WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Friday 5 April 2013

Senyuman Jannah 12


          Sedar tak sedar dah seminggu Nurul Jannah bergelar isteri kepada lelaki bernama Hakim Adrian. Selama seminggu hubungan mereka tetap dingin. Jannah masih berusaha untuk mengubah lelaki itu dan dia masih mengikuti rancangan Yana. Dah banyak benda Jannah sorokkan sampai naik buntu dia nak cari benda untuk disorokkan. Dengan cara itu saja Hakim Adrian akan bercakap dengannya walaupun setiap perkataan itu sungguh menyakitkan hati dan kadang-kadang mereka bertekak seperti budak kecil.

Teringat peristiwa-peristiwa yang berlaku semalam....

           Kring! Kring! Telefon rumah berbunyi. Jannah berada di dapur sedang menggoreng pisang untuk hidangan petang. Sufi masih belum balik sekolah. Syifa pergi tuisyen. Umi dan walid menziarah kawan walid yang sakit dihospital. Hakim berada di ruang tamu, menontot TV.

          “Weyh, telefon!” laung Hakim di ruang tamu. Jannah mendengus geram. ‘Hesy, dia ada kat depan, tolonglah angkat!’ jerit hati Jannah geram.

           “Angkatlah!” laung Jannah balik. Kang dia jawab telefon, hangus pisang gorengnya.

           “Angkatlah sendiri!” balas Hakim. Dia selamba buat derk je. Mata dihala ke skrin TV. Cerita kartun Tv9. Kalau Jannah tahu, boleh gugur rambutnya ditarik Jannah.

          Kring! Kring!

          “Tolonglah angkat!” geram Jannah.

           Kring! Kring!

          “Angkat sendiri!”

           Kring! Kring!

          “Hakim Adrian!!!”

           Kring! Kring!

          “Nurul Jannah Bt Raihan!!!” ambik kau nama kad pengenalan terus mamat tu jerit.

                “Fine don’t answer then!” putus Jannah. Susah sangat nak jawab, tak payah jawab telefon tu.

                 “Fine!” balas Hakim. Terus telefon itu diam, seakan-akan tahu tiada sesiapa yang sudi menjawab. Banglo itu kembali sunyi....

               Kring!
..........untuk sementara je lah. Dengar saja deringan telefon....

             “Jannah!”

             “Hakim!”  kedua-dua jerit serentak. Jannah menutup api dapur dan bergegas ke depan. Hakim yang duduk selamba di sofa dijeling geram. Sakit hati dia melihat senyuman sinis lelaki itu. Dua kali ganda sakit hati melihat rancangan yang ditonton Hakim... CatDog?? God! He’s driving me crazy!

             “Macam budak-budak,” ujar Jannah geram.

              “Hey, I’m just a kid like you said,” perli Hakim.

             “ERGHHH!!” Jannah jerit frust. Hakim tersenyum mengejek. Suka dia dapat buat Jannah marah.

              Jannah menghela nafas sebelum mengangkat ganggang telefon.

             “Hello?” Hakim memasang telinga.

              “Waalaikumussalam mama....”

              “ Oh tak.. tak... Hakim tu yang tak nak angkat...” dengar saja namanya disebut Hakim pantas menoleh kepada Jannah yang bergayut ditelefon. Dia merenung tajam gadis itu. Jannah dengan selamba tersenyum sinis kepadanya. Puas dapat kenakan lelaki itu balik.

              “Hmmm.. Jannah sihat... Hakim? Kerja dia melantak depan TV je,” Jannah mengadu lagi. Dalam hati dia ketawakan Hakim. Dia nampak Hakim merenungnya bagai nak telan dia aje. Sengaja dia mengangkat kening membuat Hakim bengang.

              “ Oh mama nak cakap dengan Hakim? Boleh, boleh... dia pun rindu sangat kat mama..” kata Jannah. Dengar saja ayat Jannah, Hakim menjegilkan mata dan menggeleng laju.

              “No! I don’t want!” Hakim separuh bisik keras tanda tak mahu bercakap dengan mama. Tapi Jannah peduli apa. Ini lah masa dia hendak balas dendam. Padan muka! Biar kena ceramah free-free dengan mama.

Malam pula...

          Duduk terperap dalam bilik membosankan. Huh! Tak ada apa nak buat. Game dalam phone pun dah bosan dia main banyak kali. Duduk dalam bilik sorang-sorang lagi membosankan. Kalau ada Jannah sekurang-kurangnya boleh diajak gaduh ke apa.

       ‘Speaking of her, where is she?’ terlintas persoalan itu difikiran Hakim. Lepas solat Isya’ tadi Jannah langsung tak masuk bilik. Entah apa yang perempuan itu buat di bawah. Hakim bangun dari pembaringan lalu keluhan dilepaskan. ‘Bosannya!’

        Dia keluar dari bilik. Sewaktu melintasi bilik Sufi yang pintunya terbuka luas, kelihatan ketua pengawas itu sedang siapkan homework. Rajinnya, tokoh pelajarlah kan. Hakim turun ke ruang tamu bawah. Kelihatan Jannah sedang menonton TV, drama melayu Hanya PadaMu.

         Hakim mengambil tempat disofa yang sama dengan Jannah, tengah-tengah sofa dibiarkan kosong. Matanya ditala ke skrin Tv, drama itu langsung tak menarik perhatiannya. ‘Adui, dalam bilik bosan, tengok Tv pun bosan. Baik aku kacau minah ni. Lagi best,’ bisikan nakal mula bermain ditelinga Hakim. Hahaha (evil laugh).

        Remote Tv di atas coffee table dicapai. Lantas dia menukar siaran. Siaran Disney channel. Jannah tersentak lantas menjeling Hakim. Dia dengar gadis itu mendengus tak puas hati.

          Jannah mengambil remote Tv yang dicampak oleh Hakim di tengah sofa. Siaran ditukar kepad Tv 3 balik. Sewaktu menonton Tv Jannah tak suka pegang remote. Remote itu diletak atas coffee table.

        Sekali lagi Hakim menukar channel. Kali ni HBO pula. Entah movie apa yang ditayang. Jannah mengetap bibir.

         “Hakim! Saya tengah tengok TV 3 lah tadi. Tukar balik!” marah Jannah. Remote Hakim sengaja pegang. Hakim menyang muka selamba.

          “Tak nak!”

          Bengang Jannah mendengar jawapan simple Hakim.

           “I was here first! Tukar balik Tv3,” kata Jannah. Hatinya dah panas menggelegak. Sejak siang tadi Hakim tak habis-habis cari pasal dengannya. Sekarang Hakim sengaja nak dia tukar jadi dinasaur. Bagus juga kalau tukar betul-betul, boleh aku makan Hakim ni, biar dia duduk saja dalam perut aku. aman dunia.

            “Guess what, I have the remote. So I control the TV,” jawab Hakim tersenyum menang. Dia menangkat kening kepada Jannah saja nak buat isterinya itu sakit hati. Jannah mengetap bibir. Pantas dia cuba mengambil remote dari tangan Hakim.

          Namun Hakim pantas mengangkat tangannya jauh daripada Jannah. Hakim tersenyum sinis.

           “Bagi sini remote tu!” Sekali lagi Jannah cuba mencapai sehingga hidungnya berlaga dengan dada Hakim. Tersedar kedudukan mereka teramat rapat, pantas Jannah menjarakkan diri. Dia duduk hujung sofa sambil memeluk tubuh dan menayang muka tak puas hati. Jannah adakah kau tak sedar perangai kau ni mengalahkan budak 5 tahun?

           “Tak nak ke?” Hakim menayang-nayang remote dihadapan muka Jannah. Sengaja nak kasi berapi Jannah tu. Jannah memejamkan mata.

             ‘Buat tak tahu je Jannah, mamat ni sengaja nak minta penampar Jepun.’

            “Cepatnya dah mengaku kalah,” bisikan Hakim kedengaran dekat dengan telinganya. Jannah pantas membuka mata. Berderau darahnya tatkala matanya bertembung dengan mata Hakim yang dekat gila! dengannya. Jannah menelan air liur.

        Jantungnya berdegup kencang. Dia nak alihkan pandangannya tetapi matanya seolah telah digam dengan gam UHU. Dia terus membalas renungan Hakim.

            ‘Aisy! Jannah snap out of it!’ satu suara menyentakkan Jannah. Tangan Jannah laju merampas remote dari tanga Hakim. Hakim pula tersentak. Sepantas kilat Jannah bangun. Hakim mengejar Jannah apabila menyedari Jannah berjaya mendapatkan remote.

             “Give it back!” kata Hakim. Dia mengejar Jannah sekeliling meja makan. Jannah ketawa keseronokan.

              “ No way! I have the remote. So I control the TV!” seronok Jannah dapat memulangkan paku buah keras. Hakim mengetap bibir, geram.

              “Jannah!” panggil Hakim. Jannah terus berlari ke swimming pool indoor. Situ lagi luas nak lari daripada Hakim.

              “ Try and catch me if you can! Hahaha!” ketawa besar Jannah.

            ‘ Fine, if that’s how you want to play it, Nurul Jannah,’ bisik  hati Hakim. Dia memecut laju mengejar Jannah. Tangannya mencapai lengan Jannah, dalam masa yang sama dia kakinya tergelincir dek kerana lantai yang lincin.

         SPLASH!

           “Argh!!”

          Bukan dia sorang je yang jatuh, sekali-sekali dengan Jannah dia tarik jatuh ke dalam swimming pool. Yang peliknya, remote Tv selamat je landing kat atas lantai. Dua-dua bergelut dalam air. Hakim berusaha selamatkan diri sendiri. Jannah berusaha selamatkan kain batiknya daripada terlondeh.

         ‘Hantu punya Hakim, aku yang berkain batik ni di ajak swimming. Agak-agaklah bro!’ Jannah menjerit dalam hati. Dia terasa satu tangan memeluk pinggangnya dan menariknya keluar dari air.

        Hakim dah risau apabila Jannah masih tidak keluar dari kolam. ‘Apa minah  ni buat lama-lama dalam kolam tu? Nak lemas ke?’ Hakim menunggu Jannah keluar namun gadis itu kaku di dalam air. Dia tak betah tunggu lantas dia menarik Jannah keluar namun Jannah melawan  diri seperti tidak mahu keluar.

     Dengan segala kudrat yang ada, Hakim menarik Jannah sekuat hati sampai mereka berdua terbaring atas lantai. Hakim termengah-mengah.

        “Kau ni kenapa? Nak sangat ke lemas dalam tu?” marah Hakim. Dia punyalah risau, boleh pulak Jannah tak mahu keluar apabila ditarik.

         Jannah senyap.

         Hakim menoleh kepada Jannah yang terbaring disebelahnya, kaku. Rasa cemas menyerbu ke dalam dirinya. Hakim memusingkan Jannah yang membelakanginya. Jannah mengeraskan diri.

          “Jannah kau okey tak? Kenapa ni?” Hakim menopang badan dengan lengannya sambil menjenguk melihat ke wajah Jannah. Jannah tak menjawab. Mata Hakim melurut kepada tangan Jannah yang digenggam.

           “Kau luka ke?” seraya itu Hakim menyentuh tangan Jannah yang sedang menggenggam kain. Pantas Jannah menepis dan duduk.

            “Saya okey. Mana ada luka,” kata Jannah tanpa memandang Hakim. Dia nak Hakim cepat-cepat pergi dari situ. Tapi Hakim tetap duduk disitu merenungnya. Macam mana dia nak betulkan kain depan Hakim. Malulah!

             “Lailahaillallah! Bertuah punya budak dua orang ni! Malam-malam main air!” tegur Puan Diana yang baru muncul. Hakim dan Jannah menoleh kepada Puan Diana dan Tuan Raihan yang memandang ke arah mereka.

             “Bukan salah Jannah!”

             “Bukan salah Hakim!” serentak dua-dua menjawab. Kemudian mereka berdua saling berpandangan dan menjeling.

               “Tak kisah siapa salah. Rumah ni tak cukup sejuk ke sampai korang nak berendam dalam kolam malam-malam buta ni? Nak sangat berendam, duduk sini sampai esok pagi!” marah Puan Diana. Pasangan suami isteri itu menunduk memandang lantai apabila dimarah. Puan Diana dan Tuan Raihan meninggalkan anak dan menantunya di situ sambil tersenyum-senyum. Acting je tadi.

              “Tengok Jannah, semua ni salah kau,” bisik Hakim, menuduh. Jannah menjeling.

              “ Salah saya pulak, siapa yang tergelincir jatuh dulu?” perli Jannah.

              “ Siapa suruh kau main kejar-kejar kat swimming pool?” Hakim menjegilkan mata. Mencerlung matanya memandang wajah Jannah.

                “None of this would happen if you hadn’t change the channel!” bisik Jannah dengan gigi yang diketap.

                “If you had just give me back the remote, none of this would ever happen. Why did you have to run?!” soal Hakim tak puas hati. Dua –dua menghadiahkan jelingan maut + tak puas hati.

                “Malas lah nak layan awak! Tidur lagi bagus,” dengan itu Jannah terus baring di atas lantai membelakangkan Hakim. Nampaknya terpaksa dia tidur di swimming pool dengan baju basah dan kain batik yang hampir londeh.

                Hakim terkedu melihat Jannah baring disitu. Dia memang buat apa yang uminya suruh? Hakim bingkas berdiri. Kakinya melangkah ke bilik persalinan yang telah disediakan. Sehelai tuala dicapai dan mengelap dirinya kering. Hatinya menyumpah-nyumpah Jannah. Semua ni salah Jannah!!

            Dalam bilik persalinan ni lagi best kalau dapat tidur. Tak lah sejuk sangat. Ada bench besar boleh baring. Hakim mengambil sehelai lagi tuala dan dijadikan bantal. Dia baring di atas bench itu sambil berpeluk tubuh. Matanya terkebil-kebil memandang siling.

         “HARGH!!!” Hakim mendengus frust.


          Jannah menoleh ke belakang. Hakim tiada disebelahnya. ‘Mana pula perginya mamat ni? Umi suruh duduk sini. Ahh! Lantaklah dia. Dia takde lagi aman!’ Jannah memejamkan mata. Tiba-tiba dia terasa sesuatu membalutnya.

           “Hey! Apa awak buat ni?!” kata Jannah terkejut Hakim membalut tubuhnya dengan tuala besar.

            “ Takkan nak tidur  sejuk-sejuk macam ni?” kata lelaki itu selamba. Jannah tidak membantah, dia memang sejuk pun. Kakinya dah kebas dah. Tapi part...

             “Are you insane?! Put me down!” bantah Jannah apabila Hakim mendukungnya. Rasa macam budak kecil tau kena dukung ni. Nak-nak lagi didukung oleh orang yang lebih muda darinya. Memang terasa kerdil. Jannah cuba menolak dirinya daripada Hakim namun tangan takde! Tangannya telah dibungkus oleh Hakim dalam tuala. Huh!

            “Put. Me. Down! Orang boleh jalan sendiri lah!” bentak Jannah. Dia seram sebenarnya berada dekat sangat dengan Hakim sehingga dia dapat rasa hembusan nafas Hakim di pipinya.

             “Kau nak jalan? Kang terlondeh kain kau baru tau,” sindir Hakim. Serta-merta darah menyerbu ke muka Jannah. Malu weyh!!!

              “Mana ada!” Jannah menafikan. Hakim tersenyum sinis.

              “Kau ingat aku tak tahu kain kau hampir terlondeh dalam swimming pool tadi?” bisik Hakim. Jannah rasa nak terjun juga dalam kolam biar dia lemas. Asalkan dia tak hadap muka Hakim. Malu sangat!

              Jannah terdiam. Tak mahu membalas kata-kata Hakim. Hakim menahan senyuman melihat wajah Jannah berona merah.

               “Awak nak bawak saya pergi mana ni?” tanya Jannah. Pelik Hakim bukan menuju ke arah bilik tetapi bilik persalinan.

               “ Ke bulan,” jawab Hakim sarkastik. Kan dah kena. Dah tahu bertanya lagi. Jannah mencebik. Ni dia malas nak bercakap dengan Hakim. Sakit hati je.

              Hakim membaringkan Jannah diatas bangku. Jannah memandangnya pelik. Dahi gadis itu berkedut. Hakim buat tidak tahu. Dia mencapai tuala dari stok tual dikabinet dan dijadikan sebagai alas untuk kepala Jannah.

             Hakim tersenyum menahan ketawa melihat Jannah yang berbungkus dan tidak boleh bergerak. “Apa senyum-senyum?” tegur Jannah tak puas hati. Dia rasa seperti sudah kalah dengan Hakim. Dulu dia berazam akan act cool dan tenang apabila dengan Hakim. Ni sebalik pula. Sekali-sekali dengan dia join sekaki ikut kepala Hakim.

           “ You look like a teddy bear,” Hakim ketawakannya. Jannah mencebik.

          “So cute..” Jannah terdengar Hakim berkata perlahan. Hatinya dah tak tentu arah. Dia terpinga-pinga seketika. Matanya terjegil apabila Hakim baring sebelahnya di atas bangku itu.

           “Apa awak buat ni?” Jannah cemas. Dah lah dia tak boleh gerak untuk mempertahankan diri. Hakim berani pula nak ambil kesempatan.

           “What does it look like I’m doing?” balas Hakim sarkastik.

           “Kau nak tidur kat lantai atau kau nak bagi aku tidur kat sini?” ugut Hakim. Ciskek punya mamat. Aku pula yang disuruh tidur atas lantai. Tak gentleman langsung! Mujur saja bangku itu lebar dan muat untuk dua orang.

           Jannah mengeluh mengalah. Dia terbaring terlentang manakala Hakim baring mengiring menghadapnya. Diperhatikan saja Hakim mengambil tuala tiga helai untuk dijadikan sebagai selimut. Kan dah kata, mamat ni tak tahan sejuk.

           Jannah merenung wajah Hakim yang terpejam mata. Betul kata Yana, Hakim ada kacukan Korea sikit. Ambil genetik siapa? Mama? Abah? Ke arwah datuk Hakim? Sedang dia belek-belek muka suaminya, mata Hakim terbuka. Jannah kaku. Hakim merenungnya tanpa berkelip. Jannah pula yang terkebil-kebil. Dah lah lama mereka bermain mata.

            DUSH!

            “Argh! Sakitlah!” Jannah mengerang sakit apabila Hakim menjentik dahinya. Confirm merah dahinya.

              “Tu lah orang suruh tidur, dia berangan pula,” kata Hakim perlahan. Jannah terus memandang siling dengan hati mendongkol geram. Sakit dahinya.

              “Mana ada orang berangan!” ujar Jannah.

             “Orang suruh tidur, tidur. Pejam mata tu,” kata Hakim. Jannah mencebik tapi dipejam juga matanya.  Baik dia rehatkan mindanya daripada layan Hakim. Hakim tersenyum melihat Jannah mendengar kata.

              ‘Hey, macam budak-budak lah kau ni Jannah. Aku lebih matang,’ desis hati Hakim. Dia juga memejamkan matanya.         

No comments:

Post a Comment