WElCOME TO NUR ALYANA'S BLOG .

please do not plagiarize my work, do not copy paste my work, do not send my work to any publisher, do not... senang cakap jangan buat apa2 kecuali baca, komen, kritik dan follow serta uar-uarkan kepada kawan2 dan ahli keluarga yang lain. segala yang tercatat di blog karya-alyana ini adalah hak milik nur alyana a.k.a myself.

SELAMAT MEMBACA. apa2 pun jangan lalai dengan perintah Allah. sekiranya anda sedang membaca blog ini ketika masuk waktu solat. sila berhenti baca dan tunaikan solat dahulu. jangan bagi saya tanggung dosa kamu semua kerana melewatkan solat ye. please :)

Sunday 9 December 2012

Seindah Autumn- Bab 7



       “ Fir, kenapa kau tak pernah bagitau kitaorang pasal abang kau?” tanya Afiya ketika dia dan Firdaus sedang duduk dipondok petang itu. Firdaus yang duduk bertentangan dengannya dipandang.

        “ Maybe because you guys never ask about him before,” balas Firdaus acuh tak acuh. Afiya mengetap bibir. Hisy aku cepuk kang kepala mamat ni.

         “well, maybe it’s because we didn’t even know you had a brother,” perli Afiya. Firdaus tersengih. Ye tak ye jugak....

         “ Sorry lah. Aku ingatkan korang tahu. Abang aku tu selalu jugak keluar kat TV, kat surat khabar, kat Google pun ada. Kalau kau search lah,” jawab Firdaus.

         “Huh?” Afiya blur. Famous sampai macam tu sekali?

         “Kau ni biar betul Fiya. Kau tak kenal siapa abang aku? kau pernah tak search Amar Syakir Tan Sri Zachary?” tanya Firdaus. Afiya menggeleng kepala. Firdaus terbeliak matanya. Unbelievable!

         “Bukan aku sorang je tak kenal abang kau tu. Zuko, Yuki, Laila pun tak kenal. So siapa sebenarnya Amar Syakir B Tan Sri Zachary?” balas Afiya. Pening kepala nak main teka-teki ni.

          “Abang aku dulu dia sekolah kat UK memandangkan papa aku kerja kat sana. And abang aku ni... otak dia macam otak Einstein. Kau kenalkan Einstein siapa?” perli Firdaus. Afiya membaling napkin ke arah Firdaus, geram diperli. Of couse lah aku tahu siapa Einstein.

          “So...bila cikgu dia ...realized that he was gifted, they moved him to a much older class. Cuba kau bayangkan budak 5 tahun buat kerja sekolah budak 11 tahun, terer ke tak terer?”

           “You’re saying he skipped grades?” ulang Afiya, tak percaya. Firdaus mengangguk.


           “Umur 18 dia dah graduate. Papa aku nak dia jadi businessman, so dia boleh uruskan syarikat papa aku tu. Ummi aku pulak nak dia jadi doktor. Atuk aku nak dia jadi cikgu. I don’t know how he can stand that pressure. Kalau aku gerenti aku cabut lari pergi Tanjung Rambutan. Tapi abang aku lain, he was born to be perfect,” luah Firdaus sambil merenung lantai pondok. Afiya setia mendengar. Rasa terharu, kagum semua ada.


           “Abang kau buat apa nak merealisasikan impian papa kau, ummi kau dan atuk kau?” soal Afiya.


           Firdaus menghela nafas panjang.


           “Atuk aku time tu menghidap cardiovascular disease, so abang aku balik Malaysia dan dia belajar jadi cikgu dan sekejap je dia dah habis belajar. Then dia ambil course medic dan tu pun tak sampai 5 tahun dia dah graduate. Lepas tu baru dia sambung course business kat UK, tapi kali ni dia habis dalam masa 5 tahun yang ditetapkan,” terang Firdaus. Afiya melurut dagu seraya berfikir.


            “Abang aku pun ambil business kat UK, so that’s how they become friends,” Afiya bermonolog sendirian. Firdaus yang terdengar menoleh.

           “Huh?”

           “Kau tak tahu abang kau kawan baik abang aku?” soal Afiya. Firdaus menggeleng.

           “No.”

           “Tengok, hal abang sendiri pun kau tak tahu, nak perli-perli aku,” kutuk Afiya.

            “Semalam abang kau datang rumah aku, jumpa Afrie. Aku tak tahu dia tu abang kau. Sebab tu aku pengsan tadi bila nampak muka dia,” kata Afiya sambil menayang muka tak tahu malu. Dalam hati memang malu mengaku macam tu.

             “Janganlah gelakkan aku!” marah Afiya. Firdaus dah mengekek-kekek kat depan dia. Aduii malang betul dapat kawan macam ni.

            “Afiya, sometimes I wonder why you are my bestfriend,” ujar Firdaus. Afiya menarik muncung.

            “What?!” Afiya terjegil mata memandang Firdaus. Ada ke patut cakap macam tu. Bunyi macam menyesal je kawan dengan aku.

            “We’re not even compatible. When you’re sad, I’m happy. When you’re happy, I’m sad. But even so, we still stick together. And I’m glad you’re my bestfriend Fiya,” ujar Firdaus. Afiya senyum kecil.

            “Yeah. I’m glad too. Even if our dads don’t get along very well,” tambah Afiya lalu tersenyum kelat. Wajah Firdaus juga berubah kelat.

          Tan Sri Umar (bapak Afiya) dan Tan Sri Zachary (bapak Firdaus) ialah musuh dalam dunia perniagaan dan musuh sejak kecil lagi. Tan Sri-Tan Sri ini tak tahu pun anak-anak mereka saling berkawan. Persahabatan sulit. Awesome. Isteri-isteri Tan Sri  lagi best, satu kepala. Puan Sri Kairina dan Puan Sri Syakira yang mengalu-alukan anak-anak mereka berkawan. Sporting habes lah kaum ibu  ni.

           “Eh Kak Fina aku dah sampai dah. Thanks Fir bagi aku tumpang kat rumah kau. See you at school,” Afiya berlari anak ke kereta Honda City milik Afrina yang berhenti dihadapan pintu pagar rumah Firdaus.

            “Bye Fiya,” Firdaus menghantar pemergian Afiya dengan lambaian tangan.



          “Akak...” panggil Afiya. Selepas solat Isya’ berjemaah bersama-sama keluarganya, Afiya dan Afrina duduk di dalam bilik sambil melipat baju yang berlonggokan di atas lantai.

          “Hmm...” sahut Afrina tanpa mengangkat muka. Tangan Afrina lincah melipat baju.

          “Akak,” panggil Afiya lagi. Dia teragak-agak nak luahkan kepada kakaknya.

          “Hmm..”

         “Akak-,”

          “Apa dia? Cakap je lah!” geram betul dengan adiknya yang sorang ni. Afiya tersentak. Kemudian tersengih kecil.

           “Err...akak tahu tak... kawan abang Ngah tu...”

            “Kawan Angah yang mana? Ramai kan kawan dia,” sampuk Afrina.

           “Alaa... yang kena prank dengan Fiya tu.. kopi Satu Malaysia tu...”

            “Owh, mat salleh celup tu. Hmm... kenapa dengan dia? Dah terjatuh suka ke?”

          Sehelai kain tuala dibaling pada muka Afrina. “Akak!!! Mana ada!”

          “Ok, ok, sorry. Gurau je. Hah, kenapa dengan dia?” Afrina serius kembali.

          “ Dia tu abang Fir,” dalam satu nafas disebut dengan lancar. Afrina kaget.

          “What?” Afiya menjulingkan mata ke atas sambil mengeluh. Pekak ke apa kakak aku ni?

           “Amar Syakir tu abang Fir!” pekik Afiya. Afrina pantas menyumbat mulut Afiya dengan kain tuala tadi.

            “Diam lah. Kang ayah dengar, mati kita orang,” bisik Afrina sambil menjenguk ke luar bilik. Takut-takut Tan Sri Umar tetiba terpacul kat depan pintu bilik.

            “Angah tahu tak?”

            “Tak tahu lah. Abang Ngah belum balik. Entah ke mana dia merayap.” ‘Almaklumlah orang dah  5 tahun tak balik-balik Malaysia, mesti jakun nak ronda satu KL,’ sambung Afiya dalam hati.

             “Akak, kalau ayah tahu, mesti ayah naik darah kan?”

           Afrina melepaskan keluhan. “Akak tak tahu lah, Fiya. Tapi ingat tak last time akak pergi belajar memasak dengan Auntie Kai dan ayah tahu pasal tu?” tanya Afrina. Afiya mengerutkan kening, berfikir.

            “Owh, haah. He got really mad about it. And he almost had a heart attack,” ujar Afiya. Afrina mengangguk. Ngeri tiap kali peristiwa itu berlayar di benaknya. Betapa takutnya dia dimarahi ayah dan risau hati apabila ayah masuk hospital. Sejak hari itu dia taubat, tak nak belajar memasak dengan Auntie Kai tapi dia masih berhubung dengan keluarga Firduas.

         “Haisy! Fiya tak fahamlah kenapa ayah dengan Uncle Zack tak boleh sehaluan. Pantang sua muka je nak bersaing. Macam dalam cerita Cheaper by the Dozen 2 pulak. Anak-anak dia orang terpaksa bersaing sebab bapak dia orang suruh. Haha,” Afiya tergelak. Afrina juga tergelak.

         TUK! TUK! Bunyi ketukan di pintu. Puan Sri Syakira tersenyum kepada anak-anak daranya.

          “Seronok nampak, gelak pasal apa?” tegur Puan Sri Syakira.

         “Mama, masuklah,” pelawa Afrina. Mama berlabuh punggung diantara Afiya dan Afrina.

           “Mama, kawan abang Ngah kan....anak Uncle Zack,” Afiya berbisik ke telingan mamanya.

            “Ye? Baguslah. Mengeratkan silaturrahim,” muka mama tenang. Aku risau tahap gaban tadi, mama relax macam takde pape berlaku.

           “Tapi ma..”

           “Biarlah. Korang nak berkawan dengan anak-anak Uncle Zack tu takpe. Nak kahwin dengan Fir pun takpe. Lagi mama suka. Ayah tu masalah dengan Uncle Zack je, biar diaorang-diaorang je yang nak bermusuhan. Kita-kita ni berkawan,” terang mama.

        “KAK FIYA!” Afiq tetiba muncul di muka pintu dengan nafas tercungap-cungap. Semua menoleh ke muka pintu.

         “Why are you shouting as if the house is on fire?” marah Afrina.

         “You.. hah penat.. you have to see this,” kata Afiq, tercungap-cungap. Mama, Afrina dan Afiya bergegas mengikut Afiq yang berlari ke tangga. Keempat-empat anak-beranak itu mengintai ke ruang tamu dari tangga.

        “O.M.G!” luah Afrina. Mama terpinga-pinga.

        “Siapa tu?”

         “Mama... tu lah orang yang akan membuat rumah ni terbakar,” ujar Afiq.

         “No.. he’s gonna set ayah on fire,” Afiya membetulkan adiknya. Semua tayang muka cuak.

          ‘We’re dead,’ fikir Afiya sambil merenung muka tetamu di ruang tamu itu.

No comments:

Post a Comment