WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Sunday 16 December 2012

Seindah Autumn- Bab 8


Bab 8

         Afiya duduk di tangga sambil mencuri-curi dengar perbualan di ruang tamu. Tan Sri Umar dan Puan Sri Shakira duduk bertentangan dengan dua orang pemuda itu. Afrina keluar dengan menatang dulang. Air teh dituang ke dalam cawan.

          Suasana antara mereka dingin. Well, muka ayah dingin dan matanya asyik memberi pandangan curiga terhadap lelaki disebelah Afrie. Puan Sri Shakira muka dah kalut. Afrina dua kali lima cuaknya. Afiq menyorok didapur. Afiya memang tak berani nak tayang muka. Tapi muka Afrie setenang air di tasik madu. Siap ada aura-aura nak senyum lagi.

            “ You look very familiar, what did you say your name was again?” akhirnya Tan Sri Umar bersuara. Afiya menahan nafas. Nama? Jangan sebut nama bapak kau sekali. Please don’t say it... Afiya merayu dalam hati. Ketiaknya dah mula berpeluh. Peluh kegelisahan.

              “ Amar Syakir Zachary, sir,” jawab Syakir dengan seraut wajah yang tenang dan innocent habis.  Afiya memejamkan mata dan menggigit bibir. Dia tak mahu menyaksikan kemarahan ayahnya.

              “Hmmmm.. and what do for a living?” Afiya membuka semula matanya apabila mendengar suara ayahnya yang masih dingin tetapi tiada sign nak mengamuk.

               “Well, for now, I work at the hospital,” jawab Syakir. Afrie disebelah maintain cool. Tetapi yang membuatkan Afiya hampir tergolek jatuh tangga apabila Tan Sri Umar tetiba SENYUM. Senyuman yang ikhlas pulak tu. Afiya tercengang di situ.

                “So you’re a doctor? That’s good. Doctor’s good for me. But how did you two become friends?” Tan Sri Umar dah dalam mood ramahnya. Afrie tetap muka cool. Syakir dengan muka innocent tahap gila.

               “Kita orang roommates, kat UK dulu,” jawab Syakir. Ayah mengangguk faham. Puan Sri Shakira dah boleh bernafas, sebtul-betulnya nafas. Afrina senyum tawar. Afiq baru berani keluar dari dapur dan duduk disebelah Syakir. Afiya tetap statik ditangga. Tak mau aku turun, dah lah cikgu aku.

             “Doctor?” Afiya bercakap dengan diri sendiri. Dia teringat kata Firdaus siang tadi. ‘Abang aku tu serba boleh, nak jadi businessman pun boleh, cikgu pun boleh, doktor pun boleeeeyh.’

            “Hmmm... nampaknya abang kau tak tipu ayah aku tadi,” gumam Afiya lalu masuk ke dalam biliknya.

            
            Pukul 3 pagi, Nurul Iman Afiya terjaga dari tidur. Dia meraup wajahnya dan menahan ngantuk. Dia melangkah ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Kemudian Afiya ke musolla yang berada di tingkat dua. Dia mendirikan solat tahajud dan solat hajat. Usai solat dia membaca Al-quran beberapa muka surat.

            Seusai melipat telekung, tudung diambil dari almari lalu disarung ke kepala. Buku latihan addmaths dan agama dibawa turun ke tingkat bawah. Dia menjenguk ke dapur untuk mengambil segelas susu dan dibawa bersama-sama ke luar rumah. Dia duduk dihalaman mini garden rumah.

           
            Amar Syakir terjaga apabila terdengar sesuatu bergerak di luar bilik Afrie. Dia menjeling Afrie yang tengah syok tidur atas katil. Syakir menyarungkan baju ke tubuh dan keluar dari bilik Afrie. Sakit badannya terpaksa tidur atas lantai. Takkan nak tidur sebelah Afrie kot. Gay ke apa.

           Sewaktu dia menurun tangga, lampu dapur terpasang. Dia orang terlupa nak tutup lampu ke? Syakir ke dapur dan ternampak kotak susu yang ditinggal atas kaunter dapur. Sape tak letak balik susu ni dalam peti ais? Kotak susu itu masih sejuk, maknanya ada orang baru keluarkan. Susu diletak dalam peti ais.

           Syakir menutup lampu dapur dan matanya menyapa pintu rumah terbuka sedikit. Dia menjenguk ke luar rumah pula. Lalu Syakir tersenyum tatkala melihat Afiya duduk di meja di mini garden. Rajinnya belajar pagi-pagi buta macam ni. Fir tak pulak macam dia, gumam hati Syakir.

          Perlahan-lahan Syakir menghampiri satu bangku di mini garden dan duduk di situ. Diperhatikan saja Afiya yang langsung tak sedar ada orang disebelahnya. Khusyuk gila belajar.
         

          Selepas dua jam belajar, Afiya tersenyum puas. Alhamdulillah dapat jugak belajar. Afiya menggeliatkan badan dan ketika itu tangannya terkena pada sesuatu disebelahnya. Mata Afiya terbeliak melihat Syakir dengan kepala terlentok atas meja. Apesal mamat rojak ni tidur kat sini. And bila masa dia ada kat sini. Afiya menggaru kepalanya yang tak gatal.

          “nak buat apa ni? Nak kejutkan ke?” afiya termangu-mangu sendirian sambil matanya menatap wajah Syakir yang tenang tidur. Muka lelaki itu nampak sweet bila tidur. Cuba kalau tak tidur, muka dingin sepanjang masa.

         Tetiba Afiya tersenyum jahat. Oh tidak, Syakir terpaksalah kau jadi mangsa prank budak ni. Afiya perlahan-lahan dan hati-hati mengemas buku-buku dan bangun masuk ke dalam rumah. Dalam hati dah evil laugh.


            “Akir! Weyh bangun lah!” Afrie berteriak menggoncangkan bahu kawannya itu. Syakir bergerak menyahut Afrie.

            “Kenapa abang Akir tidur kat luar?” tanya Afiq. Puas dia orang cari Syakir kat dalam rumah tadi rupa-rupanya ada kat luar. Syakir menoleh kepada dua orang adik-beradik itu. Afiq melopong luas dengan mata terbeliak. Sebenarnya nak tahan gelak sebab tu lopong seluas-luasnya. Afrie.. hmmm.. dia tu memang open. Bnatai gelak terus sampai terguling-guling kat rumput. Afiq pun ikut sekali dah tak tahan.

           Syakir hairan. “asal korang gelak?” bukannya dia buat lawak pun.

           “Apa kau buat dengan muka kau Akir?” Afrie tergelak-gelak tak ingat mati. Syakir mengerutkan dahi. My face? Pantas dia berlari ke kereta BMW dan menjenguk ke cermin sisi. Terkejut beruk dia melihat wajahnya.

            “Kenapa kamu berdua tergelak-gelak ni?” Puan Sri Syakira dan Afrina muncul di halaman rumah dalam telekung. Tan Sri Umar juga keluar dengan kain pelekatnya. Satu kawasan perumahan tu bergema dengan ketawa dua orang mangkuk hayun tu pada subuh yang indah ni.

           “Syakir, kenapa dengan muka kamu?” tanya Puan Sri Syakira, terkejut. Semua pandang ke arah Syakir yang menahan malu yang amat. Afrie dan Afiq  masih tak stop ketawa macam orang gila. Semua orang ada disitu kecuali sorang saja... dan tahulah Syakir siapa yang bedajal muka dia. Berani kerana benar, menyorok kerana silap. Dan sekarang Nurul Iman Afiya tengah sorok di dalam bilik kerana dah buat salah. ‘Siaplah kau Nurul Iman Afiya,’ bisik hati Syakir.


            Afiya kat dalam bilik tergelak-gelak sampai terjatuh katil. dah jatuh katil masih tak stop. Suka dia dapat kenakan mamat rojak tu. Bukan senang nak lukis belang-belang harimau kat muka mamat tu. siap lukis taring lagi kat bawah bibir Syakir. Kat dahi Syakir pulak dia tulis MAMAT ROJAK dengan pen hitam. Kat pipi kanan lelaki itu : ‘I’m proud to be mamat rojak.’ Bayangkan la ye.
        

No comments:

Post a Comment