak Lang. Hayley dan Mak Teh tumpang kereta Pak Lang. Hani melambai tangannya.

          “I love you too,” balas Hani pelat. Comelnya! Geram! Jannah senyum menghantar pemergian kereta Honda Civic dan Alphard sehingga hilang dari pemandangan.

           “Dah, dah. Tak Payah senyum-senyum macam tu pagi-pagi buat ni. Tu suamimu menunggumu,” sakat Tuan Raihan. Jannah mematikan senyuman. Dia rasa kelat nak menelan air liur. ‘Suami?’ Dia lupa sungguh pada Hakim.

          “Hehe.. Walid ni, ada-ada je nak usik orang. Umi dan walid pon masuklah dalam. Sejuk kat luar ni,” Jannah mengajak mereka masuk.

         “Jannah pergilah naik tengok Hakim tu. Tadi umi tengok dia dah ngantuk sangat tu,” usul Puan Diana. Jannah mengangguk. Dia menyalam tangan umi dan walid sebelum naik atas. Sejak siang tadi dia langsung tak bertembung dengan Hakim. Dia sibuk didapur. Hakim berada di depan dengan walid.

         ‘Eh teruknya aku ni. Langsung tak ingat kat suami. Entah makan ke tidak dia?’ Jannah terfikir. Dipandang saja anak tangga. Dalam rasa bersalah itu terselit juga rasa segan nak naik ke bilik.

          “Termenung apa lagi kat situ?” tegur Puan Diana yang pelik melihat Jannah yang statik di tangga. Jannah tersentak dan tersenyum kelat.

          “Nak naik lah ni. Tengah kira ada berapa anak tangga,” jawab Jannah. Tak menipu tau. Dia memang kira berapa anak tangga. Dia kena daki 18 anak tangga ke tingkat atas. Puan Diana hanya menggelengkan kepala. Kira anak tangga? Lame excuse.

          Setiap langkah menuju ke bilik tidurnya, dadanya berdegup hebat. Tangannya memegang tombol pintu. Nafas di tarik dan dihembus. Bismillah dibaca lalu ditolak daun pintu itu.

          Bilik tidurnya kosong. No Hakim? Oh dalam bilik air rupanya. Jannah menarik nafas lega. Peluang itu diambil untuk meyalin baju. Tadi selepas solat Isya’ die sempat mandi. Baju lengan panjang disarung dan seluar track putih. Dia memandang tudung syrianya. Nak pakai atau tak?

- Rasa awkward buka tudung depan dia.

+ Dia suami kau lah, apa masalahnya?

- Suami terpaksa. Dia bukannya rela kahwin dengan aku.

+ Tak kisahlah rela ke tak rela. Suka ke tak suka. He’s still your husband.

- Malulah...

+ Kau nak malu apa? Bukannya kau telanjang pon!

          Hatinya saling berperang. Pasal ni pon tak boleh decide. Haisy! Jannah meraup wajahnya sambil mengeluh. Bunyi paip air di dalam bilik air ditutup membuat Jannah gelabah. Pantas tudung syria dicapai dan disarung ke kepala, spontan.

    ‘I guess I’ll just wear it for tonight,’ desis hatinya.

Jannah terpandang beg baju Hakim ditepi dinding. Dia mengambil beg baju Hakim dan dibawa ke wardrobe baru yang dibeli oleh walid beberapa hari yang lepas. Semua baju Hakim disusun di dalamnya. Tatkala itu pintu bilik air kedengaran dibuka.

           “What are you doing with my stuff?” tanya Hakim, kedengaran dekat. Jannah rasa nak sembur saja Hakim. Soalan apa tu? dah rabun ke sampai tak nampak apa orang tengah buat? Nak saja dia tanya tu.

             “ What does it look like I’m doing?” balas Jannah selamba, masih menyusun baju Hakim. Hakim dibelakangnya bercekak pinggang. Lelaki itu menghela nafas dalam.

              “Kau tak payah nak berlakon jadi isteri mithali boleh tak? There’s no need to put my clothes in your wardrobe. Aku tak stay lama kat sini. Next week bila kau balik U, aku balik rumah aku. So tak payah bazir tenaga kau,” sinis sungguh ucapan tu. Berdesing telinga Jannah. Jannah bangun. Di tangannya ada sepasang baju dan seluar track Hakim. Jannah berpusing menghadap Hakim yang hanya bertuala.

         ‘Hisy! Agak-agaklah kalau nak tayang body tu. At least pakai lah baju dulu sebelum main game don’t-blink dengan aku,’ rungut hati Jannah. Baju dan seluar track Hakim dihulur ke dada Hakim.

           “Nah pakai baju. For your information, this is your wardrobe. Second, I don’t care wheteher you’re staying here or not. But keep in mind, saya tak suka bilik saya bersepah. P.S... I don’t think I’m wasting my energy for doing this. P.S.S... saya tak berlakon jadi isteri mithali. I’m doing my responsiblity,” balas Jannah selamba dan cool. Amik kau!

          Hakim terkelu lidahnya. Wardrobe aku? What?! Bila masa aku beli wardrobe dan letak kat dalam bilik dia? Second.. responsibility?!! Hakim mengetap bibir. Lantas dia menyambar lengan Jannah yang ingin melangkah pergi. Jannah menoleh dengan dahi berkerut.

         “Look... agaknya kau dah lupa kot apa yang aku cakap pagi tadi. I’m just a kid, as you said. And this marriage.. is just an agreement between our family. Aku agree sebab nenek. Dan kau agree maybe sebab parents kau. Pada hakikatnya kita berdua tak pernah really agree pon kan? So please.. there’s no such thing as responsibilty in this.. thing. Let’s keep it simple. Kau dengan hidup kau. Dan aku dengan hidup aku. Faham?” kening Hakim diangkat sambil merenung tajam wajah Jannah yang tenang.

          Jannah membalas renungan Hakim lalu tersenyum kecil. Mukanya yang tenang seolah-olah kata-kata Hakim tadi tiada kesan apa-apa kat hatinya.

            “ Faham. I’ll go on with my life. And you with yours. Oleh itu saya boleh buat sesuka hati saya. Dan ikut sesuka hati saya ni: saya nak jalankan tanggungjawab saya sebagai isteri. Makan, pakai awak saya tetap jaga. Maybe to you.. this marriage is nothing. But to me... syurga saya... dibawah tapak kaki awak. Ini amanah yang Allah berikan kepada saya. Saya tetap akan buat.. kerana Allah,” bidas Jannah. Terkedu Hakim mendengar hujah-hujah bernas itu. Hakim dilihat hendak berkata sesuatu.

       Tuk! TUK!

    Ketukan dipintu membuat Hakim dan Jannah kembali alam realiti dan bukan alam perang dunia Hakim Jannah. Jannah mengerling lengannya yang masih berada dalam cengkaman Hakim. Hakim yang memahami isyarat mata Jannah pantas melepaskan lengan gadis itu.

         Jannah membuka pintu bilik. Sufi tercongok di muka pintu dengan selimut dan toto dalam pelukan. Selimut dan toto bertukar tangan.

         “Ni selimut and toto yang kaka mintak,” kata Sufi.

          “Thanks Sufi. Don’t tell umi dan walid. Selamat malam,” ucap Jannah. Sufi mengangguk faham. Kalau Puan Diana dan Tuan Raihan tahu anak daranya tidur atas lantai, memang Jannah disuruh tidur kat luar je lah alamatnya. Nak sangat tidur atas kantai sejuk, tidur saja kat luar tu, umi pernah cakap. Hbait Jannah sejak masuk universiti adalah tidur atas lantai. Senang nak bangun tengah-tengah malam. Jannah menutup pintu bilik rapat.

       Tanpa menghiraukan kehadiran  Hakim, toto dibentang atas karpet bilik Jannah, berdekatan dengan study table Jannah. Bantal dari wardrobe Jannah bersebelahan dengan wardrobe Hakim dibawa keluar. Hakim yang sedang menyarung bajunya memerhatikan Jannah saja.

           “ Awak tidur atas katil ni,” kata Jannah, merujuk kepada singlebednya. Mana muat nak tidur dua orang, lainlah kalau Encik Hakim Adrian rela bersempit dan tengah-tengah malam jatuh katil dek kerana Jannah sepak jatuh.

            Jannah memasang air cond dengan suhu sederhana. Kang esok pagi aku jadi ais batu pula, rungut hati Jannah. Dia mengerling Hakim yang duduk dibirai katil sambil memandang lantai.

           “ Awak tak tahan sejuk ke?” tanya Jannah tiba-tiba. Dia teringat waktu kecik-kecik dulu, Hakim tidur tanpa pasang air cond. Kalau nak air cond kena pakai selimut dua lapis.

            Lelaki itu merenung tajam wajah Jannah yang cool dan tenang. Dia terasa dilayan seperti budak kecil pula. Tak tahan sejuk? Come on la, budak kecik je yang tak tahan sejuk.

            “ Kau fikir aku budak kecik ke apa, tak tahan sejuk? I’m not cold,” jawab Hakim, dengan angkuh dia menarik selimut katil ke lantai. Jannah hanya mengangkat bahu dan berkata,

            “ Suka hati awak lah nak pakai selimut ke tak.” Dan Jannah keluar dari bilik.

           Hakim memandang pintu bilik yang ditutup rapat. Dia rasa bersalah kerana buat Jannah terasa hati dengan sikap egonya tadi. Dia membaringkan tubuh ke katil. Mata memandang siling.

+ Kau ni tak reti ke appreciate jasa baik orang? Dah dia dengan baik hati sanggup mengalah katil dengan kau, kau sakitkan hati dia.

- dia yang nak, bukan aku suruh pon.

+ It means she cares about you. Orang risaukan kesihatan kau, kau berlagak tough. Badan kau mana tahan sejuk.

- dah tu takkan aku nak pick up selimut ni selepas aku cakap aku tak perlukan selimut?

+ apa susahnya? Ambil je lah selimut tu balik. Guna tangan.

- Tak nak!

+ Ego!

        Malas nak layan bisikan hatinya, Hakim memejamkan mata dan lengan diletak atas dahi. Dia menunggu bunyi pintu dibuka, tetapi tak dengar-dengar pula.


         Sengaja Jannah berlegar-legar didapur selama setengah jam. Dia tak makan hati pon dengan perangai Hakim tadi. Dia penat nak bergaduh dengan Hakim sebab tu dia tunggu sehingga Hakim dah tidur baru dia masuk dalam bilik.

       Lampu bilik masih menerangi bilik. Hakim dilihatnya sudah terlena dikatil tanpa berselimut. Jannah melepaskan keluhan halus. Kalau dah ego tu memang ego lah. Katil dihampiri. Wajah Hakim yang dilindungi lengannya dipandang. Dia tahu Hakim sedang menahan sejuk. Dah goosebumps mula muncul kat lengan, bukankah itu petanda lelaki itu sejuk?

          Jannah mengambil selimut dilantai. Dengan teragak-agak dimenarik selimut hingga ke dada lelaki itu. Dia mengerling kaki Hakim yang terdedah. Selimut itu tak cukup panjang untuk Hakim. Isy apesal lah kaki dia panjang sangat? Jannah menggaru kepalanya yang masih bertudung.

         Matanya dah terasa berat sangat-sangat. Setan bergayut kat kelopak mata. Just kidding, hehe. Dia ambil saja kain batiknya dan balut kaki Hakim. Hmm.. okey lah tu. 
         "Selamat malam awak," bisik Jannah.

       Lampu bilik ditutup. Jannah merangkak ke tempat tidurnya. Mulutnya terkumat-kamit membaca doa lalu dia merebahkan kepala ke bantal yang empuk. Oh, nikmatnya jumpa bantal. Dalam 3 saat Jannah dah masuk ke alam mimpi.
           
        
        

No comments:

Post a Comment